Saturday, December 27, 2008

aku positif..


p/s: ni pic family day yang lepas..
simple tapi seronok..
ari ni family day aku..
wat kat balok kuantan,,,
tapi aku tak dapat join..
sedih sangat.. berganda2 sedih daripada putus cinta..
blurp...

Thursday, December 25, 2008

moody.. :P


mood aku terganggu...
hari ni hari jadi dia...
26/12/08....

tapi aku tak boleh nak bagi pesanan ringkas pada dia..
sebab dah sebulan lebih kitaorang jadi orang asing...

jadi aku kena bertahan untuk tidak menaip pesanan ringkas berbentuk ucapan hari jadi untuk dia,,,
macam yang aku buat selama 6 tahun ni,,,

tapi takper,,,
blog ni ade,,,

untuk HAFIZ...
selamat hari lahir...

aku tahu ko takkan tahu... blurrp...

Sunday, December 21, 2008

kredit to bell..


..............................................

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;


atas tiket pengalaman...


+++++++++++++++++++

----------------------------



yeee...

mood sekarang : happy mungkin...





aku membalas dendam dengan mengupdate entri tanpa henti.... bubye..










hati aku bercakap...

aku di pandang rendah....
chissss... tapi takper...



kalau asyik pikir apa yang anggap pasal kita...
sampai bila duk termenung jelaaa..
tak kemana kita...





aku hadapi semua tu dengan senyuman....









mungkin aku boleh terbang lagi tinggi...
dengan sebab pandangan rendah mereka2 tu...
yippieeee.. :P




good luck semua... dan tahniah..

takde tajuk...

sehari sebelum balik upm, aku tido umah wana...
hmm cam biasa la pillow talk...
tapi keluarga dia tido pukul 10 malam...
langsung tak kena dengan jiwa aku yang tido pukul 4-5 pagi....
alih2 kitaorang wat sesi pillow talk dekat dapur sambil makan keropok terengganu cicah air teh...

wana : dot, kita makan keropok terengganu.. keropok terengganu sedap..

aku : tak kisah laaa beb.. makan jer..

wana : aku buat air teh anggur nak,,

aku : chit,, tak nak....

wana : sedap laa beb..

aku : nnti aku dah tak leh beza air anggur ngan air teh....

perbualan diatas berlaku beberapa minit sebelum aku kena goreng keropok.. chit.. wana kena tidokan anak sedara dia yang terjaga akibat suara gelak tawa kami yang manja ala2 fasha sandha kena gosip bercinta....

ok.. melalut....

aku pandang jam berkali2.. baru pukul 12.30malam.. takkan nak tido kot.. nnti aku orang kata tak remaja... cam ayong selalu kata kat aku bila aku taknak ikut dia pegi karaoke...

wana : ko rasa kita kawin ngan sape???

aku : emmm

aku : ko rasa kawan lelaki yang ko n aku kenal yang dalam kampung ni saper yang sesuai jadi suami??

wana : emmmm

kesimpulannya.. pillow talk kami malam tu lebih pada bercakap dalam hati... sampai dah tak mampu nak luahkan...

Saturday, December 20, 2008

ABC..pelangi..kawan...dewasa...cinta...bulan...

lama aku tinggal kan laman ni...
cuti aku terisi sedikit dengan aktiviti yang aku cipta sendiri....
hmmm... rasa macam baru semalam aku duduk minum ABC yang harganya cuma 0.60sen...
kedai ABC ni sebelah rumah aku jer.. tiap2 petang la aku melepak minum ABC sambil bergosip..



sebelum balik semalam aku dapat tengok pelangi... dah lama aku tak tgk ciptaan ALLAH yang mnakjubkan tu... orang yang paling suka mestila anak2 sedara aku... melompat2 budak2 tu..
hidup kita ni pun macam pelangi...ada kaler2 yang cantik... ari tu pelangi ade 2.. terus aku terfikir.. hidup kita yang indah ni pun kadang diberi peluang kedua untuk cantikkannya.. jadi jangan sia-siakan....

kalau kita mahukan pelangi kita mestilah bertahan dengan hujan .. :p


aku sempat melawat kawan yang berkahwin, melahirkan anak.. hehehe sweet...
mereka ada dunia mereka sendiri....aku tumpang gembira,,,
apa yang paling aku suka.. aku menghabiskan masa dengan kawan baik aku... dia dah kahwin tapi suami dia memang sporting... dia layan sahaja otak gila kami...
menghabiskan masa semalaman di Teluk Cempedak... bercerita tentang kehidupan.. ahh aku masih rindu semua tu.. tp dia ada dunia dan orang yang akan jaga dia.. jadi aku gembira untuk kawan aku....



cuti aku banyak ditemani kawan aku yang 2 orang ni... meronda-ronda dalam kampung, bergosip,minum ABC, crita pasal itu ini... selagi belum azan maghrib,jangan harap kami balik rumah... bercerita macam takde masalah yang berlaku dalam dunia kami..
aku sebenarnya dah lama tak habiskan masa dengan mereka ni,,, jadi cuti kali ni memang aku gunakan sepenuhnya....

kawan-kawan aku dengan anak-anak mereka... hmmmm


masa aku belajar diploma dulu, ada seorang akak yang kami serumah memang hormat dia.. sebabnya dia selalu bertindak sebagai mak bagi kitaorang.... dan masa cuti baru ni dia kawin.. sempat laa jugak aku pegi makan nasi free,,,aku suka....
seorang lagi kawan masa sekolah aku.. dia kawan yang paling rapat.. dia lebih daripada segala-galanya... anak dia a.k.a anak angkat aku tak bertauliah... aku sempat pegi majlis harijadi anak dia.. sebenarnya aku nak jumpa dia sangat.. sebab dah lama tak peluk badan gempal dia tu.. hehehe

selalunya masa cuti sekolah adalah musim berkhatan untuk kanak-kanak lelaki yang nak menganjak ke alam dewasa..anak saudara aku Izzul tak terkecuali kena JAWI.. heheheh
aku kalau boleh tak nak anak sedara aku jadi dewasa biar mereka dengan dunia kecil mereka...
boleh aku sentiasa main2 dengan mereka... saban tahun cucu mak bertambah bermakna keluarga aku semakin besar dan semakin riuh rendah rumah aku.. aku suka dan sayang mereka..
aku tuliskan sesuatu yang menggambarkan rasa dunia cinta aku....

aku rindu dengan dia yang ada kaitan dengan dua benda ni...miss u beb...

aku sekarang bukan lagi di kampung... bermakna aku dah tinggalkan cerita-cerita diatas...
tapi aku tahu... aku berkongsi bulan yang sama....love u all.. oh lupa.. mak ayah terima kasih..

Tuesday, December 2, 2008

untuk nazi...

aku dah mintak adiah besday ngan dak ni...
sebelum ape2 thanks beb..
hehehhehe








p/s:beb, jgn sedih2... kita lancarkan misi!!!!!