Friday, July 8, 2011

mungkin aku tak berada ditempat diaorang jadi aku bolehlah sokong bersih membersih ni. aku duduk jauh dan aku tak rase roadblock di merata rata jadi aku tidak marah untuk itu. tapi aku ada pendapat sendiri. polis ramai2 cuma mahu menaikkan kemarahan rakyat yang berada ditengah tengah. jadi kerajaan tak boleh marah kalau mereka masih lagi malas nak mendaftar jadi pengundi. baik ambik sikap tak ambik tahu dari menyusahkan dirikan? aku pun bukan pakar dalam bidang politik. aku pun rakyat biasa yang sentiasa bersedia dan membiasakan diri bila barang naik mendadak. aku bukan dapat apa2 dari apa yang aku rasa.

aku rakyat biasa yang cuma mahu pemimpin yang tak tamak wang. itu saja. dah banyak sangat kita dipersembahkan dengan acara2 keramaian yang kita sendiri tak dapat apa2. entah berapa ramai yang sedar, nak taraf hidup tinggi sikit kena bersedia membayar cukai yang wajib ada. aku pun cuma budak kampung, mana lah aku layak bercakap lebih2. tapi setiap kali pilihanraya dekat kampung aku dapat bukak mata, orang takkan percaya kalau aku cakap tiba2 yang beratur belakang aku orang yang tak pernah aku nampak. yang tiba2 proses kira undi dilanjutkan dan tiba tiba satu trak orang asli datang mengundi dekat kampung aku. erk.

itu pendapat peribadi aku. dan aku ada hak untuk berfikir mana yang terbaik. demokrasikan?. aku sayangkan negara. dan ada bezanya kalau kita cintakan negara dengan cintakan pemimpin. mungkin ini sebenarnya agenda orang2 tertentu yg juga sama gilakan harta dan kuasa, ramai yang kata yang ikutnya bodoh. tapi pendapat aku ini bukan soal sokong siapa yang buat. tapi niat kita. kita berhak menuntut hak kebebasan mengundikan?

ini semua sekadar pendapat peribadi aku. mungkin kalau aku di KL aku jugak naik marah, sebab roadblock merata tempat. tapi aku pelik belum ada lagi jentera berbaju kuning sampai tapi jentera kereta kebal dah ramai yang kesana. selamat maju jaya semua. ;)

ps: selalunya orang yang bangkit bangun orang yang pernah ditindas. tapi tidak pada orang yang sentiasa ada wang dalam poket buat lepak2 dekat starbucks. :p

ps2 : aku juga tak marah pada sesiapa yang tak menyokong. kita tetap kawankan?

ps3 : untuk baihaqi.. jaga diri dekat bersih. :)

maaf entri ni sekadar apa yang aku rasa. tak sabar nak pilihanraya. :)

3 comments:

Paolo Balam said...

betul...ekonomi merosot yang dijangka masa tu, siapa yang tutup jalan? sayangkan negara!

suly said...

best part lam post ni --> "tak sabar nak pilihanraya"

bersih watkan saye nk g daftar mengundi~

hamidah mubin said...

balam n su : cepat2 pg daftar.. tak rugi pun.. ingat fikir sebelum mengundi. sebab dekat Sana nanti undian kita pun dikira. :)