tajuk entri nampak serius bukan?? ye ini memang hal serius yang perlu aku tulis.
Semalam aku dikejutkan dengan sms dari kawan aku yang menyatakan salah seorang orang kampung aku lari ikut orang lain tinggalkan suami dia. Akak tu sebenarnya baik dengan aku sebab aku dengan dia ada persamaan, kami berdua kontraktor perempuan yang selalu berdua kalau ada lawat tapak projek. bukanlah aku nak menulis apa yang dia dah buat, aku bukan sesiapa yang mahu menghukum dia. masa kawan aku bagitahu aku cuma jawab "doa kan yang terbaik untuk suami dia dan rumahtangga dia." Malas nak mengulas panjang, nanti fitnah jadinya.
Apa yang aku nak tulis disini, kenapa harga sebuah perkahwinan jadi begitu murah. boleh ditarik sesuka hati. boleh dibenci sesuka hati. Mungkin kesilapan kedua dua belah pihak, suami dan isteri. tapi apa gunanya mulut kalau tak berbincang. apa gunanya telinga kalau tak mendengar. bertahun boleh berkongsi katil, takkan sehari atau seminit tidak boleh duduk berbincang?? Mungkin ada yang mengatakan "alaa dah ketentuan Tuhan macam tu".. erk tapi tuhan laknat kita derhaka pada suami. Tuhan larang kita buat sesuatu yang melanggar hukum. jadi kita tak boleh cakap ketentuan tuhan yang buat kita lari dari suami. kita boleh pilih jalan yang tidak melanggar hukum. kita boleh cakap "ketentuan Tuhan" bila kita dah buat semua cara yang betul. kalau dah takde jalan atau dah buntu cari penyelesaian, itu baru "Ketentuan Tuhan" untuk kita berpisah..
aku sendiri bukan arif pasal ni, bernikah pun belum, mana ada pengalaman nak bercakap hal serius macam ni. cuma aku takut bila dengar semua yang terjadi. aku asyik terfikir "kenapa jalan macam ni yang dipilih? kenapa? kenapa?" ahh mungkin tuan punya badan ada jawapan yang terbaik. aku cuma doakan yang terbaik untuk mereka. moga kita semua menghargai nilai sebuah perkahwinan tersebut.

No comments:
Post a Comment