Monday, December 31, 2012

selamat tinggal 2012. selamat datang 2013. :)

aku rasa setiap tahun sama je ayat.

"eh macam semalam je masuk tahun 2012. hari ni sedar tak sedar dah hari terakhir."

setiap tahun (mengikut kalendar mat salleh) aku cuba recall balik apa yang berlaku sepanjang tahun. tahun ni ada banyak perkara berlaku. perkara besar maksud aku. besar yang sampai mampu ubah hidup aku.

yang bawak suka dan duka.

tahun 2012- ayah tinggalkan kami sekeluarga. tarikh tu aku takkan lupa sampai bila2. betullah orang cakap, bila kita sendiri kehilangan baru kita tahu hargai sesuatu. itu normal. kalau dulu aku selalu cakap "aku tak tahu macamana rasa kehilangan orang yang terdekat dgn kita". tapi sekarang aku dah tahu.dan tak semua orang akan faham tentang rasa tu, smpailah mereka juga kehilangan. terus terang aku katakan aku sedang adapt dengan situasi ni. bukan mudah. terlalu berat.

tahun 2013- aku tahu rindu pada ayah takkan berkurang walaupun sedikit. aku berharap tahun 2013, aku mampu buat amalan2 yang ayah juga dapat pahala disana.semoga aku dengan mak diberi kesihatan yang baik, boleh aku ziarah pusara ayah setiap hari jumaat. terasa dekat dengan kematian.. baik untuk kita kan?

tahun 2012- aku putus cinta lagi. ok bab cinta ni aku rasa kelakar sikit. sebenarnya dah lama gila aku takde kawan lelaki yang aku anggap istimewa. sampai satu masa kawan baik aku kenalkan aku dgn adik ipar dia. ayat klise yang orang selalu cakap, "takde jodoh". perancangan tuhan memang terbaik. dalam aku berkira2 tentang hubungan aku dengan dia. dia yang terlebih dulu angkat bendera putih. dia yang terlebih dulu rasa tak mampu untuk teruskan. bagi aku semua benda berlaku bersebab. jadi aku simpan semula impian nak jadi isteri solehah. :P hubungan tu bertahan +- 5bulan. oklah tu bertahan 5 bulan. daripada sehari kan?

tahun 2013- ok no komen. hahahaha ada yang cakap "wei dah 29tahun nnti, cari lah cepat" errr bohonglah kalau aku kata aku tak risau langsung. hati manusiakan? mestilah nak berteman. tu dah fitrah manusia kot. tapiiiiiiiiiiiiiiiii (panjang tapi tu) :P. jodoh ni rahsia tuhan. usaha? yeee aku maybe kena usaha lebih sikit. contohnya kena baiki komunikasi aku dengan orang yang aku sayang. aku mmg suka timbulkan awkward moment. tu kelebihan aku kot. hahaha aku kena cari someone yang boleh pecahkan awkward moment tu kot. dulu aku selalu rasa nak yang boleh bimbing aku. yang punya iman teguh didada. sekarang aku sedar,kalau nak iman yang teguh didada aku kenalah teguhkan iman aku dulu. macam yang mak pernah cakap "nak cari suami beriman, aok tu dulu kena rajin bangun subuh" hohohoh kena setepek. eh terpanjang pulak. aku yakin ALLAH dengar doa aku. cuma belum masanya dia tunaikan. :)

tahun 2012- ayah dah ajar aku macam2 pasal kerja.apa yang dia buat.macamana nak uruskan itu ini.ahh macam2 lah. 2tahun aku ikut ayah. dia memang suap aku habis-habisan.sampai tahap melepak dengan kawan2 dia, punyalah dia nak suruh aku masuk dalam dunia kerja dia.Sebelum dia meninggal, beria dia suruh aku bukak kedai runcit. kalau ikutkan aku. malas dah peningkan kepala,  rupanya ada hikmah aku bukak kedai runcit. ayah tahu kemampuan anak dia. kalau jadi apa2 pada syarikat kitaorang. ayah awal2 dah siapkan backup plan. Alhamdulillah, perlahan2 aku belajar. aku sebenarnya kosong pasal bisnes. sekarang pun tengah bertatih lagi. tapi aku yakin.. rezeki tu jaminan ALLAH. jatuh bangun tu adatla kan? tahun ni jugak banyak sangat masalah yang datang. mungkin dulu kalau ada masalah  aku akan rujuk ayah. apa2 keputusan ayah. tapi lepas ayah meninggal, masalah datang bertimpa2. aku dengan abang teh macam tak tentu arah. sampai satu tahap nak beli kerusi untuk kedai pun aku sebak. kalau ayah ada, aku tak konfius nak beli yang mana. akhirnya aku sedar, yang aku still ada abang teh. yang sentiasa ada time susah senang. kata adik beradikkan? . kadang2 aku sebak tengok adik beradik aku yang lain tak putus2 bagi semangat. tanpa mak dan 7 orang adik beradik aku yang lain. rasanya aku stop je dari teruskan apa yang ayah buat ni. bawak sijil pergi panjat pejabat2 beso kat kolumpo tu mintak keje. tapi sekali lagi ALLAH bukak mata aku, belum tentu aku mampu bila keje dengan syarikat2 beso di kolumpo. ALLAH je yang boleh balas semuanya pada diaorang . :')

tahun 2013- aku dapat rasakan yang tahun depan lebih mencabar untuk aku dengan abang teh. aku wajib set kan dalam otak aku. setiap cabaran tu bawak rezeki. cewahhh. tak kiralah jatuh tergolek ke apa ke.. aku harap aku tak patah semangat. aku kena cari banyak2 kekuatan. kena cari banyak2 ilmu. kena belajar dari mereka yang pernah gagal dan berjaya bangun semula. aku tak boleh malas2 lagi. tak boleh tangguh kerja lagi. bak kata ustadh nouman ali. "respect to time". hohoho sorry masa. aku selalu main2 kan ko. selalu anggap kau punya waktu lebih untuk aku. tapi sebenarnya 24jam tu dah sempurna takkan ada lebih waktu walaupun seminit. "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3). sebenarnya harapan terbesar aku. lebih menghargai masa. lebih bijak uruskan masa sendiri. lebih tahu macamana nak "maintain balancing" dalam hidup(macam yang ustadh Nouman Ali ckp dalam video dia "making the changes" kalau tak silap). mana yang utama, mana yang penting untuk urusan dunia dan akhirat. kena banyak belajar lagi sbb itu kelemahan aku dari dulu. pengurusan masa aku mmg gagal. sentiasa kena ada orang yang ingatkan. sentiasa kena ada petunjuk. harapnya tahun depan aku mampu uruskan masa dengan baik. InsyaALLAH. sebab tu aku kena jaga waktu solat. sebab aku pernah dengar, "kalau kita jaga waktu solat baik2, insyaALLAH masa kerja kita jugak akan berjalan dengan baik. " semoga ALLAH tetapkan hati aku.  :).

waaa dah panjang rupenya.. apa yang aku dapat simpulkan sepanjang tahun 2012.

banyak cerita yang berlaku macam tahun2 lepas jugak. 365 hari berlalu, bohongla kalau kita cakap. takde apa yang best berlaku dalam hidup kita. setiap hari ada saja benda berlaku dalam hidup kita ni sebenarnya. cuma kadang2 kita terlepas pandang. bak kata Tun Mahathir "Melayu mudah lupa" eh!. hehe

tapi tahun 2013 ni aku rasa lain sikit, tahun2 sebelum ni aku tanamkan azam. tapi tak pernah ambik serius. ahh aku memang tak pernah serius pun pasal life pun sebelum ni. tahun ni aku ada tiga azam. aku kena tulis azam aku. sebab kalau aku lupa aku boleh tengok semula. kalau ada sesiapa yang baca azam aku ni, lepas tu nampak aku macam lari dari landasan, sila ingatkan. :)

bismillah...

pertama, aku nak CARI REDHA ALLAH. sebelum ni aku banyak main2. aku cuma tahu bersyukur sebab aku ada semua yang aku mahu. aku tak pernah rasa terbeban. tapi aku tak sedar samaada ALLAH redha atau tidak dengan apa yang aku buat.contohnya mudah. aku rasa aku dah tutup aurat. tapi betulke aku akan selamat bila ALLAH tanya aku nanti pasal aurat aku? Nauzubillah.

kedua, GEMBIRAKAN HATI MAK. terus terang aku katakan.. aku jenis yang tak reti nak tunjuk rasa sayang aku pada orang yang aku sayang. aku suka memberontak depan orang yang aku sayang. aku anggap orang yang aku sayang akan faham aku sentiasa. tapi aku lupa jaga hati mereka. mak adalah syurga dunia bagi aku. ALLAH bagi peluang aku duduk dengan mak. aku wajib hargai peluang tu. aku pernah terdengar dekat radio kot. kata ustaz mana entah aku lupe. katanya "rugilah pada sesiapa yang dah duduk dengan mak ayah tetapi tak boleh masuk syurga". aah syaitan ni takkan bagi kita hidup aman. ada saja dia cucuk2 hati kita biar kita rasa marah dengan orang yang kita sayang. video ustaz kazim betul2 tinggalkan kesan.. "mak kita lambat... sabar.. tu mak kita" subhanallah. takut sangat aku. aku paling banyak habiskan masa dengan mak, takut sangat aku paling banyak lukakan hati dia. semoga aku kuat dari gangguan syaitan2 yang kejam. :)


ketiga, KAHWIN. hahahah ok. azam yang ni boleh fleksibel. kalau tak jadi tahun ni. tahun depanlah kan? hehehe macam yang aku cakap awal2. rahsia tuhan. siapa tahu? . maksud aku kat sini, persediaan!. nak kawen tapi dah ready ke nak buat kerja2 rumah (bab paling aku gagal.. errr atau malas?) . dah ready ke nak kongsi semua masalah dengan suami. dah ready ke nak setia? dah ready ke nak terima hakikat dia suami kita dan kita tak boleh melawan?.tapi kadang2 ready tak ready kalau ALLAH dah tentukan.. kawen jugak. berbalik pada ketentuan ALLAH la kan? sbb tu hidup ni kena ada pegangan, cewaah. aku percaya kenduri kawin ni simple je.. hari2 selepas akad nikah tu yang complicated. macamana kita nak react. tu yang penting. nak2 pulak aku yang cepat bosan dengan sesuatu. bolehke aku tak bosan dengan dia? haa tu persoalan terbesar. :P. aku harap aku dapat persiapkan diri aku sebelum kawin. barulah boleh bina keluarga yang sakinah. :)

semoga tahun 2013 ni, aku dilimpahkan rezeki banyak2. aku naaaaaaak sangat bawak mak buat umrah. aku naaaaaaaaaaaaaak sangat berdoa depan Kaabah. :)

ok akhir kata dari aku. terima kasih pada semua yang mewarnakan hidup aku di tahun 2012. jangan serik untuk sentiasa ada dengan aku untuk tahun2 seterusnya ok?  i looooooooooooooveeeee u. :).

 reminder untuk diri sendiri :

 "bersangka baiklah sesama manusia, yang paling penting.."
"bersangka baik dengan urusan ALLAH"
"setiap perkara yang ALLAH jadikan bersebab" 




love dodot
31/12/12.
9.52 pm