Sunday, May 31, 2009

selamat...

banyak perkara terjadi dalam dunia hari ni...
ada yang sedang menangis kerana ada kematian.. dan dihujung dunia sana mungkin ada yang sedang tersenyum lebar, kerana kehadiran orang baru dalam hidup mereka.




p/s: ke pekan frinjan ari itu sebelum balik ke pahang.....

Friday, May 29, 2009

entri kemalasan

sungguh malas bergerak untuk mengemas...
malas nak memikirkan hari isnin setelah lama bercanda gembira,
sekali lagi aku malas untuk memikirkan coding2 yang ntah dari mana datangnya...









p/s: kupan dengan bermurah hati akan menumpangkan aku balik pahang... heheehhe

kosong..

p/s: tiada sebab untuk saya suka seseorang, so tak kisahla kan kalau saya benci dia.. 

Friday, May 22, 2009

-------------

tiada sebab untuk saya berduka dan gembira,,,,

Wednesday, May 20, 2009

kisah katak #2

tadi masa saya mandi, ada katak dalam bilik air...
memang rumah kampung macam tu...
banyak katak...

pagi2 lagi saya dah sumpah seranah katak tu...
saya nak mandi die pulak menyibuk,,,
kalau duduk diam je takpela, ini tidak melompat sana sini...
mahu sahaja ambik senapang dan tembak...

tapi dia cuma seekor katak,, tak berbaloi...

saya kira katak tu dia tak sedar diri..
dia melompat2 ke dinding,, berharap diri dia jadi katak pisang barangkali..
 
saya dah banyak kali menjerit setiap kali dia lompat..
gelinya tuhan saja tau,,,

dia ke pintu dan melompat..
tapi mana boleh keluar sbb saya dah kunci pintu kemas2...
dia lompat dan jatuh lagi...
saya dah tak menjerit, tapi kesian....

dengan kegeliannya yg masih menebal.. saya pejamkan mata.
dan datang dekat katak tu...
saya kemudiannya bukak kunci pintu bilik air...

katak tu melompat keluar,,,
saya langsung tak pandang katak tersebut...
 geli,,,,

saya tutup pintu....dan mandi...

p/s: katak buat aku lewat ke pejabat..


Tuesday, May 19, 2009

kisah saya#3




saya masih lagi dengan tenang memandu...
melihat jam.. saya tidak lewat dan tidaklah terlalu awal ke pejabat...

sedang saya menyanyi riang...

tiba-tiba...

kelibat binatang yang dikaitkan dengan H1N1.. berlari laju melintas jalanraya..

dan... dumm!!!

kereta saya dan saya ke longkang akhirnya...

ade hikmah rupanya saya bawak 80km..

kalau tidak....

p/s: terima kasih untuk pakcik2 yang baik hati... Allah akan membalas semuanya.. moga hidup kalian dilimpahi rahmat dari-Nya..

Monday, May 18, 2009

kisah saya#2

kisah saya kembali menemui anda,,, 

dengan tenang pandu kereta ke tempat kerja...
terdengar-dengar suara tong enjin mintak diisi air,,, "aku haus" katanya... saya memberi lampu amaran membelok kekanan... dan sekali lagi dengan cermat masukkan kereta ke dalam petak yang disediakan... kemudian sesuatu terjadi bila saya dah keluar dari kereta menuju ke kaunter bayaran.. saya toleh kebelakang.. dan.. 

" tidak...!!!"

kunci kereta tertinggal didalam... hmm senyum..


p/s: bos saya disini kenal dengan tuan syed agil allsagoff??? hmm ohh terlupa mereka sama..
PENGETUA!!

hmmm....4 itu lebih baikkan??





suka dan tak suka...

ada orang suka minum milo..
milo buat dia kuat sepanjang hari,,,
tapi ada orang tak boleh minum milo..
milo akan buat dia muntah2 atau cirit birit...opsss....
air teh akan buat dia segar sepanjang hari...
sesetengah orang minum air kosong sudah memadai...

ada orang suka makan sambal petai...tapi tak boleh terima bau budu...
ada orang suka makan budu cam ayam...tapi kalau bau petai mau pening dibuatnya,,,

ada orang tak lengkap makanan tengaharinya tanpa masak lemak cili api...
ada orang akan tercari2 bau masak tempoyak ikan patin...
tapi bila kedua-duanya berjumpa, nak pilih makanan tengahari berjam2 lamanya...

dalam dunia ni ada perkara kita suka dan tidak suka..
masing-masing ada hak...
ada hak untuk pertahankan dan ada hak untuk membantah...

Allah itu Maha Hebat, 
kadangkala dia temukan penggemar ikan patin dengan penggemar masak lemak cili api...
selalu juga dia temukan air milo dan air teh duduk satu meja...
dan siapa kata makan budu tak boleh makan sambal petai kan???

p/s: saya sedang mkan ns miyak berkuahkan masak lemak putih + ikan grg+ayam kari pekat.. rasa tetap sedap...

Sunday, May 17, 2009

kisah katak dan harimau hitam...

semalam saya berjalan sambil memandang kelangit... saya nampak banyak bintang bertaburan dekat dada langit... satu bintang tu kenyit mata pada saya.. tapi sayang saya tak mampu balas.. 
.................................

saya terpandang katak yang sedang berlari..... hairan,,, kenapa dia tidak melompat... 
-------------------------------
gelihati saya lihat... mahu ketawa,,, tapi teringat pesan mak.. jangan ketawa kan katak... nanti guruh datang... saya jadi ingin tahu.. katak tu mungkin sakit kaki... saya ikut katak yang berlari tadi.. tak sedar yang saya juga berlari,,, 
--------------------------------
rupanya katak tu masuk gua, gelap... alang2 saya dah berlari dan badan saya dah masam dengan bau peluh, saya terus kan sahaja kaki mengikut katak tadi masuk kedalam gua...
-------------------------------
tiba-tiba hati saya jadi sayu, katak tu tak dibenarkan masuk kedalam satu kawasan yang dipenuhi katak-katak yang lain... kawasan yang sederhana kecil itu dikelilingi dengan ular2 berbisa... saya dapat lihat seekor harimau hitam duduk diatas seperti singgahsana.. 
------------------------------
saya buat kiraan sendiri,,, mungkin itu raja pada katak2 yang terkurung.. dan yang lagi mengejutkan  saya, katak2 tersebut dijahit mulutnya... tiada suara,, yang saya dapat lihat.. katak2 tersebut memandang sayu katak yang berada diluar besama-sama saya tadi,,,
-----------------------------
harimau hitam itu dilihat tersenyum kambing,,,
saya jadi marah... tapi saya tiada kuasa mahu menolong... ular2 hitam itu berbisa,,, 
kemudian saya terfikir,, saya boleh berlari pulang kerumah dan panggilkan bomoh untuk menjinakkan ular berbisa tersebut,, tapi saya tiada wang,,, hmmmm
----------------------------
tanpa sedar rupanya, saya dah berjalan pulang... tidak lagi berlari...
---------------------------



p/s: saya geli katak....

Wednesday, May 13, 2009

kisah saya,,





hari ni saya berminat untuk bercerita kisah saya sepanjang latihan industri.. bukan secara menyeluruh tapi cukup sekadar bercerita....saya juga tidak kisah mengenai kata orang kerana ini kisah saya...

hari pertama saya disambut oleh tuan pengetua(bos), kami berbual mengenai UPM kerana beliau juga salah seorang penuntut UPM di zaman universiti pertanian.. saya tahu dia tidak berniat untuk menyambut saya, cuma secara kebetulan saya sampai dan beliau juga sampai oleh kerana tiada siapa disitu, jadi saya jadikan tuan pengetua sebagai kaunter pertanyaan. kalau saya tahu dia bos ditempat saya. sumpah saya segan... tapi dengan sikap ramah dia buat saya tidak kekok sampai ke harini... 

setelah berbual beberapa minit, saya diarahkan naik keatas, saya masuk dengan bacaan bismillah. masuk ke ruang pejabat, saya tidak nampak seorang pun pekerja, yang ada disebelah kanan saya, sebuah tv dan alatan audio yang berkaitan. ruang pejabat itu tak ubah seperti ruang tamu. dan disebelah kiri barulah ada pintu yang terbuka luas dan disitulah pejabat saya.

masuk dan terus ke meja penyelia saya, di sebuah bilik lain. senyum, tidak berbual panjang. penyelia saya nampak tegas dengan muka ala-ala inspektor polis. diarahkan keluar untuk berjumpa pekerja lain, saya teramat risau masa tu.. "dimana mereka nak campak saya"..

diam...
diam...

seorang pekerja disitu mengarahkan saya supaya duduk di sebuah meja sederhana besar. diatas meja itu ada beberapa barang yang tidak lagi digunakan. mungkin meja itu tidak pernah digunakan. saya lihat sekeliling sambil melemparkan senyuman paling manis. di ruang saya ditempatkan ada 5 buah meja, 3 daripadanya meja besar. 3 meja yang besar itu ditempatkan di sebelah kiri saya. diantara 3 buah meja, dihadapan sekali adalah ofisboy, di belakang beliau kerani ataupun setiausaha, di belakang sekali akauntan. di sebelah saya pula, saya ditempatkan di bahagian hadapan dan dibelakang saya adalah seorang pelajar yang sama seperti saya. latihan industri.

seorang ketua lagi masuk. saya kemudian diarahkan berjumpa dengan beliau.. bercerita mengenai sistem yang diperlukan. bla...blaa....

minggu pertama disini saya diajak bersama-sama untuk mencuba sistem manual yang selama ini mereka gunakan. mengutip data-data dari borang-borang yang diisi oleh peserta. ianya seperti pendaftaran kemasukan asrama. dan masuk minggu ketiga juga begitu, setiap hari isnin begitu la rutin saya. mengutip data-data yang diperlukan.

hari ini, dah masuk minggu ketiga dan saya tidak rasa kekok disini. seperti saya menjawat jawatan tetap disini...minum pagi kebiasaannya saya dan yang lain akan makan bersama, di pantri pejabat.. saya amatlah suka pantri tu kerana ada banyak buku. bila kebosanan melanda carilah saya di situ. buku-buku disitu kebanyakkannya sudah tidak dicetak. saya tahu kisah saya disini masih ade 2 bulan lagi... ditolak dengan masa yang terbuang sudah tinggal seminggu.






cuma saya mungkin lebih suka jika saya bukan sebagai programmer.. 

~integriti~

Tuesday, May 12, 2009

---------------------------

salah aku sebab kurang membaca dari kecik... aku suka baca komik. komik plak yang tiada tulisan. dan yee salah aku juga sebab kurang bagi perhatian pada cikgu bm, sebab tu aku tak tau menyusun ayat berbunga... oohh lagi sekali salah aku sebab sentiasa taknak ambil tahu dunia luar yang berantakan.... hmm kamu boleh salahkan aku lagi sebab aku tak pernah ambil tahu nama-nama orang yang cerdik pandai.. dan salah aku juga laa kan bila aku tak ambil pengajaran  masa kepala aku dipukul ke papan hitam waktu aku tak tahu menjawab soalan matematik, masa tu aku berumur 12 tahun...hmm mungkin salah aku juga sebab takut dengan cikgu BI masa sekolah rendah... (siapa tak takut kalau dia pukul kawan aku hampir pecah gegendang telinga)...
dan siapa aku untuk menyalahkan semua diatas... cuma bagi aku bernafas..... 

Sunday, May 10, 2009

kek buatan sendiri

ari ni Hari ibu..
jadi aku buat something.. kek buatan sendiri,,

sama macam mak aku selalu buat untuk besday aku dulu,, zaman aku kecik dulu...
mungkin rasenye tak same.. hmm sebab aku mmg takde bakat..
rupa kek tu pun teruk aku kerjakan.. 
tapi aku gigih..
tapi alhamdulillah setelah pelbagai dugaan.. aku berjaya..
dengan bantuan akak aku..

untuk mak,
tiada ucapan tahun ni,,
sebab tiap2 hari saya sayang mak....






p/s: tlg jgn ketawa.. kek tu air tangan aku..buruk macamana pun, mak aku tetap suka..

Saturday, May 9, 2009

laskar...

mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya


p/s: hiduplah untuk memberi selamanya bukan hidup menerima selamanya..

Friday, May 8, 2009

percaya...

dulu aku suka main pondok-pondok.. selain daripada panjat pokok dan mandi sungai.. aku selalu berangan yang aku adalah pelajar universiti.. tapi aku tak pernah impikan pun... konon-kononnya aku blaja dekat library, lepas tu berbual dan berkenalan dengan lelaki.. haha sungguh gatal masa tu.. 

sebelum main pondok2, aku dah sediakan prob2 yang nak digunakan, abis semua periuk belanga mak aku, kami main masak2 betul2.. tapi guna tanah,, memang kehidupan sebenar,, ada mak dan ayah,, anak,,, anak dara dan anak teruna.. selalunye kami main di sungai.. rumah kami adalah batuan sungai yang kami susun jadi kolam.. hehe balik dari sungai semua kelaparan...

malamnya pulak, mak aku akan ajar ngaji...semua kawan2 aku datang belajar,, malam pun kami akan main pondok2 ataupun kami berborak.. selalunya kami suka berlakon.. macam2 watak kami lakonkan.. dan paling best adalah part sorok kan selipar kawan2 aku.. hehe dan hasilnya semua kawan2 aku termasuk aku kena denda,,, 

aku percaya, setiap apa yang kita buat akan berkait rapat dengan kehidupan kita, contohnya kalau seseorang tu sememangnya suka baca buku masa kecik, bila besar mesti dadanya penuh ilmu.. tapi itu apa yang aku percaya... 



p/s:entri ini tiada kaitan..

Wednesday, May 6, 2009

sabar ye,,

aku dalam mood nak gunakan background ni.. jadi ade link2 yang aku kn update.. esok yee.. sabar...










p/s: saya taknak tido.. tapi mata saya tak boleh diajar...

Tuesday, May 5, 2009

dulu dan sekarang..

dulu masa aku berumur 13-15 tahun, aku bersekolah di negeri Johor. Selalunya dalam kelas aku dibekalkan dengan Zine.. atau ape2 pun panggilan tuk majalah indie...selalunyer kawan baik aku akan cakap.. "soroklaa skit kalau bace,,, nnti polis wat rush kalau tahu ade gig"... tapi itu dulu... zaman 90an... sekarang menteri pun sokong gig...dunia kan dah berubah..

dulu masa aku beli simcard.. harga nya RM 150... 100 duit bapak aku.. 50 duit gaji pertama aku.. kerja sambilan dekat kedai ukir tembikar,,, ohh yee simcard celcom.. dan aku simpan smp skrg... sekarang hmm simcard celcom aku dapat free.. dan dah tak guna pun.. ntah aku campak mana...

dulu aku online pakai dial up.. kena tunggu 12 mlm baru blh online.. sbb takut de incoming call...tapi aku online sampai pukul 6 pagi...ramai kekawan baru dan kerja gila aku buat..masa dulu, ade dial up adalah satu perkara yang best.. sekarang dah pakai streamyx tapi baru je dah rase boring.,, facebook n ym jer,,,nak belek2 laman lelabah dah bukan zaman aku.. cuma boleh cari apa yang patut.. heheh

dulu aku nak sangat menulis dan bagi semua orang baca, siap dalam komputer aku ade folder "dotblogs".. tapi sekarang bila ada blog sendiri.. hmmm.,,,,,,

teman

1,2,3 lets go
Kucaraku dengan sepi
Kencang sangat kata hati
Yang tinggi semua ku junjung
Insan lama tak terkunjung


Chorus(x2)
Definisi ku tetap sama dengan kelajuan
Tidak ku kentar kerna bagiku ini masa depan
Tiada penghalang bagiku dan matlamat ku hanya satu
Sentiasa bersedia kemenangan pasti milik kita
Jelmaan kabus disambut
Sorak semuaku kagum
Jangan rebah saat ia mundur
Teruskan langkah mara kedepan lalu ku rempuh

Chorus
Definisi ku tetap sama dengan kelajuan
Tidak ku kentar kerna bagiku ini masa depan
Tiada penghalang bagiku dan matlamat ku hanya satu
Sentiasa bersedia kemenangan pasti milik kita
Definisi ku tetap sama dengan kelajuan
Tidak ku kentar kerna bagiku ini masa depan
Tiada penghalang bagiku dan matlamat ku hanya satu
Sentiasa bersedia……..


p/s: aku sekarang bertemankan lagu ni..

Friday, May 1, 2009

diam..

bunyi kipas jer dengar dalam bilik...
semua orang bawak dirik....
mengadap sesuatu yang bernama teknologi....



apabila kita dan dia diam... tapi kita rasa selesa,,,,




p/s: saya suka latihan industri...