Wednesday, June 8, 2011

ubat senggugut yang paling berkesan setakat ini.

Perempuan dengan period memang tak dapat dipisahkan. wajib bagi semua wanita normal. bagi aku itu memang keistimewaan perempuan. darah kotor yang kena keluar dari badan kita. tapi tak ramai lelaki faham bila perempuan period. maksud aku betul betul faham. paling tidak pun diaorang akan cakap "biasalah perempuan, datang bulan laa tu" kalau tengok perempuan emosi tak tentu pasal. aku rasa takde lelaki yang sanggup buat research pasal ni. sekurang2 nya lelaki akan cuba faham. kalau ada lelaki macam tu.. hei amatlah bertuah.

setiap kali aku nak period, sindrom PMS memang tak boleh lari. aku akan jadi marah2 tak tentu pasal. aku mudah tersentuh. itu semulajadi bagi seorang perempuan. bukan mengada ngada nak bermanja. kadang kadang aku sendiri tak pasti kenapa aku tetiba menangis. sakit2 perut tu memang wajib. pernah sekali aku pecahkan cermin dalam bilik tanpa sebab yang kukuh... aku rase geram tak tentu pasal. bila first day aku period, aku akan jadi sangat stress sebab aku tahu aku akan period pain yang gila gila punya sakit. memang tahap tak boleh nak jalan.. tahap kritikal aku rasa. aku dah tak ingat bila aku start sakit tahap teruk.. rasanya masa aku study diploma kot.. setiap kali period pain aku ponteng kelas.. sebab aku akan berpeluh2 dan nak pitam. jadi aku taknak ambik risiko, baik aku baring dalam bilik dan tido. cara paling mudah dan tak menyusahkan sesiapa aku akan telan pil menstrual. tapi pil tu ada kesan yang sangat buruk bagi aku. ini apa yang aku rasa, aku akan rasa ketagih untuk makan pil tu lagi bila aku period pain. badan aku jadi ketar2 dan makin teruk kalau tak makan pil. jadi aku akan ambik kalau betul2 terdesak. ntah laa aku tak pandai nak describe bila aku makan pil tu apa yang aku rasa. tapi aku dapat rasa yang die tak elok. bila makan aku akan rasa mengantuk mamai.. tido berjam jam.. dan bangun dengan semangat baru. huh. macam orang amik pil khayal, yang tu aku rasa kot.

sampai satu tahap, aku jeles bila tengok orang yang period tapi rilekss je.. still lagi boleh jalan jalan. gelak gelak. aku terfikir bilalah aku nak rasa yang macamana diaorang rasa.. kalau aku kena ade orang urut, kena muntah keluarkan angin baru aku rasa lega. kena rehat sehari betul baru aku stabil. kalau time belajar dulu, bell la selalu jadi mangsa belikan soya n urut. kalau kat rumah mak aku lah yg setia buatkan macam2 ubat. sampaikan anak sedara aku dah lali kalau tengok aku serabai berkain batik.. duk memerap dalam bilik sambil meraung2 nangis.

sebenarnya aku dah cuba macam2 ubat, aku lebih percaya dengan ubat tradisional kalau bab senggugut ni, sebab dia melibatkan rahim@peranakan perempuankan? ada satu ubat yang aku beli, pahit dia tak terkata.. aku memang tak boleh nak telan, sebab rasa dekat tekak ambik masa yang lama nak hilang. ada ubat yang aku beli dekat stokis2 yang jual produk kecantikan perempuan, dia macam pati ayam.. tapi perisa buah delima... tauke kedai tu kempen kaw kaw pada aku.. dia kata boleh kurang sakit... tapi bila aku baca label, "perempuan yang datang haid dan perempuan mengandung tidak digalakkan minum" erk.. tapi aku beli jela... sebenarnya ubat tradisional kena amalkan tak boleh terus tak sakit. aku taknak macam tu. aku takde disiplin nak minum ubat. sampai sekarang ubat tu tersimpan rapi.

Aku sempat google macamana nak ubat period pain.. sebab aku dah jadi trauma bila tarikh nak period dah dekat. aku takut sangat kalau aku period time aku ade keje dekat luar. kalau belajar dulu boleh jugak ponteng. nasib baik jugak aku kerja sendiri.. jadi automatik ambik mc sendiri. kebanyakkan kajian cakap takde ubat spesifik untuk pms dengan period pain.. banyak yang cakap amalan hidup sihat. maksudnya bersenam, jaga pemakanan etc.. aku bukan seorang yang berdisiplin nak bersenam sendiri.. banyak masa atas katil. tapi nak dijadikab cerita... akak aku ajak join gymnasium.. kata dia dari duduk je petang baik bersenam. oklah aku rasa sebab ada geng. kalau sorang mesti liat... dan dari sinilah aku nampak perubahan....

bulan pertama lepas ke gym, aku heran tanda period tak muncul2.. maksud aku pms yg teruk.. aku takde marah dah.. pelik sebenarnya... dan bila first day period.. aku jadi heran bila tak rasa apa2 yg sebelum ni aku rasa. bertahun2 rasa sakit. tapi kali ni lancar je. aku agak mesti sebab aku bersenam dekat gym. tapi tak boleh buat andaian lagi. ntah ntah bulan tu je.. tapi sebenarnya aku rasa excited. sebabnya bertahun2 aku rasa sakit yang tak tergambar... tapi kali ni, masuk bulan kedua.. Alhamdulillah.. simptom pms x teruk sangat... dan period pain pun tak menyengat macam dulu.. still lagi rasa sikit tapi tak seteruk dulu.. boleh laa kalau nak keluar berjalan jalan. tapi disebabkan trauma period pain yg teruk.. aku still lagi takut nak makan n minum sebarangan bila period kali ni. aku sebenarnya excited nak share dengan sesiapa yang ada masalah macam aku,sebab aku tahu sakitnya tak tertanggung... cubalah bersenam dengan konsisten... joging.. jaga makan.. mana tahu insyaAllah period pain boleh hilang.. tapi kalau still lagi tak boleh seeloknya jumpa doktor.. dan sekarang aku perasan kalau dekat rumah period pain aku paling teruk sebab dekat rumah lagi banyak duduk lepak depan tv... sebenarnya bagi aku key die adalah bagi keluar peluh sikit.. buat workout untuk dalaman sikit.. waa dah macam doktor pulak.. aku harap bulan depan dan seterusnya period pain dah tak datang menyerang... kita tengok bulan ketiga nanti macamana pulak ceritanya.. :)

ps: sekarang banyak orang dapat sakit tanpa sedar... menakutkan...
ps2: openkan nazi entri aku kali ni? hehehe

8 comments:

Anonymous said...

cerita kita sama...tp sy seorg yg sangat aktif bersukan..still ada period pain..masa zaman diploma dlu setiap bln g hospital tok amik injection.dan panadol menstrual tu sepapan sebulan dh biasa..btl la apa awk ckp lau xmam ubt tu bdn jd shaking...kdng2 trpkir apa la nsb mcm ni..tp stakat ni bersyukur je la allah x tarik nyawa..hahaha sy masih x jmpe lg ubat sengugut tok diri ini...hahahah sedihnya..:(

Anonymous said...

Sy pun teruk jg senggugut tiap bulan.tp penah sy bbp hr nk period sy kerja berat. Angkt barang mcm2 n herannya bulan tuh sy lgsung xsakit.n penah juga sy angkt brg smpi lenguh2 pingng n belakang bbp hr sblm period.minta adik kecik sy tolong pijakn belakng, n period lgsung xsakit.

rchenah said...

Sng ja...tandakn period stiap bln.pstu smgg sblm period dtg mkn pisang then buat kerja berat...skt stil ada tp x kuat sgt..blh la kuar g jln..then jgn strss
slmt mcuba

Anonymous said...

hye...awk boleh cube GLA complex dr shaklee...klu berminat nk tau, boleh contact sy, Hana: 0172379654
Sbb sy dlu pn senggugut smpai tergolek2 jugak..ble dh keje, setiap bln msti MC...tp lpas consume GLA, alhamdulillah, xd dh senggugut..

Anonymous said...

Dlu sblum kawin,,sy xpenah senggugut,, tpi lpas kawin,,,senggugut tu dtg,,,knp?

Emiehamidah said...

Kisah kita samaaa..... sy asmda ank sorang umo 7 tahun... pun saya masih senggugut yg amat..sampai terguling2.... help me......

Emiehamidah said...

Kisah kita samaaa..... sy da ada ank sorang umo 7 tahun... pun saya masih senggugut yg amat..sampai terguling2.... help me......plz...

Emiehamidah said...

Kisah kita sama....sy da ada ank sorang umo 7thn..pun sy masih senggugut yg amat.....helpme........