Monday, September 26, 2011

cuti dah habisssssssssss broooooooooooooo!!


khamis : objektif utama aku ke kolumpo adalah nak menonton teater juta juta. memang dah lama sangat nak tengok teater. lagipun nak bagi sokongan pada kakdek si cantik manis. apa yang boleh aku katakan. teater juta juta ni patut dah lama ada. biar mata mata orang besar tu terbukak sikit. biar mereka tahu pelakon teater bukan sekadar ada nama.dapat jugak lepas rindu pada kakdek. dia orang yang banyak ajar aku. kalau dia tak tahu kat sini aku nak bagitahu, hehe. :)


balik teater, terus ke tempat yang dirindui. apalagi kalau bukan k5. lagipun si mamat hero. best boifren ever ade dekat sana. lepak2 dan makan2. masa untuk quality time dengan hero dan heroin aku. yippieee....

jumaat : penyakit bila tidur di kolej adalah malas nak bergerak walaupun bangun awal. rasa badan nak melekat je dekat katil. tapi aktiviti kena teruskan.. kalau tak rugilaa datang jauh2.kedai pertama dituju adalah kedai feveret. kedai ni adalah antara kedai terbaik untuk makan. semua terbaik. air. makanan. pergghhhh. kedai yang wajib datang. lepas rindu nak makan.meneruskan aktiviti ke mines untuk cari makanan sambil bershopping. :)

sabtu: objektif kedua ke kolumpo adalah untuk pergi ke rumah terbuka ERA.FM. aku dapat dua pass ke rumah terbuka mereka sebagai balasan mereka datang rumah aku hari tu. fun fun laa jugak, tangkap2 gambar dengan DJ. dengar Hazama nyanyi live. meremang bulu roma.. heheh
hidangannya adalas satay yang besar2 gedabak.. kalau ada dessert lagi best. lagi lah aku dengan bell lepak lama. heheh

ohh ini shac. DJ baru ERA. ok dia hensem dan baik hati. wink wink jatuh cinta lagi. hehehhe


ahad: tak kemana pun. takde rancangan. tapi masih lagi belum mahu pulang ke pahang. tiba tiba dapat pulak jemputan makan2. mana mungkin ditolak rezeki yang datangkan? heheh tq emma... :)

isnin : masa untuk pulang... tapi sempat jugak jumpa si nazirah. masing masing curi masa, Alhamdulillah., walaupun kejap tapi berbaloi. Dila nanti kita jumpa ok? tak sempat nak jumpa Dila. :(

aku harap.. semua perancangan sahabat2 baik aku berjalan lancar. aku excited ok! (dalam masa yang sama dah rasa sedih sikit2) hehehe


thanksssssssssss youuuu anisssss... sebab bagi bersenang lenang di 2025. terubat rindu dengan bilik tu. :)
thankksssssss youuuuuuuu botol tongga... sebab luangkan masa tuk update2 cerita..

dan tq sebab tak berubah disaat semua orang melakukan perubahan. ecehhh. :)



thanksssss youuuuuuuuuuuuu berjuta2 kali untuk si bell... yang setia jadi driver. setia teman untuk berhari hari. walaupun bizi. maklumlah artis. heheheh

dan macam biasa tetap setia berkongsi cerita. :)


upm dihati ku. tapi kita terpaksa berpisah. dah tak mahu teringat dengan kau lagi. BYE!

3 comments:

Asyraf Azizan said...

xajak on the road pun :(

hamidah mubin said...

alahh ko bukan ade kat upm pun.. mmg kalo tak ingt nak g on the road, huhuhu

fazleena said...

tq dtg yang! saya terharuuuu. terubat rinduuu. :)