Saturday, December 20, 2008

ABC..pelangi..kawan...dewasa...cinta...bulan...

lama aku tinggal kan laman ni...
cuti aku terisi sedikit dengan aktiviti yang aku cipta sendiri....
hmmm... rasa macam baru semalam aku duduk minum ABC yang harganya cuma 0.60sen...
kedai ABC ni sebelah rumah aku jer.. tiap2 petang la aku melepak minum ABC sambil bergosip..



sebelum balik semalam aku dapat tengok pelangi... dah lama aku tak tgk ciptaan ALLAH yang mnakjubkan tu... orang yang paling suka mestila anak2 sedara aku... melompat2 budak2 tu..
hidup kita ni pun macam pelangi...ada kaler2 yang cantik... ari tu pelangi ade 2.. terus aku terfikir.. hidup kita yang indah ni pun kadang diberi peluang kedua untuk cantikkannya.. jadi jangan sia-siakan....

kalau kita mahukan pelangi kita mestilah bertahan dengan hujan .. :p


aku sempat melawat kawan yang berkahwin, melahirkan anak.. hehehe sweet...
mereka ada dunia mereka sendiri....aku tumpang gembira,,,
apa yang paling aku suka.. aku menghabiskan masa dengan kawan baik aku... dia dah kahwin tapi suami dia memang sporting... dia layan sahaja otak gila kami...
menghabiskan masa semalaman di Teluk Cempedak... bercerita tentang kehidupan.. ahh aku masih rindu semua tu.. tp dia ada dunia dan orang yang akan jaga dia.. jadi aku gembira untuk kawan aku....



cuti aku banyak ditemani kawan aku yang 2 orang ni... meronda-ronda dalam kampung, bergosip,minum ABC, crita pasal itu ini... selagi belum azan maghrib,jangan harap kami balik rumah... bercerita macam takde masalah yang berlaku dalam dunia kami..
aku sebenarnya dah lama tak habiskan masa dengan mereka ni,,, jadi cuti kali ni memang aku gunakan sepenuhnya....

kawan-kawan aku dengan anak-anak mereka... hmmmm


masa aku belajar diploma dulu, ada seorang akak yang kami serumah memang hormat dia.. sebabnya dia selalu bertindak sebagai mak bagi kitaorang.... dan masa cuti baru ni dia kawin.. sempat laa jugak aku pegi makan nasi free,,,aku suka....
seorang lagi kawan masa sekolah aku.. dia kawan yang paling rapat.. dia lebih daripada segala-galanya... anak dia a.k.a anak angkat aku tak bertauliah... aku sempat pegi majlis harijadi anak dia.. sebenarnya aku nak jumpa dia sangat.. sebab dah lama tak peluk badan gempal dia tu.. hehehe

selalunya masa cuti sekolah adalah musim berkhatan untuk kanak-kanak lelaki yang nak menganjak ke alam dewasa..anak saudara aku Izzul tak terkecuali kena JAWI.. heheheh
aku kalau boleh tak nak anak sedara aku jadi dewasa biar mereka dengan dunia kecil mereka...
boleh aku sentiasa main2 dengan mereka... saban tahun cucu mak bertambah bermakna keluarga aku semakin besar dan semakin riuh rendah rumah aku.. aku suka dan sayang mereka..
aku tuliskan sesuatu yang menggambarkan rasa dunia cinta aku....

aku rindu dengan dia yang ada kaitan dengan dua benda ni...miss u beb...

aku sekarang bukan lagi di kampung... bermakna aku dah tinggalkan cerita-cerita diatas...
tapi aku tahu... aku berkongsi bulan yang sama....love u all.. oh lupa.. mak ayah terima kasih..

3 comments:

dahtutup said...

aku tgk kawan ko je yang kahwin..ko tue bila nak kahwin midot???hahaha..aku nak juga makan nasik free ko..hahaha..

mINDRAs said...

wah...banyak gak program ko..best plak aku tengoknye..terasa cam nak balik kg je..huhuhu warrrrr.... windu kg la plak.

Unknown said...

suka entry ni..