Friday, June 17, 2011

aku sedar semua yang terjadi buat aku jadi lebih kuat.. kan dah termaktub.. janganlah sesekali kamu mengaku beriman sedangkan kamu tidak lagi di uji...

masuk hari ni dah 3 hari ayah masuk wad sebab kurang darah. sepatutnya hari ni lepas doktor cek kali kedua, dah boleh keluar, tapi sebab ayah demam, doktor tak berani nak bagi kebenaran keluar. nanti apa apa yang jadi dia rasa bersalah pulak. ayah dah beransur pulih. dah boleh makan. sebab 2 hari dia masuk, dia kena puasa... hari pertama memang kena puasa, sebab dr nak cek usus ayah. istilah untuk hari kedua "clear fluids".. aku tak reti sangat istilah perubatan ni, tapi aku sempat google. sekadar nak tahu sebab kesian tengok ayah lemah tak makan. hari kedua ayah minum air je boleh.. masa aku duduk dekat ayah.. air manis pun tak boleh minum.. ayah asyik tanya tak boleh minum ke air manis.. aku cakap kena ikut cakap dr.. tapi bila balik tu.. aku asyik teringat je yang ayah nak air manis.. risau pulak aku. pagi2 telefon mak, mak cakap malam tu dr dah bagi ayah minum air manis. lega sikit aku.. masa ayah puasa, mak pun tak lalu nak makan.. mak kata.. mak makan nasi dengan singgang je.. nak makan sedap asyik teringat ayah je, sebab ayah selalu makan dekat cafe hospital tu. tersentuh aku.

hari ni aku tak sempat tengok ayah, waktu ni jugaklah ada meeting dengan General Manager bahagian Timur. memandangkan kontrak kerja baikpulih nak habis, kenalah jugak datang.. nanti tak sambung kontrak susah jugak. rupanya meeting tu tak cakap langsung pasal kontrak yang nak tamat. lain yang GM tu bebel. otak dah menerawang pasal ayah je. tiap masa sms Ngah tanya macamana keadaan ayah. nasib baik Ngah lepak dekat ayah sampai malam. nurse dekat situ cakap, normal bagi siapa siapa yang buat tranmisi darah akan demam, sebab nak sesuaikan darah dengan badan kita. sesiapa pun pemilik darah tu sebelum ni. aku nak ucapkan terima kasih. sebab darah tu sekarang dah mengalir dalam badan ayah. insan yang paling bermakna untuk aku. TERIMA KASIH.

p/s1: berdoa semoga ayah boleh keluar esok.

p/s2:menikmati hidup bahagian pahit ni memang menarik.. sebab kita takde pilihan selain telan.. lama lama hilang la rasa tu,,

p/s3: untuk aok, sms aok sangat memberi semangat!!!

1 comment:

tough lady :) said...

bersyukur kerana diberikan masa untuk berbakti kepada ibu bapa. alhamdulillah. semoge kite semua tergolong dalam golongan anak2 soleh yang sentiasa menyenangkan hati ibu bapa. aminnnnnn. smile even its hard, because maybe ur smile cheer up some ones day :)