khamis yang lepas aku balik kg.. macam biasa perjalan yang menyeronokkan.. lihat gelagat manusia-manusia yang pelbagai... buat aku tersenyum dan ligat berfikir,, siapa mereka, kemana arah mereka, bagaimana cerita hidup mereka,,
sampai di satu stesen cheras,,, seorang budak sebaya arif barangkali...7-8 tahun,,, SEORANG DIRI.. mata aku tak lepas melihat dia... dan kebetulan dia duduk di depan aku.. keadaan dalam star tak ramai sangat tapi aku tahu mereka semua sedar kewujudan budak laki tu.... kepala aku ligat berfikir mana mak ayah dia... dengan pakaian sekolah.. mungkin dia nak pergi sekolah.. tapi mana kawan2 dia.. kenapa dia sorang je naik star.. dekat mana sekolah dia... tapi dari apa yang aku lihat dia seorang budak yang berdikari.. langsung dia tidak takut memandang mereka-mereka yang merenung kearahnya.. termasuk aku..
sampai di stesen masjid jamek.. budak kecil tu buat aku terharu... sebelum dia turun, berulang kali dia menoleh pada seorang ibu yang memangku anak.. ntah apa dalam fikiran dia..
dalam keadaan sekarang, masih ada lagi yang tak mahu ambil iktibar di atas kisah sedih adik nurin(arwah),adik sharlinie(masih lagi bertawakal), adik asmawi...
mungkin ini pandangan biasa bagi masyarakat kota... tapi bagi aku yang dibesarkan di kampung, aku betul2 sedih tergamak mereka-mereka melepaskan anak mereka berdikari sebelum sampai masanya.. sibuk sangat ker kehidupan mereka sampaikan anak-anak jadi mangsa..
teringat aku pada anak-anak buah aku yang semakin masih besar...
No comments:
Post a Comment