Sunday, August 28, 2011

lupakan sekejap entri cabaran 10 hari. sekarang nak bercerita pasal mood raya. mood macam biasa saje. mungkin belum sampai mood yang dikehendaki. cewahhh.. adik beradik aku duduk dekat je. paling jauh abg muji je. tu pun dekat bentong je, still lagi dalam pahang. rumah aku dah memang biasa riuh rendah macam ada kenduri. jadi berkumpul ramai2 time nak raya ni rasa macam hujung minggu biasa2 je. tapi adalah jugak bezanya, mak sibuk masak juadah. abang2 ipar sibuk tolong bakar lemang, pasang tikar getah. :)

esok hari last puasa. dan selalunya esok adalah hariiiiiiiiiiii palingggg bz. kemassssssss rumah adalah perkara wajib.

reminder untuk esok.

7.00 pagi : beli daging lembu/kerbau dekat pasar. awal gila kena pergi sebab selalunya daging terjual macam goreng pisang panas. esok 1st time kena beli daging. neves. mana lah aku pandai. nak bahagian2 mana yang sedap. nak berebut2 dengan pakcik2 gagah yang datang beli jugak.

lepas tu kena ambik baju dekat tailor.. kalau terlupa jawapannya pakai baju yang sama jelah aku. aktiviti seharian aku esok, sampai ke malam sampai ke subuh hari raya adalah mengemas! aku tahu dah. nasib badan sebab aku sorang je yang belum kahwin. :P

p/s: aku harap aku dapat berkilo2 daging esok.

p/s2: esok perkara paling neves.. tunggu aok balik. ecehh... semoga selamat sampei....

p/s3: jumpa lagi di entri hari raya. :)

Thursday, August 25, 2011

lagu untuk diri sendiri. :)

2.lagu.
aku senaraikan lagu-lagu yang paling menusuk jiwa aku.
:p


1.lagu ni memang selalu aku nyanyi dalam hati.
cover yang menarik daripada suara yang sangat mantap.
lirik dia sangat menusukkk jantung. hehe :)


2.lagu ni lagu feveret sepanjang zaman. :)


3.semua lagu fynn jamal adalah lagu feveret.
tapi lagu ni paling berkesan dalam hati. :)
kalau nyanyi dalam kereta mesti penuh perasaan. :P

Wednesday, August 24, 2011

satu - gambar "poyo" diri sendiri.


1.
gambar diri sendiri.
nampak pemalukan?? heh itu memang sifat semulajadi. :)
ini adalah gambar terbaru, jadi kepada sesiapa yang rindu. heh. tengoklah gambar ni puas2. hehe
makin sihat. dan tembam. :)

shawl & inner neck ditaja oleh madani collections.
cardigan ditaja oleh syida akak nazi. tq syida. (salah satu cardigan feveret)
blouse beli dekat pasaraya 10-10. rm 20 sahaja.
seluar beli dekat pasaraya sogo. beli waktu sales 70%. berbaloi baloi. :)

esok jumpa lagi untuk entri ke-2. :)

cabaran 10 hari.

ramai yang buat cabaran ni..
nampak menarik. jomm buat.
:)
credit to :botol,lehe,aida. :)

Wednesday, August 17, 2011

berniaga di bulan ramadhan. :)

Diam tak diam dah 17 hari berniaga rupanya.
macam macam ragam orang ada.
macam macam kisah depan mata.
moga berjumpa lagi tahun depan hendaknya.

terima kasih atas semua rezeki dariNya. :)

Monday, August 15, 2011

awkward moment.

terasa sangatlah pelik bila kau terpaksa bertegur dengan kawan sekolah rendah sedangkan kau ada sejarah hitam dengan dia, kau mengadu pada mak kau yang dia teramatlah sombong memilih mahu berkawan dengan perempuan baik, bertudung litup dan berbaju kurung sahaja. oh itu kisah zaman remaja kau.

erk. memang pelik bila kau dah dewasa dan cuba berlagak cool sedangkan kau masih lagi teringat peristiwa zaman dulu dulu. :P

Sunday, August 14, 2011

harga sebuah perkahwinan.

tajuk entri nampak serius bukan?? ye ini memang hal serius yang perlu aku tulis.

Semalam aku dikejutkan dengan sms dari kawan aku yang menyatakan salah seorang orang kampung aku lari ikut orang lain tinggalkan suami dia. Akak tu sebenarnya baik dengan aku sebab aku dengan dia ada persamaan, kami berdua kontraktor perempuan yang selalu berdua kalau ada lawat tapak projek. bukanlah aku nak menulis apa yang dia dah buat, aku bukan sesiapa yang mahu menghukum dia. masa kawan aku bagitahu aku cuma jawab "doa kan yang terbaik untuk suami dia dan rumahtangga dia." Malas nak mengulas panjang, nanti fitnah jadinya.


Apa yang aku nak tulis disini, kenapa harga sebuah perkahwinan jadi begitu murah. boleh ditarik sesuka hati. boleh dibenci sesuka hati. Mungkin kesilapan kedua dua belah pihak, suami dan isteri. tapi apa gunanya mulut kalau tak berbincang. apa gunanya telinga kalau tak mendengar. bertahun boleh berkongsi katil, takkan sehari atau seminit tidak boleh duduk berbincang?? Mungkin ada yang mengatakan "alaa dah ketentuan Tuhan macam tu".. erk tapi tuhan laknat kita derhaka pada suami. Tuhan larang kita buat sesuatu yang melanggar hukum. jadi kita tak boleh cakap ketentuan tuhan yang buat kita lari dari suami. kita boleh pilih jalan yang tidak melanggar hukum. kita boleh cakap "ketentuan Tuhan" bila kita dah buat semua cara yang betul. kalau dah takde jalan atau dah buntu cari penyelesaian, itu baru "Ketentuan Tuhan" untuk kita berpisah..

aku sendiri bukan arif pasal ni, bernikah pun belum, mana ada pengalaman nak bercakap hal serius macam ni. cuma aku takut bila dengar semua yang terjadi. aku asyik terfikir "kenapa jalan macam ni yang dipilih? kenapa? kenapa?" ahh mungkin tuan punya badan ada jawapan yang terbaik. aku cuma doakan yang terbaik untuk mereka. moga kita semua menghargai nilai sebuah perkahwinan tersebut.

Saturday, August 13, 2011

mengejar impian.


aku percaya, kita akan buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh sebab kita yang nak buat. tiada paksaan. kita akan buat sesuatu tu sehingga berpuas hati. mungkin hasilnya tak seperti yang dirancang tetapi bila kita usaha sehabis baik, kita sendiri yang rasa puas. bukan orang lain.

Wednesday, August 10, 2011

cerita ramadhan,

zaman kanak-kanak.
puasa zaman aku kecik2 sangatlah menarik. boleh dikatakan setiap hari berbuka dekat masjid ramai ramai. satu perkara yang aku tak boleh lupa bila satu hari aku balik dari berbuka dekat masjid. masa tu rumah aku pintu kayu yang boleh ditolak je. bila aku tolak pintu, pintu tu berat semacam. rupanya ada basikal baru yang ayah aku letak belakang pintu tu. kejutan dari ayah rupanya. sampai sekarang aku ingat lagi macamana gembiranya aku. melompat lompat suka. heh.

zaman remaja
sekolah menengah tak banyak yang aku ingat. masa aku sekolah dekat johor, bila nak berbuka siren akan berbunyi. maklumla, aku duduk dalam kem PGA. jadi bunyi beduk diganti dengan bunyi siren yang teramat kuat. hehe. masa sekolah asrama, yang aku ingat aku baik dengan dolah yang kerja dewan makan. jadi apa lagi tiap2 hari kirim beli makanan dekat bazar. faham2 jelah makanan asrama selalu tak kena dengan tekak.

zaman U
masa ni paling banyak yang aku ingat. sebabnya baru je lagi aku tinggalkan. dalam banyak2 kenangan yang melekat dalam kepala. satu peristiwa masa bulan ramadhan yang aku takkan lupa sampai bila2 adalah masa aku jadi pengerusi blok. masa tu memang puasa aku banyak diuji. dari situ aku sedar tahap kemampuan aku. aku sedar siapa yang terus berada bersama sama aku. boleh dikatakan aku berulang ke hospital serdang, salah sorang budak blok aku sakit teruk. setiap hari pergi bazar ramadhan serdang, beli makanan. balik mesti berbuka dalam kereta felo je. tapi semua tu kenangan yang buat aku jadi kuat. masa tahun akhir, aku nak jadikan ramadhan kali terakhir dengan kawan2 istimewa sikit. jadi aku dengan nabila, gigih masak juadah bukak puasa. aku tahu tahun akhir adalah tahun masing2 sibuk. jadi apalah sangat bila kumpul2 makan bukak puasa ramai2. sekurang2nya ramadhan terakhir bergelar student diakhiri dengan sesuatu yang istimewa. :)

ramadhan sekarang.
pejam jelik pejam celik. rupanya dah dua tahun aku berpuasa dekat rumah. tak merantau ke mana-mana. heaven rasenya. Alhamdulillah. dan ramadhan kali ni, aku buat sesuatu yang lain dari tahun sebelum2nya. aku jadi peniaga bazar ramadhan. untuk permulaan sebagai orang baru tak banyak yang aku bak cakap. tapi pengalaman berniaga menyeronokkan. setiap hari tengok gelagat orang. baru sedar ramai jugak orang bandar maran. hehe. tahun depan aku dah berkira - kira nak berniaga lagi dengan perancangan yang rapi. InsyaAllah. :)

Wednesday, August 3, 2011

aku rasa kita memang dah ditetapkan jadi kawan.
dah tertulis sejak azali lagi.
bila kita cuba mahu tambah rasa.
rasanya kelat.
nak kata manis tak jugak.
nak kata pahit tak jugak.

macam orang makan sesuatu
dan tak reti nak gambarkan rasa tu.
haa.. macam tu lah kita.

ikatan kawan kita dulu lagi baik dari sekarang.
sekarang masing2 keliru.
masing2 buntu.

aku salahkan kau sebab dulu bicara pasal hati. fullstop.
tapi aku ok saja kita nak kawan macam dulu.
kan dah tertulis. :)

ini mungkin lagu yang sesuai untuk kau. :)