Thursday, February 17, 2011

deeper conversation..

akibat fikir nak bawak ke tak, nak bawak je tak, nak bawak ke tak fail order ke meeting semalam, dan akhirnya aku pilih untuk tggalkan fail tu atas meja..aku terkena sebijik akibat rasa ragu ragu tu.. cet.. lepas ni aku nak bawak satu pejabat ke meeting.. senang.. boleh jawab semua soalan dengan jawapan yang tepat dan sahih. :)

tapi mujurlah pengalaman mematangkan kitekan? cewahh bercakap gaye dah hidup 500 tahun.. ;)

senyum untuk semuanya... terima kasih..

nikmat hidup ni sekejap saje.. pejam celik pejam celik masa dah kedepan.. baik aku duduk diam. betul lah orang kata, diam tu lebih baik..

Wednesday, February 16, 2011

rumah kita...

masa aku bawak ayah dan mak ke klinik..kualiti time aku dengan ayah selalunya adalah dalam kereta.. masa aku tengah drive, masa tu lah aku dengan ayah berbual - bual pasal kerja, keluarga, kebun.. bukannya tak berbual dekat rumah.. tapi tak tahu kenapa masa drive aku rasa aku dengan ayah lebih tenang berbual..

ayah cakap pasal gaji ayah masa mula kerja dulu.. ayah sebenarnya marah sangat bila ada orang kedekut untuk pelaburan terutamanya melabur untuk beli tanah. bagi ayah tanah penting untuk masa depan.. ayah dan mak berbual pasal zaman ayah mula kerja dulu. gaji ayah cuma rm95.. tapi ayah berani buat pinjaman nak beli rumah.. aku balas "zaman dulu macamana.. " mak kata dulu gula harga 35 sen je.. jadi aku kata pada ayah.. sama je ayah.. dulu gaji sikit.. barang barang murah.. sekarang kalau gaji murah tapi barang barang semua standard untuk orang yang gaji tinggi. Faham faham jelah.. tetap tak cukup duit...

ayah diam.. mungkin setuju dengan cakap aku.. tiba tiba dia bersuara...

"tu lah dik, jangan enjoy sangat. bukan senang nak cari duit"

aku terdiam... kali ni ayah memang betul.. jadi aku dah buat kesimpulan sendiri.. aku takkan kemana mana dalam masa terdekat.

Sekian Terima Kasih.

p/s : "rumah kita" sebenarnya tajuk puisi dari kakdek.macam biasa puisi kakdek melekat dalam jiwa aku. *sejuknya malam menambah kasih sayang*

p/s2 : untuk aok. aku tahu aok takkan baca tulisan aku ni. fesbuk pun takde, inikan pulok nok bace blog ni. terus terang aku kata :

aku dah berangan angan yang kita akan hidup sederhana dekat kampung. cukup makan pakai. tak perlu mewah mewah tapi mampu raikan kawan kawan datang rumah.

aku dah berangan angan, kalau kita ada anak..(overkan? ) anak kita takkan pening nak balik raya dekat mana.. mesti comel diaorang main main masa petang dekat rumah famili aku atau kacau mak aok berniage abc.. :)

tapi aku cuma berani berangan sorang sorang, sebab aku tahu cinta aok tak cukup kuat. :)

untuk aok tahu, aku dah cukup yakin walaupun aok dan aku tak punya harta. tapi rupanya aku kalah dengan rasa tak senang yang aok sendiri rasa...

ps3 : aku takkan kemana mana..kampung ni rumah aku selamanya... :)

Tuesday, February 15, 2011

salam sayang...

sebabnya aku mahu pergi kerana aku tak pandai luahkan rasa sayang aku secara berdepan...
mereka tak salah malah terlalu banyak untuk di terima kasihkan.


aku yang selalu lalai..

syaitan sangat kejam. bermain dengan hati aku.

aku tidak kisah untuk dimaki berhari hari.. cuma datang seorang penenang.. untuk aku khabarkan..

jahatnya hati jika aku pergi..


Allah akan tunjukkan kenapa dan mengapa untuk semua rasa. aku yakin.

tapi kenapa masih mahu bergolak wahai hati.

tiada usaha bermaksud tiada minat ok?

pepatah ada menyebut diluah mati mak ditelan mati bapak.





p/s ; aku tiada cerita menarik untuk dikongsi. maaf. aku macam dah tak mampu gembirakan mereka.

p/s : soalan "kerja mana sekarang?" . aku mahu gantung manila kad besar dekat leher. "AKU KERJA DENGAN BAPAK!!!"..
aku tak emosi dengan soalan tu. tapi bila semua orang kampung bertanya hal yang sama setiap masa tanpa mengira tempat.
jadi aku terfikir penyelesaian untuk kebaikan semua.. hehe

Wednesday, February 9, 2011

dalam hidup aku, ade banyak perkara yang aku buat silap. dan aku anggap kesilapan tu adalah kesilapan yang besar..

1. tersilap dalam memilih teman hidup. ayat nak macam novel cinta. tapi aku rasa majoriti dari kita buat kesilapan yang satu ni kan?
kalau ade yang tak pernah.. kamu mungkin bernasib baik atau malang sebab tak cukup rencah dalam hidup. kali ni ayat gaye ahli motivasi. hehehe

2. tak belajar betul betul subjek matematik. sebab masa dekat upm, perkara yang buat aku depress adalah subjek kira - kira. ok lah sebenarnya secara umum kesilapan aku adalah terrrrlampau banyak main dekat sekolah menengah.. enjoy gaye aku hidup sampai ting 5 je.
langsung tak fikir apa nak jadi kalau umur meningkat nanti. kiranya subjek matematik tu minorlaa.. tp effect die besar.

p/s: banyakkan lebih dari satu. mungkin ade lagi. tapi aku lupe.. ni kesilapan besar yang mengubah hidup aku. tapi kalau tak buat silap memang kita hidup dalam kebosanan kan?




love dodot

Friday, February 4, 2011

tolong jangan gelak..

aku memang pengecut,
tolong jangan gelakkan aku..

aku memang pengecut,
untuk taip mesej dan kata,
i miss u so much!

-------------------------------------------

entri diatas seperti aku putus harap. tolong jangan salah faham.. masa awal2 kemunculan blog aku dulu, ramai yang tegur. blog aku nampak sedih.. yup aku mengaku itu.. sebabnya, dekat blog tempat aku nak bercerita dari sisi lain hidup aku. aku teramat kekok mahu bercerita pasal kesedihan atau betapa kecewanya aku secara berdepan.. tapi perlahan lahan aku cuba tukar, aku nak tulis entri yang bahagia bahagia dan manis sahaja.. setiap kali ada perkara yang manis berlaku, aku akan cakap dalam hati.. aku nak tulis dalam blog nanti.. tapi kesudahannya cerita manis manis dengan gelak ketawa tu, aku cuma mampu simpan.. yup masalah aku tak pandai nak menulis cerita manis macam gula..

tapi jangan risau. aku seorang yang cheerful. lepas aku menulis pasal kecewa atau pahit aku tak ambil masa lama nak beryaribaa yaribaaa semula. emosi manusia memang pelikkan? :p

p/s: sliper kesayangan aku hilang lepas bersukaria dekat gambang waterpark. jahat pencuri tu. sliper murah pun nak curi..

p/s2: tak sabar nak ke plore. tapi belum mintak permission dr mak ayah ni. haih risau.

p/s3: makin hari aku dah boleh terima apa yang berlaku dekat sekitar aku. kembali ke daerah sendiri. setiap pagi kebarangkalian untuk jumpa orang yang sama di bank, di kedai kopi, di stesen minyak amat tinggi.. dan aku enjoy dengan keadaan macam tu. daerah kecik yang simpan banyak cerita dan makanan yang sedap lagi murah. : )

Tuesday, February 1, 2011

senyum lebar,

Alhamdulillah.

Januari aku dimulakan dengan perkara yang menggembirakan, dan diakhiri dengan sesuatu yang tak akan dilupakan sepanjang hidup.



semoga Februari pun manis - manis saje. :)


p/s : semoga saudara aku yang berada di Kaherah, dilindungi Allah. mereka baru berumur 13 tahun. oh yee mereka kembar dan dapat tajaan belajar disana.

p/s2 :ayat sekarang "ade lah hikmahnye tu"...

p/s3 : bell,u can do it. mana - mana pun terletak kau mesti BOLEH!!! :) positif positif!!

p/s4 :jom yaribaa yaribaaa lagi BBS. :) thanks