Wednesday, April 30, 2008

keseronokan VS kekosongan

aku rasa terpanggil untuk menulis mengenai keseronokan dan kekosongan..kekosongan ni aku gambarkan sebagai kekosongan jiwa/hati/perasaan...

keseronokan sama erti : kegembiraan, kesedapan, keenakan, keriaan, kesukaan, kelazatan, kegirangan, kelazatan, kenikmatan, kemanisan (tesaurus bahasa melayu DBP)

kekosongan sama erti : ketiadaan, kehampaan, kekecewaan; (tesaurus bahasa melayu DBP)


pernah tak kita rasa sunyi dalam keadaan yang bising... dan kita rasa nak bersendirian rasa nak jerit pada semua orang supaya..DIAM!!!
dan kita rasa seronok, sedangkan perkara remeh sahaja yang berlaku.. seperti seseorang yang kita minat senyum pada kita...

bagi aku keseronokan dan kekosongan dua perkara yang berkait rapat.. kedua-duanya berkaitan dengan jiwa.. aku jadi terfikir perkara ni sebab,

............baru - baru aku ke PD.. keseronokan kat sana memang susah nak gambarkan.. kat sana semua lupa yang kami ada tanggungjawab lagi.. tapi bila balik aku rasa kosong... tgk blok aku yang dah sunyi.. katil romate aku yang dah berkemas...masa tu aku rasa betul-betul kosong... kalau boleh aku nak lama-lama lagi borak.. bercerita, bermain, malam tu aku borak2 lagi pasal keseronokan kat PD ngan Skamboo ngan Epul.. ade perkara yang wat aku terfikir... epul kater "hidup ni 30% adalah kegembiraan/keseronokan dan 70% adalah kesedihan..." dia bagi contoh.. teater.. satu produksi bila menang rasa seronok tu sekejap jer.. tapi sengsara nak jayakan tu lama.. dan aku mengiyakan perkara tu...

bagi mereka yang sentiasa rasakan hidup mereka tiada keseronokan.. jangan tipu...
kerana walaupun kesedihan lebih banyak..
kegembiraan/keseronokan akan datang...walaupun dalam masa yang singkat ianya mampu buat jiwa kita tersenyum...

No comments: