Friday, May 8, 2009

percaya...

dulu aku suka main pondok-pondok.. selain daripada panjat pokok dan mandi sungai.. aku selalu berangan yang aku adalah pelajar universiti.. tapi aku tak pernah impikan pun... konon-kononnya aku blaja dekat library, lepas tu berbual dan berkenalan dengan lelaki.. haha sungguh gatal masa tu.. 

sebelum main pondok2, aku dah sediakan prob2 yang nak digunakan, abis semua periuk belanga mak aku, kami main masak2 betul2.. tapi guna tanah,, memang kehidupan sebenar,, ada mak dan ayah,, anak,,, anak dara dan anak teruna.. selalunye kami main di sungai.. rumah kami adalah batuan sungai yang kami susun jadi kolam.. hehe balik dari sungai semua kelaparan...

malamnya pulak, mak aku akan ajar ngaji...semua kawan2 aku datang belajar,, malam pun kami akan main pondok2 ataupun kami berborak.. selalunya kami suka berlakon.. macam2 watak kami lakonkan.. dan paling best adalah part sorok kan selipar kawan2 aku.. hehe dan hasilnya semua kawan2 aku termasuk aku kena denda,,, 

aku percaya, setiap apa yang kita buat akan berkait rapat dengan kehidupan kita, contohnya kalau seseorang tu sememangnya suka baca buku masa kecik, bila besar mesti dadanya penuh ilmu.. tapi itu apa yang aku percaya... 



p/s:entri ini tiada kaitan..

2 comments:

epul said...

entry ini enrty RINDU.. mmg nya rindu sgt pd zaman hingusan.. menarik zman hingusan kau dot..

dot said...

hahaha hingusan aku mmg menarik.. bila dah besar dah jadi kurang,,hmm