Monday, July 13, 2009

lagu cinta,,,,

semalam masa aku nyanyikan lagu cinta pada kamu...
kamu suruh diam...
aku kira kamu tak suka sebab melodinya,,,
aku tukar melodi... biar rock sikit..
dengan harapan kamu akan tersenyum...

rupanya aku silap..
melodi rock aku,buat kamu berpaling ke tempat lain..
bukan pandang mata aku seperti selalu...

aku tukar sekali lagi melodi lagu cinta tu..
aku jadikan irama tradisional...
kali ni aku dah tak terfikir untuk buat kamu senyum...
aku cuma mahu kamu pandang aku semula...

kamu pandang,,,
tapi kamu tengking aku,,,

"jangan nyanyi lagu bodoh ni lagi.... boleh!!!!"

aku tergamam,,,

tapi aku nyanyi jugak perlahan..
"Cintailah dirinya kerna dia lebih sempurna
Apalah ada padaku, hanya nyanyian dalam sepi"


aku nyanyi sampai terlelap....

No comments: