Thursday, January 27, 2011

salam ikhlas.

kalau kau ingat aku perempuan yang akan merayu,
kau nampaknya tersilap mengenali aku.

kalau kau ingat aku akan pergi cari ganti,
kau silap sama sekali, aku tetap berdiri.

cukup untuk kau tahu,

sekali kau cakap tunggu...
aku tunggu biarpun aku jadi tugu.


p/s : pecah kaca pecah gelas. aku tak harap kau balas :P

Tuesday, January 25, 2011

koi dengan jejaka yang koi minat dulu dulu..

semalam koi ke temerloh.. menemankan rodong koi ambik passport ke luo negara belio.. bukeng main weh...
bejalan saje. bak kate ayoh koi. lepeh tu, rodong koi buek blind date ngan rodong lame belio. dari zameng maen mespes lagi..
bejumpe laa di old town white coffe.. jangeng saloh pegi. sebak kat tmeloh ade se lagi kedei mamak name old town jugek. kesian OTWC.

mase koi nunggu rodong kepade rodong koi. baru koi peraseng. ade budok maran same ngan koi dulu.
koi penoh minat belio. koi sokmo ngek skodeng kelas belio. belio ting 5 koi ting 3. tapi koi dah tok hereng.. sebak tu cite lame..
tibe tibe koi dengo org "suiittt suuiiiit" gaye bunyi tikus mondok. koi pandang....
rupenye budok yang koi minat tu nok tegur..

"aok berdue je ke?"

series koi tergamam. gaye orang terlekek tulang. koi ngangguk je.

"yang lain mane?"

koi smpei ke hari ni x faham mende maksudnye pertanyaan belio..

koi pelik sungguh.. mase zameng koi skodeng dulu. talde pulok die nok negur...
tapi koi yakin die tersilap orang..

sekian dari hamidah mubin..

Monday, January 24, 2011

ini yang terakhir

terima kasih sebab kau buat aku gagah..
aku tak tipu.. sekarang aku dah sebati dengan
"lelaki"...



tapi sayang.. kau pergi dengan cara paling tidak mahu dikenang orang.

Friday, January 21, 2011

rasa macam putus cinta (rasanya memang dah putus)

dayemmm.. double kecewa aku hari ni..


:(




p/s : kecewa di petang hari lagi berbisa.. cet..

Thursday, January 20, 2011

Tuesday, January 18, 2011

malu.

entri pendek untuk hari ini.

dah jumpa kedai yang sama dengan kedai feveret dekat serdang. maksud aku sama, adalah citarasa lauk pauk dekat kedai tu sama dengan citarasa bila aku tengok lauk pauk dekat kedai feveret tu. ayam madu dia terbaik!.


masa aku dekat gerai makan tadi. ada seorang mamat hensem tengah baca suratkhabar. dan ade beberapa orang tengah makan jugak. aku dengan rasa tak sabar nak makan ayam madu dia, pergi basuh tangan,,, dan di atas meja mamat hensem tu, ade suratkhabar kecik dalam utusan tu. alaa yang hiburan punya tu. berita pasal Qie. aku pun apa lagi.. terus ambik suratkhabar tu. dah tak tanya dah mamat ensem tu. dia nak bace lagi atau tak.

sambil makan ayam madu, aku jeling pada suratkhabar tu. nak makan puas puas dulu. sebab ayam madu dia memang terbaik. tapi dalam masa yang sama tak sabar nak tahu berita pasal Qie. setengah jam berlalu. mamat ensem tu masih kusyuk membaca.....

tiba-tiba.. dia bangun, dan berjalan ke arah aku. aku dah dapat agak dah.. demss malu..

sepertinya yang aku jangka. suratkhabar yang aku SELAMBA BADAK ambik atas meja dia adalah... Suratkhabar dia. hak milik dia. dan bukan hak milik gerai tu. erk... malu lagi... dia datang dan cakap.. "dah habis baca??".. aku cuma mampu cakap "Dah".. sambil malu - malu bagi semula suratkhabar. :P

mana aku tahu.. selalunya kat gerai makan macam tu, ada suratkhabar free.. kira macam bacaan free untuk orang kampung. hehe kat kampung aku siap boleh pinjam bawak balik lagi... lepas ni memang aku fobia dengan suratkhabar free yang ada atas meja dekat gerai makan. aku taknak pisang berbuah banyak kali.

p/s: kepada mamat ensem baju warne putih. "sorry" hehehe :)

Sunday, January 16, 2011

ta teh taaa teh... ta ta taa teh,,,

syarikat gergasi pun ada banyak masalah. inikan pulak syarikat sebesar kuman. lagi laa banyak masalah. orang kata kena lah bertatih perlahan lahan. takkan terus berlari dekat padang besar kan?

senyum macam taknak senyum. *~* gini lah ghupenye.. heheh

p/s : kena belajar jalan busy macam dekat KL ni. baru berani drive sendiri nanti.

p/s2 : ayah jangan risau. anak ayah ni pakar dalam critical thinking. (chewah) cuma tak pakar bab cari menantu untuk ayah je. :)

Friday, January 14, 2011

woot woot....

selalu sangat keadaan macam ni berlaku pada aku. keadaan yang mana, ada perkara yang kena lakukan bertindih. padahal minggu yang free, duduk je melepak depan tv. malas betul nak fikir solution. kena atur baik baik biar semuanya lancar. cewahh...

p/s : Isnin kena ambik surat tawaran SI di KL. yang bestnya pergi dengan anak Encik Lan yang namanya Ain. dia jugak macam aku kerja dengan ayah, dan akan jadi pewaris syarikat ayah dia. aku ada lagi seorang kawan yang sama situasinya,anak encik Hamzah namanya Jaja. Aku dengan Jaja lagi banyak persamaan, umur kitaorang sama dan nak dijadikan cerita tarikh lahir kitaorang jugak sama, jadi tak ambik masa nak serasi. sebab sama zodiak. hehe. Dengan Ain, jarang jumpa sebab dia duduk terperap dekat ofis je. tapi kedua dua mereka ni hebat, sebab dah lama bekerja dalam bidang ni. Inspirasi. Tiga orang sri kandi untuk kontraktor SI pahang. :)

babai nak pergi ambik baju dekat tukang jahit. dah sebulan siap. heeee :) love dodot.

rindu lah. :)

Aku baru saja berbual di talifon dengan hero hero di k5. Kupan talifon sebab nak bersembang pasal FESTIK. masa aku tengah berborak, dengar Balam dengan Bangla terjerit - jerit dekat belakang. Kupan pass talifon pada Bangla. cerita pasal Festik lagi dan lagi. Balam takut nak bercakap katanya, heh.

Rasa terharu pun ada, walaupun dah jauh dari diaorang tapi diaorang tetap ingat nak bercerita pasal festik dengan aku.benarkan aku berkongsi rasa walaupun melalui talifon. lepas habis je perbualan, tiba tiba aku rindu nak join produksi lagi. Mungkin ada hikmahnya, diaorang still lagi kat k5. boleh tolong mana yang patut.

untuk adik adik junior, welcome to TGV (fifith).

setiap produksi lain corak dan bentuknya, untuk hero hero sekalian, aku tahu korang boleh buat. yeeee yeehhhhh....

*rindu nak berlakon ngan ko bangla* rindu nak streessssss hafal skrip* rindu nak sakit kaki berlatih dekat court* rindu nak circle sambil baling batu court* rindu nak rasa berdebar time dengar komen alumni* rindu serindu rinduuuuunya*



Bintara(Bangla) & Mantra(Miedot)
nah bonus untuk semua.
Gambar time pementasan Arca.
1st year. :)


Thursday, January 13, 2011

cerita sedih dan gembira...

Beliau call dan cakap, " hei, aku otw balik ni. esok kita jumpa". oh gembira tak terkata. dah macam rasa lepas SPM. gila bayang sorang2. aku pun dah plan baik baik, aku cek planner, takde keje yang kena aku keluar,cuma dekat rumah je. yes!! aku tengok ayah pun tidur je lepas subuh. jadi aku tahu, dia takkan ajak aku pergi mana- mana. Ayah memang macam tu lepas tak berapa sihat ni. dia lebih banyak habiskan masa berehat dalam bilik tidur.

11 pagi, cek hanpon.. dapat mesej kata ada meeting pukul 2.30 petang. aku ingatkan hari esok atau lusa. baca sekali lagi.. ohh tidak meeting tu hari ini!!!! sedih yaa amat. bincang2 dengan ayah, bodek ayah malas pergi. sebab meeting tu di Kuantan. ok done. ayah kata tak payah pergi. rancangan nampaknye berjalan lancar.

1.20 petang. dapat call dari Puan Liza, dia tanya pasal meeting, dengan yakin jawab tak pergi. ughh sekali lagi berita sedih.. meeting tu sebenarnya di Temerloh, mesej yang aku dapat tak sampai habis rupanya. maknanya memang sempat sangat aku pergi dan wajib pergi. dengan rasa yang malas. bersiap dan pergi. Bertambah kecewa bila bertembung dengan beliau . aku dah rasa macam cerita korea dah time tu. aku sempat angkat tangan tapi tak cakap apa.- apa beliau tercengang tengok aku dalam kereta. semua cerita keluar time tu, hindustan, korea, melayu, tamil, mandarin.

dengan rasa sayu, aku pun teruskan jelah drive ke Temerloh, dan beliau balik rumah dan tidur.

mesej di kala maghrib "aku dah otw balik sana"..

GOODBYE.

p/s: sebenarnya aku tak sedih sangat tak jumpa dia, tapi aku sedih sebab aku dah calarkan kereta ayah tadi, time nak paking dekat TM.. huhu sampai rumah tadi aku terus paking kereta dalam garage, ayah tak sempat tengok lagi. masa entri blog ni ditaip, ayah still lagi tak tahu. aku rasa lepas subuh esok aku terus nak bawak pergi bengkel. kasi polish. huhu grrr ketar lutut. rasa ni lagi KECEWA dan SEDIH daripada tak dapat jumpa beliau.

gulp telan air liur. takut ayah lagi awal esok daripada aku. so gtg. bye dodot. :(

Friday, January 7, 2011

sangat seronok bermain nombor nombor.

mula saya seronok tengok. dan saya mula join secara senyap senyap. dengan cubaan mengelak untuk bercakap pasal orang lain. saya sangat teruk dalam cakap pasal karakter seseorang.tapi akhirnya saya tak dapat mengelak. ada jugak yang PM saya nombor walaupun saya tak tulis status.

tapi dengan rasa besar hati. saya tulis dengan jujur. semuanya jujur dari hati saya. dan saya sangat bertuah sebab ada kawan2 macam kamu semua. oh yee. itu semua untuk seronok seronok. saya rasa macam saya bergurau2 depan mata dengan diaorang. saya gelak2 sorang. maklum laa dah lama tak jumpa kan?? dan jugak motivasi terbaik untuk saya yang sangat memerlukan motivasi. hehehe


entri ni sementara menunggu kawan saya datang jemput, saya akan pergi ke reunion tak dirancang dengan kawan2 diploma saya. dan untuk pengetahuan, semuanya dah kahwin dan ada anak. cuma saya yang single mingle maintain comel. objektif sebenar nak bawak anak anak diaorang pergi ke ICT, tapi dalam masa yang sama si ibu rancang nak berjumpa kawan2 lama. dah berapa tahun tak jumpa. jadi saya harap reunion ni jadi kenangan yang terbaik 2011.

tak sabar nak main-main dengan anak anak diaorang. :) love miedot.

Thursday, January 6, 2011

think to much!

"Thinking too much wastes your entire life. Just stop, close your eyes, and follow your heart. I guarantee you it knows the way"-naziquote.com


aku : ita, ape ko cakap sebelum ko cakap pasal ni tadi??

ita : *blurrr*

aku : aku rasa kan,, aku dah pekak la.. aku banyak tak dengar apa orang cakap.

wana : ko bukan pekak, cuma ko tak bagi perhatian!! *nada series*

aku : *pandang tepat pada dia dan jerit* yeee.. tepat sekali.


*lepas aku jerit pada wana.aku dah dapat jawapan, tak mungkin aku pekak, erk aku korek telinga selalu. jadi kesimpulannya adalah aku kurang bagi perhatian. Nak kata kerja melambak tak jugak. aku masih lagi bekerja santai. aku gunakan 24 jam sepenuhnya. kalau malas buat kerja hari siang, aku gunakan masa malam aku.

bila aku fikir semula, baru aku teringat. masa aku tengok tv pun. aku akan menerawang jauh. sampai kadang - kadang aku terlupa macamana cerita tu padahal dari awal aku dah tengok. kalau aku tukar siaran masa iklan, mesti aku lupa aku tengok tv apa sebelum aku tukar tadi? hmm ni pun boleh dikira tak fokus ke ek??

aku tak tau la, ni kes parah atau tak. selalu sangat aku duduk buat kerja dekat ruang pejabat lepas tu aku pergi bilik aku yang terletak dekat dapur. dan masuk bilik lepas tu aku akan cakap "eh aku nak buat apa ek masuk bilik ni??" lepas seminit dua berputar putar dalam bilik. baru aku ingat nak buat apa. chit memang memenatkan.

ada seorang junior cakap pada aku, masa aku camping dengan dia, katanya aku ada penyakit "lupa sekejap". hehe aku tak tahu ada tak penyakit tu wujud. dia cakap macam tu sebab tak sampai 5 minit aku letak torchlight contohnya, aku dah lupa mana aku letak. *

aku harap perkara ni bukan perkara series. mungkin aku akan lebih fokus!! yeah!

p/s : aku dah tak kisah untuk itu. jadi atau tak. kalau jadi mesti jalannya terang. :)

Monday, January 3, 2011

YEAR END SPECIAL. ( entri memperingati 2010)

tahun 2010, adalah tahun yang harus aku ingat sepanjang zaman. banyak perkara terbaik berlaku dalam tahun 2010. bergraduat. daki gunung tertinggi di semenanjung. photoshoot dengan kawan2 terbaik. teater. entri kali ni, sempena memperingati 12 bulan di tahun 2010. sorry kalau terlebih panjang dan meleret leret. :)

JANUARI
bulan pertama trip ke genting dengan classmate. yang menariknya trip genting ni, dirancang secara spontan. Ila, kutip nama dekat cafe. lepas tu dia uruskan semua. yang kami tahu. enjoy!! big thanks untuk Ila sebab berjaya jadi penganjur. aku rasa trip ni berguna lepas 3 tahun duduk kelas yang sama dan diakhiri dengan aktiviti yang enjoy. sekurang2 nya ada kenangan kelas kan?

sehari lepas ke genting, dengan gigihnya aku ikut trip mendaki gunung nuang. tertinggi dekat selangor. pengalaman yang menarik. ditambah pulak masa mendaki aku sakit gigi. :). kali ni kelab kembara k5 yang anjurkan. tapi secara underground, takde paperwork. memang keselamatan ditanggung sendiri. dan itulah yang paling seronok sekali. rebel..

FEBRUARI
untuk bulan kedua, sekali lagi kelab kembara buat trip ke pangkor. teluk segadas. kali ni lama sikit. jadi apa lagi. pergi la seramai 13 orang. :) cerita sebelum pangkor aku rasa banyak mematangkan pengarahnye iaitu botol. ye tak??

dalam bulan ni jugak,join produksi teater terakhir sebagai student. alhamdulillah pementasan Jerjak berjaya bawak pulang anugerah pelakon wanita terbaik dan pembantu wanita terbaik. dan yang menariknya, jerjak cuma dilakonkan oleh dua orang wanita sahaja. terima kasih tak terhingga kepada yang terlibat. i love teater.

MARCH
Dua event terbesar bagi k5 berlangsung pada bulan yang sama. memang terkejar2 dengan FYP yang makin membunuh. fuhhh masa memang memakan tuan.

Peniti, adalah event tradisi k5. jadi haruslah dibuat sehabis baik. sekali lagi aku diamanahkan sebagai AJK GIMIK. aku memang suka dengan gimik. boleh branstorming tak kira tempat. kadang2 tengah mandi idea datang. Alhamdulillah. gimik berjaya dengan pertolongan semua. kalau nak sebut satu satu nama memang entri ni jadi entri khas la pulak. :)

Dinner untuk pelajar tahun akhir agak kontroversi. tapi aku malas nak ceritakan kontroversi yang berlaku. kepada sesiapa yang menyokong. terima kasih. untuk dinner tak banyak ambik tahu pun, kan final year katenye... :) malam tu dapat la anugerah extravaganza rasenye. aku sendiri tak tahu objektif sebenarnya anugerah tu wujud, orang dah bagi kita terima dengan tangan terbuka kan?

APRIL
Terlibat secara tak langsung dengan pementasan teater DETIK untuk manifestasi kebangsaan. itu kali pertama aku terlibat dengan produksi besar macam tu. aku di amanahkan sebagai ASM dan pengetuk drum. terima kasih tak terhingga kepada semua. kalau boleh aku nak lagi pengalaman macam ni. kita boleh belajar sesuatu dari sesuatu perkara, bukan setakat teater kan?

boleh dikatakan bulan April, dikira sebagai bulan untuk mengakhiri segala - galanya sebagai student dan MTM. meeting terakhir sebagai Naib presiden k5. air mata time tu, kalau ade kolam dah penuh kolam tu dengan air mata aku. sedih sangat nak tinggalkan semua tu. Last exam jugak pada bulan ni. last exam kelas kami semua tangkap gambar kenangan. :) sekali lagi Ila as a penganjur. TQ

MAY
Bulan ni adalah paling menarik sepanjang aku hidup 26 tahun. sekali lagi kelab kembara k5 anjurkan aktiviti paling mencabar, iaitu mendaki gunung tahan. tapi tak ramai yang join. bagi aku yang memang dah lama bercita - cita mendaki gunung tahan. apa lagi, tanpa fikir 10 kali. terus bersetuju. pengalaman dalam hutan selama 7 hari, takkan sesiapa dapat selama 3 tahun belajar di Universiti. :)

ini kan bulan paling menarik dalam hidup aku. nak tahu kenapa?, bulan ni jugak presentation Final Year Project. FYP FYP FYP. cerita pasal FYP merupakan cerita kegilaan aku. hampir menjadi tak betul aku rasa. tapi itulah student kan?? Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. terima kasih pada Dr Rohaya. superb supervisor. :)

ada lagi perkara menarik berlaku. ianya mungkin kisah biasa bagi sesetengah orang, tapi bagi BBS ianya sesuatu yang kena ingat sampai bila - bila. BBS photoshoot dekat pokok komersial di ladang UPM. dan photog adalah en opel merupakan photog sambilan. dan gambar2 nya terbaik. dan semuanya adalah F.O.C. tak tahu lah kalau upah photog luar untuk photoshoot mesti banyak duit kena keluar. tq Opel. Tq BBS. Tq Pokok UPM.

JUN
bulan Jun mungkin bulan akademik pada aku. haih sepatutnya dari awal bulan akademik. tapi bulan Jun, baru lah aku tumpukan 10o% pada tesis. erk lambat bukan? dan jugak bulan Jun aku diuji bila result kalkulus keluar, dan aku TAK LULUS. wohhooo dah laa final sem, berkemungkinan akan extend. fuh2 tuhan je yang tahu, apa aku rasa masa tu. air mata macam air terjun turun, mencurah2.

tapi dalam sedih dan kalut siapkan tesis, sempat lagi aku ke Royal Belum. Perak. pengalaman yang superb. tak banyak yang nak diceritakan di Belum. sebab otak pergi dengan rasa yang tak tenang tapi disebabkan duit dah bayar.. pergi jugak la membawa hati yang lara. :)

Alhamdulillah, Kalkulus dibenarkan retest. jadi aku siapkan tesis sambil tunggu panggilan untuk retest. dalam kalut siapkan tesis. dapat berita ayah sakit dan masuk ke Kuantan Medical Centre. balik dan sambung tesis dirumah. dan tanggungjawab mula datang menjenguk. hai :)

JULAI
retest time. aku pindah ke bilik lain setelah menumpang kasih dekat bilik junior. time ni aku dah ready mental dan fizikal kalau tak lulus. takut kena extend. bila ayah dah tak berapa sihat, ayah dah suruh aku kerja dengan dia sepenuh masa, jadi aku dah tak mengharap untuk mintak kerja dengan sesiapa sekalipun. ada jugak mulut yang kata " eh belajar tinggi tapi kerja dekat kampung je??" jawapan aku senang " duduk rumah lagi best ". itu yang paling aku risau. kalau tak lulus extend dan macamana dengan harapan ayah. kuasa Tuhan tiada siapa tahu, Alhamdulillah Retest aku LULUS. :)

kawan baik aku wana jugak kawin dalam bulan ni. plus nabila athira kawan baik dari UPM pun datang. wana kahwin aku jadi pengapit. bawak bell jalan - jalan kebun. jalan - jalan ke gambang waterpark. dan semuanya gembira.

OGOS & SEPTEMBER
aku gabungkan dua bulan ni, sebab tak banyak yang berlaku. angkut TOMMI dari UPM, fuh bawak naik van pakcik nazir. dengan angkut TOMMI dan barang2 lain dari UPM bermakna dengan rasminya, aku dah keluar dari k5. hehehe sedih bukan??

1.8.2010 jugak secara rasmi sebagai pekerja KS MAJU ENTERPRISE, :)

bulan september sibuk dengan kerja dan cuba sesuaikan diri dengan persekitaran baru. erk banyak jugak air mata tumpah. rupanya bukan senang bekerja dengan keluarga dan aku pulak adalah anak bongsu dari lapan orang adik beradik. dapat bayangkan tak macamana manjanya aku dirumah. dan tiba tiba aku kena marah pasal itu ini. ayah cakap pasal kerja di mana sahaja. lama - lama aku dah biasa. kerja dan keluarga dah jadi satu. :)

OKTOBER
bulan ni merupakan bulan paling bermakna bagi aku. yipiieee... bergraduat. bayangkan perasaan selama 3 tahun belajar. macam-macam cerita masa belajar, dan masa dihabiskan lebih banyak untuk event dari mengadap buku. macam ayat yang selalu aku cakap " ini jalan yang aku pilih". bila dah disahkan oleh senat yang aku dah bergraduat. fuhh syukur tak terhingga. :)

13.10.2010. tarikh keramat naik kepentas untuk ambik skroll. dan sekali lagi photoshoot dengan kawan terbaik sempena graduation. F.O.C lagi. :)

lupa pulak. aku memang jenis akan reward diri sendiri kalau ada sesuatu yang berlaku. jadi untuk konvokesyen ni, aku reward diri aku dengan instax kamera. yippie. tersangat suka. :) sebab bagi bila aku tangkap gambar dengan instax, itu adalah moment yang sangat berharga. :)

NOVEMBER & DISEMBER
wahh tak sangka dah sampai ke penghujung tahun. bulan sebelas aku sibuk uruskan perkahwinan muji. kesana sini beli barang. bulan ni jugak dipenuhi dengan mesyuarat adhoc dari TM. pergi kursus di Terengganu, dan aku seorang je perempuan masa kursus tu. dan aku dengan jayanya lulus. yeay!!. Oh ye...makin berani bawak kereta di bandar kuantan. aku memang ada masalah dengan kereta yang banyak di jalan raya. takut dengan kemalangan. tapi demi kerja aku dah berani sikit. yeay!!

5.12. 10 kenduri dekat rumah. macam biasa semuanya berjalan lancar. dan sekarang aku dah kena tempias bila muji dah kahwin. aku dah tak boleh jadi kan dia sebagai alasan lagi. moga berbahagia abg muji. :) tarikh ni jugak hari lahir aku yang ke 26. sama macam tahun2 lepas, time hari jadi je mesti aku ada event besar. jadi haruslah aku tak guna free call yang maxis bagi. mungkin ada hikmah. hehe :)

ok akhirnya dah sampai penghujung entri ni. panjang bukan. apa yang aku nampak life sebagai student cepat saje belajar perkara baru. dan bila dah kerja. macam takde apa yang berlaku. kerja kerja dan kerja. setiap perkara berlalu macam tu saja. tak sempat nak pegang dan rasa. :)

moga jumpa lagi di tahun 2011. love miedot. :)