Monday, January 9, 2012

ok aku mungkir janji lagi nak tulis entri 2011.. aku akan tulis tapi lambat atau cepat je.. hehe so sabar ok?

malam ni aku borak dengan kawan lama. sama2 kerja dalam satu organisasi dulu.. tiba2 terborak pasal kau. rupanya kisah kau dah ramai yang tahu. tapi aku rasa versinya berlainan. aku tak kisah apa2 pun versinya. aku dapat rasa ramai yang kecewa dan simpati dengan kau. sebab kau pandai tapi kau sia2 kan apa yang ada.

terus terang aku kata kan. memang susah untuk aku maafkan kau. malah aku tak tahu macamana nak react kalau kau dan aku bertembung. sebenarnya aku nak tahu satu je. kenapa kau buat semua ni. ye aku rasa macam kena tikam pun ada sakitnya.

tapi bila berbual dengan kawan lama tadi. dia ada sebut pasal memaafkan. dia kata siapa kita untuk tak bagi kau peluang kedua. bila aku fikir balik. aku memang suka cakap "siapa kita untuk mengadili seseorang" sedar tak sedar ayat ni makan tuan sendiri. yee siapa aku nak adili kesilapan yang kau dah buat.

seharusnya aku sedar setiap orang buat silap. dan serentak dengan masa berjalan.. kesilapan tu makin lama makin pudar. dan semua orang berhak untuk tidak bercakap mengenai hal itu lagi. masa makin cepat berjalan. dan kita semua tak tahu bila waktunya masa kita akan terhenti.

mungkin tahun 2012 ni, kita boleh duduk lepak2 dan update pasal life masing2. mungkin.
oh ini macam surat terbuka, sekiranya kau baca entri ni. aku dah maafkan kau. cuma aku tertanya-tanya kenapa dan mengapa. mungkin satu hari nanti aku dah tak mengharapkan jawapan..

2 comments:

Anonymous said...

Jadi, boleh maafkan?

Rindu nak lepak lama, curhat. Waktu aku masuk tahun kedua, aku dah tak rasa aku minat nak meneruskan pengajian dalam bidang software engineering. Aku rasa penat, tapi aku enjoy buat aktiviti kolej semua tu.

Waktu aku kecik sampai aku masuk sekolah menengah, ayah aku selalu gaduh, baling barang. Aku tak suka, tapi aku tak boleh berbuat apa-apa. Aku kan kecik je, jadi nak melawan (dengan fizikal) kena fikir dua kali.

So, aku decide aku tak selesa untuk orang lain tahu pasal keluarga aku, aku tinggal dekat mana, latar belakang semua. Everything need to be fabricated.

Aku rasa aku memberontak dalam diam. Memang aku plan waktu tahun ketiga dekat universiti tu, aku nak saving duit nak hilangkan diri, kemudian belajar falsafah; baik secara formal mahupun tidak. Baca novel sastera, tengok filem-filem yang bagus. =)

Tapi surat dari universiti sampai. Plan aku terbantut. Kalau tak, memang aku nak senyap je hilang dari semua orang.

Keluarga paksa aku belajar balik. Aku ambil psikologi di sebuah universiti swasta. Ironi kan? Orang perangai macam aku ni belajar psikologi. Kalau kau ingat, dekat bilik MTM tu, lee dengan paan dengan azie pernah study subjek psikologi pendidikan. Aku pinjam, dan aku baca sampai habis. Waktu tu aku rasa aku minat benda ni.

Sekarang ni pun, aku baru habis belajar, lama juga. Banyak kali aku repeat paper, sebab bosan. Haha. Ingat nak buat Master tahun depan kalau dapat. =)

Aku tak tahu samada aku ni makin pandai atau tak, but something did change, right? To me, to you, to everyone who used to know me.

Aku okay, benda ini aku yang putuskan, maka biarlah aku yang putuskan. Pernah kontek kuan-kuan tahun ni melalui emel, tapi kemudian dia dah tak membalas. Marah lagi agaknya.

Aku rindu semua orang, bahkan terkesan. Ingat lagi waktu jamuan last kita dekat Dewan Banquet sempena nak letak jawatan tu? Kau, orang yang selalu ambil gambar, selfie sebelum istilah selfie tu wujud decide tak nak ambil gambar waktu tu.

Aku tanya kenapa, dan kau tak pernah pun menjawab. Tapi aku boleh rasa bebannya. Semua yang bermula harus ditamatkan. Syarat perpisahan kena ada pertemuan, bukan?

Dan, sampai sekarang aku tak suka orang ambil gambar aku, tak suka bergambar, etc.

Ia macam memento untuk kewujudan aku (dan orang yang berkaitan) sewaktu aku berada dekat sana.

Aku jadi introvert. Haha.

Kau mungkin tak akan maafkan aku, lupakan hal yang dah berlaku, dan kita pun mungkin tak akan berjumpa lagi, tapi aku minta maaf, Midot? Minta maaf banyak-banyak.

Halalkan makan minum aku, hutang, ilmu dan sebagainya yang kau dah beri. Thanks.

p/s: ingat tak ada satu kali kita main curhat di bilik MTM, waktu tu ada ima sekali. Soalan dia, siapa yang kita rasa orang yang pandai? Ima jawab aku sebab personaliti aku ni macam ayah dia. =)

Aku harap aku jadi lebih jujur, lebih pandai, lebih rasional dan terurus dalam mengawal emosi/berekspresi dengan perasaan sendiri.

Jaga diri, stay strong, harap tabah dalam arus bah banjir tu. Update la blog selalu kalau lapang.

Bye.

Anonymous said...

Oh, lagi satu waktu di universiti tu, aku dengan sedar nak jadi macam orang lain yang pada pandangan aku lebih hebat, lebih cool.

Macam pretentious lah. Tapi sekarang dah tak. Hopefully, fasa tu dah selesai.

Bye. Take care.