Sunday, September 18, 2011

isnin

isnin di hospital, ayah ada temujanji dengan doktor. Alhamdulillah kesihatan ayah bertambah baik dari dulu. ayah dah boleh keluar rumah kalau dia bosan. ayah dah boleh pegi kedai makcik siti. boleh berbual2 dengan kawan2 dia. tapi kami masih lagi kawal makanan ayah.. tak boleh makan sebarang dalam kuatiti banyak. kalau menjamah sikit bak kata mak boleh laa...

banyak sebenarnya cerita nak dikongsi, tapi itulah.. masa sentiasa cemburu. kadang2 aku lebih suka termenung dari menulis. lebih suka main game dari berfikir. minggu ni jugak aku jadi antara orang yang bertuah. rumah aku terpilih dalam program radio era. riuh raya era. Alhamdulillah majlis ok2 je.yang penting objektif aku tercapai. nak happykan family. nak bawak dunia luar pada ayah. :) cuma aku ralat sikit sebab sama tarikh dengan kawen seha. aku terpaksa batalkan hasrat ke kuala lumpur. aku memang sedih sikit kalau tak dapat hadir ke majlis kawen kawan2. aku harap seha faham. aku doakan seha bahagia sampai ke akhirnya.

malam semalam nabila post gambar2 rare kitaorg. demsss rindu gile semua2 tu.. terima kasih Allah sebab bagi aku peluang merasa nikmat di universiti walaupun umur dah lanjut. :)

ok. sampai jumpa lagi. terima kasih juga Allah sebab bagi aku kemudahan update blog dimana saja berada. :) macam yang aku pernah berangan dulu2.

1 comment:

adyllbbs said...

bestnya era dtg uma :)