Wednesday, March 31, 2010

puisi sempena presentation esok...

kalau ditoreh-toreh tangan aku sekarang...
darah akan memancut keluar...
berwarna hijau pekat.

darah itu mewakili..
perasaan aku yang berlumut..

sungguh aku benci rasa ini..
rasa seperti mahu bagi harimau lapar..
mamah-mamah tubuh aku..
biar yang tinggal hanya nama...

hah..
tapi itu bukan mimpi indah aku..
yang tinggal hanya mimpi ngeri esok hari..

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

p/s: good luck dak network present FYP esok...

p/s^2: sy tak tahu perasan saya untuk pementasan detik ni.. kosong...

p/s^3: mak... tolong!!

Wednesday, March 24, 2010

: )

tempat pertama saya pijak di kolej kelima...
tempat pertama saya naik pentas..
tempat pertama saya pertama saya bercakap depan orang ramai..
tempat pertama saya diuji bakat..
tempat pertama saya menyanyi lagu kolej..
tempat pertama saya diberi tanggungjawab..
tempat pertama saya belajar selain buku..
tempat pertama saya kenal kawan2 saya...


DEWAN HARMONI... :)








p/s: good luck AJK dinner!!

Tuesday, March 16, 2010

pesanan untuk diri sendiri...........

"PESANAN BUAT LILIN

Justeru bagi sekalian yang alpa menjadi lilin, janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri yang alpa terhadap diri.

Manusia yang tidak memiliki, adalah manusia yang alpa diri, tidaklah dia mampu hidup memberi.

Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi."

p/s: aku jumpa ni dari blog www.Saifulislam.Com

p/s^2: sepatutnye aku bace ni sebelum test MO.. huhu

p/s^3: saya sayang kawan-kawan saya.

Monday, March 15, 2010

simple kan??

"bila kita tahu, dia orangnya.. dan dia tahu kita orangnya... simple kan???"







p/s: masalahnya.. sampai bila kita nak tahu kalau tak cubakan?? :)

Friday, March 12, 2010

happy mood.

noor hamidah mubin sebenarnya melalui hari yang sukar







p/s: :)

Wednesday, March 10, 2010

awkward kan rase ni??




hei bukan ke kau kawan aku dari aku mula bertatih..
bukan ke kau kawan aku masa mula-mula aku belajar bercakap.


tapi aku pernah dengar kata-kata ni.. "untuk kamu tahu, dia adalah kawan sejati kamu. Apabila kamu berdua sahaja dengan dia.tiada apa yang dibicarakan. kecuali diam, tapi tenang."

Monday, March 1, 2010

ini entri beremosi.. tapi jangan risau.. sikit EMOSI..

Kami seperti anak gelendangan,
mahu merengek manja,
akan disepak terajang,
mahu ketawa riang,
akan dicebik sepanjang masa,


................................
................................


sudah lama kami berdiri,
dengan kaki sendiri,
sekali lagi diingatkan.. KAKI SENDIRI.



p/s: pssttt.. kerana kami bukan pilihan.

entri pangkor versi panjang berjela!!

memandangkan aku masih lagi berada dalam mood "pangkor".. jadi aku nak tulis lah entri pasal pergi pangkor hari tu.heh. tak basi lagikan?? lagipun aku tulis ni untuk kenangan 10 tahun akan datang ke.. bila anak-anak aku ada blog sendiri ke... boleh laa dia tengok aktiviti berfaedah maknye nanti.heh.

kalau nak dipanjangkan cerita, memang sebelum laksana trip pangkor ni banyak dugaannye..heh.itu cerita biar pengarah mr.botol yang cerita. yang aku nak cerita dekat sini perjalanan dan apa yang aku rasa. tapi aku tidaklah terlampau rajin nak buat entri panjang berjela2 dan siap ada part by part lagi. :)


12/2/2010..(Jumaat)
hari ni belum bertolak lagi, tapi aku & bell habiskan hari jumaat dengan membeli barang2 keperluan yang nak bawak ke pangkor nanti. semangat berkobar2. macam2 aku nak beli. sampaikan ade orang gelakkan aku sebab nak beli kacamata untuk berenang pun kena gelak. ceh. nasib baik aku tak beli swimming suit..hehe..

13/2/2010..(Sabtu)
hari sabtu mula nyesal sebab ade barang tak beli lagi, ceh. macamana benda penting macam sunblock aku boleh lupa. lepas dengar syarahan free dari lehe, aku nekad aku mesti beli sunblock dengan pisau. heh, pisau untuk keselamatan aku je. nasib baik la kupan nak pergi beli slipar jepun dekat giant mines..(tapi jodoh slipar jepun kupan, tak lama.. hilang ditelan ombak barangkali.) Dengan hati yang waja, sekali lagi aku shopping barang2.. disebabkan semalam aku tak beli kacamata berenang, cuma beli kacamata hitam.. aku beli lah di giants.. murah dan selesa. sun block.. pisau.. bla bla... balik dari mines, sekali lagi dengan semangat membuak2 aku kemas beg. tq kepada mr Opel, beg deuter beliau sangat2 membantu. aku dah tak pedulik ada suara-suara kata beg berjalan sendiri atau apa.. yang penting beg tu BEST!! haha

perjalanan bermula pukul 5.45. KMR-BAS METRO-PUDU-dekat pudu, aku cipta rekod aku sendiri,, aku tak taulaa budak2 lain.. aku cipta rekod melepak di PUDU paling lama dalam sejarah hidup aku..lebih kurang 6 jam.. nasib baik tempat selesa.. tapi selesa yang dipolitikkan.. haha ade ke karpet tempat lalu lalang. dia ingat karpet merah apa.. haha main sudoku,, aku tak main. main daun terup pun aku tak main. masa tu terpikir kenapa laa tak bawak bantal. heh boleh selelap dua.

makan malam aku cuma ayam KFC, itu pun lebihan makan siang tadi.,,ade orang g makan KFC tak ajak.. (dan padan muka KFC ayamnya tak berapa masak). nak makan makanan berat, aku malas,, sebab ingat pesan akak aku,,"nak g naik bas jalan jauh, jgn mkn byk sangat".heh. aku memang adik yg baik. bell ngan kupan pun makan burger yang dibeli dan sengaja disimpan untuk makan malam barangkali. heh.

tik tok tik tok... 11 MALAM-SIOT KENA HALAU(politik lagi). MEREMPAT-12.00 MALAM-BAS DELAY-Otak dah fikir negatif, adakah kami akan tersadai sampai pukul 2 pagi atau terus tak jadi pergi pangkor?? hahha. 12.30 MALAM-SENYUM-YEAY LUMUT TUNGGU KAMI-kondisi tempat tidur, langsung tak best.belakang sekali dan tengah2. bontot kematu!!

14/2/2010(Ahad)
kami sampai ke lumut. dalam pukul 5 kot. otak aku memori dah berkurang.heh.TOILET CANTIK-MAGGI CUP- pergi kedai mamak. ceh. memang suka ulang alik. makan sikit alas perut. 6.10 minit kot, pergi masjid. SOLAT 2 KALI-SALAM,DENGAR AZAN 6.20 AM-

feri dalam pukul 7. TIDO-setengah jam je dah sampai. TELUK SEGADAS,, KAMI DATANG!! naik van pink yang comel...dah tak ingat smpai pukul berapa. yang penting awal gila check in khemah. sedikit blur akibat mengantuk dan mamai. oh ye sebelum sampai kena trekking kejap. tak smp sejam pun.

mula2 agak bosan,, maklumlah tak tau nak buat apa,, trip kali ni ambik sekali pakej dengan makanan,sewa tapak, khemah n aktiviti sikit2.. jadi kami semua tak perlu risau makan.. yang tahu dah terhidang,, tapi masak sendiri lagi best.. boleh jadikan aktiviti tambahan, heh. tapi takpe,, belajar dari kesilapan. SNORKELING.. tengok batu karang yang ada,,air sebenarnya agak keruh masa tu, akibat daripada rombongan berenang makcik kiah.tak banyak tapi oklah.. bukan senang nak tengok, sungai kampung aku ada siput sedut je. kan berbeza tu. lepas tu main kayak. orang segadas camp ajar basic kayak. heh ilmu lagi. bermula laa main kayak tapi tak lama. heh kecewa.
MANDI SAMPAI KECUT JARI JEMARI. itu sangat best. sebab ada "dugong minyak yang tak comel" hiburkan hati.. hehhe TERIMA KASIH!! sempat jugaklah naik ke bukit yang nampak pemandang laut yang cantik. lepak dalam 15 minit dan turun.. sebab dah maghrib..

malamnye pulak, sepatutnye ade nyanyi2. tapi menghampakan,heh. penyudahnye, ade yg main kad. lepas tu ape lagi, sesi sharing. tapi "boys not allowed!!!". disebabkan kesian pada budak laki terbongkok2 cari ketam, kitaorg pun datang memeriahkan suasana. kisah nates bawak ajran sesat pasal obor2 memang lawak, nasib baik ada ella perbetulkan keadaan. heh, kalau tak mati2 aku percaya, yang obor obor tu macam tu. hajat dihati nak tidur berbumbungkan langit. tapi separuh jalan je.. hehe akhirnya masuk khemah jugak.. zzzzzzzzzzzzzzz

15/2/10(Isnin)
Hari kedua, semestinya mengharapkan xtvt yang mencabar.. aku bayangkan yang kitaorang akan mandi sepanjang hari. sebab snorkeling dengan kayak dah buat semalamnya. tapi aku silap, bangun pagi dalam pukul 7 lebih, guider segadas camp suruh kitaorang snorkeling lagi, sementara air surut. bagi aku bukan snorkeling pun, tapi tengok batu karang dari jarak dekat.heh. cari ketam la. landak laut la. main-main tepi pantai sampai air pasang. mandi lagi. lepas makan tengahari, kayak lagi.., dan kali ni syokkk......... berkayak ke teluk sebelah. air yang sejuk. kayak dekat laut memang mencabar. fuh2. dan masa nak balik semula ke camp site.. sesuatu terjadi. pada mulanya aku partner dengan kupan, tapi disebabkan canoe walk.. aku berpasangan dengan lehe pulak. kononnya lepas buat kayak terbalik.(aku tak ingat term die). aku dengan lehe nak la buat naik semula ke atas kayak. abang guider tu pun cakap ok.. dengan gigihnye aku dengan lehe pratikkan apa yang guider tu ajar dan tiba-tiba..................

KAYAK YANG PENUH DENGAN AIR.. TENGGELAM KE DASAR!!!

fuh2.. nasib baik aku dengan lehe tak tenggelam sekali. heh. masa tu fikir nak tiup wisel je. tapi dengan menggunakan suara aku. aku jerit je dekat guider, bagitahu kayak aku dah tenggelam. aku dah cuak gak. abang-abang guider yang gagah dengan budak2 ni datang nak selamatkan kayak, lama jugak xtvt mencari kayak ni. tapi sayang tetap tak jumpa. sebab air dah makin pasang, keputusan dibuat tunggu air surut. dan berharap kayak tu tak merayap ke mana2. mandi sampai maghrib dan ade masak2 bbq, bakar2 ayam,ikan pari dan ketam yang hidup lagi.. memang mencabar!!

dan lepas makan2, berdebar nak tahu keputusan kayak. macam berdebar tunggu keputusan exam pulak. air dah surut. dan abang guider dah ajak lehe pergi cari kayak. heh. tapi tak sempat diaorang nak mulakan misi mencari kayak. guider - guider hebat tu dah jumpa kayak tu. Alhamdulillah. :) boleh senyum sampai ke telinga..

aktiviti tengok bintang, memang menarik. sweet je aku rasa. heh. malam tu duduk ramai-ramai dan borak2. sebenarnya ada sesuatu yang perlu diselesaikan malam tu. tapi akibat taknak menganggu mood happy di pangkor, aku ambil keputusan diamkan saja. sorry Bos!! heh.

16/2/10(Selasa)
sob-sob.. hari terakhir percutian pangkor. so sad.. tapi perkara paling menyentuh hati aku. bila kitaorang solat subuh dekat tepi pantai atas pasir. takde alas apa2 pun. dan lagi menyentuh hati bila kawan baik aku sendiri yang imamkan. Subhanallah, perasaan masa tu.. memang tak dapat aku gambarkan. TERIMA KASIH TUHAN. akibat dari perasaan taknak meninggalkan ombak dan pantai. aku dengan nabila ambil keputusan mandi pukul 6.30 pagi. heh. air dah mula surut sikit2. tapi rupanya time tu lagi best mandi. air jernih dan sejuk. lepas tu ramai yang join, main bola "nyet".. heheh
tu memang feveret game semua orang, kecuali aku. so aku malas nak join, lagipun aku nak abiskan masa berenang. sekali lagi kagum dengan ciptaan Allah. lubang-lubang kecik dalam laut aku dapat tengok masa air nak surut. heh comel betul ikan2 kecik menyorok dalam tu. :) bila air dah betul-betul surut. kitaorang main game pulak. yeayy!!GALAH PANJANG-FUTSAL-TENG TENG!! memang fun habis, LOL....

packing barang- masak sendiri hari last.. heh. berguna jugak sardin mr.pengarah.. heheh dan semuanya macam yang dirancang, bertolak pukul 3 lebih rasenye.... naik bot tu pun pengalaman yang menarik. rasa macam pelancong asing pulak, heh. padahal muka time tu semua macam kena panggang. naik feri setengah jam. shopping makanan sikit dekat lumut. ok ready naik bas pukul 5 petang............. OPSS....


kami tertinggal bas...

bukan sebab lambat tapi sebab salah tengok masa. :) dan sekali lagi, aku percaya dengan kehendak tuhan. Mr. pengarah settlekan masalah. kami sebagai peserta ikut sahaja keputusan pengarah. ini baru mencabar kan?? hehe. setiap perkara yang berlaku, ada nasib baiknye. dan kami semua bernasib baik driver bas tu nak patah balik ambik kitaorang. walaupun kena bayar Rm 5 ringgit tapi berbaloi daripada solution lain kan? heh. duduk depan sekali. tidur sampai sakit lehe. sampai pudu dalm pukul 10 lebih rasanye, duduk kat tempat menunggu sekali lagi. dan mr. pengarah dengan timb. pengarah( aku rase je tongga timb. pengarah, sebab apa2 problem mesti nama tongga yang naik..hehhe) pergi tengok bas yang boleh bawak balik kitaorang semua ke UPM. fuh2 aku dah terfikir nak kena sewa motel murah ni, kalau takde bas. Alhamdulillah, bas ada. U 416!! dalam bas pulak ada cerita lawak. hehe bell ade peminat misteri. heh. sampai UPM dengan selamat sebelum pukul 12. yippie. disebabkan majoriti lapar, pergi beli makanan dekat luar. dan makan sambil post moterm. heh. ok. akhirnya habis jugak cerita pasal pangkor. panjang kan cerita percutian 4 hari 3 malam ni??




p/s: ini entri dari sudut pandangan aku..:)

p/s^2: lagu senandung hidup berbudi sangat "touching" masa dekat pangkor.