Thursday, September 29, 2011

apa yang kau kesian kan?

tiap tiap petang aku lebih suka duduk di beranda rumah. kebetulan masa aku duduk baca novel nurul asyikin, datang sorang kawan lama. Wan namanya. dulu bila dia bosan duduk di kampung, dia selalu datang melawat aku di kolej. bawak keluar makan. dia kawan dengan abang aku. masa aku awal 20an dia dah pun nak masuk 30an. jadi kebimbangan dia mengenai calon isteri menjadi-jadi. sehingga aku habis belajar, Alhamdulillah dia jumpa dengan isteri yang dia kahwin sekarang.

berbalik pada kisah aku petang tu.. masa dia datang tegur. aku dah agak soalan apa yang dia akan tanya. aku dah bersedia. sama macam aku dah sedia nak jawab soalan2 orang kg. tepat jangkaan aku. "ko bila nak kawen?". kan? aku dah tahu. soalan feveret akan keluar. macam biasa, aku gelak je... "aok bior betul? kesian" ayat yang buat aku tersentap. terus terang aku cakap. aku tak kisah orang nak tanya. tapi bila perkataan "KESIAN" keluar.. aku terpikir apa maksud kesian tu? dia kesian tengok aku yang dah 27 tahun tapi belum ada sesiapa. atau dia kesian kan aku yang masih lagi membaca novel petang2 sedang rakan lain dah berlari2 dengan anak2. heh.

aku betul2 tak faham. mungkin dia bergurau.

Monday, September 26, 2011

cuti dah habisssssssssss broooooooooooooo!!


khamis : objektif utama aku ke kolumpo adalah nak menonton teater juta juta. memang dah lama sangat nak tengok teater. lagipun nak bagi sokongan pada kakdek si cantik manis. apa yang boleh aku katakan. teater juta juta ni patut dah lama ada. biar mata mata orang besar tu terbukak sikit. biar mereka tahu pelakon teater bukan sekadar ada nama.dapat jugak lepas rindu pada kakdek. dia orang yang banyak ajar aku. kalau dia tak tahu kat sini aku nak bagitahu, hehe. :)


balik teater, terus ke tempat yang dirindui. apalagi kalau bukan k5. lagipun si mamat hero. best boifren ever ade dekat sana. lepak2 dan makan2. masa untuk quality time dengan hero dan heroin aku. yippieee....

jumaat : penyakit bila tidur di kolej adalah malas nak bergerak walaupun bangun awal. rasa badan nak melekat je dekat katil. tapi aktiviti kena teruskan.. kalau tak rugilaa datang jauh2.kedai pertama dituju adalah kedai feveret. kedai ni adalah antara kedai terbaik untuk makan. semua terbaik. air. makanan. pergghhhh. kedai yang wajib datang. lepas rindu nak makan.meneruskan aktiviti ke mines untuk cari makanan sambil bershopping. :)

sabtu: objektif kedua ke kolumpo adalah untuk pergi ke rumah terbuka ERA.FM. aku dapat dua pass ke rumah terbuka mereka sebagai balasan mereka datang rumah aku hari tu. fun fun laa jugak, tangkap2 gambar dengan DJ. dengar Hazama nyanyi live. meremang bulu roma.. heheh
hidangannya adalas satay yang besar2 gedabak.. kalau ada dessert lagi best. lagi lah aku dengan bell lepak lama. heheh

ohh ini shac. DJ baru ERA. ok dia hensem dan baik hati. wink wink jatuh cinta lagi. hehehhe


ahad: tak kemana pun. takde rancangan. tapi masih lagi belum mahu pulang ke pahang. tiba tiba dapat pulak jemputan makan2. mana mungkin ditolak rezeki yang datangkan? heheh tq emma... :)

isnin : masa untuk pulang... tapi sempat jugak jumpa si nazirah. masing masing curi masa, Alhamdulillah., walaupun kejap tapi berbaloi. Dila nanti kita jumpa ok? tak sempat nak jumpa Dila. :(

aku harap.. semua perancangan sahabat2 baik aku berjalan lancar. aku excited ok! (dalam masa yang sama dah rasa sedih sikit2) hehehe


thanksssssssssss youuuu anisssss... sebab bagi bersenang lenang di 2025. terubat rindu dengan bilik tu. :)
thankksssssss youuuuuuuu botol tongga... sebab luangkan masa tuk update2 cerita..

dan tq sebab tak berubah disaat semua orang melakukan perubahan. ecehhh. :)



thanksssss youuuuuuuuuuuuu berjuta2 kali untuk si bell... yang setia jadi driver. setia teman untuk berhari hari. walaupun bizi. maklumlah artis. heheheh

dan macam biasa tetap setia berkongsi cerita. :)


upm dihati ku. tapi kita terpaksa berpisah. dah tak mahu teringat dengan kau lagi. BYE!

Friday, September 23, 2011

Wednesday, September 21, 2011

masih lagi merenung siling..

Tuesday, September 20, 2011

riuh raya era.




aku jemput ERA.FM beraya ke rumah. tak sangka terpilih. sebenarnya aku buat ni untuk happykan ayah. ayah suka kalau ramai2. ayah suka kalau ada orang datang rumah. jamu orang makan. objektif aku tercapai. semua orang happy. bila era tahu yang aku buat ni untuk ayah. diaorang tanya ayah aku. apa dia rasa bila anak dia buat semua ni semata - mata untuk happykan dia. aku tunggu jawapan ayah. dia tak jawap cuma menanngis. ohh sebak ok. ayah menangis tanda terharu. hidup aku sekarang adalah untuk ayah dan keluarga, jadi aku akan buat apa saja. :)

Sunday, September 18, 2011

isnin

isnin di hospital, ayah ada temujanji dengan doktor. Alhamdulillah kesihatan ayah bertambah baik dari dulu. ayah dah boleh keluar rumah kalau dia bosan. ayah dah boleh pegi kedai makcik siti. boleh berbual2 dengan kawan2 dia. tapi kami masih lagi kawal makanan ayah.. tak boleh makan sebarang dalam kuatiti banyak. kalau menjamah sikit bak kata mak boleh laa...

banyak sebenarnya cerita nak dikongsi, tapi itulah.. masa sentiasa cemburu. kadang2 aku lebih suka termenung dari menulis. lebih suka main game dari berfikir. minggu ni jugak aku jadi antara orang yang bertuah. rumah aku terpilih dalam program radio era. riuh raya era. Alhamdulillah majlis ok2 je.yang penting objektif aku tercapai. nak happykan family. nak bawak dunia luar pada ayah. :) cuma aku ralat sikit sebab sama tarikh dengan kawen seha. aku terpaksa batalkan hasrat ke kuala lumpur. aku memang sedih sikit kalau tak dapat hadir ke majlis kawen kawan2. aku harap seha faham. aku doakan seha bahagia sampai ke akhirnya.

malam semalam nabila post gambar2 rare kitaorg. demsss rindu gile semua2 tu.. terima kasih Allah sebab bagi aku peluang merasa nikmat di universiti walaupun umur dah lanjut. :)

ok. sampai jumpa lagi. terima kasih juga Allah sebab bagi aku kemudahan update blog dimana saja berada. :) macam yang aku pernah berangan dulu2.

Saturday, September 10, 2011

3. filem

3.FILEM
Seperti yang dijanjikan, no 3 adalah filem. sama ada kesukaan atau filem yang mungkin bagi kesan. :)


1. dari jemapoh ke mancheste...
filem dari hishamuddin rais ni dah lama sangat...
yang aku ingat masa form 2(1998) tiap2 hari aku dengar soundtrack dia dekat kaset. aku hafal ayat2 yang dia guna dalam filem..
masa tu filem ni aku belum tengok lagi. sebab tak jumpa cd dia.
tahun 2001.. iaitu bersamaan umur aku 17thun. aku jumpa cd ni dekat kedai cd.. perasaan time tu gembira tak terkata. bertahun cari cd ni. jumpa jugak akhirnya.

sinopsis : pasal 2 budak dari jemapoh yang nak sangat tengok bola dekat manchester.. macam biasa banyak halangan yang diaorg kena tempuh. :) *mungkin ada maksud2 tersirat dalam filem ni..* hehe

kenapa filem ni tersenarai dalam banyak2 filem yang aku tengok :
filem ni mengingatkan aku pada kawan2 dekat johor. masa sekolah dekat sana. tiap2 hari kami ulang skrip yang kitaorg dengar dari soundtrack.
dari filem ni aku mula belajar untuk menonton filem yang lain dari lain. :)
p/s: nak dekat 10 tahun kot aku simpan cd ni. :)


2. 30 hari mencari cinta.
masa tengah cari cd filem diatas.. aku jumpa jugak cd ni.. filem ni biasa-biasa je. lawak indonesia.

sinopsis:
mengenai perempuan yang mencari cinta. mereka cabar dalam masa 30 hari untuk cari cinta . macam biasa macam2 halangan. lawak.

kenapa filem ni tersenarai dalam banyak2 filem yang aku tengok :
masa time diploma.. kitaorg budak2 rumah yang single buat macam dalam filem ni. cari boifren dalam tempoh 30 hari. gile kan??
ada yang berjaya tau. sekarang dah ade anak pun diaorang. orang penakut macam aku mestilah tak berani nak terus terang. hehehe kenangan sungguh semua tu. :)


3. my name is khan..
cerita hindustan zaman dulu dulu memang feveret. setelah kecewa my name is khan yang aku download tak habis. aku beli cd ni. kiranya ni cd yang paling latest aku beli. dah lama tak membeli. aku beli mesti sebab aku nak tengok sangat. :)

sinopsis :
seorang lelaki yang ada penyakit asperger's sindrom. dia berjuang untuk cinta. "an ordinary man, an extraordinary journey for love" tu kata2 dekat kulit cd.
lagi satu filem ni selitkan elemen2 pasal terrorist. pasal islam yang dikecam dunia sebagai pengganas.

kenapa filem ni tersenarai dalam banyak2 filem yang aku tengok :
sebab aku nangis tengok cita ni. :)
biasalah kan hindustan. mesti meleleh punyeee.. hehehe

4.juno
filem ni first time aku tengok dekat bilik MTM.
tak tahu kenapa aku suka cerita dia. :)

sinopsis:
pasal remaja yang sekolah tapi lepas tu hamil. macam2 dugaan dia.

kenapa filem ni tersenarai dalam banyak2 filem yang aku tengok :
takde sebab yang munasabah. aku cuma suka. sekian.

p/s: aku lagi suka tengok filem dari cd yang aku beli. feel dia lain. (padahal aku malas nak download.. hehehe) masa zaman belajar upm dulu.. cik nazirah selalu bagi aku filem2 yang dia download.

impian aku sekarang nak kumpul duit beli tv kecik pastu beli dvd player letak kat bilik. hari tu dah hampir2 nak beli dvd portable.. nasib baik pikir panjang.. nak start semula simpan cd cerita. :)