Sunday, August 31, 2008

merdeka dan rantai..


rantai art event...
mini teater...
kami berlatih sehari sahaja..
namun itu bukan penghalang...
terima kasih kepada mereka yang baik hati dan comel..
merdeka selalunya aku menjadi penonton berfikir kemana mahu pergi, melihat bunga api..
tapi kali ni aku menyampaikan sesuatu untuk mereka2 yang sudi pinjamkan telinga mereka..
mungkin tidak ramai namun bilangan yang sedikit itu aku hargai...

maaf, aku ada tersilap... aku akan baiki kalau ada peluang yang lain.. tenaga untuk perform pun aku kena lipat gandakan,,,

usai perform, mengisi perut di old white coffee...lepak2 sambil bercerita, kami sebagai pemerhati politik.. hehehehhe...
mana perginya bendera2 di kereta2 rakyat malaysia.. mungkin hilang kena curi kot..
kalau aku ada kereta mungkin aku pun berfikir 24 kali... dan keputusan kali ke 25 tu.. adalah aku mungkin tidak kibarkan bendera...

sebab aku tak nak jadi macam en. jalil,,,,kek di rumah hangus.. anak mabuk tunggang langgang..
balik kondo pak ngah, sayang kalau tak tengok dvd.. sebab rumah pakngah bestttt.... hehe
aku ngan si wazir sambil pakngah yang bertenet jeling2 pada cerita Kilometer-Zero.. cerita mengenai iraq, aku rasa sesuai sebab merdeka tapi tak semestinya bila time merdeka jer tengok cerita yang membangkitkan semangat patriotik..cerita tu menarik.. mereka menggunakan apa yang mereka mampu...nice... aku n wazir jadi pengkritik... sebelum berpisah.. kami sempat makan nasi goreng yang sedap.. menonton cerita flower in the pocket...


dan sekarang aku dah di kolej... hmm aku tak suka rasa macam ni.. tadi happy sebab ramai ada.. sembang2 sambil tgk tv.. skrg sepi, kosong.. dengar bunyi air-cond jerr....last but not least...special thanks to...Pakngah,anak dia,Kakdek,Ajun,Boy,Hazwan,Bai,Wazir,Abg Ryo

p/s: pic ehsan blog ajun,, hehehhehe

(aku benci bila kita berkongsi memori, sebab nanti aku rindu.. huhuhuhu)


keluarga jalil dan peminat...hahahha

kami yang gigih...

Friday, August 29, 2008

senyum..

baru balik..
penat..
kami berempat mencari cabaran..
hahahhaa...
perjalanan sepatutnya 10 minit menganjak ke 60 minit..
menonton wayang...
makan pizza..
keseluruhannya..
buat aku senyum..

Thursday, August 28, 2008

ngomelan...

hari ni menyelesaikan apa-apa yang belum selesai..
pergi ulang-alik ke fakulti____(dirahsiakan) ke BHEP...
teruji benar kesabaran... aku gigih...

teringat kata pensyarah "inilah yang dipanggil pelajar"
mesej dari teman yang tak pandai memberi nasihat..itu kata dia..
tapi nasihat dia yang jadi aku kuat untuk ambil keputusan...
sedikit nasihat dari mak, yang hatinya berbunga riang dapat cucu baru..

dalam 2 hari aku kalut ni, pelbagai cerita manusia depan mata...
akak kaunter melayan aku dengan senyuman.. ada beberapa pelajar menyelesaikan masalah..
tapi aku tertarik dengan seorang pelajar cina..
akak kaunter bersuara " awak kan dah masuk U, takkan tulis surat rasmi saya nak kena ajar... sekolah dulukan dah belajar..".. ohh aku tertarik mengapa... kebetulan aku disebelah, mata aku melirik.. yaa aku sendiri terfikir macamna dia boleh sampai tahap U.. kerana surat nya begini.."PERMOHONAN BERHENTI SEKOLAH"... sekolah??? takkan sekolah dengan IPTA dia tak pandai bezakan... mungkin itu sebab dia menolak untuk belajar di IPTA dan menerima tawaran dari Kolej yang aku sendiri kurang pasti dimana.. pelajar itu menulis menggunakan pen di kaunter itu jugak.. teringat seperti masa sekolah cikgu BM paksa membuat surat rasmi sebelum balik.. kalau tak kena denda... simpati ada pada pelajar tu.. tapi akak kaunter tetap tersenyum...

hari kedua aku kesana lagi... senyum lagi akak kaunter.. ada pelajar yang ada masalah tapi aku pasti masalah mereka tak sama dengan aku... kali ni aku dah ada persediaan, surat yang dah ada tandatangan dan siapa yang patut aku rujuk..
"nak jumpa En.F".."ok masuk,," hmm "saya.. bla....bla..."
"awak datang semula yaa.." "kena ada mende tu kalau tak MCR".. tapi senyum dan berterima kasih... kesana lagi.. ohh Pn pensyarah dimana kamu.. tapi critical thinking aku datang tepat pada masa...dan terima kasih tuhan anugerahkan aku pemikiran..
selesai..alhamdulillah, 12.55... tik..tik.. oh tak sempat buat pempayaran ni.. pukul 1 rehat..
senyum pada en.F.. senyum lagi.. memerhati sekeliling, 2,3 orang berbual berbincang masalah universiti mungkin.... tunggu masa rehat... masa 5 minit penting untuk aku bagi mereka mungkin masa regangan otot...
sempat lagi en.F menyertai perbincangan mereka yang berbincang tadi... ohhhh... berat agaknya masalah mereka..sabar...senyum...
petang nanti datang semula.. ohh belum selesai..... pukul 1 bayar dan merayap.. ada jual2 di putra@bazar... promosi kad pelancongan... macamna nak percaya bila promoternya berambut panjang..(dia lelaki).. makan dunkin donut...sabar... pukul 2... tik..tik....
senyum pada abg guard.. maaf mereka melihat aku lebih dari 3 kali hari ni... naik dan senyum.. ada cerita lagi dikaunter itu... akak kaunter seperti biasa ada seribu jawapan untuk permasalahan pelajar.. kagum2... tapi kali ni bukan permasalahan pelajar tapi warga emas yang kehilangan sijil master mungkin.. " bukan senang nak dapatkan tu" kata dia.. " hmm tengok yang anak jelaa.. anak pun gradute UPM gak.." maaf bukan aku mencuri dengar tapi mereka berbual semua yang disitu tak perlu besarkan telinga...senyum lagii.. en.F masih makan barangkali.. yaa en.F datang dengan senyuman.. ok masuk..
tak lebih dari 10 minit semuanya selesai...tapi ceritanya panjang.. FUHHHHHHHH...


p/s: thanks nazi.. kasut ko mmg berjasa...

akhirnya..........

keputusan yang samar..
aku terangkan..
cuma didepan aku kabur..

cuma Allah yang tahu..
buruk mahupun baik...



Amin...

Tuesday, August 26, 2008

samar

kegembiraan datang..seketika..
sempat aku bergelak tawa..
keputusan masih samar...


p/s:?????

Monday, August 25, 2008

sebab saya...

sebab saya sedih
saya ingat saya boleh..
saya tak pandai kawal masa..

sebab saya sedih..
saya bukan lagi macam dulu..
saya dah jauh dari mereka..
mereka tinggalkan saya..
kerana saya yang menjauh..

sebab saya sedih..
saya gagal dan tak kuat..
saya antara mereka2 yang rugi?

sebab saya sedih..
saya takut membuat keputusan....


p/s: ini puisi ciptaan kawan saya,,,

.................

menggila pada satu tahap..
pergi untuk lari dan jatuh bila sedar,,









p;s: aku tak mampu bezakan senyuman palsu atau benar..

keputusan...

aku ada 24 jam..
untuk berfikir...
tenang,,,
tanpa gangguan anasir..
ini masa depan aku..
biar aku yang tentukan...
jangan kamu mengatakan aku bodoh..
kerana aku yang tahu kemampuan aku..

tiadaTajuk

maaf lama tak mengomel diblog kesayangan aku ni..
ada macam cerita, tingkah, rasa yang datang dalam tempoh masa terdiam ni...
mungkin akan menyusul dengan gambar2...

bila dah lama tak menulis dah jadi blur...
ok...tadi aku makan ngan epul n skembu... tu bukan pointnyer..

pointnyer adalah EPUL...

dia dah move ker kuantan...
takkan ade lagi orang yang akan bagi aku peluang,,,
aku kena cari peluang tu sendiri...
takkan ada orang yang akan bawak g makan kat maulana..
aku kena bawak motor sendiri...
takkan ada orang yang aku leh berdiskusi pasal teater..
aku kena berdiskusi sorang2 jela...
takkan dengar lagi ayat ni.."saya staff UPM, dari Fakulti..............."(dirahsiakan nama fakulti ni)
huhuuhuh

beb, thanks...

Wednesday, August 13, 2008

lagu...

awak " lagu ni saya suka..."...

saya "kenapa"..

awak "sebab dia.."

saya "ohhh"

I’m leaving on a chain alone she waits for me
I live my life the way it’s meant to be
So if it rides alone my friend
Then let all good things go to hate

So please let my heart go
Please let all things flow
Look no further Ask no more dear
You’re the pride of my life

Alone today she waits for me to stay in bed so I could be with
The pride my life but I feel like I should die in bed so I could say this
Stay why don’t you stay with me girl stay why must it be this way
So please let my heart go please let all things flow
Look no further ask no more dear
You’re the pride of my life.

saya (kata2 dalam hati) "hmm dia maruah hidup awak??"

awak-senyum.....

saya-sampai sekarang lagu tu ada dalam mp3 hanphone... 2004---2008

Thursday, August 7, 2008

pengumuman...

kepada seseorang yang agak baik..
disini ada satu pengumuman...
SILA BELAJAR MENGHARGAI...

Saturday, August 2, 2008

hari yang berbunga... :)

REVIEW MASKARA...
ok.. much2 much better,, masa latihan diatas sebelum persembahan...
kerana aku lebih tenang....

semua persembahan malam ni, berbeza dari biasa..
tak kisah kamu mengalunkan apa sahaja.. semua mata akan memberi perhatian..
telinga2 mereka akan setia untuk dipinjam kan...
disitu kenal dengan mereka2 yang jiwanya mahu untuk dialunkan melodi2 indah..
puisi, sajak, muzik2 tradisi yang semakin tenggelam..

persembahan malam tu memang benar2 mengagumkan..
DEWANGGA SAKTI memang memikat hati jiwa perempuan..
terasa mahu berjoget lambak..disitu...

SAJAK UNTUK TAJUK TERPANJANG dari JONOS n ALFIE,,,
CINTA KU UNTUK MAIMUN(kalau tak silap).. menggeletek hati aku..
terbahak2 kami mengeluarkan bunyi ketawa...

AJAMI n REEZ.. best,, sajak untuk anak yang sedih,,
tak perlu bahasa puitis namun menyentuh jiwa,,

ART.. si blogger bertopi..
masa mula2 tercari2 juga siapa datang bertopi..
waa.. naskah blog nyer menarik juga...

band DEP..
mula2 dengar cam DEB(dasar ekonomi baru)
hahahah..nice song orang kuantan...

SALMAN SULAIMAN dan AZRIEE
yang menginsafkan jiwa... kedua2 dari mantan MPR...

pertama kali ke MASKARA, pertama kali MONOLOG, pertama kali membawa nama REPUBLIC.. bukan kerja senang.. dan aku tak tahu apa yang orang kata tentang monolog itu..
yang pasti.. kalau tiada kesilapan bukanlah dipanggil pengalaman kan??

untuk kawan2 yang datang memberi semangat.. TERIMA KASIH...
untuk kawan2 yang sentiasa ada disebelah... TERIMA KASIH...
untuk MISS Presiden REPUBLIC TEATER...TERIMA KASIH..
dan TERIMA KASIH YANG TERAMAT BERTERIMA KASIH KEPADA PENGANJUR2..
SINDIKET SOLJAH dan sewaktu dengannya...

malam ni aku boleh menyampaikan sesuatu kepada masyarakat, kerana adanya kamu semua,,,

p/s: ohh.. tiapa apa..


kami ke downtown selepas itu.. berbaju kurung.. aku benar2 Suraya

Friday, August 1, 2008

akhirnya...

fuhh....
on the road yang dirancang selama ni..
akhirnya menjadi kenyataan..
bukannya sesuatu yang besar atau apa2pun..
tapi bagi aku ianya BERMAKNA..

kami berkongsi sesuatu..
rasa, roti tampal,nasi lemak.. air panas...
dingin kota...

hmmm buat aku tersenyum....

p/s: pic keriangan kami aku post nanti...