Thursday, June 30, 2011

Ayah paling tak suka kalau minyak kereta kurang dari 3 bar. Jadi meter minyak memang sentiasa 3 atau lebih..dengan automatik aku jadi terikut ikut perangai ayah yang satu ni. memang cuak kalau meter tunjuk kurang dari 3. padahal aku tengok kawan aku relaks je bawak kereta walaupun simbol minyak dah menyala-nyala..

nak dijadikan cerita, semalam balik dari Temerloh aku skip isi minyak. dah penat. lagipun aku yakin ok lagi.. rupenye tidak sama sekali untuk hari ni. start je kereta meter minyak tunjuk 2 bar. nak ke stesen minyak terdekat lebih kurang 20 minit, tapi tak boleh pergi isi minyak terus sebab ada emergency kena ke syarikat cukai. yakin. turun je dari syarikat cukai tu, start kereta.. hamek ko.. terus menyala simbol minyak.. macam jerit "aku haus,, aku nak minum minyak" huh. first time aku bawak kereta dalam keadaan macam tu. fuh fuh dah laa tengah bandar jengka, tak jammed pun tapi still kereta ada di tengah jalan. walaupun tak lama tapi berdebar tu tuhan je yang tahu,, fikir bukan2.. macamana kalau kereta berhenti tengah jalan habis minyak.. sape yg aku nak call.. huhuhu jangan dibuat main main.. boleh ganggu konsentrasi memandu weh...


fakta :

-makin hari makin aku jatuh cinta dengan apa yang aku buat sekarang, :)

-apa yang penting enjoy setiap moments beb.. jangan stress. :)

-syukur sentiasa ada mereka yang baik hati untuk tolong aku huraikan semua simpul. :)

-terfikir nak menulis pasal Bersih, tapi aku belum cukup kuat untuk menulis penulisan berat. tapi pendapat peribadi aku.. rakyat berhak tunjukkan rasa. kan ada je perhimpunan aman. yang jadi haramnya bila ada yang menidakkan kebenaran. :)

-kondisi ayah tak berapa sihat lagi. risau..

-hidup mesti terus, dan cuba atasi semua rasa takut. yeahhhhh!!!!

- aku ikut acuan aku, tapi takkan lari dari asas yang ayah bina. :)

2 comments:

tough lady :) said...

dulu minyak kene 2 bar ke atas. skrg minyak menyale2 pon rilek lg. hehehe. experience always the best teacher :P


bagussssssss. makin hari makin syg. keep it up! cherish every moment..

hamidah mubin said...

ok aku dah ade pengalaman kali kedua.. dah x berape gelabah.. hehehe