Sunday, October 30, 2011

alien dan engkau.

semalam berbual pasal alien. sepanjang malam. alien ganas laa.. alien itu laa ini laaa... tapi yang peliknya aku rasa bahagia. :)

hari ni aku terfikir..siapa yang buat aku bahagia??? engkau ataupun alien...

Friday, October 21, 2011

aku cuba lenyapkan kau dari dunia relaliti aku..


tapi akhirnya kau muncul dalam dunia mimpi...

Thursday, October 20, 2011

hujan selalu saja datang tepat pada waktunya... kalau hujan di kampung, akan ada satu perasan halus datang... nyaman tenang.... masa hujan satu keluarga akan ke dapur. bukak tin biskut. kalau nasib baik mak buat cucur atau goreng pisang... sambil minum milo panas... keluarga aku memang peminat setia milo lepas mak gastrik tak boleh minum teh o.

masa minum2 selalunya akan borak2 kisah masyarakat. kadang2 tak berapa dengar sangat pun sebab bunyi hujan timpa atas atap lagi kuat dari suara tua ayah dan mak. moment2 macam ni aku harap dapat kekal sampai tua. aku harap satu hari aku akan buat perkara yang sama untuk anak2. macam mak buat sekarang... :)

Wednesday, October 19, 2011

**
aku lebih suka kau yang dulu...
yang suka gigit jari dalam kelas sambil termenung...
yang akan buat rumah tanah paling cantik bila main pondok2...
yang menyamar jadi boyfriend aku.. bila ada yang datang ganggu..
yang tolong cover line bila aku dating..
yang akan support aku bila aku depress dengan pmr.
yang akan cari aku bila ada masalah cinta..
yang cepat risau bila aku taknak kawan dengan geng perempuan..
yang sms aku bila kau rindu pada arwah abah kau..

semua yang dulu aku suka...

tapi bukan sekarang,,

sekarang kau masuk dalam hati aku perlahan2 dan musnahkan...

mungkin kita sama sama silap langkah.. aku yakin sangat.. kita sebenarnya suka bila kita tak lebih dari kawan. dan kita tak mahu semuanya jadi kucar kacir. kita lebih selesa macam dulu.perkara yang menyakitkan adalah bila kita dah tak boleh nak perbetulkan apa yang kita dah mulakan.
**

p/s1 :sebenarnya aku tengah runsing tentang sesuatu.
p/s2 :perkara diatas tiada kaitan dengan apa yang mengganggu kepala otak aku. tapi aku kena tulis sesuatu jugak sebelum tidur. hehe moga semuanya baik2 sahaja. dah kena start gear enjin turbo. :P

Monday, October 17, 2011

tekanan darah rendah

kenapa semua orang hari ni taknak angkat call???
email pun tak berbalas??
terganggu kerja tahu tak??

bila terganggu kerja bikin hati tak tenang.

bahaya tau tak? bila hati tak tenang...
boleh ganggu selera nak makan. boleh buat lupa pada semua benda..

haa part ganggu selera tu yang kena bagi penekanan.. bila dah tak makan... mula laa low blood.. tahu ape simptom low blood?? selalunya akan pening2 kepala dan pitam lagi teruk boleh pengsan...


kalau dah macam tu jawapan dia... ke hospital berdekatan laaa... haih.. kan dah terganggu kerja. semua kerja jadi bertangguh bila dah admit kat wad.

soooooooooooooooooooooo tolonglah, angkat talifon. ataupun balas email.. kalau segan nak bercakap.kalau takde dekat ofis sebab ada hal/kursus atau sebagainya.. kan boleh buat auto answer bagitahu kenapa dan siapa nak hubungi kalau semua ada hal. :)

sekian luahan hati orang yang susah hati.

update: masa tengah tulis entri ni.. rupenye satu kerja settle.. ok kurang sikit susah hati. hehe
i lap u laa en amilin.. heheh sedap name. :P

Wednesday, October 12, 2011

seharian sakit perut. masa tulis entri ni pun perut still rasa sebu.. dah tak larat..semua ni gara gara kerang rebus. :( pagi tadi langsung tak boleh berenggang dengan toilet. gagahkan jugak pergi melawat tok aok yang baru je meninggal. aku tahu keluarga aok dah bersedia untuk semua ni, sebab tok aok dah lama sangat sakit. cuma tok aok pergi tak sempat nak kenduri akak kawen hujung minggu ni. setiap perkara ada hikmahkan? perangai aok macam pelik sikit. tapi malas nak fikir. terkedu muka aok tadi masa mak aku tanya,, "betulke makwe?" aku pun tak sangka. betullah orang kata mak memang boleh baca hati.

dalam sakit sakit perut, macam - macam masalah datang.. email yang sepatutnya ambik masa tak sampai 5 minit nak dihantar tapi asyik failed saje. nak melayan karenah pekerja yang manja terlebih. demand tahap melampau. kadang terfikir taknak uruskan semua ni. sebab macam semua beban atas kepala. maaflah emosi aku seminggu ni lain macam sikit. pms mungkin. tapi bila fikir semula mungkin aku tak betah kat dunia luar. maksud aku dunia teknologi luar. teringat dr Aida (fasilitator finishing school) kata dia. "kita mesti tahu tahap kemampuan kita" . kata tu asyik bermain dalam kepala otak aku. kemampuan diri aku tahap mana. :(

dan bila kata2 tu repeat dalam kepala setiap hari, aku bersyukur. tuhan memang tahu mana yang terbaik. cuma kadang kadang aku letih menjadi kuat.


malas nak fikir.
penat nak fikir.






tapi kerja kena berfikir.

Sunday, October 9, 2011

Hati

hati bukanlah permainan budak budak..
kalau permainan.. dah lama budak budak buat main.
buat main pondok pondok untuk budak perempuan.
buat main bola untuk budak lelaki.. sepak sana. sepak sini
kedai Long Ping Poi dekat maran pun akan jual mainan ni dengan harga yang mencekik darah...

tapi itulah.. dia bukan permainan..
dan dia juga bukan makanan. boleh dikunyah sesuka hati bila lapar.
boleh dimuntahkan semula bila rasa tak kena dengan selera.
kalau makanan kedai aloha mesti dah jual berlambak2. sampai orang naik muak.

dia bukan makanan dan jugak mainan...

bagi aku, hati itu sendiri misteri.
tiada siapa tahu rahsianya.
tiada siapa tahu.. kecuali Pencipta hati itu sendiri.

Saturday, October 8, 2011

aku memang ada satu masalah. bila ada berkaitan hati, aku terus jadi kaku. aku nampak usaha aok. tapi aku ni kaku. tak jumpa ayat yang sesuai nak cakap. tak pandai nak susun ayat terbaik. penyudahnya aku diam. muka pun aku tak pandang. yee nampak aku dingin. tapi itulah aku. aku memang ada masalah bila berdepan. dah puas aku marah hati aku. dah puas aku pujuk hati biar tenang. tapi hasilnya tetap sama. :(



Friday, October 7, 2011

kadang - kadang aku mahu diam
tapi sayang. tiada yang faham.

Thursday, October 6, 2011

Wednesday, October 5, 2011

epal

Hari ni temujanji ayah dengan doktor pakar sekali lagi. harap semua ok. sementara menunggu no giliran ayah. macam biasa cek twitter, fesbok. dapat tahu yang steve jod dah mati. aku bukan lah peminat fanatik barangan Apple. tapi sebab bosan tunggu no giliran kena panggil. jadi baik aku menulis something.

Apa yang boleh aku katakan.. dia genius... dan terima kasih untuk teknologi yang hebat, disebabkan idea dia jugak aku boleh mengupdate blog sekarang. dan janji Allah itu pasti, sehebat mana pun kita, tetap akan pergi. sebagai orang islam, kita percaya bahawa apa yang dia ada sebelum ni hanyalah pinjaman. tiada kekal abadi melainkan Dia. :)

"your time is limited, so dont waste it living someone else's life. Don't be trapped by dogma-which is living with the results of other people's thinking. Don't let the noise of others opinions drown out your own inner voice. And the most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary." - STEVE JOBS 1955-2011

p/s: ohh dan jangan terkejut kalau aku update lagi entri x sampai 2 jam nanti. :)

Sunday, October 2, 2011

Ayah

Rasanya belum terlambat aku nak tulis entri ni. pasal ayah. Alhamdulillah ayah dah semakin sihat. aku nak cakap ayah sihat sepenuhnya tidak jugak. tapi aku cukup bersyukur bila ayah dah boleh berjalan keluar macam dulu(walaupun bertongkat). masa ayah balik dari hospital, ayah lemah untuk berjalan kira kira 2 bulan lepas.perasaan aku masa tu tak tahu nak gambarkan. macamana,sedih. tiap-tiap malam ayah mengadu sakit. aku memang tak sanggup nak pergi mana mana masa tu. mak tetap setia jaga ayah. taki kira masa.

tapi kami adik beradik tak putus putus bagi semangat pada ayah. tiap tiap minggu adik beradik yang lain balik. mujurlah semua duduk dekat2 je. :) dan sekali lagi aku panjatkan syukur dengan kesihatan yang Allah bagi pada ayah.

Ayah dah ceria macam dulu.
Ayah dah bergurau dengan cucu-cucu.
Ayah dah pergi ngeteh dengan kawan2.

dan yang paling aku rasa terharu..

Ayah dah boleh pergi solat jumaat. :)




gambar ni menunjukkan perubahan positif ayah. mula2 ayah keluar hospital, lemah tak boleh berjalan.sakit. mak sentiasa ada. dalam bulan ramadhan, dengan kuasa Allah ayah boleh berjalan dengan tongkat 4. masa tu aku terkejut sangat. ayah boleh lepak2 dekat rumah depan. rumah tu buat pun sebab ayah yang nak buat. gambar yang terbaru.. ayah pakai tongkat 1. dan dia baru balik dari ngeteh. :) Alhamdulillah.

ayah sekarang memang model tetap aku. bila aku sedar, gambar ayah tak banyak dalam simpanan aku. jadi sekarang aku akan penuhkan memori phone dengan gambar ayah.




hari ni, ayah ajak aku pergi bandar maran. selama ayah tak sihat, ayah tak keluar ke mana2 pun.dia yang taknak.. tapi hari ni, aku happy. ayah dengan aku makan sama2 di kedai feveret kitaorang.

Terima Kasih Allah atas nikmat,rezeki dan kesihatan yang Kau turunkan..
Terima Kasih mak sebab sentiasa ada disisi ayah.
Terima Kasih adik beradik yang lain.
(syukur, bila ada yang kata pada ayah.. "ayahlong mubin tu lain, dia cepat sembuh sebab anak2 dia balik sokmo. semangat dia lain sikit")
Terima Kasih sahabat sahabat yang sentiasa mendoakan kesihatan ayah.

hanya Allah sahaja yang mampu balas doa-doa kalian. :)

rawak.

1. tak suka makan sambal/sos.

2. suka pergi kenduri kawen.

3. suka berangan.

4. takut nak jailbreak talifon.

5. ada 14 anak saudara.

6. 13/10 ni genap setahun naik pentas konvokesyen.

7. baru tahu 2 orang kawan baik saya berkongsi tarikh hari jadi.

8. menetap di pahang, kerja di pahang.

9.samb. no 8. tapi selalu ke KL. cuti2 malaysia. :)

10. lemah dalam Bahasa Inggeris. :(

11. tak pandai sms/ym dan sebagainya.

12. suka karaoke dengan orang tertentu sahaja. *sebab suara tak sedap! fakta!*

13. sebelah rumah ada budak2 pondok datang *mengaji* (menuntut ilmu).

14. tak reti nak berborak dengan akak ipar. hehe

15. selalu excited terlebih kalau tahu ada kenduri kawen. hehe

16. okbye nak pergi tolong isi kerepek tuk kenduri kawen. *rujuk no 2 & no 15*


gambar rawak!


gambar masa hari keluarga... dah lama tak buat hari keluarga. :(