Sunday, December 4, 2011

27 tahun. :)


entri ni aku tulis setengah jam sebelum umur aku secara rasminya bertukar kepada 27 tahun.

TERIMA KASIH YA ALLAH,
atas semua kisah yang hadir dalam hidup ku.
aku syukuri nikmat dari mu.
sesungguhnya dari Mu aku datang.. dan bila2 saja aku akan kembali kepada Mu.
semoga setiap hembusan nafas aku dapat memberi kebaikan kepada agama,keluarga,bangsa dan negara. :)

terima kasih mak ayah
sebab corakkan aku dari kain putih menjadi corak yang boleh buat kamu tersenyum.
semoga aku masih berpeluang membalas semua yang kamu berikan selama 27 tahun.
tidak ada sesaat pun dalam hidup aku kekurangan kasih sayang dari kamu. :)


terima kasih adik beradik
kerana sentiasa melayan karenah adik manja kamu semua.
ada untuk setiap kesusahan. dari pakai lampin hingga membesar jadi anak dara yang comel.
tidak pernah sesaat pun dalam hidup aku menyesal menjadi adik kamu semua. :)

terima kasih awak.
kerana hadir dalam hidup saya.
dan menjadi hero saya.
:)

terima kasih sahabat
dari kecik.
zaman belajar.
semuanya.
sentiasa ada untuk aku.
tidak pernah persoalkan siapa aku.
kamu tahu siapa kamu. :)

terlalu ramai untuk aku ucapkan terima kasih. pada orang2 yang hadir dalam hidup aku tanpa sedar... pada sesiapa saja. :)

semoga Allah panjangkan umur aku. belum cukup rasanya ibadat aku untuk bekalan di sana nanti. :|

apa2 pun aku bersyukur sangat sebab lahir ke dunia ni. terima kasih Allah.




No comments: