Friday, December 31, 2010

harapan 2011 :)

"kita selalu mintak tak padan dengan apa yang kita bagi pada Dia"- sepupu aku kata. aku curi dengar masa dia tengah baca kitab.


entri sempena memperingati perkara yang berlaku dalam tahun 2010, belum mampu aku nak buat. kena ada satu hari yang tenang aku akan mula menulis dan publish. tersangat beza dengan zaman belajar. sekarang terlalu banyak perkara kena fikir selain daripada membuat entri yang panjang berjela dan sudah tentu memerlukan masa. jadi entri ini sebagai penutup 2010. :)

harapan untuk tahun baru yang tinggal 1 jam setengah ::

*aku nak hidup aku positif setiap hari.

*aku nak ceriakan semua orang dalam hidup aku. mak. ayah. adik beradik. anak sedara. sepupu sepapat. satu kampung. kan aku dah kata semua orang :)

*aku nak buat apa yang aku suka buat.

*ok last.. rajin kemas bilik. :P

ini cuma sebahagian yang aku nampak sekarang. tapi aku siapa untuk minta lebih.. cuma manusia biasa yang selalu terlalai.


selamat tinggal 2010. selamat datang 2011.
semoga semuanya baik dan manis macam lolipop. :)

Thursday, December 30, 2010

woot woot.

Teknologi bagi aku macam racun, dia perlahan lahan boleh membunuh sistem kehidupan manusia. aku ingat lagi zaman bercinta menggunakan surat, memang tersangat jarang bergaduh. yelah kan, takkan nak maki hamun dalam surat.. lepas tu balasan maki hamun tu akan dapat seminggu dua lagi. membazir. baik gunakan tulisan dalam surat tu dipenuhi dengan kata - kata rindu, kasih dan sayang.

Satu dunia boleh tahu yang siapa tengah bersedih. siapa yang tengah gembira. siapa yang sedang kecewa dan siapa yang sedang dilamun cinta. yang paling aku takutkan.. dunia teknologi boleh buat perang dunia meletus. bila - bila masa sahaja. Dunia teknologi kalau tak dibendung,mungkin boleh buat satu dunia jadi kejam. maksud aku boleh jadi kejam dengan kata - kata. tidak dinafikan kata -kata lagi tajam dari pedang. jadi kita boleh fikir sendirikan, kalau berperang menggunakan kata - kata lagi dasyat kesannya kan??


p/s1 : tunggukan kehadiran entri "YEAR END SPECIAL" dari aku.. hehhehe

p/s2 : masih lagi tenang dengan slogan "go with the flow" :)

p/s3 : semakin hari semakin sibuk. :) Alhamdulillah.

Monday, December 27, 2010

selamat malam semua.

sekarang pukul 11 malam aku dah rasa mahu berbaring di tilam yang empuk. biological time untuk masuk tidur dah terbaik. cuma biological time bangun tidur belum lagi terbaik. hehe selalu terbabas dari jadual.

entri pendek ni ditujukan untuk kawan kawan terbaik. rindu pada korang tak pernah berkurang. :)






p/s: esok akan ke kuantan lagi.. lagi dan lagi. kena bukak pejabat kat kuantan agaknye. seminar seminar seminar.. grrrr...

Thursday, December 9, 2010

9.12.2010

kalau kau yakin, aku yakin.

kita berdua boleh sampai mati bersama.

yang penting yakinkan??

terima kasih weh. :)


p/s: Allah dengar doa aku.

Tuesday, December 7, 2010

terima kasih :)

aku dah mula rindu kau.
macam biasa, aku memang pengecut.
asyik duduk menyorok belakang pokok.
aku memang teruk dalam komunikasi.
malah aku selalu sesal bila kau diam.
salah aku.

atau aku ego untuk sebuah hubungan..



eh tapi terima kasih sebab kau bagi aku hadiah paling bermakna untuk hari jadi aku.

senyuman. :)

Monday, December 6, 2010

kalau perkahwinan itu boleh mengubah seseorang ke arah keburukan. aku tak rasa perkahwinan itu berbaloi untuk sebuah kehidupan yang singkat,,,

Monday, November 29, 2010

cerKas..

22-24.11.2010Justify Full

kursus basic broadband di Marang Terengganu.. kursus berjalan dengan lancar.. tidur bermalam dekat hostel kolej Telekom dekat situ. bawak diri sebagai peserta tunggal perempuan. semuanya lelaki. tahniah hamidah. mujur ada sepupu merangkap pekerja ayah yang banyak membantu. pukul 5 kursus dah habis, tapi dalam keadaan sorang2 dan tanpa ada kereta bersama. terpaksa lupakan hasrat nak ronda bandar Kuala Terengganu. tapi masih lagi keluar di malam hari mencari sesuap nasi. Terima Kasih pada kawan sepupu yang baik hati. 3 malam berturut makan free... makan ikan bakar yang awesome. makan nasi goreng ayam blackpapper yang sumpah sedap gile. fuhh jejaka terengganu memang baik baik belaka. terima kasih pada rakan sekursus yang sekali sekala belanja sarapan dan tengahari. :)

ujian kursus praktikal sangat mendebarkan. ujian Teorinya pun sangat membunuh,, fuh fuh.. main taram je jawapan. diberi masa 10 minit ready sebelum ujian praktikal. buat aku keluar masuk toilet. takut gile. nasib baik lelaki lelaki macho membantu. :) keputusan masih belum dapat. moga moga lulus. kalau tak duit lebur macam tu je.. balik dari terengganu naik bas,, fuh dah lama tak naik bas lama macam tu. 7 jam dalam bas memang buat kematu bontot. kebas semua deria, hehe. sorry Dila tak sempat nak jumpa. perancangannya kalau balik naik kereta nak singgah ke kuala abang, next time ye bebeh...

26-27.11.2010

hari besar untuk muji.. opss abang muji,, tinggal aku sorang lagi yang single mingle. 7 anak ayah dah selamat.. kenduri sebelah perempuan dekat felda palong. negeri sembilan. perghh jauh kan??? first time dapat akak ipar jauh... :) selamat datang my akak ipar ke keluarga haji mubin. hehehe.. kenduri belah perempuan bagi aku, agak besar jugak la.. sebab ade perarakan malam besar tu dan jugak percikan bunga api. wooo.. aku tak pernah tengok kenduri kahwin ade bunga api. jakun jap. nasib baik takde tukar baju. rimas nak tunggu kalau tukar tukar baju. majlis yang simple kan lagi bagus, :) tapi terpulang.

on the way nak ke palong, aku di amanahkan bawak kek. aku dengan akak aku dah bising, kenapa beli kek awal2. menyusahkan nak bawak nak jaga. beli dekat dengan rumah pengantin perempuan kan senang. tapi rupanya kek tu pemberian penduduk kampung Simpang Pelangai yang buat bisnes kek. die bagi free je kat abang aku selaku penyelia dia. :) kisah kek belum habis lagi, nak dijadikan cerita.. aku yang penuh sopan santun rupanya bawak masalah pada aku. huh. AKU TERDUDUK DEKAT ATAS KEK!!! tahniah untuk aku. bengang gila aku rasa time tu, ntah macamana bontot aku landing atas kek tu. mungkin jugak rezeki kitaorg nak makan kek 3 kilo tu. sebab bukan ade kerosakan besar pun. sikit je.. tapi tak molek laa nak dijadikan hantarankan?? sorry makcik kek. :P

jadi kesudahannya, kitaorang terpaksa la beli kek lain. :) hari kenduri semuanya ok.. Alhamdulillah. sebak jugak nak tinggalkan muji dekat rumah orang lain, macam tak caya je dia dah ada keluarga baru. tapi itulah kehidupankan??

oklah sekian dulu CERita ringKAS dari aku. jumpa lagi lain kali. love.

Friday, November 19, 2010

kebetulan atau apa??

dia dan kamu hanyalah kawan,, yang kamu sendiri tahu kamu takkan terfikir untuk bersama dia.

kebetulan atau apa??

dia bertanyakan kamu kereta mana yang lebih kamu minat?? vios atau saga??

dan bertahun dia kerja, sudah mampu beli kereta dan kereta yang dibeli sama dengan jawapan kamu...

kebetulan atau apa??

bila dia lihat handphone kamu, dan mengejek kamu. mengatakan kamu pakai handphone mahal sedang dia tidak.

raya tahun depannya, dia masih lagi mengejek kamu tapi dia memegang handphone yang sama dengan kamu.

kebetulan atau apa??

kamu memang gemar keluar dengan abang kamu. kebiasaannya dia juga ada..

dan selalunya dia yang akan suruh kamu duduk dihadapan. disebelah dia memandu.

kebetulan atau apa??

menonton konsert rock yang penuh dengan umat manusia. dan abang kamu sanggup meredah lautan manusia semata - mata mahu berdansa.

dan kamu dilarang oleh abang kamu untuk berdansa di tengah lautan manusia. kamu hanya boleh menonton dari jauh. seminit lepas tu, kamu nampak dia kembali ke tempat kamu menonton. "pening laa duduk dekat orang ramai" kata dia.

kebetulan atau apa??

kamu ditinggalkan abang kamu sewaktu kamu sedang beratur membeli aiskrim. semata - mata abang kamu tak mahu terlepas band kegemarannya perform.

dia datang pada kamu dan kata "ok aku tunggu ko, tapi belanja aku aiskrim".. sedang barisan menunggu aiskrim masih panjang.

kebetulan atau apa??

aktiviti tahunan dia bercuti. dan dia meminjam kamera digital kamu. sebagai balasan dia membelikan cenderamata berupa gelang rotan kepada kamu.

dan kamu lihat dalam kamera kamu, cuma ada beberapa keping sahaja gambar yang diambil.

kebetulan atau apa??

Thursday, November 18, 2010

smile :D

"it's good being strong. but it sucks too when people know that u are strong and they think that it is okay to hurt u."


masa dekat kolej, aku dah lali sangat dengan mereka yang menganggap aku sebagai lelaki. aku terima tu sebagai kekuatan aku untuk jadi kuat!! untuk terima mereka gelarkan aku sebegitu cukup mudah. malah macam sudah diberi ubat pelali..

tapi bila bekerja dengan keluarga.. dan mereka menganggap aku boleh buat kerja sebagai lelaki. rupanya itu bukan perkara mudah. malah terlalu sukar untuk aku. tapi aku sedang berusaha. tolong jangan cakap aku tidak berusaha....................

Sunday, November 14, 2010

positif.

positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.
positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.
positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.
positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.
positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.
positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.
positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.
positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.
positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.
positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.
positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.positif.


p/s: kalau lah dalam hidup ni perkataan positif boleh di ctrl-c dan ctrl-v.

Thursday, November 11, 2010

senyum kambing edisi Miedot.

aku suka alyah dengan lagu "tak mungkin kerana sayang" tapi itu dulu. sejak dia bertukar jadi Lady Gaga Malaysia aku dah tak suka. kata dia persamaan dia dengan Lady Gaga adalah kerana berani mencuba sesuatu yang baru. ohh kalau macam tu. ramai lah kanak kanak yang sama dengan lady Gaga, yelah budak kecikkan suka mencuba sesuatu yang baru. :)

aku paling tak suka berkongsi kasih. chewahh.. tapi aku tak cemburu.

paling susah nak kontrol perasaan rindu. sebab tu selalu berkurung dalam bilik kalau rindu.

sindrom PMS, dah makin menjadi jadi. anak saudara aku mesti benci dengan aku. sebab aku makcik paling garang. :)

sedang mengamalkan minum susu anlene. dulu aku benci susu tepung. tapi susu anlene coklat buat aku ketagih. minum untuk sihat. :)

rumah dah rasa suasana kenduri. orang kampung dah start datang tolong sikit. yang best tolong kemaskan rumah. awesomekan duduk kampung :)

Sunday, November 7, 2010

hutang yang tertangguh. :)


Selama tiga tahun aku belajar dekat UPM, aku akui berapa kali sangat aku balik rumah. malah cuti semester yang sepatutnya dihabiskan bersama keluarga, aku habiskan masa tu dengan aktiviti kolej. pernah sekali aku tak dapat join family day keluarga aku yang dibuat tiap tiap tahun. yup dan jawapannya adalah disebabkan kolej tercinta. hehe.

aku tak salahkan sesiapa, aku yang pilih jalan tu. konon konon nak cungkil bakat kepemimpinan la. heh. tak tahu la setakat mana memimpinnye. yelah, nak tahu jugak macamana kerja berpasukan. takdelah duduk bilik. stadi. kelas. stadi. kelas. tidur kan?

tak tahu macamana nak cakap pengalaman tu semua. priceless.

sekarang adalah masa untuk bayar balik semua masa tu. aku ingat lagi, akibat dah lama tak balik. dan akibat tertekan dengan FYP. aku nangis sambil peluk tiang dekat kolej, sambil cakap.. "aku nak balik" ohh tidak... memalukan sungguh. dan sekarang tiada alasan lagi untuk aku nangis sambil peluk tiang lagi. hehe

dengan masa 24/7 aku di rumah, aku harap dapat bayar semula masa - masa yang aku terlepas. anak saudara aku pun takkan bising lagi nak jumpa makcik dia. aku percaya aku takkan terlepas mana mana moment dalam keluarga aku lagi. dan setiap hujung minggu aku anggap adalah hari keluarga. yup, setiap hujung minggu rumah akan riuh. setiap hujung minggu. :)

kenduri kahwin abang aku tak lama lagi. yup teruja dengan kenduri ni, dah lama rumah aku tak buat kenduri kahwin. kali ni dengan ahli keluarga bertambah, mungkin akan lebih seronok. dan aku juga kena bersedia dengan soalan dari mereka mereka yang sangat mengambil berat. heh. bukan sekali dua mereka tersilap, ingatkan aku yang mahu bernikah. jangan risau keluarga aku belum ada yang melangkah bendul.

november dah datang, lepas tu disember datang sekali dengan pakej musim orang malas keluar dari selimut. sedap lena diult musim tengkujuh. bulan disember aku masih lagi sama cuma yang lain umur je lah. aku harap semuanya akan baik baik sahaja. secara jujurnya aku tak mempunyai apa apa rancangan untuk melangkah tahun hadapan. aku lebih suka begitui yupp aku sangat takut kecewa dengan perancangan yang gagal. :)




yang terakhir nak buat pesanan khas tuk NABILA ATHIRA. TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH. aku tahu tak cukup sekadar ucapan tahniahkan?. sebenarnya masa dapat mesej dari ko tadi. aku rasa macam nak beli tiket pegi kolumpo pastu jerit depan ko. "WOW, BEST GILE. TAHNIAH WEI" pastu kite pegi celebrate dekat secret recipe. kira macam reward tuk diri sendiri la. macam yang kita suka buat dulu. tapi sekarang ko bayangkan jelah ek. hehe ok lah, bell.. aku tau ko akan jadi pekerja contoh untuk semua orang. aku tahu ko boleh bawak diri dengan baiknya dekat sana. jangan malu kucing nak tanya pada senior kalau tak tahu apa apa pasal kerja. kalau ade balak hensem jangan lupe aku tau. hehe ok last sekali. kalau tension pasal kerja, "I'M HERE!!" :) best of luck beb. last sekali simpan sikit duit gaji belanje aku. hehe love.

Thursday, November 4, 2010

bila besar nak jadi apa??

aktiviti seharian aku sekarang ni kebanyakkannya dihabiskan dengan anak-anak saudara. aku tak perlu tunggu raya 2 kali setahun untuk peluk cium diaorang. tiap tiap hari jumpa. kadang naik rimas dengan perangai diaorang. haih. rimas rimas pun lepas tu ketawa semula.

lepas date dengan Allan Wu yang sangat mendebarkan. aku kembali ke pejabat yang mana anak anak saudara aku sedang syokkk main lepas kena halau buat bising depan tivi. jangan ditanya kenapa pejabat boleh ada anak anak saudara sedang bermain. yee pejabatku rumahku. hehe

sebelum ni, aku pernah tanya Aqil yang berumur 5 tahun. bila besar nanti nak jadi apa?? dan jawapan dia adalah.. "bila adik besar nantilah baru adik fikir " aku cuma gelak je. budak budak. itu kejadian beberapa bulan yang lepas yang mana jawapan aqil tu masih lagi melekat dalam kepala aku. jadi bila aku ada peluang nak tanya seorang lagi anak saudara aku, Syuhada yang berumur 9 tahun. bila besar nak jadi apa dan sudah tentulah jawapan yang diterima tidak mengecewakan.
jawapan dia nak jadi "doktor" aku cuma cakap, nak jadi doktor kena pandai dari sekolah rendah.

cerita ni tak habis macam tu saje. tak sampai setengah jam aku tanya soalan tu pada Syuhada
atau nama manja dia Ada. Aku tengok diaorang sedang kusyuk bermain sambil makan Jajan ataupun makanan ringan. Sebenarnya jajan tu dah berkurung dalam peti ais sekian lama. akibat perintah berkurung mama diaorang melarang sesiapa makan sepanjang musim exam. waaa gitu kan.

dengan rasa berat hati, aku ambil jajan tu, sebab mereka semua dah makan dalam kuantiti yang melebihi had. aku cakap "kalau nak jadi doktor, mana boleh makan ni" merujuk pada jajan tersebut. Ada macam tak puas hati dengan penjelasan yang aku bagi. "alaa entah entah lepas ni dah habis." nampaknya Ada ada perasaan risau yang aku akan makan jajan tu sampai licin. aduhai. aku pun tak sanggup.

tapi jawapan yang aku bagi mestilah berhemah. "makcik dah habis belajar, dan makcik taknak jadi doktor so boleh la makan" lepas tu aku senyum kambing pada diaorang. Arif, Ada, Aqil, dan Amat pandang aku dengan pandangan tak puas hati. sorry. Aqil, budak yang berumur 5 tahun itu tiba tiba mengutarakan soalan baik punya pada aku. "dah tu, makcik bila besar nak jadi apa??" aku macam tergamam. aduhai dia tak nampak ke yang aku dah besar ni. nak jawab aku nak jadi cikgu, nanti dia tak nampak pun aku jadi cikgu. malah aku dah besar masih lagi duduk dengan keluarga. nak terangkan lebih lanjut perjalanan cita cita aku pada diaorang bukan masa yang sesuai aku rasa. :)

aku diam seminit nak bagi jawapan pada budak yang berumur 5 tahun yang sedang membesar dengan bermacam soalan dalam kepala. dan jawapan aku adalah...

"makcik cuma nak jadi diri makcik sendiri"...

puitis kan jawapan aku??. hehe aku kira jawapan tu boleh buat Aqil diam. silap sama sekali. tanpa disangka Aqil mengeluarkan kenyataan begini.

"kalau macam tu, bila adik besar nanti pun adik nak jadi diri adik sendiri".

haih........ Aqil Aqil.. 5 tahun dengan 26 tahun jauh beza. dan dia takkan pernah tahu siapa yang dia akan jadi 21 tahun akan datang. sama macam waktu aku berumur 5 tahun, aku juga tak tahu apa aku akan jadi dalam waktu sekarang. :)

*aku cuma cakap dalam hati sebab aku dah taknak kusutkan pemikiran dia lagi*

Friday, October 29, 2010

i;m ok. dont worry!!

dua tiga hari ni, aku macam sensitif sikit. semua benda aku macam terasa hati. ahh aku memang jenis macam tu. cepat rasa nak nangis. tak kisah pasal apa2 sekalipun. yee aku anak bongsu yang tipikal. kalau ada perkara yang menyentuh hati, contoh macam orang berdiri tanda hormat masa tamat konsert dekat tivi sekalipun, airmata aku mengalir. see see betapa murahnya air mata aku.

kalau masa aku first year dulu, bilik azie lah jadi mangsa.. rasa nak nangis je aku ketuk bilik dia. haha pernah sekali aku nangis teresak-esak dekat foodcourt, macam baby nak susu. selalu sangat aku nangis bila fail exam. sekarang cepat betul aku rasa nak tumpahkan air mata. kadang kadang aku tak fikirkan tentang apa apa sekalipun air mata jatuh macam air terjun. gila kan???

tapi jangan risau. aku akan tunjuk gagah pada sesiapa yang aku rasa aku patut jadi gagah. cuma kadang kadang aku jadi lembik jugak. kan aku dah kata, aku anak bongsu dan budak kampung. terlalu banyak rasanya kurang dari ada kan?? tapi Alhamdulillah, Allah kurangkan aku untuk sesuatu perkara tapi dia lebihkan aku untuk sesuatu perkara. macam tu jugak orang yang dekat luar sana, Dia lebihkan sesuatu perkara dan kurangkan sesuatu perkara. Dia Maha Adil.

jangan ditanya lah, sewaktu entri ni ditaip. bergelen2 keluar air mata. kan aku dah cakap, dia keluar tanpa sebab. ataupun terlalu banyak sebab, sampai tak tahu mana yang dia wakilkan. lama - lama aku dah boleh biasakan diri. bila rasa sebak, cepat - cepat aku diam. malas aku nak bercakap, nanti suara aku jadi lain. semua akan tahu.

oklah. aku dah patut berhenti menaip. sebelum semuanya terbongkar. chewahhh....

p/s: yang penting yakin. :)

p/s2: tak lama tak update blog. aku bukan sesiapa pun. :)

p/s3: sibuk ber~tumblr~ing.

p/s4: aku cuma nak ceritakan sesuatu, tanpa ada sebarang andaian yang dibuat oleh pendengar. sudi jadi pendengar??? :)

Wednesday, October 20, 2010

teaser...

quote dari tumblr ni.. betul - betul kena dengan ucapan terima kasih aku pada semua.

"THANKS TO THOSE WHO HATED ME,
YOU MADE ME STRONGER.

THANKS TO THOSE WHO LOVED ME,
YOU MADE MY HEART GO FONDER.

THANKS TO THOSE WHO CARE,
YOU MADE ME FEEL IMPORTANT.

THANKS TO THOSE WHO ENTERED INTO MY LIFE,
YOU MADE WHO I AM TODAY.

THANKS TO THOSE WHO LEFT,
YOU SHOWED ME THAT NOTHING LAST FOREVER.

THANKS TO THOSE WHO STAYED,
YOU SHOWED ME TRUE FRIENDSHIP.

THANKS TO THOSE WHO LISTENED,
YOU MADE ME LIKE I WAS WORTH IT"

~~TUMBLR~~


ini untuk semua. entri panjang berjela akan muncul nanti. :)

Friday, October 15, 2010

syukur

dengan rasminya digelar ALUMNI KELAS 2010 :)

terima kasih tuhan.

Saturday, October 9, 2010

untuk kau. :)

satu hari aku tengok folder lama dalam laptop. aku nampak muka kau. dalam hati "heii aku rindu kau la". tak sampai 5 minit. teeet teet..talifon berbunyi. i new message. "hei dari kau"..

tadi, aku tengah tulis mesej pada kau.. belum habis aku tulis.. mesej masuk. "heii dari kau"...


untuk kau.. kita dah kawan 26 tahun.. dan kau memang tak pernah lari dari aku. :) thanks..

sesuatu..

aku harap sesuatu yang aku peram lama - lama ni, bila dah dah tiba masa nya dia bertemu. dia akan membuahkan hasil. :)

aku tidak meyimpan harapan untuk sesuatu yang pelik sedang berlaku sekarang. biar saje go with the flow. bak kate mat saleh. bukan mohammad bin salleh. tapi ianya buat aku senyum lebar sampai ke telinga. hehe

sesuatu yang lama aku dah buang lepas aku bace satu ayat ringkas. ayatnya lebih kurang begini.

rugilah pada sesiapa yang masih ingat lagi waktu belakangnya. sedangkan semuanya sudah ke hadapan, cuba lihat angin bergerak ke depan. air sungai juga mengalir ke depan.. :)

Monday, October 4, 2010

update sikit sikit.

life :

tiada yang "wow" setakat ni.. :) insyaALLAH akan bergraduat pada 13.10/2010.. sesiapa yang ada di bumi serdang sila lah datang. tak bawak bunga pun takpe. datang untuk memeriahkan suasana dah ok. jadi peneman aku ke, sebab mungkin aku sendiri.

kerjaya :

baru baru ni, ke kursus NIOSH. pasal keselamatan pekerja. yup sesiapa yang berada dibidang ni. perlu lulus ujian ni. yang menariknya, aku masuk sekali kursus dengan ayah aku. ohh ye, ayah aku amik kursus tu buat kali ketiga.. yang sebelum ni dia tak lulus. kelakar bila fikir, aku tolong jawabkan soalan untuk ayah aku. pegawai tu jeling jeling je. tapi dia tak kisah pun. heheh insyaAllah aku akan sambung belajar ke bidang kerjaya aku. aku rasa ianya penting untuk aku yang kosong ni.

kahwin :

adik beradik aku, cuma tinggal muji dengan aku sahaja yang belum berkahwin. muji akan berkahwin bulan 12 ni. kenduri dekat pihak lelaki jatuh pada 5.12.2010. my birthday, hehe. muji abang palingggg rapat. yelah ke konsert rock same2. macam macam lagi. lepas dia kahwin. no more. hahaha aku dilantik secara tak langsung jadi wedding planner dia. semua tanya aku. itu ini. haih, pelamin, tampat makan pengantin, hantaran semua aku kena buat. fuh fuh, terasa kena ada pembantu. heheh aku harap aku boleh buat semuanya.. :)

p/s: aku sembunyi rasa tu dari semua. aku harap aku tabah nanti bila sampai waktunya...

p/s2: Alhamdulillah..

p/s3: ini je yang mampu aku update.. nanti update lagi.. :) love dodot

Saturday, September 18, 2010

Tok Piah

Tok Piah adalah wanita yang boleh digelar warga emas. beliau mempunyai pertalian saudara bau bau mempelam dengan keluarga aku. Beliau selalunya akan menumpang tidur di rumah aku bila malam akibat takut untuk balik kerumah beliau. ohh lupa beliau juga tinggal seorang diri. Anak - anak belaiu keluar kota mencari rezeki. biasalah, tipikal masyarakat kampung macam dalam drama melayu... Balik jenguk mak bila raya. :)

Balik dari solat Isya' tadi, beliau bertanyakan perihal mak aku. padahal mak aku lambat seminit saje dari masjid daripada beliau. mulut beliau dah bising tanya mana mak... haih. kalau orang pahang panggil "mulut omeh".. cot cet cot cet, mulut dia. aku diam menghadap laptop dan fesbuk. Aku jawab soklan dia dan diam. tak jawab nanti lagi dia bising. aku jawab dan diam.

Mata aku kusyuk menghadap dadah zaman sekarang, apa lagi kalau bukan fesbuk. sambil pegang pinggan dan menaip guna tangan kiri. tangan aku belum basuh lagi lepas makan. disebabkan aku online menggunakan laptop yang bertulis "Hak Kerajaan Malaysia" terpaksa la aku bersusah payah sikit.

Tiba - tiba Tok Piah bertanyakan soalan pelik pada aku,

"apa yang ada dalam ni??? " sambil mulut dia muncung pada laptop atau lebih tepat interface fesbuk.. (profile siapa yang tengah di view??... rahsia!!)

"haaa???" aku tak faham!!

"apa yang ada dalam ni,,, sampai tinggalkan makan tu??? mulut beliau masih lagi muncung, kali ni lebih panjang sambil tunjuk laptop dan pinggan.

"oooooooooooooooo" kali ni aku pulak yang muncung. cet baru aku faham. aku kena perli rupanya...

"takde ape2 laa tok" aku diam.. bangun basuh tangan dan sambung online.

p/s: ada kawan aku tegur, aku asyik ingat kisah lama2 je. dah masanya aku BANGKIT. hehe yeke???

p/s2: aku akan banyak menulis mereka2 yang ada di keliling aku sekarang. aku harap aku lebih menghargai dengan cara ni.

p/s3: dilantik sebagai wedding planner tak bertauliah kahwin abang aku, muji. tinggal dia dengan aku je yang belum kahwin. insyaAllah bulan 12 ni dia akan jadi suami orang...



Thursday, September 16, 2010

aqil

dalam rumah ni, selain aku.mak.ayah. Dee, akak aku + plus 2 orang anak dia tinggal bersama. tadi masa aku duduk dekat meja pejabat kesayangan aku. Aqil, anak Dee aku yg bongsu datang menyibuk. memang hobi diaorang datang dan membuat onar. menyemak. sampai aku cakap..

"makcik, dah tak tahu nak cakap apa dengan aqil ni" merujuk kepada kedegilan beliau.

selamber badak dia jawab "cakap jelah selamat hari raya" haih... aqil aqil...


aku amik pipi dia dan cium bertubi2. rasakan!!!

kalau aku dapat petik bintang. aku letak dalam balang. :)

setiap perkara terjadi, ade sebabnya. ayat ni aku ulang berkali kali dalam kepala. tapi entah kenapa sejak dua menjak ni, ayat ni macam musuh. lansung taknak melekat dalam kepala. haih.....

mungkin aku belum nampak penyebabnya, dan aku akan berusaha gigih untuk mencari sebabnya.

Sunday, September 12, 2010

cinta-cinta hati saya.

selamat hari raya ketiga...

aku sebenarnya terlupa nak ajak mereka ke rumah. mereka yang ingatkan untuk datang. yup, memang tiap tahun mereka datang... mereka tetap sama, lawak mereka, cerita cerita mereka..


terima kasih tuhan atas persahabatan selama 26 tahun ini..... aku tidak mintak lebih, cuma mahu mereka ada di hari besar aku nanti.... mungkin mereka juga yang akan galikan tanah untuk aku bila sampai waktunya nanti..

aku dah standby kamera untuk bergambar, rasa macam dah lama tak ambik gambar dengan mereka. tapi kesudahannya, terlupa. ahh mungkin ada sebab kenapa tak terakam muka kami di kamera. untuk kami simpan ketat ketat dalam otak barangkali.


Saturday, September 11, 2010

selamat hari raya kedua.

tadi abang KAU datang, aku tak pernah pun tulis pasal KAU dekat mana - mana bahan bertulis. ok2 adalah lah jugak aku tulis masa aku dengan KAU tengah angau bercinta. itu pun sikit - sikit je. tak nampak langsung dari mata kasar. maaflah abang KAu datang aku langsung tak layan. aku amik kunci kereta dan keluar. kan aku dah kata aku nak lupa kan pasal KAU. KAU mesti tak tahu kan, aku ambil masa bertahun untuk aku jejak semula tempat cinta -cinta kita dulu. memang aku tak hingin nak ingat langsung apa apa pun pasal KAU. maaf selamat hari raya untuk KAU.

Tuesday, September 7, 2010

pengakuan.

aku memang ada masalah komunikasi secara alam maya.



sorry



*kecewa*



ataupun aku memang tak pandai berkomunikasi???

Sunday, September 5, 2010

layar putih

semalam majlis berbuka bersama keluarga. tapi bukan itu ceritanya. apa lagi yang nak diceritakan kalau dah berkumpul dengan keluarga. mestilah semuanya indah dan manis - manis sahaja. macam kita makan asam masin. masam masin rasanya tapi tetap kita suka. :)

ceritanya adalah..................... jeng jeng jeng. hei aku nampak adik dia. ok dia aku dah tak jumpa bertahun lamanya. lepas aku putuskan hubungan dengan menulis email dekat jaringan sosial. lepas tu langsung aku dengan dia tak berhubung. jadi kebarangkalian untuk berjumpa memang la tipis.

perjumpaan tak sengaja adik dia dengan aku semalam, masa aku tengah pilih lemang yang terbaik untuk berbuka. adik dia pulak aku lihat macam terpinga tengok aku. atau aku yang tergamam? heh.

yang jadi persoalannya, kenapa aku baru terserempak adik dia. tapi macam ada satu layar putih yang mainkan cerita aku dengan dia depan mata aku. menyemak betul, aku nak pilih kuih untuk berbuka pun jadi tak kusyuk. haih. :(

Friday, September 3, 2010

minima

hari sabtu, dan aku tak keluar rumah. tak ikut Dee pergi beli tudung atau lebih tepat borong tudung. tak ikut ayah dengan mak pergi beli barang dapur, atau lebih tepat beli barang dapur untuk raya. mungkin mood orang kerja dah lain kot. hujung minggu rasa nak duduk memerap dalam bilik. duduk bukak buku tutup buku. pandang kipas pusing. pandang dinding hijau. life yg minima. nak menguyah tak boleh sebab bulan puasa. jadi duduk terlentang sambil tanpa berfikir tentang apa - apa sekalipun. bukan memilih untuk hidup yang bosan. cuma mahu kan hidup begitu walaupun sekali seminggu. :)


p/s: mungkin hari yang tepat mengemas bilik dan menconteng dinding hijau.

p/s2: teringat kemunculan awal blog ni, mahu berkongsi puisi kononnya dengan manusia dunia. tapi tersedar puisi tak secanggih puisi duna sekarang. jadi simpan dalam buku sahaja.

p/s3: hari ni hari berbuka bersama keluarga. tak sabar....................

p/s4 : nanti aku tulis entri mengenai hidup beberapa orang yang sangat minima di kampung aku. aku jadikan mereka idola. heh.

Thursday, September 2, 2010

aku tipu, sorry.

aku asyik cakap, "eh umur aku dah 26 la, aku tau la pasal hati manusia ni". sebenarnya aku tipu. aku sendiri sebenarnya tak tahu menahu langsung pasal pasal hati manusia. dan pasal hati sendiri pun aku tak tahu. aku sendiri tak tahu, lepas perbualan talifon.. kita gelak ketawa. tapi lepas tu mane pergi semua tu. maksud aku gelak ketawa tadi. ataupun kita nangis sedu - sedu tapi esoknya kita tidur. mane perginya sedu sedu tu. melainkan bantal kita jadi basah.

macam tu jugak dengan cinta, mana pergi bila seseorang ungkapkan kata cinta pada seseorang. simpan kemas dalam hati.. sambil tersenyum atau terjumpa orang lain dan langsung terlupa. yup semua tu jadi persoalan. sama jugak bila kita kata kita benci, esoknya mungkin kita masih membenci.. tapi apa yang jadi lepas tu. maksud aku rasa tu. faham tak??

bagi aku bukan persoalan cinta saja. tapi persoalan tentang semua perlakuan. yang zahir mungkin jelas kita nampak. tapi yang batinnye?? tiada siapa yang tahu kan? aku rasa aku paling bijak menyimpan rahsia batin. yang ni tepat sekali. heh.

aku terinspirasi dari lagu puisi kakdek, tajuknye "siapakah yang engkau cari" aku akan letak video dibawah nanti. persoalan - persoalan yang ada dekat dalam tu, satu pun aku tak punya jawapan.. gila kan?? aku harap aku punya waktu cari semua jawapan. :)


p/s: kakdek mohon izin letak dekat sini ye.. sangat touching la. :)

p/s2: kredit untuk fazleena a.k.a kakdek beliau sangat berbakat dan pejuang berani mati aku kira. *idola*

Tuesday, August 31, 2010

my bestfriend wedding.

baru lepas tengok bride wars, yaa baru sekarang ada gambar yang berkualiti. dan tanpa disangka minit - minit terakhir cerita tu air mata aku tumpah macam air hujan. dayem. aku rindu kawan baik aku yang kahwin...

eidah, kawan baik aku yang kawin dulu. dia kawan baik masa sekolah teknik. baik aku dengan eidah, lain macam sikit. selalu gaduh pasal apa sahaja. selalu kongsi katil tidur dekat hostel tapi tidur jarak - jarak. masa dia kawin, aku jadi pengapit dia. aku tidur rumah dia untuk tolong dia. aku rasa dia pengantin yang paling indiependent. mak ayah dia meninggal masa lepas SPM, jadi masa dia kawin, cuma dia dengan akaknya sahaja yang uruskan. sampaikan tanya pasal gula dekat mana pun tanya pada dia. bagi aku masa keadaan kritikal macam tu. pengantin tak boleh dikacau. tapi bukan keluarga dia. aku tahu aku rindu kan dia. aku rindu nak berborak lama -lama dekat talifon rumah. aku rindu nak dengar masalah dia. aku rindu nak peluk badan montel dia. sebelum dia kawin, semua teman lelaki dia, dia akan kenalkan pada aku. suruh aku nilai dulu. :) syukur, suami dia baik. malah dengan aku pun suami dia tak segan silu. perkara paling sweet aku rasa, bila dia ajak aku sama - sama shopping baju untuk anak dia yang bakal lahir..

Ina, kawan baik aku dari kecik. rumah aku dengan dia jauh. tapi mak ayah kami berdua kawan baik. masa aku kecik - kecik dulu, mak dia cakap.. " belajar rajin - rajin, nanti boleh masuk U sama -sama." yup ina lagi bijak dari aku. malah antara yang bijak dalam kelas. aku rasa kata -kata mak dia termakbul. dia masuk kolej Shahputra, dan aku pun sama ikut jejak dia. aku dengan dia bukan lah kawan baik yang berkepit 24 jam. tapi aku tahu mana nak cari dia dan dia tahu bila dia perlukan aku. sama macam eidah, persiapan dia kawin, aku tak lena tidur. tak tolong banyak mana tapi aku ada dekat sebelah dia sentiasa masa saat "neves" dia. untuk pegang tangan dia. dan kata " ko nampak cantik",,,,,, sumpah, aku rindu nak dengar suara lembut dia bercerita sambil pilih sayur. ohh aku rindu kereta honda klasik dia jugak.. :)

Ayong, antara kawan baik aku yang aku takut dia hilang. dia tahu segala - galanya tentang aku. kisah percintaan rahsia, kisah kenapa aku pilih si polan. kenapa aku benci si polan. pendek kata semuanya masa dulu. aku dengan ayong berjiran. langkah tak sampai 20 langkah dah sampai rumah. masa dia kata, dia akan kawin.. semua macam terkejut. siapa yang tak kenal ayong. gadis ganas.. hehe aku selalu tak risau kalau dia ada. kawan - kawan aku cakap dia bodyguard aku. hehe terima kasih sebab selalu ada..

sarimah, kawan baik aku masa dekat kolej. dah ramai kawan serumah aku yang kawin. tapi dia aku anggap paling terbaik. siapa sangka jodoh dia dengan budak depan rumah sewa kami masa belajar kan?. aku rindu nak peluk badan kurus dia. cerita cerita pasal impian. dia selalu layan aku macam budak kecik. dan dia bertindak macam kakak. masa dia kawin, aku tak dapat datang, jauh sangat rumah dia. Sarawak!! aku rasa sedih masa tu, sampaikan aku berniat nak pinjam duit ayah nak beli tiket kapal terbang.. huuhu. tapi bila fikir balik mana aku ada duit nak bayar semula masa tu. yaa aku rindu nak baring atas paha kurus dia sambil tengok tv. hehe :)

wana, ni kawan baik aku yang terbaru kawin. tak sampai sebulan. dia kawan baik aku dari kecik lagi. jadi membesar sama - sama cuma zaman yang berbeza. dia kawin pun dalam keadaan yang tak disangka. aku habis belajar dan dia kawin. belum sempat nak lepak lama - lama dekat kampung, aku rasa belum puas pillow talk dengan dia. wana tak pernah gagal nak buat aku ketawa terbahak - bahak macam kena geletek setiap masa. masa dia datang rumah aku dan tunjuk cincin tunang dia. aku macam.. "wow" tu je yang mampu. macam aku belum bersedia nak lepaskan kawan baik aku. tapi aku tahu itu semua yang terbaik Allah dah janjikan pada dia. :)

entri ni tak bermaksud apa - apa pun. mungkin sebab ber "emosi" tengok cerita. kawan baik bagi aku macam kekasih. malah lebih dari kekasih. :) aku selalu impikan bila aku kawin, kawan baik aku akan ada di sebelah aku masa - masa kritikal. ada di sebelah aku, masa aku pening nak pilih tema, pening nak pilih potografer.. arghh semuanya lah. dan aku mahu kawan - kawan terbaik aku datang masa hari aku dikebumikan. :)

dan ini juga jawapan untuk kawan - kawan aku yang dah berkahwin. selalu tanya, kenapa aku lama berdiam. soalan tak rindu atau kenapa diam.. sumpah aku tak tahu nak jawab apa. aku rindu semua, tapi memang sikap aku begitu. bila seorang kawan baik aku dah kahwin, aku cuba untuk pergi.. bukan apa. aku rasa aku bukan ada dekat mereka lagi. aku sendiri yang memilih untuk berdiam dan pergi dari hidup mereka... bodoh kan aku fikir macam tu??

p/s: aku bersyukur, semua suami kawan baik aku jadi kawan baik aku. sedikit pun tak rasa kekok.. :)

p/s2: tak tahu lah macam mana kalau nazi dengan bell nak kawin nnti. hehe :)

p/s3: aku selalu mahu bagi yang terbaik untuk hari bahagia kawan baik aku. dalam hati tuhan sahaja yang tahu. aku sedih yang aku dengan mereka takkan boleh macam dulu. tetapi aku gembira mereka bahagia :)

Sunday, August 29, 2010

malam ni aku rasa macam aku senyum sampai ke telinga, aku masih lagi dalam proses membuang rasa kurang enak. heii sepatutnya aku dah buang awal - awal kan?. dulu aku percaya dekat mana mana pun akan ada rezeki kita di bumi Allah ni. sekarang aku masih lagi dengan kepercayaan tu. takkan pernah berubah.

positif - positif. :)

pesanan kemasyarakatan X.fm.. katenye. tak kisah la kat mana kita berada. kita yang corak bagaimana kita mahukan. haa lebih kurang macam tulah. walaupun sebenarnya aku tak nampak lagi corak yang terbaik. aku serahkan pada Allah untuk sentiasa corakkan untuk aku. sebab aku tahu perancangan nya memang terbaik.

Allah tidak akan beri apa yang kita nak. tapi dia akan bagi apa yang kita perlukan. walaupun kadang -kadang kita ego untuk terima apa yang kita perlukan. :)


kisah percutian.

aku ke upm lagi. setelah rancangan asal tertunda akibat dari kesibukan melanda-landa. jadi 21/8/10(sabtu) aku dengan girangnya naik bas ke Pekeliling. nampaknya pekeliling sama je macam dulu. chewah macam aku dah tak pergi sana bertahun. heh. dengan semangat kekawanan, aku dengan setianya tunggu la cik nabila dekat kaunter tiket. sebab kami dah janji nak berdating ke sogo dulu. biasa laa cuci mata. hehehe

dengan keadaan umat manusia yang terlampau berbelanja. jadi aku dengan cik nabila tak menyambar apa -apa pun. kami cuma update cerita - cerita terbaru dengan kaedah berjalan di tengah lautan manusia. pelik jugak aku. macam tak boleh cari tempat yang aman nak berbual, tapi itu lah kesukaan kami, sama macam naik motor. dekat atas motor jugaklah kami nak bergosip. hehe

dah penat bercakap laju dengan sedikit menjerit, kami teruskan niat asal kami. yeay.. ke KOLEJ KELIMA. ok kolej tercinta. niat untuk berjumpa dengan kawan yang merangkap hero terpaksa dibatalkan. bila si kupan tersilap tarikh aku nak datang. jadi bila dua gadis berdikari bergabung. kamu semua jangan risau. heh. dengan keadaan komuter yang ala - ala malu nak bergerak laju macam putra aku tetap sampai ke serdang. yeh!!! serdang i miss u.. :)

memilih untuk naik teksi. bukan sebab duit terlebih atau apa. memang sejak zaman belajar lagi tak suka tunggu bas ke UPM. harap maklum. update cerita lagi, lagi dan lagi. sehingga dikejutkan dengan soalan mengejut driver teksi. aku rasa driver teksi boleh jadi menteri, confirm! jadi jurucakap parti politik pun boleh!.

selamat tinggal driver teksi. dengan semangat yang waja, cik nabila buat kejutan pada sang pet. sejujurnya aku dengan cik nabila langsung tak merancang nak menumpang kasih di bilik siapa. sang pet ala -ala terperanjat dengan kehadiran gadis comel di bilik beliau. jadi aku dengan cik nabila tinggalkan dia, pergi menjenguk BBQ CARE. nampaknya ayam semua dah dibakar. sempat buat coslow jela... jadila asalkan membantu, tak gitu??

macam biasa laa jumpa kawan2. salam, peluk - peluk lepas rindu jap. dan aku dengan cik nabila buat keputusan nak pergi tempat setiap petang kami melepak lepas 2 tahun berbakti dan bila bilik sejuk beku bukan lagi tempat kami :). keadaan tetap sama. cuaca. kerusi. cuma yang berbeza orang yang lalu lalang. heh. update cerita laju -laju sampai nak masuk waktu.

dengan tanpa segan silu aku dengan cik nabila join BBQ CARE. bukan makan free. berbayar Ok!. bukan apa, aku rasa ni cara yang mudah nak berbuka dengan junior yang dirindui secara berjemaah. mudah bukan. heh tiada pilih kasih. hehe :)

esoknya, tanpa perancangan yang terancang. dengan keadaan mengantuk. kami ikut saje ke Mines. berbuka disana dan masa yang ada, kami melalak bersama - sama. :). balik naik teksi lagi, dan aduhaii.. pakcik teksi yang membahasakan dirinya dengan panggilan abang. memang buat aku meluat. nasib baik aku dah habis belajar dan kemungkinan aku akan naik teksi lagi adalah sangat rendah. dan disebabkan "abang" teksi gatal aku dah takut nak naik teksi sorang- sorang.

isnin adalah hari kenapa aku dan cik nabila datang ke UPM. bukannya nak bercuti sahaja ok. dengan semangat untuk pergi ke BHEP pada waktu pagi tidak menjadi. tapi tetap dengan bersemangat aku dengan cik nabila pergi bila orang pejabat dah mula nak keluar rehat. untuk makan tengahari tidak mungkinlah kan? mungkin untuk tidur.. hehe :) dengan berbekalkan hati yang berbunga- bunga. maka dengan adanya transkrip final sem, maka kami cuma tunggu untuk konvo. lepas konvo barulah sah grad. hehe :) kepada adik adik tersayang sila bagi bunga besar masa konvo nanti ye.

seperti yang dirancang jugak, aku dengan cik nabila pergi ke Jalan TAR. syukur tahun ni aku diberi peluang pilih baju raya dengan cik nabila lagi. tak sampai sejam rasanya kami dekat situ. sebab ada perkara lagi penting yang belum selesai untuk hari ni. berbekalkan dengan rindu dekat dada. chewah. gigih ke KLCC, jumpa dengan wanita bekerjaya. cik nazirah yippie!! update cerita dengan cik nazirah laju laju. pergi makan dekat manhanttan. cik nazirah belanja!!! bagi cenderamata dekat cik nazirah. untuk dia letak atas meja pejabat.. :p.. tangkap tangkap gambar. gelak - gelak. dalam masa percutian ni. hari isnin adalah merupakan hari terbaik aku. senyum sampai telinga.

fuhh.. balik ke UPM seorang diri. cik nabila ada tangunggjawab lagi di ofis beliau esoknye. bye bye NABILA. bye bye NAZIRAH. :(

selasa, kalau ikutkan nak balik. tapi ada janji yang belum aku tunaikan. serius aku cakap. selagi aku tak tunaikan janji tu. aku rasa tak tenang. tak tahu lah kenapa. jadi dengan sedikit bekalan duit yang ada. aku tempah nasi goreng kampung untuk 7s, reunion untuk 7s. (pendaki Gunung Tahan fifth). sebab dah janji nak belanja 7s jadi alang alang dah datang aku kotakan janji aku. lepas ni dah susah nak datang kan? reunion yang simple. dengan tema kesederhanaan dalam hutan. hehe menggamit memori orang kata. hehe imbas semula cerita 7 hari bersama - sama dalam hutan, aku rasa tujuh keturunan pun belum tentu lenyap. :) terima kasih 7s.

rabu. balik ke realiti :)


p/s: terima kasih GS burger. sebab jadi tempat berjumpa mereka - mereka yang pernah jadi hero untuk aku. hehe kupan. bangla.balam :) update cerita dan lepaskan rindu. chewaahh!!!

p/s2 : terima kasih leq,lyon,dayah,anis,ina, sebab layan kami macam puteri.. :) eh lupe botol, tongga, jadi hero pengganti kupan hehe.. semua laa.. nanti kita update cerita lagi ye??

p/s3 : senyum dari perantauan. chewah!!! salam idul fitri-hamidah mubin-maran pahang. :)





Tuesday, August 24, 2010

lintas langsung dari percutian....

p/s1 : update dari bilik 1009.. bilik ni dah macam bilik rasmi pengerusi blok kalui. lepas aku - zati- sekarang ni anis pulak yang duduk bilik ni. terima kasih tilam sebab selalu ade time aku memerlukan. hehe walaupun jarang sekali kita bermanja dulu. hehhe

p/s2 : nanti dah sampai rumah aku cerita lagi... bukan sekarang masa nak bercerita. :p

Sunday, August 8, 2010

mungkin aku perempuan biasa yang agak membosankan kamu kan?

masalah paling besar bagi aku adalah, bila aku sendiri tak tahu mana punca masalah tu muncul. dan yang pasti aku tak suka bila sedih, aku tak mampu untuk kawal keadaan.



p/s:
kau kata kau akan sentiasa ada kan??

Thursday, July 29, 2010

jaga diri

pada adik-adik yang pergi CARE XI jaga diri.

ada perkara yang kita perlu korbankan. :)





p/s: sekali lagi kau tanya, aku offline terus!!

Wednesday, July 28, 2010

sekali lagi impian hidup tercapai, untuk masa ini.

Apa yang aku buat sekarang jauh meyimpang dari apa yang aku belajar masa selama 6 tahun 8 bulan. ish lama gila kan. yelah diploma 3 tahun + pra-diploma 8 bulan di kuantan. tapi aku bukanlah nak bercerita kisah sejarah pendidikan aku. entri kali ni aku nak bercerita pasal apa yang aku rasa sekarang, setelah 6 tahun 8 bulan aku belajar pasal komputer. dan aku mengakui aku bukanlah pakar dalam bidang komputer lagi. sebabnya?? aku rasa tak perlu aku nyatakan dekat sini. heh. setiap orang cara penerimaannya berlainan. Alhamdulillah, aku berjaya habiskan belajar dengan susah payah. heh biasa lah aku, suka guna jalan berliku.

tak lama lepas aku habis final exam dan masih berbaki menyiapkan tesis, keluarga aku ditimpa dugaan. ayah sakit. sebelum ni ayah amat aktif pergerakkannya, sekarang bila pergerakkannya terbatas, dat tak boleh nak bergerak macam dulu lagi. dari saat itu, aku tahu tanggungjawab meneruskan apa yang ayah dah usaha selama lebih sepuluh tahun jatuh pada aku. sebab semua adik beradik aku yang lain dah ada kerjaya masing-masing. tapi syukurlah bukan aku seorang sahaja yang tolong ayah, abang Teh aku sama-sama ada dengan aku. Abang Teh lebih kepada urusan teknikal dan perkara berkaitan pengurusan aku yang akan uruskan.

apa yang ayah usahakan bukanlah besar sangat pun. pendapatan sekadar cukup untuk menampung kami di kampung. tapi secara asasnya pengurusan kecil atau besar tetap sama. kena teliti setiap perkara. secara jujurnya, aku masih kabur tentang apa yang aku buat sekarang. dan aku masih dalam proses belajar mengenali dunia ayah aku sebelum ni. berada dalam golongan majoritinya lelaki yang memandang rendah kepada perempuan-perempuan yang ada di bidang ni. tapi apa gunanya semangat yang selalu aku tiup pada diri aku sendiri setiap kali kawan-kawan memanggil aku lelaki kan?? masa ni lah waktunya.

buat masa sekarang aku masih lagi belum boleh bertatih. macam bayi yang baru lahir. aku tengah seronok menjelajah dunia baru menggunakan mata aku. dan aku amat bertuah sebab keluarga aku sentiasa ada untuk aku. kepada kawan-kawan, tolong doakan aku berjaya dalam bidang ni. hip hip horrayyy....



p/s: tidak perlu fikir baju apa untuk ke pejabat. boleh shopping baju bundle untuk ke pejabat. hehe

p/s2 : TOMMI... ku merinduimu..

p/s3 : percaya dengan keajaiban. terima kasih UPM. love fifth

p/s4 : bila aku melalui waktu sukar nanti. aku akan baca semula entri ni. bukan ke inilah tujuan aku hidup dari dulu lagi. :) untuk mak dan ayah.

Tuesday, July 27, 2010

entri khas.

aku ingat lagi masa aku belajar dekat kuantan dulu, kolej swasta yang suruh pelajar semester tiganya duduk di rumah sewa sendiri. kau selalu datang naik kereta iswara ayah kau. kau dan aku tau, yang kita ala-ala dating depan rumah jiran sebelah milik orang cina yang cuma balik hujung minggu. heh. aku wujudkan istilah ala-ala dating sebab kita bukan pasangan kekasih pun. selalunya kita berbual tak lama, sebab mak kau akan talifon risau kau bawak kereta ayah kau. kau pergi tanpa ucap selamat atau apa. tapi aku tak terasa, sebab kau dengan aku cuma kawan lebih dari biasa.

selalunya kau datang dengan seluar koyak dan baju bundle kesayangan kau."the used". kau suka sangat dengan band tu kan?. mula-mula aku ingat kau cuma pekerja bundle pasar malam je. tapi siapa sangka kau pelajar uitm jurusan akaun. aku selalu gelakkan kau. sebab langsung tak kena. kau kata, nanti kau kerja bank. aku tak boleh gelak lagi. masa kawan-kawan aku sibuk mencari teman lelaki, aku rasa hidup aku dah cukup lengkap ada kau. kita bukannya selalu menghantar pesanan ringkas pun. komunikasi kita selalunya tak sengaja. aku terserempak kau. kau ternampak aku. selalunya begitu.

Lama kita tak berkomunikasi, kau hilang macam tu saja. aku pun sama. dah tak gigih cari public phone nak talifon kau. oh ye aku memang suka kumpul duit syiling dan talifon kau. walaupun aku ada hanfon. ntahlaa, aku rasa puas. satu hari kau datang, tapi tiada siapa pun yang perasan kau bagi salam. masing-masing dalam rumah sewa leka main game. talifon aku silent sejak dari kelas lagi. jangan harap aku nak dengar vibratenya. teman lelaki kawan aku, yang kebetulan rumahnya depan rumah sewa, talifon kawan aku bagitahu yang ada lelaki nak panjat pagar rumah. lelaki tu dah lama duduk depan rumah. aku berseloroh dengan kawan aku. aku kata ntah-ntah kau yang datang. bila kawan aku kata kereta iswara.. aku dah menyumpah dalam hati. memang kau yang datang. aku tengok hanset berpuluh misscall. haih, kau memang suka buat kejutan dengan aku. :)

hubungan aku dengan kau. aku rasa lebih dari kawan biasa, tapi kurang dari pasangan kekasih. malah waktu kita berkawan kau usha seorang awek kelas kau. heh. menurut cerita kau. kau jadi mereng sekejap bila awek kau mintak putus. heh. diam tak diam,lama-lama kita dua hilang macam tu saja. langsung dah tak terserempak dekat mana-mana. kedai bundle. pasar malam. tempat biasa kita terserempak. aku buat perkiraan sendiri. mungkin kau dah pindah atau berkahwin. hmm sekali lagi teknologi tak membantu aku pun.

aku belek diari lama. rupanya nama kau penuh dalam catatan harian aku. :)

sempena entri ni khas tuk kau, aku masukkan lagu feveret kau.


Monday, July 19, 2010

i had a dream

mimpi aku malam semalam adalah yang terbaik.

*senyum sampai bila-bila.

Sunday, July 18, 2010

my bestfriend wedding. :)

bila kau duduk dikalangan masyarakat kampung aku. kau perlu teliti setiap perkara walau pun yang remeh temeh. aku bagi contoh yang paling senang, perkahwinan. bila kau dah bersedia untuk membuat kenduri di kampung, kau kena bersedia dengan soalan-soalan yang amat membina. jangan terkejut kalau warna baju pengantin kau juga jadi persoalan berat. kenapa warna begitu dipilih. kenapa bajunya macam mahu pergi angkasa. aku kira masyarakat kampung aku sangat baik hati sebab sentiasa ambil berat. siapa yang akan jadi bakal teman hidup, jangan cakap lah macamana mereka teramat risau. kamu seperti disoal siasat mahu masuk polis lagaknya.

macam seperti update status di facebook. kau kena update setiap perkara, haih. macam yang mak aku selalu cakap, kita ada saudara mara. kena jaga hati. tak boleh buat diam sahaja. haih. aku kira, kawan aku, wana sangat berani bila hanya mengumumkan berita pertunangannya di facebook dengan menukar status in a relationship kepada enggaged. tiada majlis melibatkan orang ramai. tiada soalan-soalan mencabar minda. coolkan?

aku tak rasa mereka akan faham, kalau aku buat konsep perkahwinan ala-ala urban. jika ada play dimainkan dimajlis perkahwinan aku. macam yang aku buat masa kawin senior aku dulu. tapi nasib baik lah aku cuma memilih konsep tradisional. dan mungkin akan memakai baju kahwin mak aku dulu. kebaya songket yang masih elok. belum kira lagi dengan gambar pengantin aku nanti. mesti puas aku nak menjawab, kenapa gambar pengantin lebih banyak nampak kaki dari nampak muka pengantin. kenapa gambar pengantin senget. :)

entri ini bukanlah apa-apa pun. cuma mood kawan baik aku akan kahwin. kepada mereka yang risau melihat aku. mari sini aku khabarkan sesuatu. seseorang yang akan bersama aku sampai mati nanti belum hadir pada waktu yang tepat. jangan dikata aku terlalu memilih, pernah kau melihat pasangan aku sebelum ini. tidak ada seorang pun seperti Qie. jadi bagi aku bukan itu yang aku cari.,mungkin mereka datang bukan pada waktu yang tepat. untuk pengetahuan semua, masih banyak lagi yang perlu aku belajar. aku masih tak mampu mebuat kuih koci macamana yang wana buat bila tunangnya datang untuk betulkan lampu dirumah dia. aku masih lagi tak pandai berbual dengan orang yang baru aku kenal. jadi macamana aku mahu rapat dengan keluarga dari sebelah lelaki?? heh. aku masih lagi dibebel akibat suka tidur lambat dan terlupa jemur kain esoknya itu kau fikir boleh manjadi suri seseorang? aku tak fikir begitu........

akhir kata dari seseorang dan aku mengakuinya..
"Cinta itu adalah apabila kita dapat MENIKMATI KESUYIAN bersama kekasih"

p/s : aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kawan-kawan aku. dan aku amat bertuah.

p/s2 : tunggu satu masa, aku akan bagi kad wangi warna pink mungkin. hehe :)

p/s3 : kalau kau risau. aku lagi risau, tapi aku percaya dengan janji Dia tentang hidup aku yang semua orang tak tahu termasuk aku.

p/s4 : chill & enjoy :)

Saturday, July 17, 2010

inspirasi dari blog nabila athira.

kalau cik nabila athira nak tulis pasal cinta nya. aku juga macam tu. kan aku dengan dia selalunya tak jauh berbeza, sedangkan nak pilih tempat makan selalu sahaja sama pemikirannya. jadi tak mustahil kalau kali ni kami berkosgsi rasa. heh.

begini mulanya, aku sangka cinta aku pada kau disebabkan diri kau. rupanya silap sama sekali. aku cinta dan sayang pada kau disebabkan sahabat aku. bila satu masa sahabat aku pergi, aku kira cinta dan sayang pada kau masih sama seperti dulu. sekali lagi aku silap, cinta dan sayang langsung sudah tidak wujud walaupun sedikit.

hairan bukan. aku tak mampu mahu menulis lagi. kan aku dah kata jiwa aku bersama kau sudah hilang, saat melangkahnya kaki sahabat aku. yang tertinggal cuma kau dan aku. kosong. tapi kau jangan risau, kau tetap perkara terbaik yang pernah wujud dalam dunia aku. cuma aku tak mampu serahkan cinta dan sayang aku seperti dahulu bila aku keseorangan tanpa sokongan sahabat aku.

kau jangan menangis ye :)

Tuesday, July 13, 2010

*_*

aku tak fikir orang akan faham dengan jalan yang aku pilih. yup jalan yang aku pilih selalunye berliku. dan tiada siapa pun nak teman aku ikut jalan aku. akhirnya yang tinggal tetap aku sendiri.










saya rindu kamu.

Wednesday, July 7, 2010

manja dan gagah.

perbualan diantara dua kanak-kanak. seorang berumur 2 tahun dan seorang lagi berumur 6 tahun. untuk yang berumur 2 tahun itu, maaf lah beliau sudah petah bercakap. jadi takkan ada dialog yang berbunyi pelat seperti budak manja.

sebelum mendengar perbualan mereka, biar aku terangkan serba sedikit latar belakang kanak-kanak ini. yang berumur 2 tahun ini, tersangat manja. tak boleh terharu sikit, dah menangis, kalau sedih, jangan cakap la menangis dia macam mana. boleh banjir. seorang yang sangat tidak yakin dan penakut. kan baru umur 2 tahun. ok cukup pasal dia

seorang lagi, umur 6 tahun. sangat yakin. kuat. gagah berani.oh lupa nak cakap, kedua-dua mereka ni perempuan. aku namakan yang berumur 2 tahun tu dengan nama manja. yang 6 tahun tu, si gagah.

manja : aku rasa kan gagah. kau sebenarnya tak layak jadi anak murid pada dia..

si gagah : hei manja.. aku rasa kau langung tak layak digelar sebagai anak pada mereka..

itu sahaja perbualan mereka.

Monday, July 5, 2010

sudah tiba masanya kan??

aku tak sempat nak catat pukul berapa kita bersalam untuk berpisah tadi. aku jugak tak sempat nak ambil gambar dekat kedai makan feveret kita tadi. kau tahu kenapa aku terlepas masuk simpang kedai makan feveret kita tadi tu, sebab aku tengah fikir macamana hari aku tanpa kau.

aku taip entri ni dengan perasaan kosong, sebab lepas "percutian" yang kita cipta sendiri ni berakhir. aku tahu semua tak sama lagi macam dulu. kau kerja, aku pun insyaAllah kerja. mana ada masa berbual sampai pagi. mana ada masa pergi makan kedai feveret. yang paling penting bila masa kita akan jumpa semula. persoalan yang "kita akan jumpa lagi kan?".. aku tak punya jawapan untuk itu. sebab semuanya atas perancangan Tuhan.

aku tahu kita sememangnya janggal nak cakap.."aku sayang kau" tapi kau tahu kan kenapa? hehe kita kan ego.. hahaha tapi untuk kau tahu, aku dah sayang kau macam adik aku.kalau boleh aku nak jaga kau, dari anasir-anasir jahat yang datang kacau kau. tapi biasalah aku manusia biasa tiada power macam superwomen. yang aku mampu buat cuma halaukan kucing dari hidup kau. hehe :p

berapa kali aku taip dan padam. sebab aku tak tahu dari mana mulanya nak cakap terima kasih pada kau. mungkin aku patut mulakan dengan terima kasih sebab selalu ada di depan, belakang, tepi kiri ,kanan aku. waktu kerja rasmi mahupun kerja yang langsung tak berfaedah...hehe kau tak pernah gagal belikan aku air soya dan roti bila period pain melanda. haih. juga tak pernah gagal bawak Tommy mengikut kehendak aku. ke sana ke situ. aku tahu Tommy mesti rindu kan kau nanti. dayem,, menulis dalam keadaan jiwa kosong, kau tahu kan macamana hasilnye? caca marba...

beb. maaf banyak-banyak kalau ada yang buat kau terasa hati. maaf jika aku tak cukup baik sebagai sahabat kau. maaf kalau aku kurang mendengar cerita kau, bukan seperti setianya telinga kau mendengar cerita-cerita remeh aku. maaf jika dalam hati aku terdetik rasa marah sepanjang kita berkawan. maaf untuk segala-galanya.

p/s: pada awalnya, aku letak lagu INDAH. lagu tu kan tema kita. tapi aku remove semula. sebabnya, tanpa takdir Allah, NOOR HAMIDAH dengan NABILA ATHIRA tidak mungkin jadi sahabat. :)

p/s: "Indah, bila kita sama. Selalu indah bila kita berdua. segala duka nestapa, dunia hanya kita berdua." - kau tahu kan kenapa aku suka lagu ni? hehhe kita terlalu cool sampai beku.

p/s: berharap akan jumpa lagi yee.. datang kenduri Wana...


*pic kau dengan Tommy*


*smile*


*ingat aku dalam doa kau*



p/s terakhir : jaga diri..

Saturday, July 3, 2010

cerita yang tak mampu diceritakan.

jiwa sangat tidak tenteram.

kredit hanset 0.01 sen.














kesudahannya?

Tuesday, June 29, 2010

i.m.p.i.a.n

setiap orang ada impian. macam tu jugak dengan saya. tapi saya tahu, impian saya cuma bahan ketawa orang lain sahaja. saya tahu kemampuan saya. tak kisah lah macamana pun. saya simpan impian saya. kalau satu hari ditakdirkan impian saya tidak akan terlaksana sampai ke akhir hayat saya. sekurang-sekurangnya saya ada impian untuk saya kenang di hari tua. :)

Friday, June 25, 2010

H.A.T.I


rasa useless !!!

~baca semula diari lama. rindukan kehidupan yang dulu.
~6 tahun rupanya aku bertahan.
~Ayah semakin sihat. Alhamdulillah. tapi semua tidak sama lagi.
~aku tak fikir ada yang faham. kalau aku pilih jalan begitu.

Tuesday, June 22, 2010

senyum........

p/s: dalam keadaan sungguh tidak tenang.

p/s2: Ya Allah bagi aku kekuatan. berdoa semua akan baik-baik saja........

p/s3: Ayah, adik midah sayang ayah.......

Wednesday, June 9, 2010

~~~~~

Dalam hidup ni,, Dia sentiasa memberi yang terbaik.tidak mungkin Dia mahu kita musnah dan hancur,, Terima Kasih Allah. Percaya ada yang TERBAIK disebalik kejadian..



p/s1: saya tak mahu apa-apa sekarang. cuma mahu bercakap dengan mak saya. tapi dia jauh di Tanah Suci...

p/s2:saya jatuh tersungkur kali ni.........

Sunday, June 6, 2010

Gunung Tahan Versi Bergambar :)

oleh disebabkan aku malas nak susun gambar ni.. jadi mari kita semua lihat secara terbalik.. heheh takpe kan,, kalau malas nak baca terbalik.. sila baca dari bawah. pesanan. anda diingatkan untuk membaca entri sebelum ini. untuk lebih memahami gambar2 yang ada.. :P

Liana Hostel. Internet Access ada, tapi kena bayar 5 ringgit. Rm 10/person. nice!!
hari ke tujuh dan lapan.

baru sampai. makan di restoran terapung. sila bawak duit yang banyak. sebab harganya seperti di pizza hut. heh dekat sini ada pancakes. haha menarik sebab anda boleh tahu sama ada anda mabuk sungai atau tak.. bergoyang-goyang.

anda semua diminta jangan tertipu dengan papan tanda ini. disebabkan bila anda jalan depan sikit lagi. anda akan jumpa Kuala Tahan 3km SEKALI LAGI. :P anda jalan jauh gila, tapi papan tanda kata 1km. haih.
hari ke tujuh.

kalau diikutkan rancangan gila. kami di akan bermalam disini. haih. anda sanggup tidur sini, bila rakan anda dah bising untuk tidak mahu disini disebabkan misteri?? ohh aku tidak.. jadi kami hanya berehat sebentar, tiada siapa yang mahu ambil air. hehe

ini namanya puncak gunung rajah. haih gunung rajah boleh tahan jugak mendakinya. ini info yang aku dapat pasal gunung rajah.
"Gunung Rajah (576m d.p.l)
Puncak gunung ini gondol dan mengadap banjaran gunung Tahan dengan panorama yang mengkagumkan. Semua gunung di Taman Negara Tahan ini dapat dilihat dari puncak gunung ini. Jelas kelihatan 2 barisan gunung dari G. Tahan. Satu barisan terdiri dari G. Tahan, G. Gedung, G. Reskit, G. Tangga 15 dan G. Pangkin manakala satu lagi... See More barisan gunung terdiri dari G. Tahan, G. Ulu Kerchau dan G. Pantat Lesung. Jika G. Rajah tidak dinamakan sebagai gunung pendaki mungkin tak perlu mendaki ke puncaknya untuk ke Kuala Tahan."


erk.. aku dah tak ingat ni masak hari keberapa.. sama ada nak keluar ataupun nak ke Puteh. tapi situasinya sama je.. setiap kali masak dalam hutan. hehe

ini hari ke enam. lepas dari Teku. ada 7 sungai besar yang anda semua kena lalui ke Kem Puteh.


Di Teku, serangan pertama Lebah pada kami semua. tergamam. Komunis. heh.
sarapan dalam hutan. packing barang dalam hutan bukan di camp site.

ini Pangkin Bawah, rehat makan tengahari, dan bersedia mental untuk turun lagi. masa ni tak tahu lagi halangan lebah menanti. haih.
hari ke lima. menuju ke Teku.


berehat sebentar bersama glukose. heh. tempat ini sangat cantik tapi bahaya.

anda semua nampak kan tangga yang depan tu.. lepas turun satu tangga tinggi akan naik satu lagi tangga tinggi. menurut mereka2 yang dah pergi, dulu takde tangga, lagi mencabar, tapi mereka kata tak gayat sangat. haih pelik aku. huhu

aktiviti menurun ye kawan-kawan. sampai akan ada siaran bersama en.lutut. hehe

jalan berbatu ini, sangat menarik pemandangan dia.
ini Gedong. hari ke empat. sejuknya tuhan saja tahu. tiada sumber air dekat sini. nasib baik hujan. jadi ada lopak2 air yang banyak. cukuplah buat tunaikan yang wajib dan tunaikan hajat. heh. :P

inilah dia bangkai kapai terbang. ada sumber cakap masa perang dunia ke-2. guider cakap masa buat latihan. tak tahu mana betul. :) ini hari ke empat nak ke gedung.

kalau pergi ramai, gambar ini lagi menarik. sebab akan nampak macam semut.. heh apa2 pun 7s terbaik.. heh.

kawasan sekitar Puncak. ambil peluang jemur baju. semua bangun awal, dan dah rancang untuk gerak lewat sikit.

muka terkejut semua orang. dalam pukul 6.30 pagi..tak percaya pun ada, dah sampai Puncak Gunung Tahan. Kinabalu tunggu kami datang. hehe..


ini jalan berbatu. sangat suka pemandangan nak ke botak.


part ni aku suka. redah je jalan. malas. haih


Bonsai.


Pemandangan


Tak suka trek macam ni. huhhu :P


7s Terbaik.. Rehat Sebentar bersama Kit Kat.


Hari ke dua, tempat tidur yang berkubang. :P


hari ke tiga, ina jadi tukang urut. thanks. kaki cramp.


Botol dengan aksi tak senonoh bersama 1st n 2nd.. heheh


Hari kedua. tengok aku kuruskan? Semua pegang ubat. heh coklat.glukose terbaik


hari pertama. dari saat ni, kami ubah rancangan. sentiasa berubah. muka happy + Penat


muka tahan beg berat. heheh semua semangat..

Hari Pertama.sebenarnya salah tempat kira barang. tapi kami yakinkan saje. heh.. pukul 8.30 dah siap semuanya..


pic dengan Guider Terbaik@ Puncak Tahan.




ini Video istimewa untuk semua.. hehe :) dari kami 7s.. ade sebab kenapa 7s..