3.FILEM
Seperti yang dijanjikan, no 3 adalah filem. sama ada kesukaan atau filem yang mungkin bagi kesan. :)
Seperti yang dijanjikan, no 3 adalah filem. sama ada kesukaan atau filem yang mungkin bagi kesan. :)
1. dari jemapoh ke mancheste...
filem dari hishamuddin rais ni dah lama sangat...
yang aku ingat masa form 2(1998) tiap2 hari aku dengar soundtrack dia dekat kaset. aku hafal ayat2 yang dia guna dalam filem..
masa tu filem ni aku belum tengok lagi. sebab tak jumpa cd dia.
tahun 2001.. iaitu bersamaan umur aku 17thun. aku jumpa cd ni dekat kedai cd.. perasaan time tu gembira tak terkata. bertahun cari cd ni. jumpa jugak akhirnya.
sinopsis : pasal 2 budak dari jemapoh yang nak sangat tengok bola dekat manchester.. macam biasa banyak halangan yang diaorg kena tempuh. :) *mungkin ada maksud2 tersirat dalam filem ni..* hehe
kenapa filem ni tersenarai dalam banyak2 filem yang aku tengok :
filem ni mengingatkan aku pada kawan2 dekat johor. masa sekolah dekat sana. tiap2 hari kami ulang skrip yang kitaorg dengar dari soundtrack.
dari filem ni aku mula belajar untuk menonton filem yang lain dari lain. :)
p/s: nak dekat 10 tahun kot aku simpan cd ni. :)
2. 30 hari mencari cinta.
masa tengah cari cd filem diatas.. aku jumpa jugak cd ni.. filem ni biasa-biasa je. lawak indonesia.
sinopsis:
mengenai perempuan yang mencari cinta. mereka cabar dalam masa 30 hari untuk cari cinta . macam biasa macam2 halangan. lawak.
kenapa filem ni tersenarai dalam banyak2 filem yang aku tengok :
masa time diploma.. kitaorg budak2 rumah yang single buat macam dalam filem ni. cari boifren dalam tempoh 30 hari. gile kan??
ada yang berjaya tau. sekarang dah ade anak pun diaorang. orang penakut macam aku mestilah tak berani nak terus terang. hehehe kenangan sungguh semua tu. :)
3. my name is khan..
cerita hindustan zaman dulu dulu memang feveret. setelah kecewa my name is khan yang aku download tak habis. aku beli cd ni. kiranya ni cd yang paling latest aku beli. dah lama tak membeli. aku beli mesti sebab aku nak tengok sangat. :)
sinopsis :
seorang lelaki yang ada penyakit asperger's sindrom. dia berjuang untuk cinta. "an ordinary man, an extraordinary journey for love" tu kata2 dekat kulit cd.
lagi satu filem ni selitkan elemen2 pasal terrorist. pasal islam yang dikecam dunia sebagai pengganas.
kenapa filem ni tersenarai dalam banyak2 filem yang aku tengok :
sebab aku nangis tengok cita ni. :)
biasalah kan hindustan. mesti meleleh punyeee.. hehehe
4.juno
filem ni first time aku tengok dekat bilik MTM.
tak tahu kenapa aku suka cerita dia. :)
sinopsis:
pasal remaja yang sekolah tapi lepas tu hamil. macam2 dugaan dia.
kenapa filem ni tersenarai dalam banyak2 filem yang aku tengok :
takde sebab yang munasabah. aku cuma suka. sekian.
p/s: aku lagi suka tengok filem dari cd yang aku beli. feel dia lain. (padahal aku malas nak download.. hehehe) masa zaman belajar upm dulu.. cik nazirah selalu bagi aku filem2 yang dia download.
impian aku sekarang nak kumpul duit beli tv kecik pastu beli dvd player letak kat bilik. hari tu dah hampir2 nak beli dvd portable.. nasib baik pikir panjang.. nak start semula simpan cd cerita. :)
1 comment:
movie marathon ke? hehehe.. windu nk tgk movie lama2 tp dvd dah hilaang~
Post a Comment