Wednesday, April 28, 2010

hidup dan pilihan.........

p/s^1: aku memang hampir menjadi gila sekarang ni... presentation FYP dan tesis.. kali ni aku takde pilihan lain, selain siapkan sampai aku menangis air mata darah. :)

p/s:^2: InsyaAllah aku akan bergraduate bulan 10 nanti.. dua tahun aku menjadi ahli majlis tertinggi untuk Kolej Kelima.. aku yang pilih untuk korbankan masa pada K5. sampai jiwa aku dah sebati dengan k5. itu bukan paksaan sesiapa pun.. itu pilihan aku.

p/s^3: dengan berakhirnya presentation FYP dan penghantaran tesis. aku dah merancang untuk buat beberapa xtvt dengan tiket pelajar.

#7-9/5 : trip kelas ke pangkor... maaf sangat-sangat.. aku tak boleh nak join. siapa yang tak mahu abiskan masa dengan kawan sekelas. tapi aku dah rancang sesuatu yang lain terlebih dulu.. maaf. kewangan pun tak berapa mengizinkan. dan mungkin masa ni aku bersengkang mata untuk siapkan tesis. huuhuh

#10-19/5 : XPDC Gunung Tahan,, yang ni aku pilih untuk pergi. hei dari dulu lagi aku tunggu peluang ni.sekarang dah ada depan mata peluang tu.aku cuma mampu berdoa moga Allah perkenankan hasrat aku.. ayah dengan mak pun dah restu.. so tunggu apa lagi.. cuma terkilan jugak kawan2 terbaik saya tak dapat nak join. erk.

#10/5-3/6 : ade kursus 3p. masa aku 1st year dulu sibuk nak daftarkan diri. padahal bila dah final year aku pilih untuk tak pergi. kenapa?? hmm........

#20-23/5 : ke suatu tempat.. yaa mungkin sebagai balasan untuk apa yang aku dah buat selama 2 tahun.. dan aku pilih untuk pergi. tenangkan minda apa salahnye kan??

#12-18/6 : trip ke royal belum. tasik banding perak. dari sem satu aku berhajat nak ke tasik banding. syok katenye.. sekarang ade peluang cerah tuk aku pergi. jadi aku pilih untuk pergi.. lihat khazanah hutan yang katanya belum tercemar dan dijaga. ayah aku kata.. kalau setakat nak tengok gajah.. tengok dekat kuala gandah la.. haih.. aku gelak je masa nak mintak kebenaran. nasib baik die bagi.. :)


p/s^4 : jiwa yang sangat tidak tenteram. rasa mahu tutup telinga dan jerit jangan berbunyi. aku tak sanggup mahu dengar, sakitnye sampai ke tulang.

p/s^5 : secret.tumblr.delete

p/s^6 : selalunya pilihan yang aku buat sepanjang aku 25 tahun 4 bulan lebih kurang ni.. aku buat dengan yakin. macam tajuk FYP. huh. tapi ade jugak pilihan yang aku buat kononnya dengan yakin, tak buat hidup aku bahagia pun, malah makin terseksa... tapi yang aku tahu. aku tak pernah menyesal dengan pilihan aku. sebab aku yang pilih jalan tu. jadi aku terima dengan pandang dari sudut +ve.

p/s^7 : ini mungkin entri penaik semangat. dayem. semangat saya perlukan kamu.

p/s^8 : terima kasih mak & ayah, sebab selalu percaya dan ada untuk anak bongsu perempuan yang comel ni. hehe. Nanti pergi Umrah doakan dapat suami soleh ye.. hehehe

p/s^9 : sedang rindu anak kecik2.

p/s^10 : untuk budak2 junior. kami ni contoh yang salah sebenarnya, macam sebelum event. kita mesti tengok laporan post moterm. tengok kelemahan untuk diperbaiki. hmm tengok kelemahan kami dan betulkan untuk k5 tercinta,.. !!! heheh

Tuesday, April 20, 2010

that's something a guy like u.. could never understand~~ the terminal.............

p/s: aku dah ceritakan kisah sedih aku pada seorang kawan. rasa dah lama tak buat macam tu kan...

p/s^2: aku rasa pakwe yang dekat gerai nasi lemak tadi cool gile.. sebab tambahkan nasi lemak dekat pinggan awek dia.

p/s^3: dulu aku ada kawan yang boleh buat kerja gila sama-sama...

p/s^4: jadual aku sangat ketat untuk bulan 5 dan 6.. aku cuma mampu merancang, dan berharap Allah makbulkan setiap rancangan aku.

p/s^5: kalau boleh aku taknak rapat sangat,, nanti kalau gaduh.. sakitnye lama..:P

p/s^6: lapar sekarang. 6.08 pagi. rindu on the road. aku boleh pergi dengan sesiapa saja. tapi takkan sama dengan line up on the road sejati. BANGLA.BELL.LEHE.

p/s^7: semua orang dah berubah, dan kadang2 semua orang selesa dengan perubahan tu.

p/s^8: AKU NAK MINTAK MAAF DENGAN KAU. KALAU AKU DAH LAIN. TAPI AKU RASA AKU SELESA!! MESTI KAU PERASAN KITA MAKIN JAUH....~~ dulu aku selalu kata aku ada sebelah kau~~ sekarang aku menjauh~~ MAAF!!

p/s^9: untuk kawan-kawan terbaik aku. aku jenis ego untuk memujuk. sebab tu aku tak pernah nak pujuk orang ikut aku. tapi aku nak sangat sebenarnya, habiskan moment belajar sama-sama dengan buat something yang "woow!!" dengan kawan-kawan terbaik aku.. jom tahan!!!

p/s^10: aku rindu KKP!!

Sunday, April 18, 2010

erk!!

kenapa aku malas nak baca novel cinta lagi...
kenapa aku lebih suka menjadi cupid cinta dari bercinta..






hanya Dia yang tahu...



p/s: mak kata kerja amal tu "lillahi taala"..

Friday, April 16, 2010

kepada kamu??

kepada kamu,
sila bagitahu gadis kecil, yang duduk dekat pondok tepi sawah itu..
kesat air matanya.
sekejap lagi dia akan jadi dewasa. tak boleh menangis, merengek.

mungkin sekejap saja lagi akan ada orang datang..






p/s:biological time yang makin membunuh.. langsung tak same dengan penduduk malaysia.. orang nyenyak tido, aku baru nak mula hidup..

Saturday, April 10, 2010

monolog dalaman..

kelu........



lidah.........



rasa.......


diri...


seperti.....


hampeh.......



p/s: mane ade aku hampeh!! aku cool macam siti nurhaliza :)

Monday, April 5, 2010

GOD, TAKE ME HOME. AND LET MY HOME BE EVERYWHERE - Farish A Noor,

aku sudah malas mahu menyimpan harapan pada APA-APA sahaja.. dan juga pada SIAPA-SIAPA pun.. yaa bunyinye seperti orang yang kecewa tidak dapat makan aiskrim sundae coklat. tapi itu kebenarannya. aku tahu tuhan menguji aku dengan ujian yang maha hebat. Dia uji jiwa aku yang rapuh. biar aku sentiasa rindukan Dia.
cuma aku tak tahu sampai tahap mana aku mampu bertahan. mungkin esok atau lusa atau sejam lepas entri ini ditulis aku akan tumbang dalam dunia ciptaan aku.. buntu sebenarnya aku mencari jawapan. kalau sesiapa masuk ke dalam dasar hati aku, aku percaya mereka akan tersesat.. tak jumpa jalan mahu keluar. sebab tak jumpa warna pelangi. heh. dulu ada warna pelangi.. sekarang yang tinggal warna hitam pekat dan likat macam kopi maulana.

sekali lagi dengan keyakinan yang ada, aku yakin seorang pun tak mungkin faham. kenapa dan mengapa semua jadi kucar kacir, sebab mereka bukan aku. kalau ada pun kembar aku. tapi mak aku lahirkan aku seorang je,, tak pernah ada kembar. itu kehendak-Nya. dan kini aku seperti mahu ada kembar, biar bukan aku sorang saja yang faham. bukan aku sorang saja yang tanggung hal-hal berkaitan hati dan jiwa.

perkara ini bukan perkara main-main, malah bukan boleh diketawakan sesuka hati. kerana aku boleh bila-bila masa terguris. hampir aku terlupa aku mempunyai banyak ubat yang aku boleh makan sendiri.. tanpa bantuan sesiapa. aku hanya perlu pejam mata dan telan. ubat memang pahit, tapi penawar kan??

sekali lagi aku tegaskan.. aku percaya pada apa yang sudah ditentukan, cuma aku berharap dan berdoa. Tuhan bagi aku lebih lagi kekuatan.. biar aku mampu tanggung... siapa kata aku tak berusaha?? mereka silap... tapi aku akui usaha aku perlu gigih..

p/s: heii ni bukan entri pasal noor hamidah tau,, ni entri pasal gadis comel molek yang sedang jiwa kacau.. menumpang di blog comel ni

p/s^2: noor hamidah dah nak habis belajar..dia dah mula lepaskan perlahan-perlahan semua rasa.. dayem... dia benci nak salam.peluk.laga pipi untuk berpisah.. sebab dia tak boleh berhenti menangis... :(




A.P.I- Pelita(Lagu Tema Hooperz)

Verse_1
Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
slama ini,

Verse_2
Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,

slagi hayat di kandung badan,

Korus:
Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,

kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke srata dunia,
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas
yang terakhir.

Verse_3
tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
stakat ini,

Verse_4
tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,

ulang Korus.

Bridge:
Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Ulang Korus x 2

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Srata Dunia,
Seperti Cahaya…….

Saturday, April 3, 2010

khas untuk nabila athira..

minggu ni sebenarnya memang minggu yang amat PENAT... Dinner final year dah settle. isnin malam post moterm.. dan baru teringat yang tu post moterm terakhir tuk event kolej... maaf yee adik2 junior kalau tak cukup ilmu akak miedot bagi.. sweetkan panggil akak miedot?? selasa malam masih lagi mood happy.. rabu petang dikejutkan dengan jadual presentation FYP.. mood tekanan melanda... tapi masih lagi berlagak cool.. malam gigih menyiapkan apa yang patut.. pagi2 dapat call dari dr.rohaya, huh ingatkan nak bagitahu presentation batal.. rupanya nak bagitahu penilai.. "ape dr MO??" monolog dalaman... jiwa masa tu, kacau bilau bila tahu dr.MO yang jadi penilai.. dayem.. huhu mental down tahap leper kena pijak gajah.. presentation pukul 4.30 petang.. cepat2 siapkan slide.. dr. rohaya suruh mangadap dia dulu.. gigih jumpa dia pukul 1.45.. tunjuk slide yang ala2 kadar.. dia betulkan mana patut.. fuh2.. dr.rohaya memang terbaikk!!..

dup dap.. presentation sebelum pukul 4.. nasib baik tak lambat... done!! dr. yang paling digeruni rupa2nya takde.. ade hal lain.. jadi yang jadi penilai cuma dr.shamala.. "ok good job" katenya pada semua.. padahal tu memang trade mark dia untuk student.. tuhan saja yang tahu macamana leganya kepala bila dah habis presentation.. terima kasih tuhan kerana selalu ada.. dan selalu mendengar...

petang khamis tu, kelam kabut nak ke taman budaya KL.. tapi bila kepala dah penat.. kena ambil masa beberapa jam untuk relax.. tak boleh nak paksa.. jadi lepak dekat tempat kesukaan untuk relax(bilik sejuk beku je pun..)... malamnye pulak.. tepat pukul 8. keluar kolej pergi ke SS.. suhaizam tunggu dekat situ bersama mr.driver. hehe thanks mulo.. hantar kitaorg.. kalau tak.. konfirm tak jumpa mana taman budaya.. hebat la ko.. hehe

sampai dalam pukul 9 lebih.. terus menjalankan tugas sebagai Pen. Pengurus Pentas.. dan pengetuk drum.. aku sememangnye tak berbakat dalam hal2 bit2 musik ni. jadi tugasan tu amatlah merisaukan jiwa dan raga aku.. tapi aku teruskan jugak tanpa banyak soal..terima kasih pada krew2 yg tak jemu2 ajar aku ketuk dengan kuat.love korang...

jumaat jadual sangat ketat.. latihan.. latihan dan latihan.. haha nasib baik ade chopie yang buat aku ketawa sampai sakit perut... ko memang boleh jadi pelakon hebat macam Dato' jalalludin hassan,,, hehe

sabtu adalah hari pementasan.. :) terharu dengan effort budak2 fifth yang datang dengan bas,, jalan kaki dari central market cari taman budaya,, thanks pada mr.opel datang jadi photografer,,, nnti mungkin ade satu entri pasal show ni.. ari ahad ade lagi show.. jadi belum boleh tutup buku.. :P

ok dah berjela entri untuk cik nabila athira.. tajuk tu saje je nak buat gempak... mesti cik nabila ingat dedikasi khas tuk die kan???


p/s: cik nabila sebenarnye yang ada masa minggu yang teramat penat ni.yang sama-sama menjerit dalam blik sejuk beku. die jugak yang hantar ke SS.. dengan keadaan mengantuk... SETIAP MASA ADA!! terima kasih...jangan menangis ok??

p/s^2: terima kasih pada kawan2 yg selalu ada.. mesej good luck presentation n show tak putus2.. :) kamu tahu siapa kamu.. :)