Thursday, July 29, 2010

jaga diri

pada adik-adik yang pergi CARE XI jaga diri.

ada perkara yang kita perlu korbankan. :)





p/s: sekali lagi kau tanya, aku offline terus!!

Wednesday, July 28, 2010

sekali lagi impian hidup tercapai, untuk masa ini.

Apa yang aku buat sekarang jauh meyimpang dari apa yang aku belajar masa selama 6 tahun 8 bulan. ish lama gila kan. yelah diploma 3 tahun + pra-diploma 8 bulan di kuantan. tapi aku bukanlah nak bercerita kisah sejarah pendidikan aku. entri kali ni aku nak bercerita pasal apa yang aku rasa sekarang, setelah 6 tahun 8 bulan aku belajar pasal komputer. dan aku mengakui aku bukanlah pakar dalam bidang komputer lagi. sebabnya?? aku rasa tak perlu aku nyatakan dekat sini. heh. setiap orang cara penerimaannya berlainan. Alhamdulillah, aku berjaya habiskan belajar dengan susah payah. heh biasa lah aku, suka guna jalan berliku.

tak lama lepas aku habis final exam dan masih berbaki menyiapkan tesis, keluarga aku ditimpa dugaan. ayah sakit. sebelum ni ayah amat aktif pergerakkannya, sekarang bila pergerakkannya terbatas, dat tak boleh nak bergerak macam dulu lagi. dari saat itu, aku tahu tanggungjawab meneruskan apa yang ayah dah usaha selama lebih sepuluh tahun jatuh pada aku. sebab semua adik beradik aku yang lain dah ada kerjaya masing-masing. tapi syukurlah bukan aku seorang sahaja yang tolong ayah, abang Teh aku sama-sama ada dengan aku. Abang Teh lebih kepada urusan teknikal dan perkara berkaitan pengurusan aku yang akan uruskan.

apa yang ayah usahakan bukanlah besar sangat pun. pendapatan sekadar cukup untuk menampung kami di kampung. tapi secara asasnya pengurusan kecil atau besar tetap sama. kena teliti setiap perkara. secara jujurnya, aku masih kabur tentang apa yang aku buat sekarang. dan aku masih dalam proses belajar mengenali dunia ayah aku sebelum ni. berada dalam golongan majoritinya lelaki yang memandang rendah kepada perempuan-perempuan yang ada di bidang ni. tapi apa gunanya semangat yang selalu aku tiup pada diri aku sendiri setiap kali kawan-kawan memanggil aku lelaki kan?? masa ni lah waktunya.

buat masa sekarang aku masih lagi belum boleh bertatih. macam bayi yang baru lahir. aku tengah seronok menjelajah dunia baru menggunakan mata aku. dan aku amat bertuah sebab keluarga aku sentiasa ada untuk aku. kepada kawan-kawan, tolong doakan aku berjaya dalam bidang ni. hip hip horrayyy....



p/s: tidak perlu fikir baju apa untuk ke pejabat. boleh shopping baju bundle untuk ke pejabat. hehe

p/s2 : TOMMI... ku merinduimu..

p/s3 : percaya dengan keajaiban. terima kasih UPM. love fifth

p/s4 : bila aku melalui waktu sukar nanti. aku akan baca semula entri ni. bukan ke inilah tujuan aku hidup dari dulu lagi. :) untuk mak dan ayah.

Tuesday, July 27, 2010

entri khas.

aku ingat lagi masa aku belajar dekat kuantan dulu, kolej swasta yang suruh pelajar semester tiganya duduk di rumah sewa sendiri. kau selalu datang naik kereta iswara ayah kau. kau dan aku tau, yang kita ala-ala dating depan rumah jiran sebelah milik orang cina yang cuma balik hujung minggu. heh. aku wujudkan istilah ala-ala dating sebab kita bukan pasangan kekasih pun. selalunya kita berbual tak lama, sebab mak kau akan talifon risau kau bawak kereta ayah kau. kau pergi tanpa ucap selamat atau apa. tapi aku tak terasa, sebab kau dengan aku cuma kawan lebih dari biasa.

selalunya kau datang dengan seluar koyak dan baju bundle kesayangan kau."the used". kau suka sangat dengan band tu kan?. mula-mula aku ingat kau cuma pekerja bundle pasar malam je. tapi siapa sangka kau pelajar uitm jurusan akaun. aku selalu gelakkan kau. sebab langsung tak kena. kau kata, nanti kau kerja bank. aku tak boleh gelak lagi. masa kawan-kawan aku sibuk mencari teman lelaki, aku rasa hidup aku dah cukup lengkap ada kau. kita bukannya selalu menghantar pesanan ringkas pun. komunikasi kita selalunya tak sengaja. aku terserempak kau. kau ternampak aku. selalunya begitu.

Lama kita tak berkomunikasi, kau hilang macam tu saja. aku pun sama. dah tak gigih cari public phone nak talifon kau. oh ye aku memang suka kumpul duit syiling dan talifon kau. walaupun aku ada hanfon. ntahlaa, aku rasa puas. satu hari kau datang, tapi tiada siapa pun yang perasan kau bagi salam. masing-masing dalam rumah sewa leka main game. talifon aku silent sejak dari kelas lagi. jangan harap aku nak dengar vibratenya. teman lelaki kawan aku, yang kebetulan rumahnya depan rumah sewa, talifon kawan aku bagitahu yang ada lelaki nak panjat pagar rumah. lelaki tu dah lama duduk depan rumah. aku berseloroh dengan kawan aku. aku kata ntah-ntah kau yang datang. bila kawan aku kata kereta iswara.. aku dah menyumpah dalam hati. memang kau yang datang. aku tengok hanset berpuluh misscall. haih, kau memang suka buat kejutan dengan aku. :)

hubungan aku dengan kau. aku rasa lebih dari kawan biasa, tapi kurang dari pasangan kekasih. malah waktu kita berkawan kau usha seorang awek kelas kau. heh. menurut cerita kau. kau jadi mereng sekejap bila awek kau mintak putus. heh. diam tak diam,lama-lama kita dua hilang macam tu saja. langsung dah tak terserempak dekat mana-mana. kedai bundle. pasar malam. tempat biasa kita terserempak. aku buat perkiraan sendiri. mungkin kau dah pindah atau berkahwin. hmm sekali lagi teknologi tak membantu aku pun.

aku belek diari lama. rupanya nama kau penuh dalam catatan harian aku. :)

sempena entri ni khas tuk kau, aku masukkan lagu feveret kau.


Monday, July 19, 2010

i had a dream

mimpi aku malam semalam adalah yang terbaik.

*senyum sampai bila-bila.

Sunday, July 18, 2010

my bestfriend wedding. :)

bila kau duduk dikalangan masyarakat kampung aku. kau perlu teliti setiap perkara walau pun yang remeh temeh. aku bagi contoh yang paling senang, perkahwinan. bila kau dah bersedia untuk membuat kenduri di kampung, kau kena bersedia dengan soalan-soalan yang amat membina. jangan terkejut kalau warna baju pengantin kau juga jadi persoalan berat. kenapa warna begitu dipilih. kenapa bajunya macam mahu pergi angkasa. aku kira masyarakat kampung aku sangat baik hati sebab sentiasa ambil berat. siapa yang akan jadi bakal teman hidup, jangan cakap lah macamana mereka teramat risau. kamu seperti disoal siasat mahu masuk polis lagaknya.

macam seperti update status di facebook. kau kena update setiap perkara, haih. macam yang mak aku selalu cakap, kita ada saudara mara. kena jaga hati. tak boleh buat diam sahaja. haih. aku kira, kawan aku, wana sangat berani bila hanya mengumumkan berita pertunangannya di facebook dengan menukar status in a relationship kepada enggaged. tiada majlis melibatkan orang ramai. tiada soalan-soalan mencabar minda. coolkan?

aku tak rasa mereka akan faham, kalau aku buat konsep perkahwinan ala-ala urban. jika ada play dimainkan dimajlis perkahwinan aku. macam yang aku buat masa kawin senior aku dulu. tapi nasib baik lah aku cuma memilih konsep tradisional. dan mungkin akan memakai baju kahwin mak aku dulu. kebaya songket yang masih elok. belum kira lagi dengan gambar pengantin aku nanti. mesti puas aku nak menjawab, kenapa gambar pengantin lebih banyak nampak kaki dari nampak muka pengantin. kenapa gambar pengantin senget. :)

entri ini bukanlah apa-apa pun. cuma mood kawan baik aku akan kahwin. kepada mereka yang risau melihat aku. mari sini aku khabarkan sesuatu. seseorang yang akan bersama aku sampai mati nanti belum hadir pada waktu yang tepat. jangan dikata aku terlalu memilih, pernah kau melihat pasangan aku sebelum ini. tidak ada seorang pun seperti Qie. jadi bagi aku bukan itu yang aku cari.,mungkin mereka datang bukan pada waktu yang tepat. untuk pengetahuan semua, masih banyak lagi yang perlu aku belajar. aku masih tak mampu mebuat kuih koci macamana yang wana buat bila tunangnya datang untuk betulkan lampu dirumah dia. aku masih lagi tak pandai berbual dengan orang yang baru aku kenal. jadi macamana aku mahu rapat dengan keluarga dari sebelah lelaki?? heh. aku masih lagi dibebel akibat suka tidur lambat dan terlupa jemur kain esoknya itu kau fikir boleh manjadi suri seseorang? aku tak fikir begitu........

akhir kata dari seseorang dan aku mengakuinya..
"Cinta itu adalah apabila kita dapat MENIKMATI KESUYIAN bersama kekasih"

p/s : aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kawan-kawan aku. dan aku amat bertuah.

p/s2 : tunggu satu masa, aku akan bagi kad wangi warna pink mungkin. hehe :)

p/s3 : kalau kau risau. aku lagi risau, tapi aku percaya dengan janji Dia tentang hidup aku yang semua orang tak tahu termasuk aku.

p/s4 : chill & enjoy :)

Saturday, July 17, 2010

inspirasi dari blog nabila athira.

kalau cik nabila athira nak tulis pasal cinta nya. aku juga macam tu. kan aku dengan dia selalunya tak jauh berbeza, sedangkan nak pilih tempat makan selalu sahaja sama pemikirannya. jadi tak mustahil kalau kali ni kami berkosgsi rasa. heh.

begini mulanya, aku sangka cinta aku pada kau disebabkan diri kau. rupanya silap sama sekali. aku cinta dan sayang pada kau disebabkan sahabat aku. bila satu masa sahabat aku pergi, aku kira cinta dan sayang pada kau masih sama seperti dulu. sekali lagi aku silap, cinta dan sayang langsung sudah tidak wujud walaupun sedikit.

hairan bukan. aku tak mampu mahu menulis lagi. kan aku dah kata jiwa aku bersama kau sudah hilang, saat melangkahnya kaki sahabat aku. yang tertinggal cuma kau dan aku. kosong. tapi kau jangan risau, kau tetap perkara terbaik yang pernah wujud dalam dunia aku. cuma aku tak mampu serahkan cinta dan sayang aku seperti dahulu bila aku keseorangan tanpa sokongan sahabat aku.

kau jangan menangis ye :)

Tuesday, July 13, 2010

*_*

aku tak fikir orang akan faham dengan jalan yang aku pilih. yup jalan yang aku pilih selalunye berliku. dan tiada siapa pun nak teman aku ikut jalan aku. akhirnya yang tinggal tetap aku sendiri.










saya rindu kamu.

Wednesday, July 7, 2010

manja dan gagah.

perbualan diantara dua kanak-kanak. seorang berumur 2 tahun dan seorang lagi berumur 6 tahun. untuk yang berumur 2 tahun itu, maaf lah beliau sudah petah bercakap. jadi takkan ada dialog yang berbunyi pelat seperti budak manja.

sebelum mendengar perbualan mereka, biar aku terangkan serba sedikit latar belakang kanak-kanak ini. yang berumur 2 tahun ini, tersangat manja. tak boleh terharu sikit, dah menangis, kalau sedih, jangan cakap la menangis dia macam mana. boleh banjir. seorang yang sangat tidak yakin dan penakut. kan baru umur 2 tahun. ok cukup pasal dia

seorang lagi, umur 6 tahun. sangat yakin. kuat. gagah berani.oh lupa nak cakap, kedua-dua mereka ni perempuan. aku namakan yang berumur 2 tahun tu dengan nama manja. yang 6 tahun tu, si gagah.

manja : aku rasa kan gagah. kau sebenarnya tak layak jadi anak murid pada dia..

si gagah : hei manja.. aku rasa kau langung tak layak digelar sebagai anak pada mereka..

itu sahaja perbualan mereka.

Monday, July 5, 2010

sudah tiba masanya kan??

aku tak sempat nak catat pukul berapa kita bersalam untuk berpisah tadi. aku jugak tak sempat nak ambil gambar dekat kedai makan feveret kita tadi. kau tahu kenapa aku terlepas masuk simpang kedai makan feveret kita tadi tu, sebab aku tengah fikir macamana hari aku tanpa kau.

aku taip entri ni dengan perasaan kosong, sebab lepas "percutian" yang kita cipta sendiri ni berakhir. aku tahu semua tak sama lagi macam dulu. kau kerja, aku pun insyaAllah kerja. mana ada masa berbual sampai pagi. mana ada masa pergi makan kedai feveret. yang paling penting bila masa kita akan jumpa semula. persoalan yang "kita akan jumpa lagi kan?".. aku tak punya jawapan untuk itu. sebab semuanya atas perancangan Tuhan.

aku tahu kita sememangnya janggal nak cakap.."aku sayang kau" tapi kau tahu kan kenapa? hehe kita kan ego.. hahaha tapi untuk kau tahu, aku dah sayang kau macam adik aku.kalau boleh aku nak jaga kau, dari anasir-anasir jahat yang datang kacau kau. tapi biasalah aku manusia biasa tiada power macam superwomen. yang aku mampu buat cuma halaukan kucing dari hidup kau. hehe :p

berapa kali aku taip dan padam. sebab aku tak tahu dari mana mulanya nak cakap terima kasih pada kau. mungkin aku patut mulakan dengan terima kasih sebab selalu ada di depan, belakang, tepi kiri ,kanan aku. waktu kerja rasmi mahupun kerja yang langsung tak berfaedah...hehe kau tak pernah gagal belikan aku air soya dan roti bila period pain melanda. haih. juga tak pernah gagal bawak Tommy mengikut kehendak aku. ke sana ke situ. aku tahu Tommy mesti rindu kan kau nanti. dayem,, menulis dalam keadaan jiwa kosong, kau tahu kan macamana hasilnye? caca marba...

beb. maaf banyak-banyak kalau ada yang buat kau terasa hati. maaf jika aku tak cukup baik sebagai sahabat kau. maaf kalau aku kurang mendengar cerita kau, bukan seperti setianya telinga kau mendengar cerita-cerita remeh aku. maaf jika dalam hati aku terdetik rasa marah sepanjang kita berkawan. maaf untuk segala-galanya.

p/s: pada awalnya, aku letak lagu INDAH. lagu tu kan tema kita. tapi aku remove semula. sebabnya, tanpa takdir Allah, NOOR HAMIDAH dengan NABILA ATHIRA tidak mungkin jadi sahabat. :)

p/s: "Indah, bila kita sama. Selalu indah bila kita berdua. segala duka nestapa, dunia hanya kita berdua." - kau tahu kan kenapa aku suka lagu ni? hehhe kita terlalu cool sampai beku.

p/s: berharap akan jumpa lagi yee.. datang kenduri Wana...


*pic kau dengan Tommy*


*smile*


*ingat aku dalam doa kau*



p/s terakhir : jaga diri..

Saturday, July 3, 2010

cerita yang tak mampu diceritakan.

jiwa sangat tidak tenteram.

kredit hanset 0.01 sen.














kesudahannya?