Thursday, November 3, 2011

sahabat terbaik. :)

aku ingat lagi.. pertama kali aku datang haid.. aku pergi rumah dia.. maknanya dia orang pertama tahu selepas mak aku. aku ingat lagi masa tu, kami berkongsi cerita tentang haid. konon2 perasan dah jadi dewasa laa. padahal baru 12 tahun, :) . dia lebih berpengalaman daripada aku jadi dia lah calon paling sesuai nak berceritakan?. seronok rasanya bila kita ada seseorang untuk dikongsi saat bermakna dalam hidup kita selain daripada keluargakan?

aku pandai bawak motor masa darjah 5.. bapak aku mestilah melarang keras nak belajar motor. jadi kesimpulannya, dia lah yang sukarela ajar aku.. dengan motor bapak dia.. aku ingat lagi plat motor tu CAA.. memang gigih dia sanggup tolak dulu motor sebelum aku tekan gear (itu cara paling senang nak hidupkan moto bila kaki kita tak kuat nak hidupkan enjin) heheh aku pernah masuk dalam semak samun gara2 aku tak pandai nak kawal moto yang sudah semestinya lagi berat daripada aku. heheh

dia pandai bawak kereta masa tingkatan 4. ayah dia polis jadi semangat berani tu memang meresap masuk dalam badan adik beradik dia. dengan proton saga merah ayah dia.. merata kitaorang ronda.. selalunya masuk ke felda -felda jengka yang dekat. sebagai kawan yang sangat memahami.. dia orang pertama yang benarkan aku cuba pegang stereng kereta atas jalanraya.. padahal masa tu aku baru berapa kali belajar dekat padang sekolah. dia nampaknya sangat yakin dengan aku.. tapi tak sampai 5 minit aku bawak.. kereta kekiri kekanan.. hehe sudahnya dia suruh aku jadi penumpang tengok macamana dia kawal kereta. hehe :)

masa darjah 5 dan 6, dia hot macam goreng pisang. hehe abang2 dekat kampung suka kacau dia. dan pakwe pertama dia ada masa darjah 5. gila betul. pakwe dia budak sekolah arab yang sama kampung dengan kitaorang. dan seharusnya dia takkan meninggalkan kawan baik dia termenung keseorangan. heheh dia orang pertama kenalkan aku dengan budak lelaki. kawan baik pakwe dia. pertama kali aku rasa bergayut dekat public phone dengan budak lelaki yang tak pernah jumpa. :)

terlalu banyak perkara pertama kali dalam hidup aku, aku buat dengan dia. :)
jerawat pertama muncul dekat muka pun. dia orang pertama yang tahu. :)

ini lah dia. noor azila abdullah. sahabat baik aku yang bertanggungjawab ajar macam2 dalam hidup aku. :) tak tahu nak cakap terima kasih macamana,, sebab terlalu banyak perkara yang dia buat untuk aku. untuk dengar segala cerita2 aku. untuk segala rasa berani yang dia serapkan dalam badan aku. untuk sentiasa ada dengan aku. untuk semuanya.. selama 27 tahun tak pernah hilang. :) TERIMA KASIH...

gambar ni masa darjah 6 kot. hobi kita memang suka tangkap gambar.. :)


gambar ni masa kita 14 tahun.. kita semua terpisah bila sekolah menengah. tapi itu yang buat kita kuat. setiap kali balik kampung masa tu lah kita lepaskan rindu. :)


aku dengan kau lagi, :)


gambar masa darjah 1. dah 20 tahun gambar ni. :)


malam baca nikah.. masa ni aku sedih sangat sebenarnya.. sebab dalam geng skoloh pompuan.. tinggal aku je yang single. hehe bukan sedih pasal tu, tapi sedih bila sahabat terbaik aku akan menjadi hak milik suami dia. :)

ni gambar hari bersanding. :) ok dia orang pertama yang sponsor baju pengapit. heheh :)
comel. ok ni gambar geng skoloh 84' . hehehe :) setiap sorang ada cerita dengan aku yang aku simpan kemas2. dan akan ingat sampai bila. :) aku sayang mereka seperti keluarga aku. maklumlaa membesar bersama. dari zaman comot2 sampai zaman mak2 orang. :)

TERIMA KASIH ALLAH. :)

p.s: entri ni agak lewat sikit..:)

No comments: