Sunday, July 31, 2011

ramadhan datang lagi.. :)

Alhamdulillah..
dipanjang umur untuk bertemu lagi..

bila tengok status kawan2 di facebook, majoriti rindu kenangan buka puase masa belajar. padahal masa belajar dulu, masuk je bulan puasa mesti nak balik rumah je. itu lah manusia, akan rindu perkara yang sudah lepas. Alhamdulillah, sedar tak sedar dah tahun kedua aku berpuasa dekat rumah. tak payah pening nak berbuka apa. tak payah pening nak sahur apa. dan takkan ada lagi test di waktu bulan puase. hehe.. tapi ujian sebenar dunia realiti kali ni lagi besar.. tapi aku percaya Allah turunkan ujian setimpal dengan kekuatan seseorang. jadi aku bersyukur. :)

sebelum2 ni, aku cuma jadi pembeli setia dekat bazar ramadhan.. tapi kali ni mencuba nasib jadi peniaga bazar. mudah-mudahan ada rezeki untuk aku. :). orang kata bulan puasa bulan keuntungan orang berniaga. aku harap betul lah apa yang orang kata tu. :P





Tuesday, July 26, 2011

random

1. ini gambar ayam madu feveret aku. dalam seminggu paling kurang sekali mesti makan.rasa dia memang terbaik. setiap kali makan, mesti aku teringat nak bawak member2 rasa ayam madu ni. gerai dia simple je, tapi ayam madu dia memang special. :)


2. gambar tiket MDTR yang aku menang baru-baru ni. hadiah ni datang tepat pada waktunya. :)


3. aku dengan supershera berjinak jinak dengan online bisnes. walaupun slow sikit pergerakan kitaorang tapi dah ada bisnes plan. cewahhhhh... hehe moga2 sukses selalu bisnes kitaorang. :)


4. kesihatan ayah masih lagi tak berapa ok. tapi Alhamdulillah sikit dari yang dulu. moga ramadhan kali ni bawak rahmat pada semua. aku bersyukur pada ALLAH.. ayah dan mak masih lagi ada untuk aku.


5.Gambar random masa pegi cuti2 dengan BBS. moga satu hari nanti dapat cuti2 lagi dengan BBS, :) jauh sikit. cameron highland ke?? hehe oh yee BBS bila nak ke Pahang?? hehe :)


6. Gambar masa pergi zoo dengan geng diploma.Kawan diploma dengan anak masing2. cepat betul masa berjalan. kalau dengan diaorang aku rasa aku dah tua. :(


7. Gambar masa La bertunang.Kawan sekolah rendah. geng sekampung. La kahwin bulan 10 tahun ni, InsyaAllah. gulp, dah takde geng skoloh yang pompuan weh. semua dah ade suami. :)


8. Gambar masa teman wana ke klinik. sekarang anak dia dah lahir. dah comel. lama jugak dah tak update cerita dengan wana. semoga Mujahid jadi budak pandai macam umi dia. :)


p/s: selamat malam

p/s2: InsyaAllah ramadhan ni berniaga bazar ramadhan. :)

Monday, July 25, 2011

"letting go"

hai semua. :)

Jumaat yang lepas aku ke Kuala Lumpur lagi. sebenarnya tak rancang pun, tapi kebetulan aku menang hadiah pergi money dinamics to rich oleh nazril idrus. untuk pengetahuan semua orang, aku tak pernah menang pertandingan.FIRST TIME.:) jadi hadiah ni memang tepat pada masanya.BERBALOI-BALOI. nilai hadiah tu RM 900 = tiket untuk tiga orang. memandangkan kawan rapat aku di kolumpo ada 3 orang. tiket tak cukup. takkan lah nak suruh salah sorang beli tiket tu kan? haih. pujuk bell join contest tu sebab aku tahu dia selalu bernasib baik bila masuk contest. dan dia MENANG!!!. total tiket terkumpul sebanyak 6 keping. maknanya boleh pergi 6 orang ke prgoram tu.

Berangan nak naik bas pagi.7.45 pagi. wahh sebab nak lebih masa sampai Kl dan cari2 makan dengan nabila. Tapi tak kesampaian, naiklah bas tengahari. Tq Metrobas sebab dah bas ke KL dari Maran. takde lah kisah nak cepat lagi lepas ni. :) tak risau terrtinggal bas lagi kalau lambat.
:)


hari jumaat sempat jugak ke KLCC jumpa nazi. makan.borak. jumpa dila jugak.
tapi pic ada dila gelap.. Almaklumlaa duduk tepi tasik KLCC. :)

*bell : apa rahsia cerah berseri?? hehe

workbook untuk catat semua ilmu. :)


aku.bell.sara.nazi. kami semua adalah kategori FUN LOVER!!

hari sabtu : weeeyyy!! hari yang ditunggu2. program 4 jam dengan nazril idrus. muka hensem nak mampus. hehe tapi itu bukan point. point yang sebenar adalah aku tahu macamana untuk "letting go" sesuatu yang tersimpan selama ni. :) *mungkin di entri yang lain, yang lebih series*


tamat program dapat sijil. tapi peringkat kinderskool je dulu. ada modal lebih boleh pergi lagi :). *tapi tak sempat nak tangkap gambar dengan nazril.*


*nampak lelaki misteri yang malu itu?? heh. itu kupan.sepatutnya kupan termasuk jugak dengan program ni. tapi dia terlupa pasal program ni. lagipun dia bukan minat aku rase. jadi kitaorang jumpa dia masa makan je.


sempat jugak lah tawaf ikea. tengok2 perabot dan sharing. *duduk atas katil sharing2. macam dekat kolej.* hero tengah bawak semua barang... :) hehehe

keluar ikea. hantar kupan. dila n sarah. aku dengan bell. gigih lagi nak ke maskara. almaklumlaa dah lama tak ke sana. rindu jugak suasana rumah pena. :) walaupun sesat sejam lebih jugak rasenya.. bateri phone langsung takde. waktu tu rasa useless gila talifon. :( tapi Alhamdulillah jumpa jugak. sampai pukul 9.30, show dah start, terlepas orang baca puisi. sayangnyee :( maskara memang patut sentiasa ada. untuk orang2 yang tak mahu bingit konsert tapi mahu hiburan.. maskaralah tempatnya aku rasa. :) beli buku.sempatlah jugak makan nasi free maskara, habis show terus keluar. segan nak lepak lama. takde sape yang kenal. :) *langsung takde gambar dekat maskara, tapi semuanya tersimpan kemas* mungkin benda2 macam tu kena hayati dengan hati, bukan sambil pegang hanpon tangkap gambar. :) *thanks bell sebab bawak jugak aku pergi maskara. heh. aku macam paksa ko kan?? * :p

masa zaman UPM selalu berangan nak makan kedai sebelah rumah pena tu. namanya TUPAI2. orang kata sedap tapi mahal sikit. memandangkan aku dengan bell dah datang naik kereta sendiri, bukan menumpang sesiapa. tak fikir panjang terus ke tupai2. kecewa sedikit bila takde western food. otak dah berangan nak merasa. tapi borak2 dengan soulmate tu yang penting. itu ini itu ini ceritanya.. kalau tupai2 tu taknak tutup lagi mungkin borak sampai tak sedar diri. tapi yang tinggal aku dengan bell je. hehe faham2 lah kan?? :)

ahadnya pagi2 dah balik ke pahang. sorry nazi tak sempat dah ke TTDI. nanti kita jumpa lagi ye. :)



:)

bigggggggggggggg thanks untuk BBS.. sebab sudi teman aku pergi program ni. :)
i looveeeeeeeeeee u allllll :)
selamat berpuasa and take care :)


Thursday, July 21, 2011

perempuan tu bawak kereta sambil nangis teresak2.
meratap kisah hidup dia.
marah2 pada stereng kereta yang tak faham apa2.

perempuan tu cuma tahu menangis.
tak peduli mata mata yang memandang setiap kali berhenti dekat traffic light.
matanya cuma pandang kedepan.
tak hirau lori besar yang datang..

entah dari mana kekuatan dia untuk terus memandu..
sedangkan hati dia bukan dalam kereta. bukan sedang memandu.
hati dia melayang. luluh.

tangan yang memegang stereng kereta lemah longlai.
tak pernah dia rasa macam tu.

cuma dia tahu dia kena sampai dengan selamat.

biar luluh hati nya.
biar lemah jantung nya.
biar longlai tangan nya.
biar ranap hidup nya.

dia mesti sampai dengan selamat.
dua hari ni sangat mencabar minda...




tapi aku suka.





:)

Wednesday, July 20, 2011

semalam aku tulis dekat twitter.. "esok hari yang panjang"..

heh rupanya yang aku tulis tu betul...

peristiwa tadi sebenarnya memang seram.. tapi malas nak fikir sangat.. :)


p/s: thanks shera, aok teman koi.

p/s2: esok hari yang panjang jugak. dari bengang sebab kena meeting.. rupanya lagi bengang sebab meeting batal dan ganti dengan workshop seharian. pfffffffffffftttttt..

Tuesday, July 19, 2011

satu permintaan..

Tuhan..........
aku ada satu permintaan..

aku tahu aku tak berhak untuk meminta..

Monday, July 18, 2011

rasa macam menaip dekat laptop baru.

cuci laptop setelah setahun tak bercuci.... macam rasa menaip dekat laptop baru.. lepas ni lagi semangat nak buat kerja.. takde asyik bengang dengan perkataan "not responding" je.. hehehe




p/s: aok series koi tak faham mesej aok. tapi macam biase koi diamkan aje.. koi lagi suke macam tu.

p/s2 : jumaat ni mungkin akan ke KL.. pasal disana nnti aku update lain. mungkin ceritanya seronok. tapi ada sesuatu yang merisaukan. kesihatan ayah.

Thursday, July 14, 2011

langkah pertama aku dengan shera dah jadi.. harap langkah seterusnyee suksesss!!!

Sunday, July 10, 2011

fakta tentang aku masa belajar dekat UPM :

1)Aku Penakut.tahun 3 bilik single.aku cuak nak tidur malam!!aku tidur bukak lampu kalau aku sorang2. tapi biasanya makcik bell setia teman aku..

2)suke fikir bukan2 balik dari bilik MTM. ade hantulah inilah.fikir dalam hati.

3)pernah beberapa kali pergi kelas Dr.MO tak mandi pagi. heeeeeeeeeeeeeeee... selalunya sebab dah lambat sangat.

4)pernah sekali ponteng kelas Dr. Shamala, dan kantoi. Dr.Shamala nampak.

5)pertama kali ke Alamanda naik Tommi.malam. sesat bila balik. pusing2. jalan putrajaya memang pening.

6)aku yakin bawak motor ke Alamanda dari Mines. dah nak habis belajar baru jumpa jalan paling shortcut ke Alamanda dan dah nak abis belajar jugak baru berani bawak jauh sikit. :)

7)Ayah belikan Tommi bila masuk tahun 3. dua minggu beli dah excident dekat roundbout(camne nak eja hah?) sorry dila. :P

8)Semester 3. kalkulus stress tahap nangis tiap2 hari. drop subjek ambil sem 5. failed! ambik sem 6 failed. aku dengan math memang tak boleh bersatu. tapi Alhamdulillah UPM ada re-test. akhirnya aku grad sama dengan yang lain.

9)Ambik masa lama nak percaya yang aku masuk UPM. setiap kali jalan sorang2 mesti fikir benda tu. :)

10)aku admire sorang mamat ni. dan sampai sekarang aku suke dia. :) suka tak bermakna cinta kan?? heheh

11)pertama kali berlakon teater dekat UPM. pertama kali perform dekat MASKARA/BIJOU BAZAR. *rindu kakdek laa*

ps: nanti sambung lagi laa... mahu ceria2 saje. :)

Friday, July 8, 2011

mungkin aku tak berada ditempat diaorang jadi aku bolehlah sokong bersih membersih ni. aku duduk jauh dan aku tak rase roadblock di merata rata jadi aku tidak marah untuk itu. tapi aku ada pendapat sendiri. polis ramai2 cuma mahu menaikkan kemarahan rakyat yang berada ditengah tengah. jadi kerajaan tak boleh marah kalau mereka masih lagi malas nak mendaftar jadi pengundi. baik ambik sikap tak ambik tahu dari menyusahkan dirikan? aku pun bukan pakar dalam bidang politik. aku pun rakyat biasa yang sentiasa bersedia dan membiasakan diri bila barang naik mendadak. aku bukan dapat apa2 dari apa yang aku rasa.

aku rakyat biasa yang cuma mahu pemimpin yang tak tamak wang. itu saja. dah banyak sangat kita dipersembahkan dengan acara2 keramaian yang kita sendiri tak dapat apa2. entah berapa ramai yang sedar, nak taraf hidup tinggi sikit kena bersedia membayar cukai yang wajib ada. aku pun cuma budak kampung, mana lah aku layak bercakap lebih2. tapi setiap kali pilihanraya dekat kampung aku dapat bukak mata, orang takkan percaya kalau aku cakap tiba2 yang beratur belakang aku orang yang tak pernah aku nampak. yang tiba2 proses kira undi dilanjutkan dan tiba tiba satu trak orang asli datang mengundi dekat kampung aku. erk.

itu pendapat peribadi aku. dan aku ada hak untuk berfikir mana yang terbaik. demokrasikan?. aku sayangkan negara. dan ada bezanya kalau kita cintakan negara dengan cintakan pemimpin. mungkin ini sebenarnya agenda orang2 tertentu yg juga sama gilakan harta dan kuasa, ramai yang kata yang ikutnya bodoh. tapi pendapat aku ini bukan soal sokong siapa yang buat. tapi niat kita. kita berhak menuntut hak kebebasan mengundikan?

ini semua sekadar pendapat peribadi aku. mungkin kalau aku di KL aku jugak naik marah, sebab roadblock merata tempat. tapi aku pelik belum ada lagi jentera berbaju kuning sampai tapi jentera kereta kebal dah ramai yang kesana. selamat maju jaya semua. ;)

ps: selalunya orang yang bangkit bangun orang yang pernah ditindas. tapi tidak pada orang yang sentiasa ada wang dalam poket buat lepak2 dekat starbucks. :p

ps2 : aku juga tak marah pada sesiapa yang tak menyokong. kita tetap kawankan?

ps3 : untuk baihaqi.. jaga diri dekat bersih. :)

maaf entri ni sekadar apa yang aku rasa. tak sabar nak pilihanraya. :)

Thursday, July 7, 2011

Alhamdulillah dapat lagi kerja.. rezeki nak raya agaknya.. ;) setakat ni semua berjalan dengan baik ataupun aku yang buat buat cool. heh. aku dengan abg teh selalu guna ayat "bolehnya kita ni perlahan2" , bila habis bincang pasal masalah. sebenarnya aku tahu masing masing tengah bagi semangat tuk satu sama lain.

tidur memikirkan masalah tak berapa baik untuk kesihatan. yuk kita happy saje.

moga meeting aku dengan sheera berjalan lancar. ;) xcited.

Wednesday, July 6, 2011

maaf aku kena ambik masa suka kau. sebab hari pertama kau masuk, kau dah buat onar. maaf sakitnya aku saja yang rasa. lama kot aku nak tanggung. maaf aku hanya ada hormat saja sekarang.


ps; sampai hati.

ps2 : kena bersihkan hati aku ni. jauh dari semua rasa.

ps3 : aku kena luahkan kot.. baru tak simpan lama2. tggu orang yang sesuai dan waktu sesuai.

Tuesday, July 5, 2011

dah masuk tengahari, tapi semacam je lemauuuunyeee... macam penat semalam tak habis lagi. entah apa yang penat semalam aku pun tak tahu. betullah orang kata duduk menunggu lagi penat dari kita berjalan kesana sini. semalam pengalaman pertama aku pergi servis kereta sorang2. sebelum ni macam biasa.. aku teman ayah je.. mulanya semuanya lancar dan cepat sebab aku dah buat temujanji dulu.. tapi bila pekerja tu test kereta, ada masalah dengan brek. masa tu aku dah ready nak balik. nasib baik pekerja tu baik hati bagitahu detail apa yang problemnya. memang bahaya kalau aku tak betulkan dan terus bawak kereta. lama jugak dia nak betulkan sampaikan kena panggil supervisor dia sebab tak dapat nak cari punca masalah brek tu. nasib baik muka supervisor dia hensem tak laa aku hangin sangat nak menunggu. :)

hari ni macam semua cas cas positif aku hilang. entah menyorok dekat mana. bukak laptop tak sampai 2 minit terus buat perkara laghoooooooooooo... kerja sikit je sentuh.. padahal dah menimbun nimbun. mungkin sebab aku belum mandi pagi, so cas cas negatif melekat dekat badan sama macam peluh melekat. heh. tak boleh pakai punya teori. puasa ganti berjalan dengan lancar... akibat cas cas negatif yang melekat dalam badan nyaris nyaris nak pegi pekena ayam madu terbaik. tapi sayang dah tengahari.. alang2 taknak puasa biar dari subuh tadi. :)

rumah aku dah ada buah durian dari kebun. tapi makan dia tak feel sangat sebab kena makan sorok sorok. mak taknak ayah tahu kitaorang tengah makan durian. ayah tak boleh makan sebab dia makan ubat. ubat dan durian memang musuh ketat. tak boleh bersatu. mabuk jadinya. aku rindu nak makan durian dengan ayah. kalau makan dengan ayah, kitaorang selalu komen pasal rasa buah durian tu. pernah dulu masa durian tengah banyak dekat rumah, aku boleh demand dengan ayah.. nak yang rasa terbaik je.. ayah selalu cakap, "kalau tak suka letak tepi, nanti buat tempoyak".. aku memang manja pasal makanan dengan ayah. Ayah cepat sembuh tau. :) adik midah rindu nak pergi makan kedai2 feveret kita.

ps1 : okbye nak mandi, harap ada cas positif masuk. kalau takde alamatnye kena cari alternatif lain. hehe

ps2 : rasa macam nak pakai baju kuning dan beli tiket pegi k 9.7 ni..

ps3 : kawan kawan yang baik hati.. doakan ayah saya cepat sembuh yeee.. i love uuuuuuuu