Thursday, June 30, 2011

Ayah paling tak suka kalau minyak kereta kurang dari 3 bar. Jadi meter minyak memang sentiasa 3 atau lebih..dengan automatik aku jadi terikut ikut perangai ayah yang satu ni. memang cuak kalau meter tunjuk kurang dari 3. padahal aku tengok kawan aku relaks je bawak kereta walaupun simbol minyak dah menyala-nyala..

nak dijadikan cerita, semalam balik dari Temerloh aku skip isi minyak. dah penat. lagipun aku yakin ok lagi.. rupenye tidak sama sekali untuk hari ni. start je kereta meter minyak tunjuk 2 bar. nak ke stesen minyak terdekat lebih kurang 20 minit, tapi tak boleh pergi isi minyak terus sebab ada emergency kena ke syarikat cukai. yakin. turun je dari syarikat cukai tu, start kereta.. hamek ko.. terus menyala simbol minyak.. macam jerit "aku haus,, aku nak minum minyak" huh. first time aku bawak kereta dalam keadaan macam tu. fuh fuh dah laa tengah bandar jengka, tak jammed pun tapi still kereta ada di tengah jalan. walaupun tak lama tapi berdebar tu tuhan je yang tahu,, fikir bukan2.. macamana kalau kereta berhenti tengah jalan habis minyak.. sape yg aku nak call.. huhuhu jangan dibuat main main.. boleh ganggu konsentrasi memandu weh...


fakta :

-makin hari makin aku jatuh cinta dengan apa yang aku buat sekarang, :)

-apa yang penting enjoy setiap moments beb.. jangan stress. :)

-syukur sentiasa ada mereka yang baik hati untuk tolong aku huraikan semua simpul. :)

-terfikir nak menulis pasal Bersih, tapi aku belum cukup kuat untuk menulis penulisan berat. tapi pendapat peribadi aku.. rakyat berhak tunjukkan rasa. kan ada je perhimpunan aman. yang jadi haramnya bila ada yang menidakkan kebenaran. :)

-kondisi ayah tak berapa sihat lagi. risau..

-hidup mesti terus, dan cuba atasi semua rasa takut. yeahhhhh!!!!

- aku ikut acuan aku, tapi takkan lari dari asas yang ayah bina. :)

Wednesday, June 29, 2011

terima kasih pada nazirah sebab ingatkan aku tuk update blog ari ni. aku tahu dia peminat setia aku. hehehe pembaca setia orang cakap.. :)

sejak kebelakangan ni, banyak perubahan yang tak bagus jadi pada aku.

1. aku dah pandai taip mesej, jawab phone call, buat phone call masa drive... yeee bunyi macam mustahil. tapi bila kita fokus pada keypad.. so boleh laa tulis mesej yang ringkas.. dulu aku sangat marah dengan orang yang pegang handphone time drive...ohh itu sangat tidak bagus..

2. pandai bukak tin minuman, bukak jajan time drive.. ohh makan memang jadi habit aku yang paling buruk sekali.. dulu aku memang suka makan bila masuk dalam kete. entahlaa kenapa, maybe aku suka menguyah sambil borak2.. tapi bila aku jadi driver pun aku tak boleh lari dari habit tu.. kalau ada drive thru dekat sini, aku tak tahu laa macamana.. memang tak kekuar dari kereta aku. ohh tidak bagus sungguh.

3. berangan sambil drive. dulu sebab utama aku taknak/cuak bawak kereta sebab aku suka berangan bila dalam kereta/bas.. dan benda tu datang lagi sekarang yang paling tak boleh terima sebab aku bukan lagi penumpang. aku adalah pemandu. huh.. sebabkan berangan yang entah apa2.. dah berapa kali aku tersalah jalan.. maksud aku.. aku nak pergi tempat lain, tapi drive ke tempat lain. uhuk.. tak bagus untuk masa. :(

4. marah marah dalam kereta.. aku sendiri bawak pun tak bagus mana.. tapi aku cepat marah bila ada kereta yang bawak macam apa je(yang sangat kurang ajar). maafkan aku. aku tak berniat nak marah.. tapi mesti nak terpekik dalam kereta sorang2. tak bagus.. nanti cepat tua, dan orang cakap gila.

lebih dari satu dikira banyakkan? baru perasan semua perubahan yang tak bagus berlaku pada aku adalah semasa aku bawak kereta. ohh merbahaya sungguh. aku kena ubah.. terutama berangan, makan, marah2.. oh semua. :(

p/s: kepada peminat setia, aku akan cuba simplekan ayat. heheheh

p/s2 : amboi bell tengok bola kat stadium.. heheh jadi pom pom girl ke?? hehehe

p/s3 : merindui semua yang sedang membaca blog ini. :)

Tuesday, June 28, 2011

Hari ni ke Kuantan untuk taklimat HSBB -Unifi. hari ni macam hari bertuah untuk aku, jumpa dengan orang orang yang baik hati. :). Ada yang bermurah hati belanja makan tengahari di Tanjung Lumpur. lauk lauk dekat situ superb!. Ada yang bermurah hati tolong tumpangkan kotak modem yang berkotak kotak bila kereta aku sendiri dah tak muat nak isi kotak kotak tu. speechless. :)

"buat baik dibalas baik, walaupun bukan dari orang yang kita berbuat baik itu"

Monday, June 27, 2011

Walaupun dah setahun aku duduk rumah. maksud aku duduk yang tetap, tak berhijrah kemana-mana. aku tak pernah uruskan hal bil rumah. tak kisah bil apa sekalipun. ada lah sekali dua aku pergi bayar, tapi tak pernah nak ambik kira nilai dia. ayah selalu membebel bila bil naik. biasanya aku layankan ayah bebel ataupun aku diam je. aku tahu kawan kawan yang sama umur dengan aku dah pakar bab uruskan hal rumah, bil letrik,air,belanja anak anak, sedang aku terkial kial tengok bil. mana tarikhnya pun aku tak tahu. tapi itu tak boleh dipersoal, saat mereka tidur malam berpelukan dengan suami, aku sibuk menggigit pen di tengah malam. jadi jangan disebabkan aku tak tahu melihat bil aku dipersoal seperti aku tak tahu memberi salam.

tapi hari ni aku kira semua bil yang ada dekat rumah. air,letrik,internet dsb... barulah terbukak mata. rasa bersalah pulak bila ingat semula belanja masa belajar. sangat berlebihan untuk makan. tapi aku tahu ayah faham kos makan dekat bandar. :) duit mengalir laju macam lajunya arus letrik. kalau dulu keluar bilik, tangan memang malas nak tutup suis. lepas ni aku kena rajin untuk semua tu. yeahhhh demi masa depan yang lebih cerah. terfikir jugak nak beli signboard yang tulis "jimatkan tenaga elektrik". agak2 kalau aku beli tu adik beradik aku yang lain cakap aku gila kuasa tak? hehehehe

tujuan aku menulis ni, bukanlah nak cakap.. "aku pergi bayar bil hari ni dan aku tunggu lama dekat pejabat pos and bla bla bla..." no! aku cuma nak berkongsi apa yang aku belajar. hei tengok bil pun kira pelajaran ok. nak cakap yang susahnya ayah cari duit nak bayar semua bil. susahnya nak buat kira kira untuk belanja rumah tapi aku boleh belajar sebelum aku buat kira kira untuk rumah sendirikan nanti?. :)


p/s1 : esok ke kuantan lagi. :P

p/s2 : thanks bell.. untuk kata2 menusuk jiwa tu. ko,nazi n dila sentiasa ada untuk aku. aku tahu tu. hehehe thanks BBS. ohh yee dah 2 malam mimpi pergi rumah nazi. kalau malam ni mimpi jugak. betul2 rinndduuuuuuuuuuuuuu tuuu.. :)




Saturday, June 25, 2011

mari mula menulis pengalaman pertama untuk kerja... yeahh.... hari ni pagi pagi dapat mesej apa barang yang nak kena order. aku langsung tak dapat gambaran macam mana. tapi entah dari mana datangnya passion nak settlekan semuanya hari ni aku pun tak tahu. ayah macam tak yakin dengan aku. tapi cam biasalah lepas aku yakinkan dia. dengan nada yang agak tak berapa sedap didengar, ayah suruh aku ikut suka.. dengan semangat waja. aku pergi kedai hardware.. tulis list barang lepas tu bagi pada tokei kedai apa yang kita nak. simple kan? hehee itu baru part mudah.. masuk part kritikal... bila aku kena buat keputusan jenis mana yang nak. atau jenis apa yang akan digunakan. sesuai dengan bajet dan kehendak. chewahh... tapi series aku cuak bila tokei tu keluarkan buku katalog tiang2 roman. sebenarnya aku pun x tahu langsung. nasib baik tokei kedai tu baik. dia terangkan pro n kontra. keputusan kena buat on the spot. memang kritikal thinking. kalau ikut aku, tak kisah laa mane2. tapi bila fikir kehendak, boleh buat pusing. aku sebenarnya takut order salah barang.

p/s : tengah tulis entri ni, lepas tu tertidooooo x sempat habiskan atau publish.. erk dah hilang apa yang nak ditulis. nanti aku sambungla.. ;)

Friday, June 24, 2011

Ayah, still lagi tak boleh bergerak banyak. jadi kebanyakkan kerja luar aku kena settlekan. selalunya aku bawak ayah je pegi tengok kawasan. tapi hari ni aku pergi sorang2 nak bagi skop kerja dekat pekerja tu. sebenarnya aku dah tak berapa ingat jalan nak pegi tempat tu.. sebab masa pergi first time tu, aku ikut jalan yang jauh... kena masuk dekat kawasan rumah2 orang dekat felda. bukan dekat bandar je boleh sesat. dalam felda pun aku boleh konfius... rumah design lebih kurang, lepas tu banyak pulak simpangnya. ok nak dijadikan cerita aku dengan yakin pergi jengka 18... drive ikut hati je. pikir mane jalan yang ingat. konfiden masuk jalan yang sama dengan masa aku pergi first time.. mmg dah betul tapi ni kawasan lain. ego aku xnak talifon pekerja tu... last2 selamberrr je masuk simpang, dah la pokok kelapa sawit kiri kanan.. perghh dalam hati ni dah seram semacam je.. dah masuk jalan ladang ni.. fuh fuh..yakin lagi terus... sampai laaa jalan mati.. tulis kat signboard kawasan larangan.. cuak giler rase.. bukan aku takut apa, aku takut orang.. maklumlaa kawasan ladang felda memang terkenal dengan port mat dadah.. dah laa kawasan yang aku sampai tu macam tempat terbiar... nasib baik ade tempat nak u-turn.. dalam kereta doa banyak2. janganlah kereta buat hal atau bertembung dengan orang. buang ego talifon pekerja tu, rupanya aku silap masuk jalan... lepas keluar dari jalan ladang tu, lega gila rasa.. takut dia tuhan je yang tahu.. masa nak patah semula dari jalan mati tu, macam2 kisah seram datang masuk otak. maksud aku seram yang jenayah manusia buat. rogol ke.. bunuh ke.. Mintaklah dijauhkan semua perkara buruk.. lepas ni kalau aku sorang2 aku takkan berani nak cuba jalan yang takde orang. takkan berani buat2 berani lagi.

Friday, June 17, 2011

aku sedar semua yang terjadi buat aku jadi lebih kuat.. kan dah termaktub.. janganlah sesekali kamu mengaku beriman sedangkan kamu tidak lagi di uji...

masuk hari ni dah 3 hari ayah masuk wad sebab kurang darah. sepatutnya hari ni lepas doktor cek kali kedua, dah boleh keluar, tapi sebab ayah demam, doktor tak berani nak bagi kebenaran keluar. nanti apa apa yang jadi dia rasa bersalah pulak. ayah dah beransur pulih. dah boleh makan. sebab 2 hari dia masuk, dia kena puasa... hari pertama memang kena puasa, sebab dr nak cek usus ayah. istilah untuk hari kedua "clear fluids".. aku tak reti sangat istilah perubatan ni, tapi aku sempat google. sekadar nak tahu sebab kesian tengok ayah lemah tak makan. hari kedua ayah minum air je boleh.. masa aku duduk dekat ayah.. air manis pun tak boleh minum.. ayah asyik tanya tak boleh minum ke air manis.. aku cakap kena ikut cakap dr.. tapi bila balik tu.. aku asyik teringat je yang ayah nak air manis.. risau pulak aku. pagi2 telefon mak, mak cakap malam tu dr dah bagi ayah minum air manis. lega sikit aku.. masa ayah puasa, mak pun tak lalu nak makan.. mak kata.. mak makan nasi dengan singgang je.. nak makan sedap asyik teringat ayah je, sebab ayah selalu makan dekat cafe hospital tu. tersentuh aku.

hari ni aku tak sempat tengok ayah, waktu ni jugaklah ada meeting dengan General Manager bahagian Timur. memandangkan kontrak kerja baikpulih nak habis, kenalah jugak datang.. nanti tak sambung kontrak susah jugak. rupanya meeting tu tak cakap langsung pasal kontrak yang nak tamat. lain yang GM tu bebel. otak dah menerawang pasal ayah je. tiap masa sms Ngah tanya macamana keadaan ayah. nasib baik Ngah lepak dekat ayah sampai malam. nurse dekat situ cakap, normal bagi siapa siapa yang buat tranmisi darah akan demam, sebab nak sesuaikan darah dengan badan kita. sesiapa pun pemilik darah tu sebelum ni. aku nak ucapkan terima kasih. sebab darah tu sekarang dah mengalir dalam badan ayah. insan yang paling bermakna untuk aku. TERIMA KASIH.

p/s1: berdoa semoga ayah boleh keluar esok.

p/s2:menikmati hidup bahagian pahit ni memang menarik.. sebab kita takde pilihan selain telan.. lama lama hilang la rasa tu,,

p/s3: untuk aok, sms aok sangat memberi semangat!!!

Monday, June 13, 2011


mak dan ayah,,,
maaf sebab anak mak dan ayah ni bukan jenis pandai luah apa yang dirasa..
kalau sayang tu disimpan ketat..
takut nak luah..

tak perlu nak ragu semua yang ada..
tak pernah disoal..



anak mak dan ayah ni masih lagi berjuang melawan godaan...........

p/s: ujian Allah datang dengan cara berbeza,,, cukup sudah hidup selesa..

p/s2: makin kita dekat.. akan ada pihak ketiga yang cuba jadi pemisah..


memupuk rasa cinta bukanlah kerja sehari dua...
makan tahun nak semai bahagia...

sedar tak sedar dah hampir satu tahun...
kalau umur bayi, mesti dah boleh bertatih...

rasanya tetap sama..
mati..
kaku..
sugul...

mungkin aku harus sabar sikit lagi...

Thursday, June 9, 2011

Arif

Arif dah tak mahu pakai seliper baru yang ada gambar Ben-10..
Arif dah malas layan adik dia main blocks..
Arif dah pergi main bola dengan kawan kawan dia..
Arif dah pandai bancuh air milo ais bila cuaca panas..
Arif excited duduk sebelah sepupu dia yang asyik berfacebook.. dan kata "buatkan arif satu facebook" ....

Arif baru 10 tahun.. janganlah cepat sangat membesar..
macam baru semalam pakai baju hijau pergi tadika islam..
macam baru semalam makan aiskrim comot..

makcik rasa tua bila Arif dah pandai buat semua perkara..

ps: tahniah Nina dapat masuk matrik.. cucu sulung toki n tok jangan hampakan keluarga ok!

Wednesday, June 8, 2011

ubat senggugut yang paling berkesan setakat ini.

Perempuan dengan period memang tak dapat dipisahkan. wajib bagi semua wanita normal. bagi aku itu memang keistimewaan perempuan. darah kotor yang kena keluar dari badan kita. tapi tak ramai lelaki faham bila perempuan period. maksud aku betul betul faham. paling tidak pun diaorang akan cakap "biasalah perempuan, datang bulan laa tu" kalau tengok perempuan emosi tak tentu pasal. aku rasa takde lelaki yang sanggup buat research pasal ni. sekurang2 nya lelaki akan cuba faham. kalau ada lelaki macam tu.. hei amatlah bertuah.

setiap kali aku nak period, sindrom PMS memang tak boleh lari. aku akan jadi marah2 tak tentu pasal. aku mudah tersentuh. itu semulajadi bagi seorang perempuan. bukan mengada ngada nak bermanja. kadang kadang aku sendiri tak pasti kenapa aku tetiba menangis. sakit2 perut tu memang wajib. pernah sekali aku pecahkan cermin dalam bilik tanpa sebab yang kukuh... aku rase geram tak tentu pasal. bila first day aku period, aku akan jadi sangat stress sebab aku tahu aku akan period pain yang gila gila punya sakit. memang tahap tak boleh nak jalan.. tahap kritikal aku rasa. aku dah tak ingat bila aku start sakit tahap teruk.. rasanya masa aku study diploma kot.. setiap kali period pain aku ponteng kelas.. sebab aku akan berpeluh2 dan nak pitam. jadi aku taknak ambik risiko, baik aku baring dalam bilik dan tido. cara paling mudah dan tak menyusahkan sesiapa aku akan telan pil menstrual. tapi pil tu ada kesan yang sangat buruk bagi aku. ini apa yang aku rasa, aku akan rasa ketagih untuk makan pil tu lagi bila aku period pain. badan aku jadi ketar2 dan makin teruk kalau tak makan pil. jadi aku akan ambik kalau betul2 terdesak. ntah laa aku tak pandai nak describe bila aku makan pil tu apa yang aku rasa. tapi aku dapat rasa yang die tak elok. bila makan aku akan rasa mengantuk mamai.. tido berjam jam.. dan bangun dengan semangat baru. huh. macam orang amik pil khayal, yang tu aku rasa kot.

sampai satu tahap, aku jeles bila tengok orang yang period tapi rilekss je.. still lagi boleh jalan jalan. gelak gelak. aku terfikir bilalah aku nak rasa yang macamana diaorang rasa.. kalau aku kena ade orang urut, kena muntah keluarkan angin baru aku rasa lega. kena rehat sehari betul baru aku stabil. kalau time belajar dulu, bell la selalu jadi mangsa belikan soya n urut. kalau kat rumah mak aku lah yg setia buatkan macam2 ubat. sampaikan anak sedara aku dah lali kalau tengok aku serabai berkain batik.. duk memerap dalam bilik sambil meraung2 nangis.

sebenarnya aku dah cuba macam2 ubat, aku lebih percaya dengan ubat tradisional kalau bab senggugut ni, sebab dia melibatkan rahim@peranakan perempuankan? ada satu ubat yang aku beli, pahit dia tak terkata.. aku memang tak boleh nak telan, sebab rasa dekat tekak ambik masa yang lama nak hilang. ada ubat yang aku beli dekat stokis2 yang jual produk kecantikan perempuan, dia macam pati ayam.. tapi perisa buah delima... tauke kedai tu kempen kaw kaw pada aku.. dia kata boleh kurang sakit... tapi bila aku baca label, "perempuan yang datang haid dan perempuan mengandung tidak digalakkan minum" erk.. tapi aku beli jela... sebenarnya ubat tradisional kena amalkan tak boleh terus tak sakit. aku taknak macam tu. aku takde disiplin nak minum ubat. sampai sekarang ubat tu tersimpan rapi.

Aku sempat google macamana nak ubat period pain.. sebab aku dah jadi trauma bila tarikh nak period dah dekat. aku takut sangat kalau aku period time aku ade keje dekat luar. kalau belajar dulu boleh jugak ponteng. nasib baik jugak aku kerja sendiri.. jadi automatik ambik mc sendiri. kebanyakkan kajian cakap takde ubat spesifik untuk pms dengan period pain.. banyak yang cakap amalan hidup sihat. maksudnya bersenam, jaga pemakanan etc.. aku bukan seorang yang berdisiplin nak bersenam sendiri.. banyak masa atas katil. tapi nak dijadikab cerita... akak aku ajak join gymnasium.. kata dia dari duduk je petang baik bersenam. oklah aku rasa sebab ada geng. kalau sorang mesti liat... dan dari sinilah aku nampak perubahan....

bulan pertama lepas ke gym, aku heran tanda period tak muncul2.. maksud aku pms yg teruk.. aku takde marah dah.. pelik sebenarnya... dan bila first day period.. aku jadi heran bila tak rasa apa2 yg sebelum ni aku rasa. bertahun2 rasa sakit. tapi kali ni lancar je. aku agak mesti sebab aku bersenam dekat gym. tapi tak boleh buat andaian lagi. ntah ntah bulan tu je.. tapi sebenarnya aku rasa excited. sebabnya bertahun2 aku rasa sakit yang tak tergambar... tapi kali ni, masuk bulan kedua.. Alhamdulillah.. simptom pms x teruk sangat... dan period pain pun tak menyengat macam dulu.. still lagi rasa sikit tapi tak seteruk dulu.. boleh laa kalau nak keluar berjalan jalan. tapi disebabkan trauma period pain yg teruk.. aku still lagi takut nak makan n minum sebarangan bila period kali ni. aku sebenarnya excited nak share dengan sesiapa yang ada masalah macam aku,sebab aku tahu sakitnya tak tertanggung... cubalah bersenam dengan konsisten... joging.. jaga makan.. mana tahu insyaAllah period pain boleh hilang.. tapi kalau still lagi tak boleh seeloknya jumpa doktor.. dan sekarang aku perasan kalau dekat rumah period pain aku paling teruk sebab dekat rumah lagi banyak duduk lepak depan tv... sebenarnya bagi aku key die adalah bagi keluar peluh sikit.. buat workout untuk dalaman sikit.. waa dah macam doktor pulak.. aku harap bulan depan dan seterusnya period pain dah tak datang menyerang... kita tengok bulan ketiga nanti macamana pulak ceritanya.. :)

ps: sekarang banyak orang dapat sakit tanpa sedar... menakutkan...
ps2: openkan nazi entri aku kali ni? hehehe