masa aku mula2 melangkah ke zaman sekolah menengah.. aku bersekolah jauh dengan rumah.. dalam lebih kurang 30 minit..aku terpaksa tinggal di asrama.. itu lebih memudahkan aku untuk ke kelas.. dan mungkin juga aku akan dapat ramai kenalan.. memandangkan aku ada abang dan akak yang sama sekolah, teramat lah mudah urusan kehidupan aku dekat situ.. masa aku masuk sekolah tu akak aku dah pun masuk sekolah teknik.. tapi sisa nama baik dia masih melekat dekat sekolah tu.. abang aku pulak ada lagi dekat sekolah tu. sebagai seorang pelajar junior,, teramatlah susah untuk mandi pagi.. kamu terpaksa bangun seawal mungkin untuk mengelakkan berebut dengan akak-akak senior yang kerek semacam. tapi nama baik yang akak aku tinggalkan, aku tak pernah susah untuk mandi bila-bila masa yang aku suka.. dan bila kamu ada abang yang bersekolah yang sama.. akak-akak yang muka kerek semacam tu akan cuba terseyum sepanjang masa untuk kamu. heh.
tapi disebabkan pemakanan disekolah tak menepati piawaian mak ayah aku. sebelum ni ok je untuk akak dan abang aku. tapi mungkin untuk anak bongsunye ni.. piawaian makanan tu langsung tak mencapai standard yang dikehendaki..haha ataupun itu alasan aku untuk bertukar sekolah. heh. disebabkan akak aku yang sulung jadi cikgu sekolah menengah dekat selatan malaysia. dia ajak aku masuk sekolah dia. mungkin untuk meningkat prestasi akademik sekolah dia. heh.
masa sekolah di johor. akak aku masukkan aku di kelas pertama, lagipun keputusan UPSR aku layak untuk aku masuk kelas pertama disekolah biasa. tapi nasib aku di kelas pertama tak lama.. akibat dari suka main-main, aku turun ke kelas kedua. tapi di kelas kedua, aku teramatlah seronok. berjumpa kawan-kawan yang sama-sama ke cyber cafe lepas habis kelas. sama-sama pakai perfume tester dekat pasaraya sebelum pergi kelas.sama-sama bangun bila kena panggil dengan cikgu akibat dapat nombor tercorot. bagus betul moment tu. bukan lah kelas pertama tak seronok. tapi otak aku tepu bila aku nak berbual budak-budak kelas pandang aku dengan pandangan. "baik kau diam!!".
aku habiskan masa disekolah tu dengan perasan yang gembira, tak sabar untuk kesekolah. dan tidak mahu pulang ke rumah. heh. sekolah itu mengajar aku membentuk diri aku. tapi sekali lagi jodoh aku dengan sekolah itu tidak lama. mungkin dah tertulis, aku bukan orang selatan. aku anak jati pantai timur. jadi aku kena pulang ke pangkuan orang-orang pantai timur. akak aku dapat tawaran sambung belajar. jadi aku heret sekali tiga orang anak saudara aku balik kampung. heh perasan masa itu, mahu saja jadi jerit pada satu dunia. aku tak suka untuk keluar dari sekolah tu. dengan keadaan peperiksaan penilaian menengah rendah yang aku kena hadapi. dengan kisah manis yang aku terpaksa tinggalkan. kesudahannya aku kembali ke sekolah yang dulunya aku tak suka makanannya. aku jadi calon menumpang untuk peperiksaan PMR. masa tu aku tengok semua mata memandang. kali ni, aku dah takde abang disekolah yang sama, nama baik akak aku yang ditinggalkan pun dah lama lenyap dalam minda akak-akak senior. tapi nasib baik aku masih ada kawan yang tak pernah lupakan aku, walaupun aku tinggalkan dia untuk ke sekolah lain.
aku berdegil untuk tidak masuk semula ke asrama yang ada dekat sekolah tu. lagipun karenah birokrasi yang buat aku tak dapat masuk ke asrama tu. permohonan aku ditolak mentah-mentah. ayah terpaksa berkorban untuk hantar aku ke sekolah, bangun awal pagi dan hantar aku kesekolah yang mula berhimpun pukul 7.00 pagi... mungkin ayah tahu anak dia yang bongsu ni memang tak boleh bertahan dengan keadaan asrama dekat sekolah tu, jadi ayah tak merayu untuk aku tinggal di asrama. ayah benarkan aku duduk rumah sewa milik ayah. waktu tu ada penyewa bujang yang lain. akak jururawat yang sewa rumah ayah tu tak boleh menolak, sebab ayah saja yang bagi sewa rumah paling murah dekat kawasan tu. aku teramatlah seronok masa tu, disebabkan dari rumah sewa tu aku nampak kawasan sekolah. jalan kaki tak sampai 5 minit. kalau loceng masuk kelas berbunyi, aku boleh lagi berlari dari rumah. akhirnya keputusan PMR yang aku terima macam yang aku jangka. sampai sekarang sebenarnya aku masih tak dapat tengok slip keputusan original aku. sebab keputusan aku sampai disekolah lama aku. yang aku dapat hanyalah yang salinan. keputusan yang pada mulanya terjadi kekeliruan, akibat berpindah randah.. keputusan kerja kursus aku tidak dikira. buat penat saja aku buat lampu kelip2 yang boleh menyala untuk kerja kursus. masa tu mahu saja marah pada pakcik posmen sebab hilangkan keputusan yang di pos. tapi nasib baik. semuanya ok lepas berhempas pulas turun naik pejabat pendidikan. heh macam turun naik mahkamah saja.
masa tingkatan 4. aku dah mula suka pada sekolah tu, aku masuk kelas seni dan perdagangan. heh oklah tu... aku ada seorang kawan baik. cukuplah bagi aku ada sorang saja kawan baik dekat sekolah tu. dah banyak onar aku buat sebelum masuk tingkatan 4. maklumlah memberontak sebab taknak pindah sekolah. dah kenal macam-macam kawan yang boleh hancurkan masa depan aku. heh.zaman kegelapan. aku dengan kawan baik aku ni, kami cipta moment tersendiri. kalau rehat cuma minum air kotak dan roti 50 sen. kami lebih selesa duduk di bawah pokok yang takde siapa mahu duduk disitu. bercerita pasal indie-indie band yang ada masa tu..ataupun bercerita pasal lelaki tampan yang ada.. heh gadis yang tipikal. sumpah masa tu aku sudah lupa cerita zaman kegelapan aku. mahu ingat pun aku rasa menyampah.
ayah sekali lagi mainkan peranan penting untuk beri aku yang terbaik. aku terpaksa tinggalkan sekolah yang aku dah mula suka persekitarannya,, kawan baik aku yang cuma seorang saja juga aku terpaksa tinggalkan. ayah mahu aku ikut jejak akak dan abang aku. masuk ke sekolah teknik pertanian. heh. aku tak nampak bakat aku untuk menanam pokok. walaupun pokok bunga kertas. tak tahu la, nasib aku malang atau aku mahu diuji. permohonan aku ditolak oleh kementerian. aku cuma diam saja. aku tak kisah untuk terus sekolah aliran seni dan perdagangan, sebab aku suka seni. tapi ayah mana kenal putus asa, turun naik sekali lagi ayah ke kementerian. semata-mata untuk bagi yang terbaik pada anak dia yang bongsu ni. aku ikutkan saja apa yang ayah mahu. dan aku percaya dengan usaha pasti akan berjaya. ayah berjaya menempatkan aku ke sekolah yang dia mahu. kawan baik aku masa sekolah rendah dah masuk dulu sekolah tu, jadi tak susah bagi aku nak sesuaikan diri. kata pengetua sekolah tu masa aku mula daftar.."awak ni kes istimewa sikit..", yela mana tak istimewa, aku sendiri tak tahu aku ambilan ke berapa. sebab aku sorang saja yang mendaftar. heh.
sekolah bagi aku sama saja, mana-mana pun.. asalkan tahu bawak diri. aku abiskan juga zaman sekolah menegah dekat situ.. abang aku dan akak aku dah takde masa aku masuk sekolah tu. macam biasa mereka cuma tinggalkan nama untuk orang lain ingat. moment dekat sekolah tu, memang menarik. mana kamu mahu dapat jual sayur dari rumah kerumah, mana kamu mahu dapat buat batas tengah-tengah panas.. aku ingat lagi ada wakil dari upm datang tanya pasal tanaman yang kami tanam untuk kerja kursus. aku dapat antara 10 yang terbaik. aku dapat belajar sesuatu. kalau kita berbudi pada tanah. tanah akan balas budi dengan cara tersendiri. Alhamdulillah.
aku abiskan zaman sekolah menengah dengan cara aku sendiri. SPM aku tidaklah terlalu cemerlang. batang hidung A pun aku tak nampak. tapi keluarga aku tetap sokong aku. dan sekali lagi ayah aku kecewa dengan aku,bukan kecewa dengan keputusan SPM aku tapi kecewa bila aku tak dapat masuk ke Institut Pertanian, macam akak dan abang aku. aku tahu kecewa ayah lama.dia mahu anak-anaknya berjaya dalam bidang pertanian. maklumlah ayah orang kampung yang ada kebun untuk dusahakan. dia mahu semua anak-anaknya tahu mengenai baja,pokok-pokok tanaman.hmmm..mungkin ambil masa untuk sembuh kecewanya.. akak aku yang sulung masih lagi menyokong apa saja yang aku mahu buat, asalkan minat belajar. katanya "masuk je IPTS, under IPTA.. nanti senang mahu sambung".. untuk terus bertahan. bukan perkara mudah. aku masuk IPTS selama 3 tahun. sebenarnya aku tak pernah merancang untuk sambung ke IPTA. bagi aku, cukuplah sekadar aku belajar lepas SPM. tapi aku silap, dunia sekarang sudah lain. aku ambil keputusan untuk sambung belajar.. memandang sewaktu di IPTS, aku under UPM.. jadi UPM jadi pilihan tempat sambung belajar. tapi perjalanan untuk ke UPM tu bukan mudah macam ikut highway LPT.. permohonan aku yang pertama ditolak. bukan sebab CGPA, tapi sebab silap sendiri. akibat dari kesilapan tu, aku terpaksa tunggu setahun lagi untuk mohon kemasukan tahun yang berikutnya. masa tu aku cuma fikir mahu banggakan mak dan ayah aku. aku sanggup buat apa saja asalkan mereka bangga ada anak seperti aku. aku mahu ubat hati ayah aku yang kecewa.
setahun aku menunggu.. bermakna setahun aku tahan telinga dari mulut-mulut orang yang bising berkata, "aku tak mampu buat apa-apa lepas habis belajar". tapi tak kurang juga ada yang memahami. kata mereka.keluarga aku tak jemu untuk belajar. yaa aku anggap itu satu doa... penantian aku selama setahun, berhasil akhirnya.. aku tak lupa untuk buat sujud syukur masa aku dapat tahu aku permohonan aki diterima. mak dan ayah aku jadi orang paling gembira. kenduri kesyukuran untuk aku. anak bongsu dia masuk universiti akhirnya.. anak yang dia selalu marah sebab bil talifon melambung, anak yang selalu dia marah sebab malas ke sekolah. mungkin pada sesetengah orang cerita aku ini bosan. kerana perjalanan mereka dan keluarga mereka tak sama seperti perjalanan aku dan kisah perjalanan keluarga aku. tapi setiap dari kita kisahnya berlainan bukan???
p/s^1: aku kini pelajar tahun akhir.. mengutip semangat keluarga untuk habiskan semuanya.. sekali lagi diingatkan.. bukan mudah seperti A.B.C......
p/s^2: berharap ayah takkan kecewa lagi... dah banyak sangat anak ayah yang bongsu ni kecewakan dia.. berharap dapat bertahan!!!
9 comments:
terbaek...ini upe nye noor hamidah.
aku respect ko!!!
aku takde duit syiling r nak bg ko botol.. hahah cepat update blog panjang2.. hahah
kita amik jalan yg jauhhhhhh pun tetap juga sampai ke tahap skrg...
im proud of us!!
hohohoho..ni kali ke berapa dengar cerita ni..hehehe..tapi takpe..cerita banyak kali pon dengar jugakkk..hohooo..life is long long way to go...
wah panjang nya kisah hidup akak.
saya respect jugee ;D
emm: yeay!! kita berbangga!!
bell: hahha terima kasih laa sbb sudi dgr... hahah
shafinaz: tq... heheh
nanti aku cter ari2 skola aku gak..
lagi best cter aku..haha
boo: ceh,, haa cpt la cite, nak tgk best ke tak dr cite aku., haha
Word art attracts most of people. If you want to inspire people with your wording so Magazine Arena provides opportunity share your feeling by words with people around the world & show your skills by word art to worldwide by Magazine Arena. For more information visit our website.
Magazine subscriptions
[url="http://www.magazinearena.com"] Magazine subscriptions [/URL]
Post a Comment