lupakan sekejap entri cabaran 10 hari. sekarang nak bercerita pasal mood raya. mood macam biasa saje. mungkin belum sampai mood yang dikehendaki. cewahhh.. adik beradik aku duduk dekat je. paling jauh abg muji je. tu pun dekat bentong je, still lagi dalam pahang. rumah aku dah memang biasa riuh rendah macam ada kenduri. jadi berkumpul ramai2 time nak raya ni rasa macam hujung minggu biasa2 je. tapi adalah jugak bezanya, mak sibuk masak juadah. abang2 ipar sibuk tolong bakar lemang, pasang tikar getah. :)
esok hari last puasa. dan selalunya esok adalah hariiiiiiiiiiii palingggg bz. kemassssssss rumah adalah perkara wajib.
reminder untuk esok.
7.00 pagi : beli daging lembu/kerbau dekat pasar. awal gila kena pergi sebab selalunya daging terjual macam goreng pisang panas. esok 1st time kena beli daging. neves. mana lah aku pandai. nak bahagian2 mana yang sedap. nak berebut2 dengan pakcik2 gagah yang datang beli jugak.
lepas tu kena ambik baju dekat tailor.. kalau terlupa jawapannya pakai baju yang sama jelah aku. aktiviti seharian aku esok, sampai ke malam sampai ke subuh hari raya adalah mengemas! aku tahu dah. nasib badan sebab aku sorang je yang belum kahwin. :P
p/s: aku harap aku dapat berkilo2 daging esok.
p/s2: esok perkara paling neves.. tunggu aok balik. ecehh... semoga selamat sampei....
p/s3: jumpa lagi di entri hari raya. :)
1 comment:
bestnye bkr2 lemang
Post a Comment