**
aku lebih suka kau yang dulu...
yang suka gigit jari dalam kelas sambil termenung...
yang akan buat rumah tanah paling cantik bila main pondok2...
yang menyamar jadi boyfriend aku.. bila ada yang datang ganggu..
yang tolong cover line bila aku dating..
yang akan support aku bila aku depress dengan pmr.
yang akan cari aku bila ada masalah cinta..
yang cepat risau bila aku taknak kawan dengan geng perempuan..
yang sms aku bila kau rindu pada arwah abah kau..
semua yang dulu aku suka...
tapi bukan sekarang,,
sekarang kau masuk dalam hati aku perlahan2 dan musnahkan...
mungkin kita sama sama silap langkah.. aku yakin sangat.. kita sebenarnya suka bila kita tak lebih dari kawan. dan kita tak mahu semuanya jadi kucar kacir. kita lebih selesa macam dulu.perkara yang menyakitkan adalah bila kita dah tak boleh nak perbetulkan apa yang kita dah mulakan.
**
p/s1 :sebenarnya aku tengah runsing tentang sesuatu.
p/s2 :perkara diatas tiada kaitan dengan apa yang mengganggu kepala otak aku. tapi aku kena tulis sesuatu jugak sebelum tidur. hehe moga semuanya baik2 sahaja. dah kena start gear enjin turbo. :P
No comments:
Post a Comment