Tuesday, February 23, 2010

bye....

kau : aku pergi dulu tau...

aku : kau nak pergi mana??

kau : tinggalkan kau lah..

aku : aku tak nak kau pergi.. boleh??

kau : maaf.. kau lewat sikit je... bye...



perghh.... nasib baik mimpi.. cis aku anggap tu sebagai mimpi buruk!!

Sunday, February 21, 2010

rasa mahu bercerita...

masa aku mula2 melangkah ke zaman sekolah menengah.. aku bersekolah jauh dengan rumah.. dalam lebih kurang 30 minit..aku terpaksa tinggal di asrama.. itu lebih memudahkan aku untuk ke kelas.. dan mungkin juga aku akan dapat ramai kenalan.. memandangkan aku ada abang dan akak yang sama sekolah, teramat lah mudah urusan kehidupan aku dekat situ.. masa aku masuk sekolah tu akak aku dah pun masuk sekolah teknik.. tapi sisa nama baik dia masih melekat dekat sekolah tu.. abang aku pulak ada lagi dekat sekolah tu. sebagai seorang pelajar junior,, teramatlah susah untuk mandi pagi.. kamu terpaksa bangun seawal mungkin untuk mengelakkan berebut dengan akak-akak senior yang kerek semacam. tapi nama baik yang akak aku tinggalkan, aku tak pernah susah untuk mandi bila-bila masa yang aku suka.. dan bila kamu ada abang yang bersekolah yang sama.. akak-akak yang muka kerek semacam tu akan cuba terseyum sepanjang masa untuk kamu. heh.

tapi disebabkan pemakanan disekolah tak menepati piawaian mak ayah aku. sebelum ni ok je untuk akak dan abang aku. tapi mungkin untuk anak bongsunye ni.. piawaian makanan tu langsung tak mencapai standard yang dikehendaki..haha ataupun itu alasan aku untuk bertukar sekolah. heh. disebabkan akak aku yang sulung jadi cikgu sekolah menengah dekat selatan malaysia. dia ajak aku masuk sekolah dia. mungkin untuk meningkat prestasi akademik sekolah dia. heh.

masa sekolah di johor. akak aku masukkan aku di kelas pertama, lagipun keputusan UPSR aku layak untuk aku masuk kelas pertama disekolah biasa. tapi nasib aku di kelas pertama tak lama.. akibat dari suka main-main, aku turun ke kelas kedua. tapi di kelas kedua, aku teramatlah seronok. berjumpa kawan-kawan yang sama-sama ke cyber cafe lepas habis kelas. sama-sama pakai perfume tester dekat pasaraya sebelum pergi kelas.sama-sama bangun bila kena panggil dengan cikgu akibat dapat nombor tercorot. bagus betul moment tu. bukan lah kelas pertama tak seronok. tapi otak aku tepu bila aku nak berbual budak-budak kelas pandang aku dengan pandangan. "baik kau diam!!".

aku habiskan masa disekolah tu dengan perasan yang gembira, tak sabar untuk kesekolah. dan tidak mahu pulang ke rumah. heh. sekolah itu mengajar aku membentuk diri aku. tapi sekali lagi jodoh aku dengan sekolah itu tidak lama. mungkin dah tertulis, aku bukan orang selatan. aku anak jati pantai timur. jadi aku kena pulang ke pangkuan orang-orang pantai timur. akak aku dapat tawaran sambung belajar. jadi aku heret sekali tiga orang anak saudara aku balik kampung. heh perasan masa itu, mahu saja jadi jerit pada satu dunia. aku tak suka untuk keluar dari sekolah tu. dengan keadaan peperiksaan penilaian menengah rendah yang aku kena hadapi. dengan kisah manis yang aku terpaksa tinggalkan. kesudahannya aku kembali ke sekolah yang dulunya aku tak suka makanannya. aku jadi calon menumpang untuk peperiksaan PMR. masa tu aku tengok semua mata memandang. kali ni, aku dah takde abang disekolah yang sama, nama baik akak aku yang ditinggalkan pun dah lama lenyap dalam minda akak-akak senior. tapi nasib baik aku masih ada kawan yang tak pernah lupakan aku, walaupun aku tinggalkan dia untuk ke sekolah lain.

aku berdegil untuk tidak masuk semula ke asrama yang ada dekat sekolah tu. lagipun karenah birokrasi yang buat aku tak dapat masuk ke asrama tu. permohonan aku ditolak mentah-mentah. ayah terpaksa berkorban untuk hantar aku ke sekolah, bangun awal pagi dan hantar aku kesekolah yang mula berhimpun pukul 7.00 pagi... mungkin ayah tahu anak dia yang bongsu ni memang tak boleh bertahan dengan keadaan asrama dekat sekolah tu, jadi ayah tak merayu untuk aku tinggal di asrama. ayah benarkan aku duduk rumah sewa milik ayah. waktu tu ada penyewa bujang yang lain. akak jururawat yang sewa rumah ayah tu tak boleh menolak, sebab ayah saja yang bagi sewa rumah paling murah dekat kawasan tu. aku teramatlah seronok masa tu, disebabkan dari rumah sewa tu aku nampak kawasan sekolah. jalan kaki tak sampai 5 minit. kalau loceng masuk kelas berbunyi, aku boleh lagi berlari dari rumah. akhirnya keputusan PMR yang aku terima macam yang aku jangka. sampai sekarang sebenarnya aku masih tak dapat tengok slip keputusan original aku. sebab keputusan aku sampai disekolah lama aku. yang aku dapat hanyalah yang salinan. keputusan yang pada mulanya terjadi kekeliruan, akibat berpindah randah.. keputusan kerja kursus aku tidak dikira. buat penat saja aku buat lampu kelip2 yang boleh menyala untuk kerja kursus. masa tu mahu saja marah pada pakcik posmen sebab hilangkan keputusan yang di pos. tapi nasib baik. semuanya ok lepas berhempas pulas turun naik pejabat pendidikan. heh macam turun naik mahkamah saja.

masa tingkatan 4. aku dah mula suka pada sekolah tu, aku masuk kelas seni dan perdagangan. heh oklah tu... aku ada seorang kawan baik. cukuplah bagi aku ada sorang saja kawan baik dekat sekolah tu. dah banyak onar aku buat sebelum masuk tingkatan 4. maklumlah memberontak sebab taknak pindah sekolah. dah kenal macam-macam kawan yang boleh hancurkan masa depan aku. heh.zaman kegelapan. aku dengan kawan baik aku ni, kami cipta moment tersendiri. kalau rehat cuma minum air kotak dan roti 50 sen. kami lebih selesa duduk di bawah pokok yang takde siapa mahu duduk disitu. bercerita pasal indie-indie band yang ada masa tu..ataupun bercerita pasal lelaki tampan yang ada.. heh gadis yang tipikal. sumpah masa tu aku sudah lupa cerita zaman kegelapan aku. mahu ingat pun aku rasa menyampah.

ayah sekali lagi mainkan peranan penting untuk beri aku yang terbaik. aku terpaksa tinggalkan sekolah yang aku dah mula suka persekitarannya,, kawan baik aku yang cuma seorang saja juga aku terpaksa tinggalkan. ayah mahu aku ikut jejak akak dan abang aku. masuk ke sekolah teknik pertanian. heh. aku tak nampak bakat aku untuk menanam pokok. walaupun pokok bunga kertas. tak tahu la, nasib aku malang atau aku mahu diuji. permohonan aku ditolak oleh kementerian. aku cuma diam saja. aku tak kisah untuk terus sekolah aliran seni dan perdagangan, sebab aku suka seni. tapi ayah mana kenal putus asa, turun naik sekali lagi ayah ke kementerian. semata-mata untuk bagi yang terbaik pada anak dia yang bongsu ni. aku ikutkan saja apa yang ayah mahu. dan aku percaya dengan usaha pasti akan berjaya. ayah berjaya menempatkan aku ke sekolah yang dia mahu. kawan baik aku masa sekolah rendah dah masuk dulu sekolah tu, jadi tak susah bagi aku nak sesuaikan diri. kata pengetua sekolah tu masa aku mula daftar.."awak ni kes istimewa sikit..", yela mana tak istimewa, aku sendiri tak tahu aku ambilan ke berapa. sebab aku sorang saja yang mendaftar. heh.

sekolah bagi aku sama saja, mana-mana pun.. asalkan tahu bawak diri. aku abiskan juga zaman sekolah menegah dekat situ.. abang aku dan akak aku dah takde masa aku masuk sekolah tu. macam biasa mereka cuma tinggalkan nama untuk orang lain ingat. moment dekat sekolah tu, memang menarik. mana kamu mahu dapat jual sayur dari rumah kerumah, mana kamu mahu dapat buat batas tengah-tengah panas.. aku ingat lagi ada wakil dari upm datang tanya pasal tanaman yang kami tanam untuk kerja kursus. aku dapat antara 10 yang terbaik. aku dapat belajar sesuatu. kalau kita berbudi pada tanah. tanah akan balas budi dengan cara tersendiri. Alhamdulillah.

aku abiskan zaman sekolah menengah dengan cara aku sendiri. SPM aku tidaklah terlalu cemerlang. batang hidung A pun aku tak nampak. tapi keluarga aku tetap sokong aku. dan sekali lagi ayah aku kecewa dengan aku,bukan kecewa dengan keputusan SPM aku tapi kecewa bila aku tak dapat masuk ke Institut Pertanian, macam akak dan abang aku. aku tahu kecewa ayah lama.dia mahu anak-anaknya berjaya dalam bidang pertanian. maklumlah ayah orang kampung yang ada kebun untuk dusahakan. dia mahu semua anak-anaknya tahu mengenai baja,pokok-pokok tanaman.hmmm..mungkin ambil masa untuk sembuh kecewanya.. akak aku yang sulung masih lagi menyokong apa saja yang aku mahu buat, asalkan minat belajar. katanya "masuk je IPTS, under IPTA.. nanti senang mahu sambung".. untuk terus bertahan. bukan perkara mudah. aku masuk IPTS selama 3 tahun. sebenarnya aku tak pernah merancang untuk sambung ke IPTA. bagi aku, cukuplah sekadar aku belajar lepas SPM. tapi aku silap, dunia sekarang sudah lain. aku ambil keputusan untuk sambung belajar.. memandang sewaktu di IPTS, aku under UPM.. jadi UPM jadi pilihan tempat sambung belajar. tapi perjalanan untuk ke UPM tu bukan mudah macam ikut highway LPT.. permohonan aku yang pertama ditolak. bukan sebab CGPA, tapi sebab silap sendiri. akibat dari kesilapan tu, aku terpaksa tunggu setahun lagi untuk mohon kemasukan tahun yang berikutnya. masa tu aku cuma fikir mahu banggakan mak dan ayah aku. aku sanggup buat apa saja asalkan mereka bangga ada anak seperti aku. aku mahu ubat hati ayah aku yang kecewa.

setahun aku menunggu.. bermakna setahun aku tahan telinga dari mulut-mulut orang yang bising berkata, "aku tak mampu buat apa-apa lepas habis belajar". tapi tak kurang juga ada yang memahami. kata mereka.keluarga aku tak jemu untuk belajar. yaa aku anggap itu satu doa... penantian aku selama setahun, berhasil akhirnya.. aku tak lupa untuk buat sujud syukur masa aku dapat tahu aku permohonan aki diterima. mak dan ayah aku jadi orang paling gembira. kenduri kesyukuran untuk aku. anak bongsu dia masuk universiti akhirnya.. anak yang dia selalu marah sebab bil talifon melambung, anak yang selalu dia marah sebab malas ke sekolah. mungkin pada sesetengah orang cerita aku ini bosan. kerana perjalanan mereka dan keluarga mereka tak sama seperti perjalanan aku dan kisah perjalanan keluarga aku. tapi setiap dari kita kisahnya berlainan bukan???


p/s^1: aku kini pelajar tahun akhir.. mengutip semangat keluarga untuk habiskan semuanya.. sekali lagi diingatkan.. bukan mudah seperti A.B.C......

p/s^2: berharap ayah takkan kecewa lagi... dah banyak sangat anak ayah yang bongsu ni kecewakan dia.. berharap dapat bertahan!!!

Tuesday, February 16, 2010

trip ke pangkor..

rupanya bunyi ombak tak dapat tenangkan hati budak final year yang macam AKU..

tapi masih boleh bergembira dengan adanya: BELL,KUPAN,BANGLA,BOTOL,TONGGA,THALEQ,LYON,ELLA,ZANA,LEHE,OSHIN,NATES,
boleh buat aku ketawa sampai grad.. :)



"Ombak lautan berombak
Mengapa mengubah pasir di pantai
Bayu bertiuplah bayu
Mengapa menjadi ribut dan badai

Begitu kita merancangkan
Belum pasti hadirnya kebahagiaan
Fahamlah apa itu takdir
Akan berseri hidup yang ditadbir

Hidup menggadai harta
Agar diri berharga
Janganlah kau salah mengerti
Kelak kau kan menggadai diri

Mencari penghormatan
Janganlah sampai terkorban
Yang mulia pasti kita hormatkan
Yang rendah jangan dihinakan

Tenang di air yang tenang
Jangan di sangka boleh direnang
Kail panjanglah sejengkal
Janganlah lautan hendak diduga

Itulah pesan orang lama
Menjadi bekal pada yang berusaha
Ingatlah pepatah ini
Menjadi panduan hidup berbudi"



p/s:memang tak seronok bercuti dengan FYP yang memanggil2 mintak dimanja...

p/s^2: terganggu dengan gangguan syaitan.. syuh2 pergi main jauh2..

p/s^3: kepada semua yang join trip ke pangkor.. lagu ini untuk semua!!

p/s^4: ENJOY-PUAS-KENANGAN- terima kasih PENGARAH..MR.BOTOL.

p/s^5: kena beli fair n lovely... :(

Friday, February 12, 2010

sikit pun aku tak kisah.. pasal kau!!

rasa sangat menyampah dengan orang yang bercerita tentang pengalaman-pengalamannya yang setinggi gunung(kononnya). kalau pengalaman kau setinggi gunung everest pun, kalau kau tak tahu nak kongsi dengan yang lain.. baik kau zip mulut kau.. duduk diam2.. jangan nak racun pemikiran yang mahu dibentuk.

entri ini sebenarnya boleh jadi sangat emosi..tapi takpe.. aku lebih suka biarkan saja orang-orang macam ni terjun bersama-sama labunya... tak kisah lah kau anak menteri sekalipun. setakat kau uruskan majlis hari jadi artis.. kau dah kata, kau buat majlis besar macam uruskan perasmian sukan komanvel.. kau memang jenis suka bercakap.. tapi isi kau langsung takde habuk... habuk pun taknak melekat pada kau...

kan aku dah kata.. entri ini sangat emosional.. aku jarang menulis macam ni.. melainkan betul-betul meluat... haih.. aku tulis dan aku buang jauh perasaan benci..

p/s: kena tido malam ni.. untuk esok yang panjang.. heh

Thursday, February 11, 2010

hei.. ini untuk kau...

"aku bukanlah perempuan yang perlu kau risau makan pakainya..
aku tahu mana mahu cari makanan kalau perut aku berkeroncong..
aku tahu dimana mahu cari kalau baju yang aku pakai, koyak rabak..

dan jangan sesekali kau risau..
kalau panggilan aku, kau tidak jawab...
malah satu sms dibalas sejam kemudian pun, aku tidak kisah...

kalau kau bawak aku makan di restoran mewah... itu yang perlu kau risau...
sms yang berjuta2 kali dalam sehari pun kau patut mula risau...
kau belanja aku baju di butik mewah.. aku tak yakin baju aku ada dekat situ..."

sebab semua yang diatas aku tulis dengan jujur.. aku tak tipu kau...


p/s: aku tak blik cuti ni.. trip ke pangkor n training teater..

p/s^2: aku harap lampu kalimantang aku terbakar mentolnye.. jgn bagi cahaya pada aku.

p/s^3: untuk BBS.. kite kena rancang trip kita nnti betul2.. :)

Wednesday, February 10, 2010

emosi

RASA MAHU JERIT!!!

Monday, February 8, 2010

ini untuk kawan lagi................

tuhan,
benar,,, aku mahu ketenangan…

tuhan…
benar,,, aku mahu damai…

kawan aku tidak pergi.. mereka selalu ada untuk hiburkan,, dan aku percaya mereka juga ada untuk kesatkan air mata aku.. tapi maaf, aku sempat kesat air mata sebelum kamu semua datang.. bukan itu tujuan aku hidup…

tuhan..
jangan biar mereka datang..
saat.. air mata ini tumpah…

tuhan,,
panggilkan mereka untuk aku..
saat.. aku bersedia untuk ketawa..

tuhan,,
mati kan aku…
saat mereka bergembira..

tuhan..
aku benar2 lemah………………………


p/s; aku belek2 laptop, aku jumpa puisi caca marba ni.. fuhhh ntah bila aku tulis...

p/s^2: tolong jangan tanya macamana aku sayang kawan aku... dan tolong jangan belah dada aku.. nanti kamu akan jumpa nama2 kawan2 aku sebagai jantung aku...

p/s^3; percaya dengan perkataan "moody",,, erk tapi bukan aku kan??

Wednesday, February 3, 2010

definisi cool...

masa tengah berbual2 dengan kawan yang ngok ngek... dia berkata..


"dia ni tak hensem tapi cool"


ces2.. aku terus terfikir.. camne nak tahu die tu cool atau tak??

cara dia makan ke?? macamana?? suap girlfriend dia?? itu cool?? tak!!

bukak kan pintu atau tarik kerusi setiap kali nak makan malam?? cool ke??

rambut gaya noh hujan?? cool gile??

janji macam gula-gula manis.. rasenye cool tak??

atau jalan tunduk bawah.. bercakap sepatah je?? cool tak??

mulut tak reti duduk diam, mengacau awek kesayangan?? cool??

hmm sebenarnya kalau kita senaraikan, boleh jadi berjuta2 ciri2 yang kita rasekan cool...

terpulang pada individu tu sendiri...



p/s: bagi aku... aku taknak duduk dekat dengan org yang cool sangat.. nanti beku.. oh yee duduk dekat ngan orang hot sangat pun taknak.. nanti hangus.. :)

Tuesday, February 2, 2010

ini untuk kawan aku...

dah jadi macam rutin pulak.. lepas abis satu test, aku update blog.. terapi jiwa katanya.. bukan masa nak salahkan sesiapa pun. heh.

tadi aku talifon kawan aku, suaranye lain, terfikir2 aku kenapa laa agaknye... harap2 semua nya ok ye kawan.. mana boleh aku tahu die sedih. aku nak die kongsi bersama aku. macam yang aku selalu buat dulu.

masa diploma dulu, aku minat seorang mamat ni.. ye tak semena-mena aku dengan mamat ni isytiharkan hubungan kitaorang "its complicated".. ceh macam dalam status pulak.ku tak nampak mana complicatednye,, tapi manusia tu sendiri yang pandai2 buat andaian sendiri. bukannya cinta tu sepatutnya simple.

berbalik pada kisah kawan aku tadi. dia antara pendengar setia cerita-cerita sedih aku. dan kawan aku ni lah juga yang banyak tahu kisah aku dengan mamat ni. aku ingat lagi masa jalan-jalan aku nampak mamat ni berjalan dengan perempuan lain. aku tak fikir nak buat apa-apa,ape tah lagi nak lempang muka perempuan tu. tak kuasa aku bergaduh pasal lelaki.

apa yang terlintas masa tu, talifon kawan aku ni... sanggup cari public phone. cerita panjang lebar kisah sedih aku yang tak smpai 5 minit berlaku. sampai semua orang yang lalu panjang-pandang, jeling-jeling aku. sebab aku buat drama free. lepas aku letak talifon.. baru lega,,

ahh bukan tu saja.. banyak lagi kisah sedih aku yang dia simpan. kira macam dia ni diari kedua aku. masa dulu mana ada blog dan laptop ni. masa aku lari dari zaman kegelapan. cuma dia je yang tahu.. hohoho

bercerita pasal dia, buat aku emosi.. jadi sedih terkenang kisah mandi sungai, main pondok2 belakang rumah dia, zaman tangkap gambar pakai kamera kodak,dalam diari masa zaman pakai baju sekolah.. nama kawan aku ni yang paling banyak.. semuanya kata-kata penghargaan.. sebab dengar cerita..sweet je kan masa tu.. :)

rumah dia dengan rumah aku, masih lagi sama.. jarak tak sampai 50 langkah.. cuma yang berubah aku dan dia.. dia dah kahwin, dan aku mencari sesuatu yang dapat isi masa kosong aku, penyudahnya.. rumah yang jaraknya tak sampai 50 langkah tu, macam 500 km jauhnya. teknologi yang ada tak sama cara penyampaian cerita aku pada dia, buat aku rasa berdiam saja.. untuk kawan aku ni.. aku harap dia jangan sedih2.. aku harap dia masih lagi cari aku kalau ada cerita sedih yang dia pendam... moga teknologi tak akan jauhkan aku dengan dia..


ayong..:)

p/s: bukan aku sombong, malas nak kontek kawan-kawan.. cuma ada satu perasan malu berdepan mereka.. aku ni insan yang tak punya apa-apa.

p/s^2: sekarang bukan perkara mustahil, mahu bagitahu satu dunia yang kita rindu kawan kita...

p/s^3: peluk cium dari aku, pada kawan-kawan yang sudi dengar.... tuhan saja mampu balas di Sana nanti.. :)

p/s^4: mula risau dengan teater...

Monday, February 1, 2010

yayayaya

aku dah taip satu entri panjang, pasal kawan-kawan aku yang dah kawin... tapi penyudahnye aku save dekat draft. huh tak punya kekuatan nak publish..











p/s; bercinta dengan FYP..