Rasanya belum terlambat aku nak tulis entri ni. pasal ayah. Alhamdulillah ayah dah semakin sihat. aku nak cakap ayah sihat sepenuhnya tidak jugak. tapi aku cukup bersyukur bila ayah dah boleh berjalan keluar macam dulu(walaupun bertongkat). masa ayah balik dari hospital, ayah lemah untuk berjalan kira kira 2 bulan lepas.perasaan aku masa tu tak tahu nak gambarkan. macamana,sedih. tiap-tiap malam ayah mengadu sakit. aku memang tak sanggup nak pergi mana mana masa tu. mak tetap setia jaga ayah. taki kira masa.
tapi kami adik beradik tak putus putus bagi semangat pada ayah. tiap tiap minggu adik beradik yang lain balik. mujurlah semua duduk dekat2 je. :) dan sekali lagi aku panjatkan syukur dengan kesihatan yang Allah bagi pada ayah.
Ayah dah ceria macam dulu.
Ayah dah bergurau dengan cucu-cucu.
Ayah dah pergi ngeteh dengan kawan2.
tapi kami adik beradik tak putus putus bagi semangat pada ayah. tiap tiap minggu adik beradik yang lain balik. mujurlah semua duduk dekat2 je. :) dan sekali lagi aku panjatkan syukur dengan kesihatan yang Allah bagi pada ayah.
Ayah dah ceria macam dulu.
Ayah dah bergurau dengan cucu-cucu.
Ayah dah pergi ngeteh dengan kawan2.
dan yang paling aku rasa terharu..
Ayah dah boleh pergi solat jumaat. :)
gambar ni menunjukkan perubahan positif ayah. mula2 ayah keluar hospital, lemah tak boleh berjalan.sakit. mak sentiasa ada. dalam bulan ramadhan, dengan kuasa Allah ayah boleh berjalan dengan tongkat 4. masa tu aku terkejut sangat. ayah boleh lepak2 dekat rumah depan. rumah tu buat pun sebab ayah yang nak buat. gambar yang terbaru.. ayah pakai tongkat 1. dan dia baru balik dari ngeteh. :) Alhamdulillah.
ayah sekarang memang model tetap aku. bila aku sedar, gambar ayah tak banyak dalam simpanan aku. jadi sekarang aku akan penuhkan memori phone dengan gambar ayah.
hari ni, ayah ajak aku pergi bandar maran. selama ayah tak sihat, ayah tak keluar ke mana2 pun.dia yang taknak.. tapi hari ni, aku happy. ayah dengan aku makan sama2 di kedai feveret kitaorang.
Terima Kasih Allah atas nikmat,rezeki dan kesihatan yang Kau turunkan..
Terima Kasih mak sebab sentiasa ada disisi ayah.
Terima Kasih adik beradik yang lain.
(syukur, bila ada yang kata pada ayah.. "ayahlong mubin tu lain, dia cepat sembuh sebab anak2 dia balik sokmo. semangat dia lain sikit")
Terima Kasih sahabat sahabat yang sentiasa mendoakan kesihatan ayah.
hanya Allah sahaja yang mampu balas doa-doa kalian. :)
2 comments:
sedihnya. jaga ayah elok2 taw kak dot =)
kronologi gambarr sgt menarik. syukur alhamdulillah. and bukan sume org ade peluang kan nk berbakti mcm ape yg kadot buat skrg. huhuu. anda satu dalam sejuta yg bertuah..
Post a Comment