Tuesday, January 29, 2013

hari ni budak kerja aku kerja separuh hari, teman kawan baik dia yang kecewa baru putus cinta. aku tanpa fikir panjang bagi dia keluar awal. sebab aku tahu saat2 macam tu kawan baik mampu jadi ubat penenang.

:)

dulu aku pernah putus cinta, ah hidung berhingus dah pandai main cinta. bila kecewa mulalah tak pandai nak handle. penyudahnya cari kawan2 buat penenang.

dah jadi kebiasaan aku, La, Mama, Od, Ayong dan Wana pergi berhibur di Matau. Matau tu adalah satu tempat karoke yang ade bilik2 kayu macam chalet. yaa namanya macam gah.. tapi tak pun... selalunya akan ada sofa yang dah berlubang.. kalau sebelum tu ada mamat2 moto masuk.. mmg bilik tu bau busuk. tapi itu je yang ada hiburan di tempat aku. tu pun kitaorang kena drive selama 30min dari kampung tercinta,,

nak taknak, matau adalah tempat terbaik untuk sumbangkan suara. pilih lagu plak.. bukan macam karoke dekat bandar2 besar.. sebelum masuk dah kena fikir betul2 lagu apa nak. satu lagu rm1. jadi sukahatilah kalau nak pilih sampai 30 lagu pun.. senarai lagu tu tulis atas kertas, lepas tu bagi dekat kaunter. dan nnti bila dah masuk bilik.. kena tunggu dalam 5min.. sementara diaorang setup lagu.. jadi biasanya kitaorang akan terima je lagu mana yang keluar dulu..part paling kelakar.. kadang2 tersalah lagu.. terjerit2 laa kitaorg dkt mic bagitau salah lagu pada kaunter luar. heheh

ok sambung balik perihal aku putus cinta tadi.. bila kawan2 baik aku ni tahu yang aku frust menonggeng.. diaorang terus buat plan nak hiburkan hati aku.. perkara pertama.. La mintak kereta dengan bapak dia. Mama jadi driver walaupun bayang2 lesen pun takde. Ayong, Wana,Od.. ready2 suara tuk hiburkan aku di matau nanti.

aku tak boleh pilih lagu, sbb diaorg yang nak hiburkan hati aku. taknak aku sedih katanya. hahaha tapi bila masing2 dah start menyanyi.. yang keluar semua lagu sedih2.. mula2 rasa cam nak sepak2 je sorang2. haha konon nak hiburkan hati aku.. ceh. tapi last2 semua tergelak.. bila tengok balik senarai lagu. diaorang yang sebenarnya layan jiwang lebih2 dari aku.

benda ni aku ingat sampai sekarang. kawan baik selalu saje faham. :)

tapi aku bertuah.. kampung aku duduk ni, ada sungai.. takkan ada apa yang dapat lawan rasa, indahnya bila berbual dengan kawan baik sambil mandi sungai. petang2 sesi sharing berteman bunyi air sungai. seronok betul. melalak sepenuh hati dekat matau pun takkan dapat lawan rasa indah tu.

tapi ni semua cerita bertahun dulu, matau tu pun aku rasa dah tak wujud. :P

Monday, December 31, 2012

selamat tinggal 2012. selamat datang 2013. :)

aku rasa setiap tahun sama je ayat.

"eh macam semalam je masuk tahun 2012. hari ni sedar tak sedar dah hari terakhir."

setiap tahun (mengikut kalendar mat salleh) aku cuba recall balik apa yang berlaku sepanjang tahun. tahun ni ada banyak perkara berlaku. perkara besar maksud aku. besar yang sampai mampu ubah hidup aku.

yang bawak suka dan duka.

tahun 2012- ayah tinggalkan kami sekeluarga. tarikh tu aku takkan lupa sampai bila2. betullah orang cakap, bila kita sendiri kehilangan baru kita tahu hargai sesuatu. itu normal. kalau dulu aku selalu cakap "aku tak tahu macamana rasa kehilangan orang yang terdekat dgn kita". tapi sekarang aku dah tahu.dan tak semua orang akan faham tentang rasa tu, smpailah mereka juga kehilangan. terus terang aku katakan aku sedang adapt dengan situasi ni. bukan mudah. terlalu berat.

tahun 2013- aku tahu rindu pada ayah takkan berkurang walaupun sedikit. aku berharap tahun 2013, aku mampu buat amalan2 yang ayah juga dapat pahala disana.semoga aku dengan mak diberi kesihatan yang baik, boleh aku ziarah pusara ayah setiap hari jumaat. terasa dekat dengan kematian.. baik untuk kita kan?

tahun 2012- aku putus cinta lagi. ok bab cinta ni aku rasa kelakar sikit. sebenarnya dah lama gila aku takde kawan lelaki yang aku anggap istimewa. sampai satu masa kawan baik aku kenalkan aku dgn adik ipar dia. ayat klise yang orang selalu cakap, "takde jodoh". perancangan tuhan memang terbaik. dalam aku berkira2 tentang hubungan aku dengan dia. dia yang terlebih dulu angkat bendera putih. dia yang terlebih dulu rasa tak mampu untuk teruskan. bagi aku semua benda berlaku bersebab. jadi aku simpan semula impian nak jadi isteri solehah. :P hubungan tu bertahan +- 5bulan. oklah tu bertahan 5 bulan. daripada sehari kan?

tahun 2013- ok no komen. hahahaha ada yang cakap "wei dah 29tahun nnti, cari lah cepat" errr bohonglah kalau aku kata aku tak risau langsung. hati manusiakan? mestilah nak berteman. tu dah fitrah manusia kot. tapiiiiiiiiiiiiiiiii (panjang tapi tu) :P. jodoh ni rahsia tuhan. usaha? yeee aku maybe kena usaha lebih sikit. contohnya kena baiki komunikasi aku dengan orang yang aku sayang. aku mmg suka timbulkan awkward moment. tu kelebihan aku kot. hahaha aku kena cari someone yang boleh pecahkan awkward moment tu kot. dulu aku selalu rasa nak yang boleh bimbing aku. yang punya iman teguh didada. sekarang aku sedar,kalau nak iman yang teguh didada aku kenalah teguhkan iman aku dulu. macam yang mak pernah cakap "nak cari suami beriman, aok tu dulu kena rajin bangun subuh" hohohoh kena setepek. eh terpanjang pulak. aku yakin ALLAH dengar doa aku. cuma belum masanya dia tunaikan. :)

tahun 2012- ayah dah ajar aku macam2 pasal kerja.apa yang dia buat.macamana nak uruskan itu ini.ahh macam2 lah. 2tahun aku ikut ayah. dia memang suap aku habis-habisan.sampai tahap melepak dengan kawan2 dia, punyalah dia nak suruh aku masuk dalam dunia kerja dia.Sebelum dia meninggal, beria dia suruh aku bukak kedai runcit. kalau ikutkan aku. malas dah peningkan kepala,  rupanya ada hikmah aku bukak kedai runcit. ayah tahu kemampuan anak dia. kalau jadi apa2 pada syarikat kitaorang. ayah awal2 dah siapkan backup plan. Alhamdulillah, perlahan2 aku belajar. aku sebenarnya kosong pasal bisnes. sekarang pun tengah bertatih lagi. tapi aku yakin.. rezeki tu jaminan ALLAH. jatuh bangun tu adatla kan? tahun ni jugak banyak sangat masalah yang datang. mungkin dulu kalau ada masalah  aku akan rujuk ayah. apa2 keputusan ayah. tapi lepas ayah meninggal, masalah datang bertimpa2. aku dengan abang teh macam tak tentu arah. sampai satu tahap nak beli kerusi untuk kedai pun aku sebak. kalau ayah ada, aku tak konfius nak beli yang mana. akhirnya aku sedar, yang aku still ada abang teh. yang sentiasa ada time susah senang. kata adik beradikkan? . kadang2 aku sebak tengok adik beradik aku yang lain tak putus2 bagi semangat. tanpa mak dan 7 orang adik beradik aku yang lain. rasanya aku stop je dari teruskan apa yang ayah buat ni. bawak sijil pergi panjat pejabat2 beso kat kolumpo tu mintak keje. tapi sekali lagi ALLAH bukak mata aku, belum tentu aku mampu bila keje dengan syarikat2 beso di kolumpo. ALLAH je yang boleh balas semuanya pada diaorang . :')

tahun 2013- aku dapat rasakan yang tahun depan lebih mencabar untuk aku dengan abang teh. aku wajib set kan dalam otak aku. setiap cabaran tu bawak rezeki. cewahhh. tak kiralah jatuh tergolek ke apa ke.. aku harap aku tak patah semangat. aku kena cari banyak2 kekuatan. kena cari banyak2 ilmu. kena belajar dari mereka yang pernah gagal dan berjaya bangun semula. aku tak boleh malas2 lagi. tak boleh tangguh kerja lagi. bak kata ustadh nouman ali. "respect to time". hohoho sorry masa. aku selalu main2 kan ko. selalu anggap kau punya waktu lebih untuk aku. tapi sebenarnya 24jam tu dah sempurna takkan ada lebih waktu walaupun seminit. "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3). sebenarnya harapan terbesar aku. lebih menghargai masa. lebih bijak uruskan masa sendiri. lebih tahu macamana nak "maintain balancing" dalam hidup(macam yang ustadh Nouman Ali ckp dalam video dia "making the changes" kalau tak silap). mana yang utama, mana yang penting untuk urusan dunia dan akhirat. kena banyak belajar lagi sbb itu kelemahan aku dari dulu. pengurusan masa aku mmg gagal. sentiasa kena ada orang yang ingatkan. sentiasa kena ada petunjuk. harapnya tahun depan aku mampu uruskan masa dengan baik. InsyaALLAH. sebab tu aku kena jaga waktu solat. sebab aku pernah dengar, "kalau kita jaga waktu solat baik2, insyaALLAH masa kerja kita jugak akan berjalan dengan baik. " semoga ALLAH tetapkan hati aku.  :).

waaa dah panjang rupenya.. apa yang aku dapat simpulkan sepanjang tahun 2012.

banyak cerita yang berlaku macam tahun2 lepas jugak. 365 hari berlalu, bohongla kalau kita cakap. takde apa yang best berlaku dalam hidup kita. setiap hari ada saja benda berlaku dalam hidup kita ni sebenarnya. cuma kadang2 kita terlepas pandang. bak kata Tun Mahathir "Melayu mudah lupa" eh!. hehe

tapi tahun 2013 ni aku rasa lain sikit, tahun2 sebelum ni aku tanamkan azam. tapi tak pernah ambik serius. ahh aku memang tak pernah serius pun pasal life pun sebelum ni. tahun ni aku ada tiga azam. aku kena tulis azam aku. sebab kalau aku lupa aku boleh tengok semula. kalau ada sesiapa yang baca azam aku ni, lepas tu nampak aku macam lari dari landasan, sila ingatkan. :)

bismillah...

pertama, aku nak CARI REDHA ALLAH. sebelum ni aku banyak main2. aku cuma tahu bersyukur sebab aku ada semua yang aku mahu. aku tak pernah rasa terbeban. tapi aku tak sedar samaada ALLAH redha atau tidak dengan apa yang aku buat.contohnya mudah. aku rasa aku dah tutup aurat. tapi betulke aku akan selamat bila ALLAH tanya aku nanti pasal aurat aku? Nauzubillah.

kedua, GEMBIRAKAN HATI MAK. terus terang aku katakan.. aku jenis yang tak reti nak tunjuk rasa sayang aku pada orang yang aku sayang. aku suka memberontak depan orang yang aku sayang. aku anggap orang yang aku sayang akan faham aku sentiasa. tapi aku lupa jaga hati mereka. mak adalah syurga dunia bagi aku. ALLAH bagi peluang aku duduk dengan mak. aku wajib hargai peluang tu. aku pernah terdengar dekat radio kot. kata ustaz mana entah aku lupe. katanya "rugilah pada sesiapa yang dah duduk dengan mak ayah tetapi tak boleh masuk syurga". aah syaitan ni takkan bagi kita hidup aman. ada saja dia cucuk2 hati kita biar kita rasa marah dengan orang yang kita sayang. video ustaz kazim betul2 tinggalkan kesan.. "mak kita lambat... sabar.. tu mak kita" subhanallah. takut sangat aku. aku paling banyak habiskan masa dengan mak, takut sangat aku paling banyak lukakan hati dia. semoga aku kuat dari gangguan syaitan2 yang kejam. :)


ketiga, KAHWIN. hahahah ok. azam yang ni boleh fleksibel. kalau tak jadi tahun ni. tahun depanlah kan? hehehe macam yang aku cakap awal2. rahsia tuhan. siapa tahu? . maksud aku kat sini, persediaan!. nak kawen tapi dah ready ke nak buat kerja2 rumah (bab paling aku gagal.. errr atau malas?) . dah ready ke nak kongsi semua masalah dengan suami. dah ready ke nak setia? dah ready ke nak terima hakikat dia suami kita dan kita tak boleh melawan?.tapi kadang2 ready tak ready kalau ALLAH dah tentukan.. kawen jugak. berbalik pada ketentuan ALLAH la kan? sbb tu hidup ni kena ada pegangan, cewaah. aku percaya kenduri kawin ni simple je.. hari2 selepas akad nikah tu yang complicated. macamana kita nak react. tu yang penting. nak2 pulak aku yang cepat bosan dengan sesuatu. bolehke aku tak bosan dengan dia? haa tu persoalan terbesar. :P. aku harap aku dapat persiapkan diri aku sebelum kawin. barulah boleh bina keluarga yang sakinah. :)

semoga tahun 2013 ni, aku dilimpahkan rezeki banyak2. aku naaaaaaak sangat bawak mak buat umrah. aku naaaaaaaaaaaaaak sangat berdoa depan Kaabah. :)

ok akhir kata dari aku. terima kasih pada semua yang mewarnakan hidup aku di tahun 2012. jangan serik untuk sentiasa ada dengan aku untuk tahun2 seterusnya ok?  i looooooooooooooveeeee u. :).

 reminder untuk diri sendiri :

 "bersangka baiklah sesama manusia, yang paling penting.."
"bersangka baik dengan urusan ALLAH"
"setiap perkara yang ALLAH jadikan bersebab" 




love dodot
31/12/12.
9.52 pm









Wednesday, November 14, 2012


banyak sangat masalah nak diadukan..
kisah orang yang ayah percaya..
kisah kontraktor yang gila kuasa...
macam-macam masalah dunia..
yang tak pernah ada penamat cerita.

banyak sangat berita gembira nak dikongsikan...
kisah kedai petang2 penuh dengan budak2.
kisah rumah dee yang dah siap sepenuhnya..
berita gembira yang hadir setiap hari..
dalam realiti mahupun mimpi.


banyak sangat...

tak terhingga cerita yang disimpan..






Sunday, November 4, 2012

ayah.

tiga bulan ayah pergi tinggalkan aku, keadaan lebih sukar dari aku jangka. dulu aku selalu terfikir macamana agaknya kehilangan orang yang tersayang.

rupanya tuhan saja tahu rasa perit tu.

Bismillah.

Siapa sangka kepulangan aku dari terengganu adalah minggu terakhir aku habiskan masa dengan ayah. Pulang dari terengganu hari selasa. rabu.dan hari khamis siangnye.. siapa sangka malam jumaat ayah pergi untuk selama-lamanya.

Pada malam tu ayah tengok tv, debat antara pemuda PAS dengan Ulama' muda UMNO. kejap-kejap ayah akan tukar siaran bola. malam tu aku tak banyak borak dengan ayah. tak jugak tengok tv dengan dia. maklumlaa siaran langsung tak menarik perhatian aku. tapi dah jadi kebiasaan aku borak2 kejap dengan ayah. nak2 pulak pasal politik. lain sikit semangat ayah.

Masa ayah tengah tengok tv, aku dengan abang teh sibuk configure modem untuk kegunaan kedai. petang tu masa ayah datang kedai, aku bagitahu yg streamyx dah pasang. aku ingat lagi dia punya excited. maklumlah pejabat kecik dah siap. internet dah pasang jadi dia tahu aku boleh tumpukan pada kerja.

dalam pukul 11 lebih aku masuk bilik, abg teh dah balik rumah dia. mak baru balik dari kenduri, dee tengah basuh pinggan, arif dan aqil dah tidur. masa tengah kira2 duit jualan. aku dengar ayah jerit, macam panggil nama aku. aku pelik. keluar dari bilik, tanye mak.. mak cakap ayah nak air je... ayah dah masuk bilik time tu. aku tak jenguk ayah dalam bilik. sebab memang biasa dia mintak mak ambikkan air untuk dia. tapi aku tak sedap hati. keluar balik dari bilik pergi jenguk bilik ayah.

Mak tengah usap2 dada ayah. aku panggil dee.. perkara tu berlaku sekelip mata. aku tak pernah tengok ayah sakit dada macam tu.aku dengan mak usap2 dada ayah. ambik air zam zam bagi ayah minum. kali pertama ayah boleh telan. kali kedua ayah dah tak boleh telan air zam zam tu. mak tak boleh panik. mesti dia sakit perut.masa mak pg toilet, aku tinggal dengan ayah je.sampai sekarang aku ingat renungan terakhir ayah untuk aku.

 Dee call sepupu aku, abg jali. bagitahu ayah sakit dada. call abang teh berpuluh2 kali dia tak angkat phone. abg jali dtg dengan mat (budak pondok sebelah rumah). Masa abg jali masuk bilik ayah. dia tenang je. Abg Jali suruh Mat baca yassin. Time tu aku memang blur. call abg teh tak dapat2. aku dengan dee decide pegi rumah abg teh. call ngah suruh balik rumah cepat.

Ambik abg teh dari umah dia. sampai2 je dekat rumah. masuk bilik ayah.. mak cakap "Adik, ayah dah takde". dalam bilik masa tu ada beberapa orang budak pondok. abg jali. mak. masa cakap tu aku tak tahu apa aku rasa. keluar dari bilik dan fikir.. "Hari ni rupanya.. harinya"

sekelip mata sangat2. dalam sijil mati ayah tertulis 11.50. berapa minit je ayah pergi. macam baru je ayah duduk atas kerusi feveret dia. macam baru je ayah ngomel2 pasal politik. macam baru je ayah tepuk peha dia bila bola tak gol.

perasaan masa tu mmg blur. kebetulan pulak aku period. aku cuma boleh berzikir. call adik beradik yang duduk jauh. anak2 ayah 8orang. 7 orang duduk pahang. abang muji je baru pindah melaka. orang kampung mula datang ziarah.

seingat aku, aku cuma sempat mesej kawan2 rapat je. masa aku dalam bilik sorang2. masa tu baru aku nangis puas2. aku sendiri tak tahu pukul berapa aku terlelap. yang aku tahu mak kejutkan aku sbb dah pukul subuh. orang dah mula datang. adik beradik semua dah ada.

Jenazah ayah dikebumikan lepas solat jumaat. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. selesai semuanya tepat pukul 12 tengahari. Jenazah ayah dibawa ke masjid. Solat jenazah dekat masjid. Alhamdulillah lebih 40 jemaah yang solatkan untuk ayah.

Talkin dibaca oleh abg yan. sebak sangat bila abg yan ucap "ayahku, kini kau telah berpisah dengan kami" . ayah beruntung ada anak yang boleh bacakan talkin untuk dia. yang imamkan solat jenazah untuk dia.. aku ingat lagi ayah cakap. dulu ramai yang tak setuju dengan ayah, bila ayah hantar anak lelaki dia ke sekolah pondok. kata mereka apa yang anak ayah nak makan nanti. ulang2 kali ayah cerita pada aku. sekurang2nya ayah pergi dengan rasa bangga bila anak2 dia yang uruskan semuanya. itu rezeki ayah.

aku tak tahu nak habiskan entri ni macam mana. aku dah janji dengan diri sendiri. taknak menangis bila tulis entri ni. yup, aku pegang pada janji. cuma dada je berombak.. perasaan yang aku sendiri tak tahu nak kawal.

oklah, nanti ada masa aku tulis lagi. perihal ayah. yang sentiasa disenangi semua.

Alfatihah ayah.

kami anak ayah, sentiasa doakan ayah.
 

Wednesday, October 10, 2012

cerita tahun lepas :D


seminggu ni langsung tak produktif.

malas sangat nak belek kerja. cewah macam busy sangat. 

untuk ambik mood hujung minggu ni, aku nak tulis entri pasal aku n nabila pergi penang tahun lepas. cerita dah basi tapi better late than never kan?

aku dengan nabila plan tak sampai 2minggu kot. booked hotel. beli tiket keretapi. semuanya nampak sempurna. 

kitaorg pilih tiket pukul 11lebih malam kot. sbb dah plan, maknanya kitaorang ade masa daripada pagi untuk jalan2 penang. itu perancangan manusia. perancangan Allah lain ceritaNya.

aku dr pahang ke kl dulu, pergi rumah nabila dan rehat2. malamnya pergi KL SENTRAL. kitaorang smpai kl sentral awal jugak..maklumlaa excited nak pergi penang naik keretapi.

pergi dekat platform B. tangkap2 gambar.. aku cakap pada nabila.. "kita ni over excited pulak.. tetiba tertinggal train.. haha tak jadi g penang".. time tu aku melawak... jumpa idola dekat platform B. A Samad Said... tangkap gambar.. dia tanya nak kemana.. dengan yakinnye jawab "penang".."oo.. kat belah sana laa ye?" dengan tenang dia balas. aku tak ambik port sgt dia cakap.. still lagi tak percaya boleh jumpa dia. 

pukul 11.15 camtu, masa tengah buat laporan pada mak, pada ex-boyfriend.. dengar announcement utk train ke penang akan tiba sebentar saja lagi. so letak phone angkat beg... dan..................

pelik.. kenapa gate tak bukak2.. announcement kali terakhir tuk penumpang ke penang banyak kali repeat. kitaorang kata "ohh delay kot" tenang seperti biasa... tapi 5 minit lepastu  dah rasa tak sedap hati.. ajak nabila pegi tengok belah sana... dan yeee kitaorang salah platform.. sepatutnya kitaorang naik dekat platform A!!!! platform B untuk ke belah selatan sahaja. mati2 ingat paltform yg sama cuma escalator yang berbeza.

waktu tu memang macam drama.. berlari ke platform sebelah. turun tangga dekat platform A. ada orang yg baru ambik barang dari train kot. Dia kata "train baru je jalan 5 min yg lepas".. blur. naik atas macam tak tahu nak cakap kat sapa. entah macamana jumpa dengan staff KTM, dia kata boleh pg naik kat stesen yang lain.. tapi nak kena tunggu ketua stesen dapatkan maklumat dekat mana keretapi tu berada. nanti sia2 pulak kitaorang pergi.

perkara pertama terlintas dalam hati. "padan muka aku.. over excited!". melepak depan bilik ketua stesen. nak jadi cerita ketua stesen takde dekat office sbb settlekan hal keretapi yg delay nak ke selatan tu. aku dengan nabila ketawa je dengan apa yang jadi. ketawa sampai staff yang lalu pelik. itu yang aku suka bila ada masalah dengan nabila. kitaorang tahu macamana nak handle.err maksud aku kitaorang tahu untuk tenangkan hati masing2. walaupun nasib ke penang tak tahu lagi. :P

ketua stesen tu lammmmmmmbatttttt gile.. kitaorang sempat jumpa dgn staff lain. dia bagi cadangan tuk kejar ketapi tu. aku bohong sunat kata yang kitaorang kena naik gak ketapi ni.. hahah lepas tu dia dapat maklumat. dia kata boleh kejar ketapi tu kat IPOH!. dan cadangannya kitaorang naik teksi. disebabkan kitaorang memang blur. tak tahu nak buat apa. pergilah jugak tanya teksi nak ke ipoh berapa.. err mahal daripada tiket keretapi. lepas tu tak terjamin sebenarnya kitaorang dapat naik atau tak. 

fikir pro n kontra.. kitaorang cancel idea kejar keretapi tu. idea lain pulak. iaitu naik FLIGHT ke penang. hahahha idea gila. dah survey2 harga tix flight. dah plan nak ke lcct. tapi idea tu berlalu macam tu je. terlalu banyak benda kena fikir kalau naik flight. hahah lepas tu pergi semula ke pej ketua stesen.  Alhamdulillah, dia dah ada.. lepas buat muka sedih, kena ceramah kejap. dia tolong cek tiket.  tiket paling awal pukul 8.45 pagi.. waktu baru pukul 1 pagi kot. nak tak nak kitaorang terima. kalau tak trip ni tak menjadi la kan. hotel pun dah bayar. tu pun yang tinggal tiket katil. yang kerusi dah habis. so kitaorang kena tambah duit tu katil.

bila urusan tiket dah settle.. lega. tapi satu lagi masalah.. mana kitaorang nak lepak lama2 ni. nak balik umah nabila, memang tak lojik. nnti nak kena bangun awal2 lagi. tak sanggup kalau tertinggal lagi. kitaorang decide lepak dekat kl sentral je.

kitaorang naik train pukul 8.45 dan sampai penang pukul 4 petang. :D syukur. Alhamdulillah,

bila kita dengan kawan baik,,, bagilah 25 jam sekalipun.. tak pernah cukup. tak pernah rasa bosan. walaupun kadang2 cerita yg kita bualkan berulang2. itulah beza kawan baik dengan kawan biasakan?

pengalaman tertinggal train memang buat aku fobia. hehe.. tapi semua kuasa tuhankan? 

trip ke penang tu best. entri ni dah panjang sangat.. so kalau rajin esok aku sambung cerita dipenang pulak ok? 
dalam gerabak katil. tq en ketua stesen :P
bye.

Tuesday, August 28, 2012

amanah.

pasal duit jangan dibuat memain..

seposen dua.. blh jadi bermusuhan..

syukur aku punya adik beradik yg tidak gilakan duit.

cuma aku terfikir...

mampu atau tidak aku galas perkara paling berat sekali didunia??

iaitu.. amanah??

tapi bila difikir dalam2..

Allah takkan turunkan sesuatu pada aku..

kalau aku tak mampu..

:))

jadi.. yakinlah. aku mampu cuma aku kena berusaha mencari kekuatan.

selamat malam dunia sementara.

Tuesday, August 21, 2012

aku dan ijat yg umur baru 4 tahun.

ijat: makcik knp toki mati.
aku: umo dia dah smp.
ijat: ooo dia kerat tangan dia ye?
aku: isshh xlaa.. Allah ambik nyawa dia.
ijat: oo Allah dtg kg kita?
aku: xlaa. malaikat maut.
ijat: ooo mcmana kita nak tahu muke dia.
aku: xde sape tahu laa ijat..
ijat : oooo

perghh ijat baru umur 4 tahun.. soalan dia taknak plak lagi mencabar minda kan??