Wednesday, May 13, 2009

kisah saya,,





hari ni saya berminat untuk bercerita kisah saya sepanjang latihan industri.. bukan secara menyeluruh tapi cukup sekadar bercerita....saya juga tidak kisah mengenai kata orang kerana ini kisah saya...

hari pertama saya disambut oleh tuan pengetua(bos), kami berbual mengenai UPM kerana beliau juga salah seorang penuntut UPM di zaman universiti pertanian.. saya tahu dia tidak berniat untuk menyambut saya, cuma secara kebetulan saya sampai dan beliau juga sampai oleh kerana tiada siapa disitu, jadi saya jadikan tuan pengetua sebagai kaunter pertanyaan. kalau saya tahu dia bos ditempat saya. sumpah saya segan... tapi dengan sikap ramah dia buat saya tidak kekok sampai ke harini... 

setelah berbual beberapa minit, saya diarahkan naik keatas, saya masuk dengan bacaan bismillah. masuk ke ruang pejabat, saya tidak nampak seorang pun pekerja, yang ada disebelah kanan saya, sebuah tv dan alatan audio yang berkaitan. ruang pejabat itu tak ubah seperti ruang tamu. dan disebelah kiri barulah ada pintu yang terbuka luas dan disitulah pejabat saya.

masuk dan terus ke meja penyelia saya, di sebuah bilik lain. senyum, tidak berbual panjang. penyelia saya nampak tegas dengan muka ala-ala inspektor polis. diarahkan keluar untuk berjumpa pekerja lain, saya teramat risau masa tu.. "dimana mereka nak campak saya"..

diam...
diam...

seorang pekerja disitu mengarahkan saya supaya duduk di sebuah meja sederhana besar. diatas meja itu ada beberapa barang yang tidak lagi digunakan. mungkin meja itu tidak pernah digunakan. saya lihat sekeliling sambil melemparkan senyuman paling manis. di ruang saya ditempatkan ada 5 buah meja, 3 daripadanya meja besar. 3 meja yang besar itu ditempatkan di sebelah kiri saya. diantara 3 buah meja, dihadapan sekali adalah ofisboy, di belakang beliau kerani ataupun setiausaha, di belakang sekali akauntan. di sebelah saya pula, saya ditempatkan di bahagian hadapan dan dibelakang saya adalah seorang pelajar yang sama seperti saya. latihan industri.

seorang ketua lagi masuk. saya kemudian diarahkan berjumpa dengan beliau.. bercerita mengenai sistem yang diperlukan. bla...blaa....

minggu pertama disini saya diajak bersama-sama untuk mencuba sistem manual yang selama ini mereka gunakan. mengutip data-data dari borang-borang yang diisi oleh peserta. ianya seperti pendaftaran kemasukan asrama. dan masuk minggu ketiga juga begitu, setiap hari isnin begitu la rutin saya. mengutip data-data yang diperlukan.

hari ini, dah masuk minggu ketiga dan saya tidak rasa kekok disini. seperti saya menjawat jawatan tetap disini...minum pagi kebiasaannya saya dan yang lain akan makan bersama, di pantri pejabat.. saya amatlah suka pantri tu kerana ada banyak buku. bila kebosanan melanda carilah saya di situ. buku-buku disitu kebanyakkannya sudah tidak dicetak. saya tahu kisah saya disini masih ade 2 bulan lagi... ditolak dengan masa yang terbuang sudah tinggal seminggu.






cuma saya mungkin lebih suka jika saya bukan sebagai programmer.. 

~integriti~

6 comments:

adslmh said...

opish kite lebih kurang je midah
hehehe

dot said...

hehe yeker aida.. dah laa kt ade en z..

adslmh said...

tp en.z disini sudah sombong
mcm bgus aje
mentang2 la pakai apple
busan
hahahahaha
:P

dodot said...

en z aku plak pemalu tuhan je yg tau... hehe

epul said...

suka ayat last tu.. kejujuran dan keikhlasan terserlah..

hamidah mubin said...

epul..
:P