Entri ini bertujuan untuk aku berkongsi pengalaman. Berkongsi cerita dengan masyarakat dunia. Tiada niat apa2 pun. Sekalipun tiada yang mahu membacanya, tidak mengapa..satu hari nanti aku akan buka blog ni dan baca sambil tersenyum.. :)
PERINGATAN: entri ini panjang berjela-jela. dan ini pengalaman dari sudut pandangan aku, dari mereka yang lain mungkin berbeza.. :)
7.5.2010 (jumaat) & 8.5.2010(sabtu) & 9.5.2010(ahad)
Persiapan untuk pergi. Meeting peserta, seramai 8 orang yang hadir. kalau tak kami nak pergi seramai 9 orang. tapi pengarah (Bobby) tak dapat nak hadir meeting sebab kena balik rumah. Beli barang keperluan. Itu ini. Memasak makanan untuk pergi. Kami sepakat untuk memasak makanan terus. Yang tahan lama. Maka terhasil la gila kentang(kentang masak merah) dengan bilis paku(ikan bilis digoreng dengan kicap). Hehe terima kasih sangat2 pada yang membantu. Sedang ligat buat persiapan. Macam kenduri kawin. Dapat berita yang pengarah iaitu bobby tak dapat pergi. Ada perkara akademik yang tak dapat dia elakkan. Fuh2 ini sebenarnya sangat2 menguji. Tapi kami tetap teruskan apa yang dirancang. Siap2 packing barang dalam pukul 5 pagi. Haih. Kemas semua barang dan masuk tidur.. zzzzzzzzzzz
10.5.2010(Isnin)
Hari yang ditunggu sudah datang. Yippie…. Heh. Sebenarnya baru hari ni baru rasa risau nak pergi ke sana. Sebab tak tahu apa yang menunggu depan mata. Akibat daripada tidur lewat memasak persiapan makanan ke sana, rasa mahu bangun bila sudah mahu bertolak. Tapi sayang itu semua mimpi indah… “cepat turun, nak bagi barang ni…” siot.. itu suara berbunyi arahan,.. dengan keadaan yang mengantuk, aku turun jugak.. nak ambik barang yang akan dibagi sama rata. Masa turun, dapat satu lagi berita. Mak Zana masuk wad. Jadi dia tak dapat pergi. Oh,, family first. Jadi yang tinggal kami bertujuh.. hmm takpe yang penting kami akan teruskan apa yang dah dirancang,,, moga semuanya selamat. Oleh kerana beg Opel yang aku pinjam itu, amat selesa dan besar.Aku dikehendaki bawak khemah.. jangan risau cuma badan khemah saja, yang lain2 dah dibahagi secara adil dan saksama… setelah barang2 dibahagi.. petang tu masih lagi tak mengemas barang. Ada satu lagi misi petang tu.heh. dari bilik 1006 aku pindahkan semua barang aku ke 1003.. nabila, here I come.. hehe. Lepas menonton adamaya, barulah terhegeh2 aku mengemas barang. Pengarah semasa a.k.a Botol dah bagi arahan, pukul 10.30malam dah kena kumpul semua. Huhu.. tengok jam sudah pukul 8.00 malam, mesej nazi.. heh mestilah kena jumpa dia sebelum berangkat. Thanks to Nazi ngan Dila ngan Nabila sebab bagi moral support.. haha macam nak pergi jauh je.. dalam pukul 9.30 semua barang dah siap packing. mandi dan bersiap, pukul 10.15 turun b.mtm. dah ada yang ready. Fuh2.. berdebar giler rase.
Satu.dua.tiga.empat.lima.enam.tujuh orang..check!!.. ok kumpul depan fountain.. maklumlaa ada orang2 yang nak hantar kebarangkatan kami. Salam2..peluk2 jap.. dan masanya kami naik bas. Oh ye bas kali ni datang tepat pada waktunya. Pukul 11 malam tepat. Lepas lehe baca doa, kami seramai 5 orang pelajar, 2 orang felo terbaik kolej.. naik lah bas dengan dimulakan dengan langkah kanan. Heh.
Kali ni tak perlu risau nak duduk dekat mana,, sebab bas tu kami yang punya,, hahaha bas bergerak dengan perlahan.. “Adik, nak turun dekat Kuala Tahan kan??” hah!! Jeng jeng.. opss………………… ada salah faham antara driver bas dengan kitaorang.. fuh2 berdebar lagi aku rasa. Jadi tak pergi ni. Risau2. erk, semua terdiam. Dan akhirnya kata sepakat dicapai, driver bas ditukar kepada yang lebih arif. Dan kami selamat meneruskan perjalanan ke Merapoh.
Dalam bas, akitiviti wajib adalah tidur. Pakcik driver bawak bas.. MasyaAllah, laju macam nak masuk formula one. Heh. Berhenti makan di genting sepah… dalam setengah jam kot. Kemudian semuanya bersedia untuk lelapkan mata.. dan zzzzzzzzzzzz sedar tak sedar dah sampai ke merapoh. Perjalanan masuk ke taman Negara sungai relau, sungguh mencabar. Fuh2 berdebar lagi. Sampai di depan pintu pagar tepat jam 4.38 pagi..
11.5.2010(Selasa)
Jabatan perhilitan masih lagi gelap.heh. memang la kan, semua orang masih lagi nyenyak tido. Aktiviti memunggah beg bermula. Heh macam la beg banyak. Padahal 7 bijik beg yang semuanya sebesar aku. Hehe :P. kami bertujuh melepak di pondok yang ada dekat situ. Bayangkanlah, apa lah yang nak dibuat pagi-pagi buta macam tu. Tapi kami semua ada misi. Iaitu buat simulasi memasak. Tengok timing apa yang patut. Timing untuk bangun pagi dan bergerak. Chewahh tapi biasa laa kami cuma mampu merancangkan? Hehhe
lepas solat subuh, makan sarapan yang terbaik. Roti penyet bersama sardin. Sementara menunggu ofis perhilitan dibuka. Masa ni semuanya layan feeling.. aku? Jangan cakap laa.. dup dap dup dap. Nak dekat pukul 8.. ground sheet dibuka, semua barang yang dipacking dibuka semula.. sudah menjadi syarat untuk mendaki gunung Tahan, semua pelawat wajib istiharkan barang2 yang dibawa. Kerana semua pelawat diwajibkan bawa turun apa sahaja yang dibawa naik. Pelawat juga dilarang mengambil apa sahaja khazanah yang ada, kecuali mengambil gambar. Itu sahaja yang dibenarkan. Ok. Lepas semuanya selesai sebelum pukul 8.30 pagi. Alhamdulillah. Jadi kami cuma tunggu guider nak bawak kami je. Ok repack semula barang2 tadi. Dan duduk semula di pondok tadi. Tik tok tik tok… masa ni lah perjalanan kami diuji dari segi mental, semua dah ready, cuma yang tinggal guider sahaja.. ada yang tak kena ni. Fuh2 sekali berdebar tunggu. Jangan lah tak jadi apa yang dirancang ni. Sementara menuggu, ada lah pakcik2 perhilitan datang berbual. Masa tu dah mula mengantuk. Menunggu apa yang bestkan?? Tik tok tik tok. Pergi la dulu ke pusat informatif. Ambil dulu ilmu sebelum naik. Heh. tapi yang aku suka, sebab ada seorang guider kat situ nama die mat besi bercerita pasal kisah umairah yang hilang dulu. Aku sememangnye berminat nak tahu cerita pasal dia, sebelum ni tahu dari media je. Jadi dah ada orang yang terlibat dengan kejadian tu, memang aku kusyuk dengar. Heh. thanks
Akhirnya, guider yang ditunggu pun sampai. Ada sedikit salah faham dari pihak pengurusan persatuan guider dekat situ. Bukan masalah dari kami ataupun dari perhilitan mahupun guider yang akan bawak kami semua. Bila semua dah selesai, perjalanan kami bermula. Pukul 11.15 pagi kami bertolak dari Sg. Relau ke Kuala Juram. Perjalanan ini menarik, sebab kami semua naik pacuan 4 roda. Macam naik roller coaster, duduk dekat belakang, sah2 lah terjerit macam kanak2 riang. Dalam hati still lagi berdebar. Dalam pukul 12 tengahari, bertolak dari Kuala Juram, bermula perjalanan kami seramai 7 orang + 1 orang guider. Baca doa2 apa yang patut dan jalan….. kami berhenti makan Kuala Luis(306 m dpl) pada pukul 1.13 petang. Jarak kami berjalan dari Kuala Juram ke Kuala Luis adalah sejauh 5km. sememangnya perjalanan pada hari pertama sudah buat aku semput. Terdapat sungai di Kuala Luis, jadi senangla makan disitu. Makan dalam ½ jam, pada awalnya bukak makanan masing2. maklumlaa semua dah packing barang2 makanan sendiri. Nasi dah dimasak masa menunggu pagi tadi, jadi kami bawak nasi dalam mess tin je. Dan makan bersama-sama. Jeng jeng2.. disini aku tersilap perhitungan. Aku kira, aku kena makan nasi banyak2 untuk tenaga.. silap rupanya.. bila mula berjalan… perut dah rasa senak dan dada mula sesak nafas.. rupenye bukan aku sorang je yang rasa macam tu.. kena sedawa dulu baru lah lega rasa perut nak berjalan. Jadi aku dapat buat kesimpulan, keselesaan perut teramat penting untuk memulakan perjalanan.heh .
Lebih kurang pukul 4 petang, kami selamat sampai di Kem Lata Luis(558m dpl), perjalanan dari Lata Luis sejauh 6km. perancangan asal kami semua adalah ke Kem Kor. Jadi kami harus berjalan sejauh 2.5km lagi. Nampak macam dekat, tapi perjalanan mencabar, kate guider sebab dah mula mendaki. Salah seorang dari kami, kakinya cramp. Jadi kata sepakat dicapai, kami akan bermalam di kem lata luis, dan esoknya akan bergerak ke Kubang. Pasang khemah dan buat persiapan makan malam. Memandangkan di Kem lata luis ada air terjun yang teramat cantik, kami semua ambil peluang mandi dan mandi. Syok..Malamnya kami makan makanan yang dibawa, bermulalah gila kentang pedas dengan bilis paku. Hehe
Makan malam, lepas tu ade briefing dengan guider mengenai perjalanan esok hari. Dan 9.30 malam kami semua dah masuk tidur. Nyenyak ok, sebab semua keletihan!! Perjalanan untuk hari pertama kami sejauh lebih kurang 11 km. Alhamdulillah
12.5.2010(Rabu)
Guider dah briefing semalam, katanya kita akan bergerak pukul 9.00 pagi. Tapi kami semua lewat bangun. Semua bangun pada pukul 7.30 pagi. Bangun readykan sarapan. Roti penyet beserta nutella, dan masak nasi untuk makan tengahari terus. Macam rancangan awal yang dibuat. Lepas semua siap packing, dan wat senaman yang penting, pukul 9.40 pagi kami semua bergerak ke Kubang,. Sampai di Kem Kor pukul 10.55 minit pagi. Rehat sekejap dalam 7 minit, makan coklat dan bancuh air feveret aku. Air glucose. Heh. Lepas rehat, terus bergerak ke Permatang. Jarak diantara Kem Kor ke Permatang juga sejauh 2.5km. kami singgah di Permatang(874m dpl) untuk makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari, akibat dari senak perut, aku cuma minum air milo panas.thanks to mimi sebab ade milo 3 in 1. Guider nasihatkan kami semua lepas ni jangan makan nasi waktu tengahari, sebab nanti akan buat susah nak jalan. Dia cadangkan makan megi saje untuk tengahari. Nasib baik aku dengan botol bawak megi. Dekat permatang jugak kami jumpa Tesco. Heh. jangan terkejot dalam hutan pun kami jumpa tesco, sebenarnya Tesco ni kami bagi gelaran pada makanan yang pendaki lain tinggalkan. Sebelum kami naik, ade group perhilitan naik jadi agaknya mereka la yang tinggalkan makanan tu untuk ringankan beg. Heh. terima kasih sebab bagi minyak dengan bawang dan sebagainye,, heheh dalam pukul 1.15 petang kami teruskan perjalanan ke Kem site seterusnya, Kubang sejauh 3.5km lagi kami semua kena berjalan. Akhirnya kami semua sampai di kubang(1406m dpl) pada pukul 4.55 petang.
memang perdakian hari kedua ni teramatlah mencabar bagi aku. Berapa kali aku berhenti sebab sesak nafas. Dan akhirnya kaki aku cramp, perasaan masa tu, fuhh memang mencabar mental, sebab aku tahu aku boleh… tapi bila dipaksa berjalan memang tak boleh. So aku dapat simpulkan, tak guna kita push diri.. nanti akan buat keadaan lagi teruk. Lepas aku cramp kaki, a big thanks kepada Kintan, Botol ngan Lehe.. bergilir-gilir bawakkan beg aku sampai ke Kubang. Pada opel, mimi,ina pun terima kasih jugak.. sebab bagi sokongan mental. Sangat2 memerlukan. Kepada guider a.k.a abg asri.. dia layankan saje karenah aku.. bila penat aku berhenti. Lepas tu jalan perlahan-lahan. Haih jadi guider memang kena kuat mental!! Perjalanan hari kedua ni memang aku pancit sebab mendaki dan aku tak dapat step lagi. Ok naik gunung pun kena ada step macam menari, sebab nak maintain untuk perjalanan jauh. Entahlah, kalau takde mereka, entah macamana aku.. terutamanya mental aku. Heh. bila naik gunung, kau akan tahu hati budi seseorang,, luar dan dalam. Cubalah kalau nak tahu. :P
sampai2 terus buat air panas. Memang itu yang guider suruh.. cooling down badan. Minum air panas, lepas semua ok. Dirikan khemah. Punca air dekat Kubang, agak jauh.. mencabar betul nak pergi amik air. Air die pun tak banyak, Cuma ada lopak air bertakung. Dengan air tu lah, kami masak dan menunaikan segala kewajipan. Mandi je tak. Hehe. Sedang bersiap2 hujan turun dengan lebat. Nasib baik khemah pusat dah pasang awal2. erk. Nasi sekali lagi mentah, masa dekat camp site Kem Lata Luis pun nasi mentah. Kesudahannya, guider ajar cara masak dekat atas gunung.beras kena sikit tapi air kena banyak.. Heh terima kasih banyak2 kepada guider yang terbaik. Heh.. maklumla kami semua tak banyak pengalaman. :P lepas makan dengan keadaan yang hujan lebat. Duduk je bersepah-sepah. Mula dari malam ni, guider dah jadi sebahagian dari kitaorang. Heh makan sama2. boleh merasa lauk yang guider masak. Menu kami macam biasa lah, gila kentang dan bilis paku. Sambil makan, sambil briefing untuk hari esoknya… malam ni, kami yang perempuan tidur lambat sikit sebab ada sesi urut mengurut. Sedar2 dah pukul 12, baru nak tidur. Heh.. hujan still lagi tak berhenti, kami tidur dalam air.. hehe sebenarnya bawah khemah kami yang perempuan ni dah berlopak. Jadi kami tidur macam atas tilam air la. Heh mana nak dapat pengalaman macam tu kan?
Perjalanan hari ni sejauh 7.5km. tapi mendaki.. Alhamdulillah selamat semuanya. :P
13.5.2010(Khamis)
Pada hari ketiga, kami bangun pukul 7.00 pagi. Selesaikan apa yang patut. Heh. punch card laa.. packing barang, buat sarapan macam biasa. Roti penyet dengan nutella. Perjalanan bermula pada pukul 9.35 pagi, perjalanan ke berlumut(1443m) sejauh 1.5km. rehat kejap dekat situ. Kemudian meneruskan perjalanan ke bonsai Dari berlumut ke bonsai sejauh 5.5km. Sebelum sampai ke bonsai, kami singgah makan tengahari di pemandangan pada pukul 1.10 petang. Menu tengahari macam biasa, megi yang terbaik dari chef yang terbaik. Heh. bersama air the o limau panas.. pergh… semua terbaik. Dah abis semua penat sekejap, dengan semangat yang berkobar-kobar kami meneruskan perjalanan. Pemandangan sepanjang perjalanan adalah terbaik, semua cantik.. pokok2 yang berlumut. Macam dalam gambar cantik dalam poskad tu. Kabus dalam hutan tu terbaik. Cantik2.. Subhanallah…. Entah bila lagi aku dapat jalan dalam keadaan macam tu. Heh.
Sampai di bonsai (1075m dpl) dalam pukul 3 lebih macam tu.. lama jugak kami rehat di bonsai. Menikmati pemandangan cantik dekat situ, haih, memang tak jemu.. dari bonsai kami nampak jalan yang akan kami lalui ke bukit botak.. jalan berbatu dan pokok2 renek separa lutut.. dekat bonsai amik gambar2 sikit.. buat ucapan sikit. Heh wonderful experience. Sebelum pukul 4 petang kami meneruskan perjalanan ke bukit botak. Jarak antara bonsai ke bukit botak adalah 3km.
Alhamdulillah perjalanan hari ini, tidak banyak mendaki. Dan perjalanan lebih lancar. Mungkin sebab sambil jalan-jalan sambil berbual. Bak kata abg asri a.k.a guider, jalan santai.. hehe.. semua orang aku rasa menikmati pemandangan sepanjang jalan dengan sepuas-puasnya… sekali lagi nasib kami baik, sebab hujan. Jadi perjalanan ke bukit botak tidaklah terlampau panas. Mendaki batuan sebenarnya mencabar. Tapi mungkin sebab semua orang berkobar2 untuk ke puncak aku rasa. Kebanyakkan perjalanan, yang tinggal pada aku hanyalah mental. Kalau mental tak kuat, aku rasa aku dah terduduk dekat tepi jalan.
Sampai bukit botak pada pukul 5.28 petang, duduk tak sampai seminit. Sampai botol nak ke toilet pun kena marah. hehe “camne dot, nak teruskan g puncak ke?” erk…… soalan tu sebenarnya memang membunuh. Hmm dan keputusan di tangan aku. Aku tak tau aku dah buat keputusan yang silap atau tak. Tapi selalunya bila keputusan yang terdesak. Pemikiran aku kurang berfikir tentang diri aku. Aku tahu yang mereka mampu lagi. Jadi aku kate. “on”. Maaf kalau keputusan aku buat silap. Tapi aku percaya setiap keputusan yang aku buat ada hikmahnya. Memang lepas je dari botak, kami terus gerak ke puncak yang jaraknya 2.5km. jalannye berbatu mendaki. Yang tertinggal di belakang macam biasa, aku opel ina ngan guider. Dan Alhamdulillah kami sampai PUNCAK GUNUNG TAHAN (2187m dpl) Lehe kintan mimi botol sampai dalam pukul 6.40 petang. Kami berempat sampai dalam pukul 7.00 petang. Bila sampai, mereka dah dirikan khemah dan masak air.. tapi malangnye.. tempat mereka pasang khemah dekat padang terbuka, tidak sesuai pada waktu hujan dan angin kuat. Jadi terpaksa pindahkan khemah dan air panas yang dah dimasak. Sebenarnya sampai di puncak teramatlah sejuk. Lama jugak untuk kami semua nak panaskan badan, bukan ape risau hipertomia je. Susah nanti. Jadi duduk ramai2 bawah fly sheet. Sambil masak air panas. Memang tak blh nak bergerak ke mana.. bila siap air. Cuma pegang je cawan panas. Bila bercakap mulut meggigil..pergh,, mental masa tu, jangan cakap lah. Rasa bersalah pun ada. Bila keadaan dah terkawal sikit. Lelaki pasang khemah, semua kena salin pakaian kering sebelum buat apa2. kami yang perempuan macam biasa, siapkan makanan malam. Macam biasa, guider yang baik hati sekali lagi bagi tips yang terbaik masak dekat puncak. Lepas semuanya settle makan malam pukul 9 malam. Oleh kerana ada makanan yg diambil dari Tesco, jadi malam tu ade la lauk skit. Dicampur dengan bilis paku masak kicap. Heh. sebenarnya ada janji untuk masak nasi grg kampong yang belum tertunai. Hee sampai sekarang. Nanti yee 7s. hhehe
Pada malam ni jugak, kami repack semula barang makanan. Tengok mana yang berlebih atau terkurang. Lepas settle semuanya, kami masuk tidur pukul 11.00 malam. Tidur malam tu dengan cuaca yang teramat sejuk. Tidur rapat2 dengan ina dan mimi. Heh. sedar tak sedar hari ni kami jalan sejauh 12.5km. Alhamduliilah semua selamat dan yang penting sihat untuk meneruskan perjalanan. Sebelum tidur aku terfikir, yang perjalanan untuk balik lebih mencabar, kalau tak kenapa boleh sampai 4 hari kan? Semoga semua selamat esoknya.
14.5.2010 (Jumaat)
Duduk dalam hutan, memang tak sedar hari apa, apa yang berlaku dekat luar. Semuanya pasal diri sendiri dan mereka yang ada dengan kita pada waktu tu. Kalau ikutkan hati malas nak bangun pagi tu tengok matahari. Sebab dah nyenyak tidur. Tapi dengar suara lembut ina “Mimi, cube bukak khemah.. nak tengok” dan tak sampai seminit pintu khemah dibukak. “CANTIK2!!” nak bergegar khemah ina menjerit.. akibat dari jarak khemah perempuan dengan lelaki tak jauh. Confirm la suara ina sampai ke telinga mereka. Apa lagi semua bangun mengejut. Lepas tu buat marathon pergi lari ke puncak. Puncak dengan khemah kami semua tak sampai 5 minit pun. Sampai puncak termengah2.. abis semua lopak air kitaorang langgar. Pintu khemah pun lupa tutup.bahaya!! SUBHANALLAH!! Itu je yg mampu aku cakap. Memang cantik. Biarpun ada awan yang halang matahari, tapi sun ray tetap cantik. Magic hour orang panggil.. garis panjang warna merah. Cahaya matahari nak keluar teramat cantik. Haih, tak boleh aku nak gambarkan. Memang kena tengok sendiri. Syukur sangat2, sebab dapat jugak tengok sun ray dekat puncak. Ikut kata guider, ikut nasib kita, nak nampak matahari naik.. ada yang dah naik banyak kali.. tapi nasib tak menyebelahi dia. Jadi kami semua bersyukur sangat2. lama jugak melepak dekat puncak, buat aktiviti wajib.. tangkap2 gambar, buat ucapan pada yang tak pergi. Dekat puncak jugak kami menggelarkan diri kami 7s.. hahaha sebab kami saja yang gila mahu naik gunung.. hhehe
Dalam sejam jugak kami semua duduk dekat situ. Bila matahari dah naik penuh, kembali lah kami semua ke khemah. Buat rutin harian.. macam biasa,, sediakan sarapan. Ohh hari ni hari terakhir makan roti penyet dengan nutella. Sebab stok roti dah abis. Oleh kerana barang2 dah dibahagi semula. Jadi semua repack semula beg masing2. agak lambat kami gerak dari puncak. Dalam pukul 10.50 minit pagi rasanya. Sebab semua amik peluang nak talifon orang2 yang jauh, bagitahu dah sampai puncak. Lagipun dekat puncak ada toilet. Jadi sape2 yang nak punch card selesa la sikit. Kami semua sidai2 baju yang basah, kering2 kan apa yang patut. Heh. Perjalanan hari ni ke Gedong(2055m dpl). Jaraknya lebih kurang 7km dari puncak. perjalanan ke gedong, aku rasa paling santai. Hehe formula yang kami semua gunakan memang berguna untuk buat perjalanan tu tak terasa. Dalam perjalanan ke gedong terdapat bangkai kapal terbang yang pernah terhempas dekat situ. Aku search2 pasal kapal terbang tu, ade yang kata masa perang dunia ke 2. wallahualam. Perjalanan sama seperti semalam, masih lagi berbatu2. rancangan nak makan tengahari di bukit berapit, tapi ada satu kawasan lapang sebelum bukit berapit. Jadi kami berhenti dan buat keputusan untuk makan dekat situ. Nasib baik cuaca tak panas, tengah2 kami masak megi dengan air. Tiba2 hujan turun dengan lebatnya. Haih, maka moment makan magi dalam hujan lebat jadi salah satu moment yang aku takkan lupa.
Sampai di Gedong pada pukul 4.44 petang untuk group first. Lehe, botol kintan dan mimi. Aku opel guider gang ina lambat sikit, sebab diaorang kena tunggu aku. Ade hal sikit. Hehheh… sampai2 saje, kami yang perempuan cepat2 masak nasi dengan air. Guider risau hujan akan turun. Dan memang betul, tengah masak nasi, hujan lebat turun. Gedong sebenarnye lebih sejuk dari puncak. huhuhu lepas masak2 salin baju kering, solat lepas tu makan. Heh. kali ni guider masak bubur nasi. Kami pulak masak nasi yang kembang terlebih, hehe dengan lauk yang diambil dr tesco dengan menu wajib. Gila kentang dengan bilis paku. Hehe mestilah bubur nasi menjadi pujaan semua orang. Heh, maka esoknya opel cadangkan masak bubur nasi je untuk sarapan. Sebagai chef yang menurut perintah, aku ikutkan aje.. malam tu sebelum tido. Aku,botol,lehe.opel,kintan diwajibkan makan ubat anti malaria. Ni makan untuk kali kedua, yang pertama dah makan sebelum pergi. Haih sumpah ubat tu pahit gile, malam tu jugak aku telan panadol. Sejuk yang teramat sampai aku ina mimi mencipta formula untuk kekal panas. Heh. pakai stokin dua lapis. Sleeping beg jadi selimut yang tebal. Nasib baik sleeping mat membantu sakit belakang aku. Heh. malam ni semua tidur awal. Sebab guider dah sound nak gerak awal esok. Pukul 7.30 pagi. Gulp. Boleh ke?? Aduhai roti penyet dah abis.. jadi kn bangun awal nak masak bubur. Ok 9.30 malam dah tertidur….zzzzzzzzzzzzz Alhamdulillah.. perjalanan hari ni sejauh 7.km. esok tak tau lagi.. macamana ragamnye. Tapi yang penting, dari ketinggian 2055m d.p.l ke 168m d.p.l. fuh2 bayangkanla…
15.5.2010(Sabtu)
Hari kelima, kami bangun pukul 5.30 pagi. Sejuknye, tuhan jela yang tahu,, tapi sebab perjalanan hari ni jauh, dan memerlukan banyak tenaga. Kami semua bangun dengan semangat waja nak masak sarapan. Lepas solat subuh, aku siapkan bubur nasi, ina dengan mimi kemas khemah. Masak the o panas adalah wajib,. Hehehe tapi dalam kalut mengemas dengan memasak. Sempat lagi tengok matahari terbit. Kali ni memang nampak cantik. Bulat saje. Lepas siapkan semuanya, kali ni kami semua bersiap cepat2. heh. takut kena marah dengan guider. Sampai kan sarapan pun siap ade delivery boy yang datang sambil kemas2 barang. Hehe bubur nasi aku menjadi, tapi kembang semangkuk. Haih tapi telan jelaa. Untuk tenaga. Kami semua memulakan perjalanan pada pukul 8 pagi, kemudian berhenti di gunung reskit(1279m) pada pukul 9.28 minit pagi, jarak antara gedung dengan gunug reskit Cuma 1.5km. Trek ke gunung reskit masih lagi berbatu, dan ada pokok renek yang comel. Sebenarnya perjalanan hari ini teramatlah mencabar, semua kekuatan mental dan fizikal teruji. Kekuatan tangan, kaki, sebab semua skill kena guna. Rock climbing, gelongsor, paut pada dahan.. ahh semualah.. seterusnya kami menuju ke gunug tangga lima belas. Erk.. nama macam ade lima belas mata tangga je kan?? Hhehe silap2.. banyak gila tangga yang kena naik dan kena turun. Ohh tangga tu bukan calang2 tangga.. boleh buat lutut menggeletar.. grrr… tapi memang menarik. Ada yang takde tangga, jadi kekuatan tangan dengan kaki diperlukan. Haih. Fuh2… memang berbatu dan curam yang teramat tinggi. Berhenti rehat dekat gunung tangga lima belas. Guider cabar aku, suruh aku sampai dekat pangkin bawah sebelum pukul 2 petang. Memang semangat berkobar2. padahal dalam masa yang sama, takut jugak,, nanti tak tercapai macamana. Heh. guider janji masak bubur nasi kalau sampai sebelum pukul 2. heh. memang semua orang bersemangat.
Sebelum sampai ke pangkin bawah, ada satu lagi gunung, iaitu gunung pangkin. Sampai dalam pukul 1 petang rasenye.. tapi tak boleh lama sebab dah panas. Pokok tak banyak dekat situ. Cepat-cepat turun ke pangkin bawah, sebab janji punya pasal. Lagipun kena cepat, takut sampai teku berjalan malam. Sampai di pangkin bawah sebelum pukul 2.
Alhamdulillah. Menu tengahari, megi seperti biasa. Tapi ini adalah menu megi yang terakhir. Stok megi dah habis. Aku tak tau nak cakap macamana baiknye guider yang bawak kitaorang ni. A.k.a abg asri, dia tau kami semua penat. Jadi dia yang masakkan air. Suruh aku duduk rehat dulu, haih, tapi takkan lah kan,, dia kan guider. Cepat2 aku masak megi.. megi panas memang jadi pujaan semua orang, termasuk yang jatuh, heh. perjalanan ke Teku, lepas dari pangkin bawah dah melalui pokok besar. Maksudnye dah masuk ke dalam hutan. Macam biasa ada daki sikit. Lepas tu mendatar.. sebelum sampai ke Teku jumpa Wray's Camp. Kem ini dinamakan sempena nama seorang pendaki Inggeris, Wray's. Wray yang dikatakan mati disini diabadikan namanya. Kem ini cuma 1km dari Kem Pangkin Bawah dan boleh memuatkan 2 khemah. Kem Sarsi. Kem ini dikelilingi pokok sarsi, Sejenis pokok yang kulitnya berbau dan berasa minuman sarsi. Maklumat ni aku dapat masa search2 di google.
Selepas makan tengahari, guider putuskan untuk satu team yang laju akan jalan dulu. Bawak satu set kelengkapan. Khemah, mess tin, dsb.. team tu terdiri daripada kintan, botol, mimi dan lehe. Aku opel ina dan guider akan jalan dibelakang. Almaklumlaa step kaki aku melangkah lambat sikit. Heh. sorry. Tapi jalan kali ni, takde la stress,, sebab aku layankan je perjalanan tu. Tapi bila hari dah pukul 5 petang, kami terpaksa lajukan langkah. Atas sebab mahu sampai ke Teku sebelum malam. Sekali lagi kami diuji, semasa dalam perjalanan. Kilat petir yang dasyat. Memang terkedu sekejap. Mengucap panjang aku. Berhenti kejap. Tunggu keadaan reda. Ditambah dengan risau team yang pergi dulu tadi, jadi kami kena laju. perjalanan ada yang landai, ada juga mendaki dan menurun. Dan Alhamdulillah kami sampai pukul 7.30 petang. Dan team yang terdahulu sampai pukul 6.15 petang. Tapi kisah hari ni belum berakhir. Bila sampai2 je di camp site. Mereka yang sampai awal, duduk dekat tepi sungai. Pelik jugak. Agaknya baru sampai. Tapi guider dah nampak lebah yang banyak dekat beg. Jadi aku cuma duduk di balik pokok, sebab takut lebah datang bila bau masin kesan dari bau peluh. Kintan datang bagitahu yang mereka tak boleh nak buat apa2 sebab lebah dah banyak masa mereka sampai. Rupanya mereka terus terjun sungai. Apalagi guider suruh aku ina opel lari masuk sungai. Heh. memang cemas time tu, dengan badan belum cooling down terus masuk sungai. Duduk dalam sungai sampai menggigil. Bila hari dah mula gelap. Duduk dekat unggun api yang ada. Bila malam lebah dah balik ke sarang dia. Jadi kami semua barulah boleh dirikan khemah dsb… perkara pertama yang wajib buat adalah masak air panas. Teh o!!! sebab semua orang kesejukan yang teramat!! Lepas minum air panas. Tempat ada air, jadi kenalah mandi.. saying kalau sia2kan. Kami yang perempuan ni pergi lah mandi dulu dalam keadaan sejuk gila. Tadi dah berendam dalam sungai secara mengejut. Fuh memang mandi dengan cepat sebab takut sejuk melampau. Heh tapi sempat lagi bergosip. Perempuan.. heheh
Lepas semuanya siap. Masa untuk memasak. Ok menu kali ni dah bertukar bubur nasi kicap + bili paku +gila kentang!! Puls guider tu dah janji nak masak sekali tuk kitaorang. Heh janji tetap janji. Malam ni tidur agak lewat. Duduk kat kat khemah pusat sambil tersengguk2 kepala. Nak dekat pukul 1 pagi baru aku masuk tidur. Macam yang dibincangkan malam sebelum tidur, kami semua akan gerak lewat sikit sebab malam ni dah tidur lewat. Tidur yang cukup amatlah penting untuk berjalan jauh esok harinya. Tapi kami semua tahu yang kami akan berhadapan dengan masalah besar, iaitu akan berdepan dengan lebah yang beribu-ribu lemon. Guider cakap, jangan risau.. nnti tau laa dia settlekan. Heh memang terbaik. Perjalanan hari ni sejauh 11.5km dari gedung ke Teku. Tapi jarak dari kuala tahan ke puncak dikira mengikut peta. Bukan dari muka bumi. Jadi mungkin jaraknya lebih. Sebab kami berjalan dari pukul 8 pagi hingga ke 7 petang. Lebih kurang 12 jam perjalanan. Dari 2000m dpl ke 100m dpl. Fuhh aku rasa jauh gila.. tapi aku tak tahu betul tak. Apa2 pun Alhamdulillah untuk hari ni…
16.5.2010(Ahad)
selamat pagi lebah2.. terkejut gila, bangun2 pagi dalam pukul 7 pagi nampak ade lebah dalam khemah. Minta maaf semua. Kami yang perempuan ini sangat cuai. Tak tutup khemah rapat2. “wei, ade lebah masuk khemah” ina..”hah!!”… aku takut gila sebenarnya. Tapi ingat.. jangan panic. So aku amik plastic nak tangkap lebah2 yang comel tu. Cet.. ina gelakkan aku mula2.. lepas tu dia yang amik plastic dan bertukar jadi penangkap lebah berjaya. Heh. tak sampai setengah jam semua lebah tu berjaya dikeluarkan. Hehe. Pagi2 lagi kami semua dah bising. Memang semua bergerak macam komunis.. masukkan je smua barang dalam beg.pukul 8.30 pagi lari ke hutan. Memang menakutkan sebenarnya bunyi lebah yang banyak berbunyi dekat dengan telinga. Huh.. mereka-mereka yang lelaki memang bertindak jadi hero.. berlari kemaskan khemah, amik barang2 yang tertinggal. Thanks again. Barang2 semua dah jadi kucar kacir. Memang tak boleh nak packing elok2 barang. Kena jalan jauh, seberang sungai. Tapi sayang, perhitungan kami semua silap, sekarang musim bunga. Lebah memang ada dimana-mana. Tak boleh kami berhenti lama, nanti ada saje lebah yang datang... Opel lehe botol jadi mangsa gigitan lebah. Nasib baik tak kena banyak. Kalau tak boleh demam.
Kami sarapan pagi dekat dalam hutan, bukan sarapan sangat pun. Minum air teh o panas. Dengan biskut oat krunch yang aku bawak. Makan coklat banyak2 untuk tenaga. Mula dari hari ni, semua orang dah terdiam. Semua perancangan terpaksa diubah, mungkin ni lah hikmah hanya 7 orang saje yang pergi. Senang nak buat keputusan. Perjalanan hari ni dalam hutan, dan mencabar,, sebab kena seberang sungai. Walaupun dari kecik aku membesar dengan sungai. Tapi sungai dekat sini, semua besar dan dalam2.. memang mencabar minda. Sekali lagi ketar lutut dibuatnya.
Perjalanan hari ni sepatutnye menjadi santai, sebab perancangannya kami mahu ke Kem Puteh saje, jarak dari Kem Teku Cuma 7km saja.. jadi kami sepatutnya boelh mandi manda sambil seberang sungai. Tapi itu hanya perancangan manusia yang lemah. Mana kita tahu kan perancangan Dia. Kami singgah makan tengahari dekat dalam hutan jugak. Macam biasa menu bubur nasi kicap Ikutkan , nak berhenti makan tengahari lama sikit. Sebab nak masuk camp site bila keadaan dah gelap, lebah takkan ada dah time gelap. Boleh laa nak jemur baju. Mandi. Heh. tapi tu semua tak menjadi, yang jadi lain pulak. Masa makan tengahari, kami semua bincang. Perancangan berubah serta merta, kami semua tak jadi tidur di Kem Puteh.. tapi terus ke Kem tengah. Ini bermakna kami akan berjalan jauh, dan berkemungkinan besar melalui gunung rajah pada waktu malam. Gulp. Lepas makan tengahari, semua diminta tukar mind set. Sebab akan jalan jauh. Bukan lagi dekat, fuh2 bukan senang nak tukar mind set. Sebab sebelum tidur dah set mind esok akan jalan dekat je. Fuh2. maka kami pun berjalan lah dengan lajunye. Heh. dah takde istilah santai2 lagi. Perjalanan hari ni walaupun dekat, tapi sebenarnya memenatkan, sebab untuk ke Kem Puteh kami semua haruslah menyeberangi 7 batang sungai yang airnya besar dan deras. Sampai di sungai yang terakhir, kami semua berhenti sekejap. Aku mimi ina, basah kan badan dekat anak sungai yang ada. Masa tu dah pukul 4.45 petang, tinggal lagi satu sungai nak kena seberang. Lepas tu dah sampai ke Kem Puteh. Tapi kami memang tak boleh nak masuk ke Kem Putih lebah memang ada dekat setiap camp site. Masa lepas makan tengahari, kami terserempak dengan jabatan perhilitan kot, yang naik bot memancing ikan.kot. diaorang cakap. Dekat kem Tengah pun ada lebah. Haih memang dimana-mana ada lebah.
Macam KPSM, semuanya berubah dalam sekelip mata mengikut keadaan. Perbincangan yang serius diadakan. Erk. Sebenarnya dari awal lagi pemikiran aku dah kosong je.. masa ubah rancangan lepas makan tengahari. Aku memang dah tak fikir apa2. yang aku tahu jalan dan terus berjalan. Bila kami semua berbincang semula, rancangan diubah sekali lagi. Fuh lega sikit.. bukan apa,, aku paling risau dekat gunung rajah, mendaki malam adalah perkara yang paling aku nak elakkan. Maklumlah.. bukan kami saja yang ada dalam hutan. Kami berkongsi dengan binatang dan makhluk lain. Alhamdulillah, kata sepakat dicapai.. kami semua memilih “prepare for the worst”. Kami memang mempunyai tenaga lagi untuk berjalan sampai ke Kem Tengah tetapi yang menjadi persoalannya, apabila kami sampai lewat di Kem Tengah. Dan pagi esok kami terpaksa bangun awal untuk balik. Jadi berkemungkinan kami tak cukup rehat. kami sememangnya dah sepakat nak buat 7 hari saja, maksudnye.. kami terpaksa mengambil beberapa risiko. Jadi keputusannya kami akan berhenti di Kem Puteh, kemudian akan bergerak pagi2 dari kem Puteh terus keluar ke Kuala Tahan. Fuh perkataan keluar tu memang menajdi motivasi pada semua orang. Tapi kami tak boleh seberang sungai lagi.. tak boleh nak masuk camp site lagi.. tak boleh nak pasang khemah lagi. Semuanya sebab lebah,,jadi kami pasang unggun api yang berasap dekat tepi anak sungai tu. Dari pukul 5 sampai hari gelap kami melepak dekat tepi tu. Macam-macam cerita keluar. Penyudahnya, lebah tu datang dekat kami semua.. habis semua beg kena perasap.. bila dah mula gelap, kami semua seberang sungai dan akhirnya sampai ke Kem Puteh. Tak sampai 5 minit pun dari tempat melepak tadi.
Bila ingat balik, kelakar pun ada. Kami habiskan masa hampir 2 jam lebih. Heh. apa lagi botol dengan cerita2 nya laa… hehehe Disebabkan masuk ke camp site dah gelap. Pergerakan jadi lambat. Pasang khemah. Masak. Makan malam hari ni spesel sikit, sebab lehe yang masak. Hehehe entah apa kena dia nak masak. Hehe lepas siap semuanya, makan dan berbincang pasal esok. Perjalanan hari esok adalah hari yang ditunggu-tunggu. Jika diikutkan kami akan buat lapan hari.. tambah lagi satu hari tidur di Melantai, sebab taknak jalan push sangat. Tapi disebabkan lebah, kami dah tak larat nak jadi komunis lagi. Lari dalam hutan. Masuk camp site bila dah gelap dan kena keluar dari camp site sebelum cerah. Heh. mencabar. Makan malam macam biasa, bubur nasi kicap+gila kentang+bilis paku. Heheh macam biasa guider makan dengan kami semua dengan bubur nasi dia yang terbaik. hehe mestilah kami semua tumpang sekaki makan. Lepas makan, disebabkan decide untuk balik esok nya, kami semua dah putuskan untuk buang makanan yang lebih. Beras yang belum guna, kami masukkan dalam satu plastic, lepas tu sangkut dekat pokok. Mana tahu ada group yang datang, untuk gila kentang dengan bilis paku, memang tak boleh nak buat apa.. kami terpaksa buang. Aku tak anggap itu membazir, tapi rezeki binantang lain. Lambat jugak malam ni tidur, sebab tak berapa penat. Penat menunggu hari gelap je. Perjalanan untuk hari esok, dah diputuskan. Semua mesti bangun pukul 3.30 pagi dan gerak pukul 4.30 pagi. Gulp. Ok tidur malam ni.. tidur buat kali terakhir dekat hutan tebal ni. Entah bila pulak ada peluang. Alhamdulillah untuk hari ni..
17.5.2010(Isnin)
”bangun2, taknak keluar ke?? Dah pukul 4.45pagi..” hah.. aku dengar suara guider je.. erk.. aku dah cuak. Kalau lambat siap, lebah akan datang. Dan kalau lambat gerak, kemungkinan besar kami tak dapat keluar hari ni jugak. Bertambah satu hari berperang dengan lebah. Haih, tak sanggup. Cepat2 aku packing barang. Semua bergerak macam lipas kudung. Sejak dari hari pertama berperang dengan lebah, barang dah jadi kucar kacir. Aku dah tak bawak khemah. Semua barang yang dah dibagi2 bertukar. Siap semuanya, kami bergerak dari kem puteh nak dekat pukul 6 pagi. Memang mencabar, mencari jalan keluar dengan keadaan jalan yang tak nampak. Trek nya memang tak dijaga. Pokok2 tumbang. Hmm sesuatu terjadi masa kami nak keluar. Kami ikut jalan yang sama 2 kali. Heh, bukan sebab apa. Sebab keliru dengan pokok2 kayu yang tumbang. Haih wallahualam. Dia lebih Mengetahui. Perjalanan hari ni sudah di set untuk keluar, jadi mind set semua orang. Keluar, keluar dan keluar,, jalan,jalan dan terus berjalan.. takde istilah jalan santai hari ni.
Sebelum gerak, kami cuma minum air teh o yang dah tak manis. Gula dah habis stok, hehe. Mendaki gunung rajah, sememangnya mencabar. Macam mendaki nuang. Tapi berganda sikit, heh. nak semput jugak lah. Actually. Dah last2 ni emosi jadi tak terkawal. Heh. cuba nak maintain. Kadang tak boleh, heh tapi bolehkan aja.. berjalan macam robot aku rasa. Kami semua sarapan dalam hutan, sebelum teruskan mendaki. Macam biasa, bubur nasi kicap+gila kentang+bilis paku. Aku tahu semua orang dah tak selera nak makan. Maklumlaa hati semua dah dekat luar, mahu makan yang sedap2. heh. sampai puncak gunung rajah(576m dpl) dalam pukul 9 pagi. Rehat tak sampai 5 minit, kami semua teruskan bergerak turun. Macam kata guider, mendaki gunung, mestilah ada naik turun.. jadi walaupun menurun tetap kena mendaki.berhenti rehat sekejap dekat Kem Tengah. Kem tengah ni aku kira glamer sebab kintan asyik cakap je. Bila dah keluar baru tahu cerita sebenar. Haih itu memang aku lemah. Perjalanan hari ni, pada awalnya memang mengantuk. Apsal entah. Tak cukup tidur agaknya, berjalan dalam keadaan mamai bukan sesuatu yang best. Lemah langsung. “ok, dot.. mesti sampai melantai pukul 2 petang, kalau tak, jangan harap keluar” erk ape??? Ok aku tahu guider cakap tu bukan main2 lagi. Aku dah down gila masa tu. Macam semua beban jatuh atas bahu aku. Aku tak tahu lagi kemampuan aku nak teruskan. Aku takut kalau aku tak sampai pukul 2. maknanya semua orang tak boleh balik lagi. Akan tambah lagi satu hari. Huh tekanan sungguh. Fuh2. grr.. lepas guider cakap macam tu. Aku tak tau fikir apa.. aku dah tak fikir pasal diri aku. Yang aku tahu pukul 2 sharp. Err.. sapa sangka aku betul2 down. Sampai menangis. Jalan laju je. Dan akhirnye.. sesak nafas.. sebab aku push sangat!! Haih,, dayem… lepas tu, lehe cakap.. “ aku bawak beg ko sampai melantai” erk belum sempat aku ckp ape,, dia dah ambik beg aku dan dukung. Haih tak larat nak kejar, dayem aku nyusahkan orang pulak. Haih., sampai satu tempat, guider tu suruh lehe letak beg aku. Dia kata tak boleh macam ni, nanti lehe pulak yg pancit, bahaya. Jadi lehe dengan botol ambil barang dari beg aku separuh. Thanks again. Barang ape?? Rahsia,, hehe sebab tu aku cakap.. naik gunung memang kita boleh kenal hati budi masing2, huhuhhu jadi tak silap laa mereka memang kawan yang baik. Heh.
Yang aku tahu, yang tinggal pada semua orang hanya mental. Berjalan dengan mental. Guider tu pun minta maaf dengan aku. Sebab dia rasa dia buat aku tekanan. Huh. Erkk dia tak salah pun. Lepas tu semuanya ok... Makan tengahari kami, sebelum sampai Kem Melantai. Makan dalam hutan. Menu macam biasa, bubur nasi kicap. Tapi air kali ni menarik sikit, hot coklat. Hehe habis smua coklat yang kami bawak. Masak jadi hot coklat yang yummy + bertenaga. Berhenti makan dalam setengah jam. Lepas tu jalan semula. Jalan dengan semangat nak keluar. Sampai dekat Kem Melantai, macam biasa, cuma duduk dekat dalam hutan sebelum sampai camp site. Takut lebah datang. Berhenti sekejap, penuhkan botol dengan air. Sebab Melantai last punca akhir. Sampai melantai sebelum pukul 3. rehat tak samapi 15 minit. Terus bergerak. Mind set dah set yang jalan akan landai. Macam berjalan atas lantai. Tapi silap semuanya. Trek yang landai dah ditutup. Tak tahu sebab apa. Yang ada trek macam biasa. Ada naik dan turun. Haih. Semua dah jadi tekanan.Mind set kena tukar semula. Bukan lagi jalan landai. Nak marah tak tahu nak marah sape. Sebab bukan salah sesiapapun. Jadi semua orang kena tukar semula mind set. Yang jalan dekat depan kami memang tak terjangka. Syukur,kami tidak berjalan malam di Melantai.perkara yang kami nak elakkan adalah berjalan dekat melantai pada waktu malam. Jadi kami gigih berjalan untuk keluar. Perjalanan keluar dalam 4-5 jam lagi. Haih. Memang mental pada waktu sekarang dah tinggal macam kulit bawang. Makin nak sampai, makin tekanan memuncak. Dalam kepala cuma fikir nak minum air best je dengan makanan best.. tak fikir apa dah.
DAN AKHIRNYA KAMI SAMPAI PUKUL 7.50 minit malam. SYUKUR ALHAMDULILLAH. Bila dah sampai, guider pesan awal2 jangan menjerit walaupum happy sangat.. kami kan sampai time maghrib. Dah malam. Dan yang paling syok naik bot ke seberang lepastu terus pegi kedai makan. Heheh…. Objektif tercapai.. nak makan dekat restoran terapung melalui puncak Gunung Tahan dari Merapoh. Heh siapa sangka perjalanan mencari makan malam kami mengambil masa selama 7 hari. :P
Makan malam kami kali ni, bukan lagi bubur nasi, atau nasi kembang mahupun mentah. Bukan lagi berlaukkan gila kentang dan paku bilis. Tapi makanan yang teramat enak di restoran terapung. Order macam2.. haih. Memang semuanya menjadi gila. Sebenarnya rasa bersyukur sangat2 sebab semuanya selamat sampai. Kesihatan semua orang baik2 saja.sampai2 semua orang buat laporan. Semua gembira nampak teknologi. Makan aiskrim. Jalan masing2 dah macam orang bersunat. Kaki masing2 dah membengkak macam orang mengandung, semuanya sebab terlalu baik hati derma darah pada pacat. Perjalanan hari ni selama lebih kurang 14 jam. Dari pukul 6 pagi sampai hampir pukul 8 malam. Guider cakap badan manusia boleh bekerja selama 12 jam saja. Jadi badan kami hari tu bekerja extra 2 jam. Sebab tu emosi jam2 terakhir semuanya macam kulit bawang. rapuh sangat. Kami berjalan lebih kurang 20km lebih. Tak pasti berapa jarak yang tepat. Sekali lagi Alhamdulillah diucapkan. Kami menginap di hostel Liana. Bukan apa, dah malas nak pasang khemah lagi. Lagipun kami pergi sikit je. Jadi senanglah nak uruskan hal2 penginapan. Satu malam cuma 10 ringgit. Jadi dua malam 20 ringgit seorang. Heh oklah tu. Rasa jadi backpackers sekejap. Hehe cool. Tapi yang tak tahan nak naik ke liana hostel tu ade tangga. Memang menyesakkan dada.
Sebelum tido, kami berbual dulu dekat depan. Cerita2 sikit. Tapi tilam yang empuk tu dah memanggil2. kami yang perempuan naik dulu. Tapi sebelum naik tidur. Guider Tanya, apa yang kami semua dapat bila naik gunung. Erk. Semua terdiam. Banyak yang kami belajar sebenarnya. Tapi tak mampu nak luahkan. Mungkin bersifat peribadi. Bagi aku naik gunung memang dapat kenal peribadi seseorang. Dapat tahu kemampuan diri. Ianya nampak biasa, tapi ilmu yang tak boleh belajar dari mana-mana. Alam memang guru terbaik. Sebab alam takkan pernah berkompromi dengan manusia. Bukan kita yang menciptanya. Selamat malam semua. Selamat malam kenangan Gunung Tahan.
18.5.2010(Selasa)
habiskan masa dekat Taman Negara, tengok2 apa yang patut. Duduk dalam bilik pun panas. Jadi kami habiskan masa dekat restoran terapung. Makan dan makan. Tengok kehidupan masyarakat dekat Taman Negara. Life yang simple. Rasa nak mandi terjun je dekat sungai. Bwak bot. cool kan?. Petang pulak, hantar guider naik bas. Berlari dalam hujan takut tak sempat jumpa. Mula2 dah ralat dah, sebab ingat tak sempat jumpa. Tapi nasib kami baik. Sempat jugak. Bye2 guider terbaik!!
Malam pergi makan. Takde aktiviti sangat pun. Masing nak kemas barang. Nak balik esoknya.. yippie. Perempuan biasala bergosip. Cerita itu ini. Thanks ina n mimi sebab berkongsi rasa. Tidur awal jugak dalam pukul 12.30 malam.. zzzzzzzzzz jumpa esok.
19.5.2010(Rabu)
awal pagi bangun, kemas2 barang. Semua turun sarapan. Sekali lagi order macam-macam. Roti canai kosong+nasi lemak. Arghh semuanya terbaik. Bas sampai tepat pada waktunya, pukul 10 pagi. Perjalanan sejam dari Kuala Tahan ke Bandar Jerantut, kami pilih untuk makan di Bandar jerantut. Yeay KFC here we come!!!. dekat bandar jerantut dekat sejam lebih,lepas tu kami bertolak pulang ke UPM. Dan selamat sampai dalam pukul 3@4 petang. Aku dah tak berapa ingat. Basuh2 khemah dan malamnya post moterm yang tak berapa nak post moterm.. heheh Alhamdulillah semuanya selamat.
keseluruhan perjalanan
dari sg relau ke puncak - 44km
kuala juram ke puncak - 32km
puncak-2187m
puncak ke kuala tahan-55km
Alhamdulillah. Terima kasih pada semua.
~Bobby dengan zana terutamanya. Tanpa kamu berdua. GT5 ni takkan ada. Terima kasih sebab bagi peluang pada aku.
~Nabila sebab support dari awal. Teman aku pergi jogging. Dan bagi megi untuk makan dekat sana.
~Nazi n dila O.. sentiasa support minat aku.. hee
~Ella n Dila A n Thaleq sebab tolong memasak…
~pada semua yang terlibat secara langsung ataupun tak.
~pada 7s. Lehe, Botol,Kintan,Opel,Mimi,Ina.. terima kasih untuk semua kisah. Untuk semua perkara-perkara yang manis.
~untuk gambar sila lah ke facebook ye.. hehe
suka berkongsi cerita. kadang kadang beremosi dengan diri sendiri. oh bukan kadang kadang, selalunya. :)
Thursday, May 27, 2010
Monday, May 10, 2010
pesanan buat mereka..........
p/s^1: jaga diri
p/s^2 : yang penting jangan rindu aku.. hehehhe
notakaki: perasan sama seperti dulu............susahkan nak buang??:(
p/s^2 : yang penting jangan rindu aku.. hehehhe
notakaki: perasan sama seperti dulu............susahkan nak buang??:(
Saturday, May 8, 2010
selama 3 tahun...........................
masih lagi belum dapat lelapkan mata,,, hmm tadi mak ayah datang.. amik barang. macam yang aku jangka.. kereta yang dibawak tak mampu menampung barang aku selama 3 tahun. kesudahannya, muji kena berkorban tuk adik dia yang sorang ni. die akan datang jemput aku nanti bawak sekali barang2 yang lain. yeay!!
pagi tadi photoshoot dengan kawan terbaik aku selama 3 tahun dekat sini. susah senang mereka ada. huhu tak tau macamana hari terakhir nak berpisah nanti. dayem, aku belum sedia. OP untuk photoshoot tu, mr Opel, hehe dia adalah Felo kolej yang paling sporting. sepanjang 3 tahun aku dekat K5. dia orang yang banyak ajar pasal life dekat k5. macamana nak membentuk diri menjadi berguna. chewah. hehhe baru aku tahu penatnye jadi model. patutlaa model dan photografer duitnyee masyukk!!
malamnye pulak, ade majlis dengan budak2 UNIMAP. ikutkan hati malas nak masuk campur. tapi disebabkan apa yang aku belajar selama 3 tahun dekat k5. ikhlaskan hati tolong mana yang patut. harap2 dapat bagi yang termampu pada diaorang. jumpa lagi UNIMAP.
perasaan sekarang sebenenarnya sukar nak cakap. berdebar nak ke tahan. ye jugak. rindu ahli keluarga. ye jugak. tak bersedia berpisah dengan kawan2, ye jugak. haih entah mana satu...............
p/s: pic dari shazli shamsuddin photography.
p/s1: nabila athira,nazirah, adyla, selamat berkursus 3p!!! *bell.. jangan jadi tak tentu arah tau, bila aku takde nanti* hahaha statement!!
p/s2: wish u r here!! fuhh jauh!!
p/s3: Ya Allah.. selamatkan perjalanan kami semua!!
pagi tadi photoshoot dengan kawan terbaik aku selama 3 tahun dekat sini. susah senang mereka ada. huhu tak tau macamana hari terakhir nak berpisah nanti. dayem, aku belum sedia. OP untuk photoshoot tu, mr Opel, hehe dia adalah Felo kolej yang paling sporting. sepanjang 3 tahun aku dekat K5. dia orang yang banyak ajar pasal life dekat k5. macamana nak membentuk diri menjadi berguna. chewah. hehhe baru aku tahu penatnye jadi model. patutlaa model dan photografer duitnyee masyukk!!
malamnye pulak, ade majlis dengan budak2 UNIMAP. ikutkan hati malas nak masuk campur. tapi disebabkan apa yang aku belajar selama 3 tahun dekat k5. ikhlaskan hati tolong mana yang patut. harap2 dapat bagi yang termampu pada diaorang. jumpa lagi UNIMAP.
perasaan sekarang sebenenarnya sukar nak cakap. berdebar nak ke tahan. ye jugak. rindu ahli keluarga. ye jugak. tak bersedia berpisah dengan kawan2, ye jugak. haih entah mana satu...............
p/s: pic dari shazli shamsuddin photography.
p/s1: nabila athira,nazirah, adyla, selamat berkursus 3p!!! *bell.. jangan jadi tak tentu arah tau, bila aku takde nanti* hahaha statement!!
p/s2: wish u r here!! fuhh jauh!!
p/s3: Ya Allah.. selamatkan perjalanan kami semua!!
Thursday, May 6, 2010
kisah dongeng sang puteri dengan putera katak (versi aku)
dalam blog ni aku memang suka bercerita tentang kisah dongeng. sila buka kamus untuk faham apa maksud dongeng dengan tepat.
pada zaman dahulu kala, alaa zaman yang orang tak pandai lagi pakai facebook. blogger lagi la takde masa zaman tu. yang ada cuma minah kampung yang masih lagi suka membasuh ditepi2 sungai. kaum lelaki gagah perkasa memotong kayu. sekali lagi diingatkan, ini adalah kisah dongeng yang ada dalam imaginasi saya. mungkin cerita ini akan melangkau zaman yang tak pernah terfikir kan oleh sesiapa. heh suspen?
di sebuah kampung yang aman dan permai itu, terdapat dua sahabat baik. berlainan jantina. LELAKI + PEREMPUAN. zaman yang masih lagi suci, belum ada anasir jahat. jadi belum ada jantina2 yang tidak sepatutnya. heh.
LELAKI dan PEREMPUAN ini, berkawan baik sejak dari lahir. minat mereka sama.si PEREMPUAN suka memanjat pokok sama seperti si LELAKI. tetapi si LELAKI juga suka main masak-masak sama seperti si PEREMPUAN. jadi sudah berlaku keadilan disitu. semuanya nampak sempurna di mata orang kampung. mereka semua tahu si LELAKI tidak mungkin meminang si PEREMPUAN, dan si PEREMPUAN langsung tidak mengharapkan ikatan dari si LELAKI. mereka kan berkawan baik. huh pening?
hidup si PEREMPUAN dan si LELAKI ini tidaklah hanya berdua. kata duduk kat kampung. ofkoslaa ade kawan2 yang lainkan?. tetapi kisah si PEREMPUAN dan LELAKI ni saja yang menarik perhatian, disebabkan yang lain mula berkawan bila sudah masuk sekolah rendah.
p/s: aku sambung nantila kisah ni.. otak aku dah berhenti berimaginasi ni..
pada zaman dahulu kala, alaa zaman yang orang tak pandai lagi pakai facebook. blogger lagi la takde masa zaman tu. yang ada cuma minah kampung yang masih lagi suka membasuh ditepi2 sungai. kaum lelaki gagah perkasa memotong kayu. sekali lagi diingatkan, ini adalah kisah dongeng yang ada dalam imaginasi saya. mungkin cerita ini akan melangkau zaman yang tak pernah terfikir kan oleh sesiapa. heh suspen?
di sebuah kampung yang aman dan permai itu, terdapat dua sahabat baik. berlainan jantina. LELAKI + PEREMPUAN. zaman yang masih lagi suci, belum ada anasir jahat. jadi belum ada jantina2 yang tidak sepatutnya. heh.
LELAKI dan PEREMPUAN ini, berkawan baik sejak dari lahir. minat mereka sama.si PEREMPUAN suka memanjat pokok sama seperti si LELAKI. tetapi si LELAKI juga suka main masak-masak sama seperti si PEREMPUAN. jadi sudah berlaku keadilan disitu. semuanya nampak sempurna di mata orang kampung. mereka semua tahu si LELAKI tidak mungkin meminang si PEREMPUAN, dan si PEREMPUAN langsung tidak mengharapkan ikatan dari si LELAKI. mereka kan berkawan baik. huh pening?
hidup si PEREMPUAN dan si LELAKI ini tidaklah hanya berdua. kata duduk kat kampung. ofkoslaa ade kawan2 yang lainkan?. tetapi kisah si PEREMPUAN dan LELAKI ni saja yang menarik perhatian, disebabkan yang lain mula berkawan bila sudah masuk sekolah rendah.
p/s: aku sambung nantila kisah ni.. otak aku dah berhenti berimaginasi ni..
Sunday, May 2, 2010
pesanan dari seorang ibu...
mak kata...."nak berkawan tak salah.. tapi jangan terlalu murah. Pandai jaga diri. "
aku diam... "tau..."
mak kata lagi..."mak tau anak mak. tapi hati mak mana yang tak risau"
p/s: perbualan ringkas petang tadi.. sangat mendalam. sampai part last. aku cakap "oklah mak"...aku taknak mak dengar suara aku yang dah bergetar.
aku diam... "tau..."
mak kata lagi..."mak tau anak mak. tapi hati mak mana yang tak risau"
p/s: perbualan ringkas petang tadi.. sangat mendalam. sampai part last. aku cakap "oklah mak"...aku taknak mak dengar suara aku yang dah bergetar.
Subscribe to:
Posts (Atom)