Friday, February 4, 2011

tolong jangan gelak..

aku memang pengecut,
tolong jangan gelakkan aku..

aku memang pengecut,
untuk taip mesej dan kata,
i miss u so much!

-------------------------------------------

entri diatas seperti aku putus harap. tolong jangan salah faham.. masa awal2 kemunculan blog aku dulu, ramai yang tegur. blog aku nampak sedih.. yup aku mengaku itu.. sebabnya, dekat blog tempat aku nak bercerita dari sisi lain hidup aku. aku teramat kekok mahu bercerita pasal kesedihan atau betapa kecewanya aku secara berdepan.. tapi perlahan lahan aku cuba tukar, aku nak tulis entri yang bahagia bahagia dan manis sahaja.. setiap kali ada perkara yang manis berlaku, aku akan cakap dalam hati.. aku nak tulis dalam blog nanti.. tapi kesudahannya cerita manis manis dengan gelak ketawa tu, aku cuma mampu simpan.. yup masalah aku tak pandai nak menulis cerita manis macam gula..

tapi jangan risau. aku seorang yang cheerful. lepas aku menulis pasal kecewa atau pahit aku tak ambil masa lama nak beryaribaa yaribaaa semula. emosi manusia memang pelikkan? :p

p/s: sliper kesayangan aku hilang lepas bersukaria dekat gambang waterpark. jahat pencuri tu. sliper murah pun nak curi..

p/s2: tak sabar nak ke plore. tapi belum mintak permission dr mak ayah ni. haih risau.

p/s3: makin hari aku dah boleh terima apa yang berlaku dekat sekitar aku. kembali ke daerah sendiri. setiap pagi kebarangkalian untuk jumpa orang yang sama di bank, di kedai kopi, di stesen minyak amat tinggi.. dan aku enjoy dengan keadaan macam tu. daerah kecik yang simpan banyak cerita dan makanan yang sedap lagi murah. : )

No comments: