terima kasih pada nazirah sebab ingatkan aku tuk update blog ari ni. aku tahu dia peminat setia aku. hehehe pembaca setia orang cakap.. :)
sejak kebelakangan ni, banyak perubahan yang tak bagus jadi pada aku.
1. aku dah pandai taip mesej, jawab phone call, buat phone call masa drive... yeee bunyi macam mustahil. tapi bila kita fokus pada keypad.. so boleh laa tulis mesej yang ringkas.. dulu aku sangat marah dengan orang yang pegang handphone time drive...ohh itu sangat tidak bagus..
2. pandai bukak tin minuman, bukak jajan time drive.. ohh makan memang jadi habit aku yang paling buruk sekali.. dulu aku memang suka makan bila masuk dalam kete. entahlaa kenapa, maybe aku suka menguyah sambil borak2.. tapi bila aku jadi driver pun aku tak boleh lari dari habit tu.. kalau ada drive thru dekat sini, aku tak tahu laa macamana.. memang tak kekuar dari kereta aku. ohh tidak bagus sungguh.
3. berangan sambil drive. dulu sebab utama aku taknak/cuak bawak kereta sebab aku suka berangan bila dalam kereta/bas.. dan benda tu datang lagi sekarang yang paling tak boleh terima sebab aku bukan lagi penumpang. aku adalah pemandu. huh.. sebabkan berangan yang entah apa2.. dah berapa kali aku tersalah jalan.. maksud aku.. aku nak pergi tempat lain, tapi drive ke tempat lain. uhuk.. tak bagus untuk masa. :(
4. marah marah dalam kereta.. aku sendiri bawak pun tak bagus mana.. tapi aku cepat marah bila ada kereta yang bawak macam apa je(yang sangat kurang ajar). maafkan aku. aku tak berniat nak marah.. tapi mesti nak terpekik dalam kereta sorang2. tak bagus.. nanti cepat tua, dan orang cakap gila.
lebih dari satu dikira banyakkan? baru perasan semua perubahan yang tak bagus berlaku pada aku adalah semasa aku bawak kereta. ohh merbahaya sungguh. aku kena ubah.. terutama berangan, makan, marah2.. oh semua. :(
p/s: kepada peminat setia, aku akan cuba simplekan ayat. heheheh
p/s2 : amboi bell tengok bola kat stadium.. heheh jadi pom pom girl ke?? hehehe
p/s3 : merindui semua yang sedang membaca blog ini. :)
1 comment:
ding ding ding. yelaaaaaaaaa. pemain malaysia memerlukan sokongan i. hehehe. tetibe je rase nk pegi. hehe. feeling skit buat ombak. hehe
Post a Comment