cuma aku tak tahu sampai tahap mana aku mampu bertahan. mungkin esok atau lusa atau sejam lepas entri ini ditulis aku akan tumbang dalam dunia ciptaan aku.. buntu sebenarnya aku mencari jawapan. kalau sesiapa masuk ke dalam dasar hati aku, aku percaya mereka akan tersesat.. tak jumpa jalan mahu keluar. sebab tak jumpa warna pelangi. heh. dulu ada warna pelangi.. sekarang yang tinggal warna hitam pekat dan likat macam kopi maulana.
sekali lagi dengan keyakinan yang ada, aku yakin seorang pun tak mungkin faham. kenapa dan mengapa semua jadi kucar kacir, sebab mereka bukan aku. kalau ada pun kembar aku. tapi mak aku lahirkan aku seorang je,, tak pernah ada kembar. itu kehendak-Nya. dan kini aku seperti mahu ada kembar, biar bukan aku sorang saja yang faham. bukan aku sorang saja yang tanggung hal-hal berkaitan hati dan jiwa.
perkara ini bukan perkara main-main, malah bukan boleh diketawakan sesuka hati. kerana aku boleh bila-bila masa terguris. hampir aku terlupa aku mempunyai banyak ubat yang aku boleh makan sendiri.. tanpa bantuan sesiapa. aku hanya perlu pejam mata dan telan. ubat memang pahit, tapi penawar kan??
sekali lagi aku tegaskan.. aku percaya pada apa yang sudah ditentukan, cuma aku berharap dan berdoa. Tuhan bagi aku lebih lagi kekuatan.. biar aku mampu tanggung... siapa kata aku tak berusaha?? mereka silap... tapi aku akui usaha aku perlu gigih..
p/s:
p/s^2: noor hamidah dah nak habis belajar..dia dah mula lepaskan perlahan-perlahan semua rasa.. dayem... dia benci nak salam.peluk.laga pipi untuk berpisah.. sebab dia tak boleh berhenti menangis... :(
A.P.I- Pelita(Lagu Tema Hooperz)
Verse_1
Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
slama ini,
Verse_2
Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,
slagi hayat di kandung badan,
Korus:
Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,
kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke srata dunia,
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir.
Verse_3
tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
stakat ini,
Verse_4
tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,
ulang Korus.
Bridge:
Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!
Ulang Korus x 2
Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Srata Dunia,
Seperti Cahaya…….
No comments:
Post a Comment