suka berkongsi cerita. kadang kadang beremosi dengan diri sendiri. oh bukan kadang kadang, selalunya. :)
Thursday, October 29, 2009
kan aku dah ckp.. macam curah air kepala kau..
siapa suka dengan perubahan,,, tiap2 hari kita makan nasi goreng.
satu hari kita dipaksa makan nasi ayam..
mestila kita tak suka...
nasi ayam dengan nasi goreng asasnya sama...
tapi rasa berbeza,,
tapikan, buka lah mata wei...
positif,, jangan la negatif...
siot.. aku BLAH dr hidup ko...(ini juga warna merah pekat!!)
Monday, October 26, 2009
Ulasan Sebuah Filem : Gadoh (2009)
“Saya paling tak suka orang cina. Diorang ingat diorang bagus. Pijak orang melayu.”
“Orang melayu tak hormat orang cina punya. Kita terpaksa kerja kuat! Nak hidup! Nak belajar tinggi! Takde duit macamana nak berjaya?!!”
“Bangun pagi tak mandi pagi. Badan bau busuk!”
“Terlalu bangga dengan bangsa sendiri, tak habis-habis cari gaduh dengan bangsa lain.”
“Oi cina! lu jaga sikit lu punya mulut eh!! Lu menumpang je kat negara ini tau! Siapa yang suka cari gaduh!”
“Melayu suka komplen! Selalu cari salah orang lain! Salah sendiri tak nampak!”
“Melayu bodoh! Belajar tak pandai pun boleh masuk Universiti.”
Filem arahan bersama Brenda Danker dan Namron ini secara amnya mengisahkan perihal isu semangat perkauman (atau berani saya katakan “perpaduan”?) di negara bertuah kita ini. Malah melalui tagline, akan kita dapati bahawa ia cuba definisikan semula istilah “bangsa”.
Filem Gadoh (2009) ini terserlah sifat didaktiknya, oleh itu imej-imej yang dipaparkan terus (terikat dengan kenyataannya) dan mudah dihadam. Malah sejak dari mula cerita, saya perasan satu tenaga yang kuat—yakni semangat public service announcement (PSA). Sebab itu saya percaya bahawa filem ini adalah sebuah khidmat pesanan awam yang panjang (dan lemah kualiti realisme-nya; jika ada pun tenggelam timbul, tidak konsisten). Pabila ianya bersifat sebegitu, fungsi dan tujuan filem ini pasti-lah untuk menyampaikan mesej (atau kenyataan tetapnya).
Mungkin ada yang kononnya percaya bahawa filem bukan untuk beri mesej (kalau nak mesej guna SMS,) betul, tapi akhirnya ia akan bersifat exklusif. Kerana “kita” (cewah semangat kekitaan/kebangsaan) perlu lihat kepada siapa filem ini ditujukan, (walaupun menggunakan jalan mencabar/bukan arus perdana seperti televisyen). Rata-rata pemikiran audiens yang terjerat dengan semangat perkauman ini “belum” tiba ke tahap citizen of the world lagi. Oleh itu, provokasi terus dan mudah dihidangkan dan dalam masa yang sama, ia mengorbankan nilai-nilai pengertian dalam filem. Tapi saya tak peduli pun, sebab kalau Gadoh ini menggunakan pendekatan ala Kaki Lima yang “*seni” itu, haram tiada seorang pun faham.
Dalam konteks sinema, bagi saya filem ini biasa, boleh dijangka dan selamat, (ia fokus, tanpa merewang jauh.) Tapi dalam konteks “hubungan manusia sesama manusia” di negara kita ini pula, filem sebegini perlu bagi menjentik kesedaran. Saya syak sesiapa yang menonton filem ini paling kurang sepatutnya bangkit sedar, samada mereka sedia menerima atau menolak—idea perkauman itu sendiri. Dan dari sinilah muncul pendapat dan pegangan masing-masing. Tapi dalam diam, seperti biasa, pasti ada juga yang tidak berpendirian (malas berfikir) umpama lalang. Mereka sekadar mahu selamat dan lawaknya, mereka inilah yang paling bahaya sebenarnya.
Walau bagaimanapun ada satu babak yang mampu memberikan pengertian yang berbeza (tidak didaktik) iaitu babak di mana Khalil (lakonan Zahiril Adzim) sedang salin baju di dalam tandas, tiba-tiba sekotak rokok terjatuh masuk ke dalam lubang jamban. Kenapa?
Semestinya ia petanda tak baik (cuma ia tidak konvensional macam pinggan jatuh di dapur,) kerana syot selepas itu, kawannya Zahir (lakonan Amerul Affendi) telah dilemaskan ke dalam kolam lalu dipukul. Sebelum semua itu juga, ada babak Heng (lakonan Nicholas Liew Davis) dan Khalil sedang hisap rokok bersama di dalam tandas. Merokok bersama ini menguatkan simbol “kawan” tadi. Dan bercakap tentang isu perkauman, rokok itu sendiri simbol jitu anti-perkauman, kerana rokok tidak memilih kaum atau warna kulit, bukan? Kembali kepada idea keseluruhan filem ini yang secara nyata menyindir karenah penguatkuasa, begitu juga dengan simbol rokok! (Jika kamu faham maksud saya.) Walau bagaimanapun ia dalam bentuk bayang-bayang dan mungkin hanya sekadar imaginasi terlampau saya semata-mata.
Daripada keseluruhan filem ini, babak ketika pelajar-pelajar kelab teater ini meluahkan perasaan masing-masing sangat berkuasa dan berkesan. Betul-betul depan muka, in your face bak kata orang putih.
“**Cina masuk neraka!”
Walau bagaimanapun persembahan akhir dan resolusi yang dicapai mengendurkan ketegangan bentuk filem ini. Ini kerana tenaga persembahan teater itu terputus pabila ia dirakamkan melalui medium filem. Ini boleh kita rasai ketika Heng dan Khalil bergaduh sambil lampu merah menyala. Sebagai filem, kesannya tidak terasa, teksturnya rata.
Saya boleh berkompromi dengan filem "PSA" ini kerana ia dekat dengan masyarakat kita. Tapi itulah, ada juga yang melihat filem ini tak ubah seperti “rumah kaca” semata-mata. Maknanya mereka memutuskan serta menafikan apa yang mereka tonton. Mereka hadam ia tak lebih daripada sekadar hiburan semata-mata. Ini pelik, serius. Lebih memelikkan jika mereka ini mampu relate dengan filem seperti Twilight, apa kes?
Secara peribadi, isu perkauman ini hanyalah topeng ketakutan buat marhaen jahil semata-mata. Melalui ketakutan (fear) baru wujud kuasa untuk berkuasa di kalangan borjuis (terutama yang perasan berdarah biru itu.) Sebab masalah sebenarnya adalah pemecahan kelas/strata. Seni dan sukan boleh menyatukan warna kulit, tapi bolehkah seni dan sukan menyatukan kelas/strata?
Nur
* Jari hantu!
** Apa jadah kaum disabitkan dengan kepercayaan, kah kah kah.
Wednesday, October 21, 2009
kulit aku cokelat...
"dekat sekolah aku dilarang untuk berfikir, aku diajar untuk mengikut"- GADOH
Monday, October 19, 2009
ayah...mubin
Saturday, October 10, 2009
berita kepada kawan
Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan
Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan
Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih …
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari
Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit
Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang
kamu semua kuat kan?? ;)
ini kisah cinta.. dan bukannya kisah dongeng...
pagi2 buta ni aku bermimpi nak tulis kisah cinta...
"Kawan... apa erti sayang
Jika hati tak senang
Kawan... apa erti kasih
Jika kau tersalah pilih
Kau... pandai bercerita
Surat panjang berjela
Kita tak pernah bersua
Aku tak suka berncinta
Apakah ertinya ini
Mengganggu akal dan hati
Lupakan saja, lupakan diriku
Kita di bangku sekolah lagi...
Hei! Jangan buang masa
Dengan berkhayal saja
Kawan lihat masa depan
Masih jauh di hadapan
Hei! Jangan main api
Nanti membakar diri
Ilmu harus kita cari
Kelak kita takkan rugi"
Sunday, October 4, 2009
kisah cinta saya hari ini..
saya merancang untuk bangun seawal 6 pagi...
Thursday, October 1, 2009
PENGUMUMAN
saya suka.. ehh kn tulis huruf besar...
SAYA SUKA KELIP-KELIP
SAYA TAHU SUSAH NAK TANGKAP
DAN JUGA SUSAH NAK JUMPA
KECUALI BETUL2 GELAP
TAPI DIA BAWAK CAHAYA... :p
kotorlaaa...
ok lah ko nak belanja semua orang,,
tapi sayang.. belum sempat masuk mulut...
tumpah.....
habis kotor karpet tempat bersih ni...
semua setuju nak buang...
pakai yang baru...
ehh mana boleh... dah tradisi guna karpet ni...
sial kan??
karpet yang ko kotorkan warna putih...
aku tau ade pakcik cleaner datang bersihkan...
datang guna sabun tak berkualiti, jenama nye terkenal.. tapi kualiti cam haram....
aku tgk kan aje...
sampai bila pakcik cleaner tu blh bersihkan karpet ni jadi...
sama macam dulu...
:)
kisah raya- saya tahu tajuk ni klise-
senyum...
biasa laa pagi raya, kalut semacam keluarga aku.. aktiviti salam2 terpaksa buat lepas solat.. sbb semua org nk g solat raya dulu.. dan aku jadi photog sbb aku org terakhir salam...
raya kali ni dengan senang lenang amek kunci kereta dan terus drive,,, heheh berjalan kesana sini..
oh ye, dapat kad raya yang di pos.. sungguh nostalgic.. raya tahun ni juga tak buat pun kad raya..
kali ni aku berjalan ke rumah kawan yang aku rasa nak jumpa lepas bace diari lama2.. aku g sesorang dan makan laksa sesorang je... kawan aku dah tersenyum lebar.. ape lagi yang aku nak.. ketawalah... hahah
memang aku berhajat nak pergi rumah ramai lagi kawan2... tapi masa yang tak mengizinkan..
raya tahun ni merupakan raya terakhir aku sebagai student... no more duit raye...
raya tahun ni aku terlepas ke kubur... dayem.. tertidur.,,
raya tahun ni pergi ke negeri sembilan... meminang untuk abang aku..
raya tahun ni senyum puas...
raya tahun ni aku dah betulkan mana yang tak betul..
raya tahun ni aku tau macamana aku nak corak raya keluarga aku sendiri nanti.. haha