Monday, July 25, 2011

"letting go"

hai semua. :)

Jumaat yang lepas aku ke Kuala Lumpur lagi. sebenarnya tak rancang pun, tapi kebetulan aku menang hadiah pergi money dinamics to rich oleh nazril idrus. untuk pengetahuan semua orang, aku tak pernah menang pertandingan.FIRST TIME.:) jadi hadiah ni memang tepat pada masanya.BERBALOI-BALOI. nilai hadiah tu RM 900 = tiket untuk tiga orang. memandangkan kawan rapat aku di kolumpo ada 3 orang. tiket tak cukup. takkan lah nak suruh salah sorang beli tiket tu kan? haih. pujuk bell join contest tu sebab aku tahu dia selalu bernasib baik bila masuk contest. dan dia MENANG!!!. total tiket terkumpul sebanyak 6 keping. maknanya boleh pergi 6 orang ke prgoram tu.

Berangan nak naik bas pagi.7.45 pagi. wahh sebab nak lebih masa sampai Kl dan cari2 makan dengan nabila. Tapi tak kesampaian, naiklah bas tengahari. Tq Metrobas sebab dah bas ke KL dari Maran. takde lah kisah nak cepat lagi lepas ni. :) tak risau terrtinggal bas lagi kalau lambat.
:)


hari jumaat sempat jugak ke KLCC jumpa nazi. makan.borak. jumpa dila jugak.
tapi pic ada dila gelap.. Almaklumlaa duduk tepi tasik KLCC. :)

*bell : apa rahsia cerah berseri?? hehe

workbook untuk catat semua ilmu. :)


aku.bell.sara.nazi. kami semua adalah kategori FUN LOVER!!

hari sabtu : weeeyyy!! hari yang ditunggu2. program 4 jam dengan nazril idrus. muka hensem nak mampus. hehe tapi itu bukan point. point yang sebenar adalah aku tahu macamana untuk "letting go" sesuatu yang tersimpan selama ni. :) *mungkin di entri yang lain, yang lebih series*


tamat program dapat sijil. tapi peringkat kinderskool je dulu. ada modal lebih boleh pergi lagi :). *tapi tak sempat nak tangkap gambar dengan nazril.*


*nampak lelaki misteri yang malu itu?? heh. itu kupan.sepatutnya kupan termasuk jugak dengan program ni. tapi dia terlupa pasal program ni. lagipun dia bukan minat aku rase. jadi kitaorang jumpa dia masa makan je.


sempat jugak lah tawaf ikea. tengok2 perabot dan sharing. *duduk atas katil sharing2. macam dekat kolej.* hero tengah bawak semua barang... :) hehehe

keluar ikea. hantar kupan. dila n sarah. aku dengan bell. gigih lagi nak ke maskara. almaklumlaa dah lama tak ke sana. rindu jugak suasana rumah pena. :) walaupun sesat sejam lebih jugak rasenya.. bateri phone langsung takde. waktu tu rasa useless gila talifon. :( tapi Alhamdulillah jumpa jugak. sampai pukul 9.30, show dah start, terlepas orang baca puisi. sayangnyee :( maskara memang patut sentiasa ada. untuk orang2 yang tak mahu bingit konsert tapi mahu hiburan.. maskaralah tempatnya aku rasa. :) beli buku.sempatlah jugak makan nasi free maskara, habis show terus keluar. segan nak lepak lama. takde sape yang kenal. :) *langsung takde gambar dekat maskara, tapi semuanya tersimpan kemas* mungkin benda2 macam tu kena hayati dengan hati, bukan sambil pegang hanpon tangkap gambar. :) *thanks bell sebab bawak jugak aku pergi maskara. heh. aku macam paksa ko kan?? * :p

masa zaman UPM selalu berangan nak makan kedai sebelah rumah pena tu. namanya TUPAI2. orang kata sedap tapi mahal sikit. memandangkan aku dengan bell dah datang naik kereta sendiri, bukan menumpang sesiapa. tak fikir panjang terus ke tupai2. kecewa sedikit bila takde western food. otak dah berangan nak merasa. tapi borak2 dengan soulmate tu yang penting. itu ini itu ini ceritanya.. kalau tupai2 tu taknak tutup lagi mungkin borak sampai tak sedar diri. tapi yang tinggal aku dengan bell je. hehe faham2 lah kan?? :)

ahadnya pagi2 dah balik ke pahang. sorry nazi tak sempat dah ke TTDI. nanti kita jumpa lagi ye. :)



:)

bigggggggggggggg thanks untuk BBS.. sebab sudi teman aku pergi program ni. :)
i looveeeeeeeeeee u allllll :)
selamat berpuasa and take care :)


3 comments:

diya jamal said...

first time terasa macam baca blog..
haha.. selalu kak dot letak puisi la, ape la.. kui3.. jgn mare..

hamidah mubin said...

heheh lawak laa diya. :)

hamidah mubin said...

kakdot tak reti nak tulis macam org lain tulis,,:(