Wednesday, April 13, 2011

biasa biasa saja. :)

Aku selalu ada masalah untuk mulakan ayat dan tamatkan ayat untuk entri blog. gile macam nak masuk pertandingan cerpen gayenye... :)

life sekarang ok2 je. bz buat itu ini sambil fikir apa lagi yang boleh dibuat. nice nice. :)


Ada beberapa perkara yang aku kena selesaikan dengan bank. jadi atas dasar kerja jugak pihak bank dapat tengok gaji sebulan yang ayah bagi..

pegawai bank : ni je yang ayah awak bagi sebulan??

aku : aah...

pegawai bank : erk kenapa tak mintak lebih...

aku diam lama... tak terfikir yang pegawai tu akan cakap macam tu..

aku : kalau boleh saya taknak terima pun ayah saya bagi...

pegawai tu cuma senyum sinis... masa aku keluar dari bank pun. aku still lagi terfikir fikir.. apa yang heran sangat dengan duit sebulan tu kalau nak dibandingkan makan pakai aku semuanya lengkap malah berlebih.

siot, aku patut jawab dengan pegawai bank tu macam ni "apa lah sangat gaji ni kalau nak dibandingkan dengan umur saya. 27 tahun.. encik fikir lah berapa ayah saya dah bagi pada saya daripada saya dalam perut sampai sekarang??" :)

entahlah, mentaliti orang berbeza beza... aku tak salahkan pegawai bank tu. mungkin dia perlu tahu nilai kasih sayang anak pada ayah..

aku dah pernah ditanya soalan ni banyak kali. kalau dengan orang lain boleh la aku gelak2. tapi dengan pegawai bank atas sebab urusan kerja aku terpaksa jawab jujur.. ada sorang pakcik ni, dia memang suka bergurau. aku dah kenal dia lama sebab sama2 kerja dengan ayah. setiap kali jumpa mesti dia tanya.. "berapa ayoh aok bagi sebulan ni jadi bodyguard dengan driver die?? " kadang2 aku jawab " hehe ikut ayoh lah" dan mesti die jawab semula "mintok r gaji tinggi2.. " aku senyum je. tapi nak je aku jerit pada dia.. "saya yang patut bagi duit pada ayah duit.. takkan saya nak mintak lebih.. pakcik ni biar betul???!!!"

aku tak kata apa yang aku buat ni cukup besar untuk ayah. aku tahu tak pernah terbalas dengan pengorbanan ayah.. ramai lagi dekat luar berkorban lebih besar untuk ayah mereka. apa yang aku buat cukup sekadar ayah tak pening kepala je. tak lebih. :)

p/s: ingatkan nak update entri LA bertunang,, tapi laptop ngan handphone macam bergaduh je.. grrrrrrrrrrrrrr............ kena ada laptop baru...... sob sob yang lebih laju dan pantas!!

p/s2: happy dengan dunia sekarang. :)

"bukan kerana mak ayah. bukan kerana keluarga. bukan kerana kawan kawan. bukan kerana sesiapa.. tetapi kerana ALLAH. mesti akan jumpa yang namanya IKHLAS"-penceramah bebas.

2 comments:

adyllbbs said...

what gud daughter u are~ :)

Penulis Bogel said...

*senyum
proud ade kwn cam kau...