Wednesday, April 30, 2008

teman kecilku...

teman kecil aku..(penyimpan memori)
aku rindu nak mandi sungai..
aku rindu nak wat istana pasir...
aku rindu nak gelak sambil otak kosong..
aku rindu nak tengok org kg pegi masjid waktu maghrib..
aku rindu bila lepak kat klinik.. mak wan..
aku rindu nak borak2 ngan od sampai mak aku marahaku rindu nak tgk gigi putih meme
aku rindu tgk senyum diaorg
walaupun diorg bukan sesaper.. bukan blaja u.. bukan penyanyi.. tapi diaorg penyimpan memori aku...

Memori di situ…

Masa kecik2, disitu aku dan kawan2 bermain… Tanpa tahu rasa malu dan sakit… Berkejaran mengutip biji getah… Disitu juga aku dan semua ketawa dan berlumba siapa terhandal… Bila meningkat remaja, Aku dan kawan jadikan disitu tmpt berjumpa.. Bercerita ttg kehidupan dan cinta… Menyeronokkan…. Tapi kini ia dah tiada… Tiada lagi kenangan yang paling besar, Zaman kecilku…………..



p/s:aku tulis ni masa pokok getah depan rumah aku kena tebang...
pokok tu besaaaaaaaaaaaaaarrrr sangat.... hmm rindu laa kat pokok tu...

dalam meniti hari..

dalam aku meniti hari..
aku terjumpa sesuatu..yang membuatkan aku sesak..
berfikir dan termenung..
bukan sesuatu..dan bukan seseorang,,,
dipenghujung jalan barangkali ada yang tahu..
tentang itu..rasa hati yang pedih, yang suka, ....

aku!!!

yehaaa... aku sahut cabaran(yeker??) nazi... wat profile tuk kenal ngan lebih ngam... tapi sorry aku takleh wat dalam BI.. sebab kalau aku wat dalam BI.. comfirm semua orang takkan faham...

hmm camne aku nak stat ekk...(sambil berfikir.."ikut jelaa cam nazi"..)



nama???

Noor hamidah Mubin... nama aku pun senang jer.. kalau aku jumpa orang yang nama sama aku suker... hihik.. makna nama aku.. YANG TERPUJI... orang sekelilinglaa yang nilai samaada maksud nama aku menggambarkan aku atau tak.. tapi orang kata kalau nak bagi nama kat anak bagi nama yang elok2 sebab dia akan jadi macammana nama dia diberikan.. jadi.. fikirla sendiri???..nama panggilan aku Miedot.. hahah bagi orang tua2 kampung aku nama tu buruk benor katenyer.. tapi aku selesa... kawan2 rapat aku de yang panggil dot or midah.. keluarga kesayangan aku panggil dek midah jer.. ops ok dah pasal nama...



hidup???

aku dah hidup selama 23 tahun 5 bln lebih kurang.. sepanjang hidup aku macam2 cerita yang aku ada.. almaklumlaa aku banyak merantau sekolah.. ermm sekarang pun aku still lagi study... tempat yang paling aku suker tinggal adalah kampung aku, kampung kuala sentul pahang... kampung aku kecik jer tapi semua orang yang tinggal dalam kampung ni "gila".. hehhehehe

teratak yang aku tinggal sekarang, milik arwah tok belah mak aku.. dah lama tinggal kat dalam rumah kayu yang bercampur batu.. masa blaja diploma aku tinggal dekat IM 2... kawasan kejiranan yang best,, (kawan baik aku bertemu jodoh dekat IM 2), sekrang aku kat UPM.. first year 0008 kalui bilik aku.. 2nd year, aku boleh pilih bilik sendiri... tapi aku pening kepala...



kat mana aku mula kenal ABC???

sekolah tadika kat kg aku..(bkn blaja sgt..)yg best de pokok bunga tanjung yang wangi... SDARA(kat johor),kat sini aku jadi dak nakal skit...SMKM(maran), kat sini aku jadi lagi nakal...SMTC(chenor), aku jadi insaf... huhuhu.. UPM(tak tau per aku akan jadi...)



masa bosan???

cerita korea, borak2 ngan kawan aku yang giler, blog yang baru bernafas, baca blog orang laen, mandi sungai, tido, baca komik, kemas tempat aku, belek2 laptop, wat2 cam hafal skrip citer, berangan, ingat kat family,



orang yang aku takkan luper???

keluarga besar aku.. mak, ayah, long,ngah,dee,abg teh, abg yan, kak ctah, abg muji, suami2 akak2 aku(abg ipar aku), isteri2 abg2 aku(akak ipar aku)..anak sedara aku yang best,, kakak nina, angah,izul, izat,ada,amat,arif,aqil,iman,raiz,kengkawan dari kecik aku..Od,Ayong,La, Ja,Jawhir,Intan,Ina,Wana,hmm ramai nyer nak sbut.. Eidah,kwan yang palingg best,, Mah,ct,aida,sheila,yani,amy,fiza,intan,ida, kawan yang selalu faham aku dan terima siapa aku.. BBS mate.. nazi,dila,suria ain su,.yang selalu dengar celoteh aku..azie,su, dak bawah umur yang selalu ceria kan hidup aku,, romate yang best,,,Azue.. Seha...yang gile2 ngan aku.. semua warga kalui...dak kebud k5 yang bg aku banyak peluang.. &&&&seseorang yang bernama???____,_____,____



bestnyer kalau dapat??

pakwe yang suker dengar cerita2 aku, kamera nikon yang best, kereta mini, scoot, bkk kedai souvenir, bundle2 stuff yang unik, barang2 vintage, dapat shoppin tiap2 hari, tido sambil pakai penutup mater, bercuti masa kepala ngah bingit, makan maggi cup masa perut ngah lapar tahap cipan, main gitar, blkon short film,+++++++++dan lagi...dan lagi.. manusiakan tak pernah puas...



telinga aku selesa dgr lagu???

kemakam bonda;UNIC..cela;BONECA(boneca_bukan_band),...ludah amerika;HUJAN... muzik2 local artis... muzik2 dari sbrang... muzik2 dr timur tengah...



aku suker??

baju2, kasut,diri aku, hanpon, laptop, cd citer, kengkawan, disaster band, barang2 kenangan, majalah DARA,EH!,KOSMO,REMAJA, komik2, kamera digital, vintage style, ingat kengan lama... sale, borak2 sampai pagi, kacau orang, anak2 sedara, ronda kg naek motobasikal, tido umah wana, bace blog yang ada puisi best, teater, watak mantra, bilik 0008, ++++++ byak mende yang aku suker wat secara spontan,,'



aku benci??

barang2 aku hilang, exam, tensen, muke org dalam LRT, tandas kat DK, senggudut, matematik, bangun pagi, arghhh... takde alasan tuk aku benci sesuatu... kadang2 ia datang sendiri...+++++++:p



ok i;m done.... hehehehehhe

keseronokan VS kekosongan

aku rasa terpanggil untuk menulis mengenai keseronokan dan kekosongan..kekosongan ni aku gambarkan sebagai kekosongan jiwa/hati/perasaan...

keseronokan sama erti : kegembiraan, kesedapan, keenakan, keriaan, kesukaan, kelazatan, kegirangan, kelazatan, kenikmatan, kemanisan (tesaurus bahasa melayu DBP)

kekosongan sama erti : ketiadaan, kehampaan, kekecewaan; (tesaurus bahasa melayu DBP)


pernah tak kita rasa sunyi dalam keadaan yang bising... dan kita rasa nak bersendirian rasa nak jerit pada semua orang supaya..DIAM!!!
dan kita rasa seronok, sedangkan perkara remeh sahaja yang berlaku.. seperti seseorang yang kita minat senyum pada kita...

bagi aku keseronokan dan kekosongan dua perkara yang berkait rapat.. kedua-duanya berkaitan dengan jiwa.. aku jadi terfikir perkara ni sebab,

............baru - baru aku ke PD.. keseronokan kat sana memang susah nak gambarkan.. kat sana semua lupa yang kami ada tanggungjawab lagi.. tapi bila balik aku rasa kosong... tgk blok aku yang dah sunyi.. katil romate aku yang dah berkemas...masa tu aku rasa betul-betul kosong... kalau boleh aku nak lama-lama lagi borak.. bercerita, bermain, malam tu aku borak2 lagi pasal keseronokan kat PD ngan Skamboo ngan Epul.. ade perkara yang wat aku terfikir... epul kater "hidup ni 30% adalah kegembiraan/keseronokan dan 70% adalah kesedihan..." dia bagi contoh.. teater.. satu produksi bila menang rasa seronok tu sekejap jer.. tapi sengsara nak jayakan tu lama.. dan aku mengiyakan perkara tu...

bagi mereka yang sentiasa rasakan hidup mereka tiada keseronokan.. jangan tipu...
kerana walaupun kesedihan lebih banyak..
kegembiraan/keseronokan akan datang...walaupun dalam masa yang singkat ianya mampu buat jiwa kita tersenyum...

aper cerita dier??

dulu aku ada sorang teman..
dia peneman aku saat aku bosan.. dan bising..
aku tak pasti aku yang setia atau dia yang curang..

aku lupa pada cinta,
sebab aku ada dia sebagai kawan..
bercinta kami tak mungkin..
sebab kami ada batasan..
satu hari dia sedih..
bawak berita.. kekasih dia punya orang lain..
dan aku sebagai teman..
terfikir untuk ambil peluang..
bisik kata.."aku suka kamu"..
tapi fikiran waras aku kata..
cinta akan buat kamu hilang dia,,

jadi aku pilih untuk diam diri..
dan akhirnya,,, sampai sekarang aku dan dia masih lagi diam..
ape cerita dia??
tak lagi aku tahu...
mungkin aku dan dia memang bukan untuk rasa..
apa itu cinta,,,







cebisan kenangan cerita aku dan seorang teman...




cinta itu bukan untuk aku dan dia..blurp




Tuesday, April 29, 2008

cerita lama...

aku baru jer lepas selongkar barang-barang lama aku... niat asal aku nak cari satu barang jer...

hmm.. rupanya aku dah banyak perkara dan benda yang aku tinggalkan kat belakang.. dah tak toleh2 belakang.....sekotak surat, sekotak hadiah2 n barang - barang kesayangan.. sekotak gambar2 lama.. rindu pulak pada masa2 lepas yang aku dah tinggalkan jauh kebelakang.. hati aku betul2 sebak bila tengok mende2 tu semua.. macam2 yang ada dalam fikiran aku.. yang paling aku tersentuh bila tengok surat-surat lama aku.. dulu aku berhubung dengan surat jer.. bagi aku surat ade sentimental value tersendiri.. berbanding dengan zaman sekarang teknologi mmg mudah..


surat- cerita aku dengan seorang teman pun bermula dengan surat,,, tiap minggu aku berbalas surat dengan dia.. seronok bila dapat baca surat dia.. berulang-ulang kali baca pun aku tak pernah jemu... surat tu gak la jadi peneman aku dengan dia.. tapi bila teknologi datang pada hubungan aku dengan dia.. semuanya dah tak macam dulu.. aku ingatkan kitaorang boleh bertambah rapat.. tapi aku silap, teknologi buat aku dan dia makin jauh,, aku tak tahu mana silapnya.. mungkin aku dan dia masing2 jemu barangkali tiap2 hari mengutus cerita, kalau surat seminggu sekali dan macam2 cerita kami luahkan dalam surat.. tapi bila teknologi hujung jari dah takde ape yang boleh aku dan dia ceritakan.. kami bosan... mungkin lain kali aku bercerita tentang dia,,,









diari- kalau dulu diari jadi tempat aku luahkan apa yang aku rasa.. waktu aku rasa sunyi saat teman2 aku ada teman.. waktu aku bergaduh dengan sidia.. waktu aku bercerita tentang seseorang aku minat.. tentang jahatnya kekasih sahabat aku... ada perkara yang aku tak boleh nak luahkan pada kawan2 aku.. dan waktu tu la diari adalah jalan yang terbaik...






barang-barang kesayangan- makin lama aku simpan barang2 tu makin tinggi nilai sentimental barang tu.. setiap barang ada cerita tersendiri.. macam jam kcik yang aku beli dengan harga RM 3, jam tu bawak setiap kali exam diploma.. keychain2 yang aku kumpul dengan secara tak tersengaja.. cuma aku terkilan sekarang aku dah tak mengumpul perkara2 yang akan jadi kenangan.. resit2, tiket2 wayang, tag baju,, hmm macam2 lagi barang3 yang remeh tapi bernilai...




tgh belek2 diari lama.. aku terbukak page yang aku tampal "peces"(sori salah eja kot).. "peces" ni aku dapat dr seorang kwan masa sekolah menengah.. aku minat dia.. tapi aku tak bagitahu sbb dia anggap aku kawan baik dia.. so aku sayang kawan...dari cinta,,,

monkey love...








gambar2- sekeping gambar boleh menceritakan segala-galanya.. suka, duka, semuanya ada dalam gambar.. tapi sekarang dah berbeza.. sekeping gambar dah kurang nilai sentimentalnya.. disebabkan tak boleh nak pegang gambar tu.. semua orang tahu, teknologi sekarang membolehkan kita tangkap gambar dan terus diupload dalam laptop/pc,,, ntah bila kali terakhir aku mencuci gambar di kedai gambar...




mungkin ada perkara yang kita
tak mahu ia berulang...dan kita
mahu buang dari ingatan...

Saturday, April 19, 2008

45 minit sebelum...

45 minit sebelum exam ogan...
hahahha aku rase tak braper yakin.. tapi macam yang su kater... "blaja 14 minggu, ogan.. mase ni laa nak keluarkan semuanya".. aku??? rase cam nothing jer ogan ni...
SAK 3207...ORGANISASI KOMPUTER DAN BAHASA PENGHIMPUNAN.. masa pra-diploma dulu ni salah satu subjek A aku,,, best mase blaja ngan cikADA chantik...
tapi bila dah degree ni, ni lah subjek yang kerap aku ponteng,,,

fuhhh... wish me luck....

Tuesday, April 15, 2008

tak siapa yang ambik tahu..

khamis yang lepas aku balik kg.. macam biasa perjalan yang menyeronokkan.. lihat gelagat manusia-manusia yang pelbagai... buat aku tersenyum dan ligat berfikir,, siapa mereka, kemana arah mereka, bagaimana cerita hidup mereka,,

sampai di satu stesen cheras,,, seorang budak sebaya arif barangkali...7-8 tahun,,, SEORANG DIRI.. mata aku tak lepas melihat dia... dan kebetulan dia duduk di depan aku.. keadaan dalam star tak ramai sangat tapi aku tahu mereka semua sedar kewujudan budak laki tu.... kepala aku ligat berfikir mana mak ayah dia... dengan pakaian sekolah.. mungkin dia nak pergi sekolah.. tapi mana kawan2 dia.. kenapa dia sorang je naik star.. dekat mana sekolah dia... tapi dari apa yang aku lihat dia seorang budak yang berdikari.. langsung dia tidak takut memandang mereka-mereka yang merenung kearahnya.. termasuk aku..
sampai di stesen masjid jamek.. budak kecil tu buat aku terharu... sebelum dia turun, berulang kali dia menoleh pada seorang ibu yang memangku anak.. ntah apa dalam fikiran dia..

dalam keadaan sekarang, masih ada lagi yang tak mahu ambil iktibar di atas kisah sedih adik nurin(arwah),adik sharlinie(masih lagi bertawakal), adik asmawi...
mungkin ini pandangan biasa bagi masyarakat kota... tapi bagi aku yang dibesarkan di kampung, aku betul2 sedih tergamak mereka-mereka melepaskan anak mereka berdikari sebelum sampai masanya.. sibuk sangat ker kehidupan mereka sampaikan anak-anak jadi mangsa..

teringat aku pada anak-anak buah aku yang semakin masih besar...

A@lulus..

5.41 pagi...
macam tulis diari plak.. study ngan nazi bilik bacaan,, diskret yang merisaukan aku... dan 3207 yang buat aku sakit hati... tapi aku tetap macam tu.. tak pernah nak fokus pada sesuatu... "kak dot ni takleh blaja lama2 ek".. lebih kurang macam tu laa ayat nazi.. kesian dia aku kacau dia..
dan aku terfikir sesuatu.. aku blaja untuk lulus atau dapat A maksudnya lulus dengan cemerlang... dan aku tersedar aku blaja selama ni untuk lulus...perkara ni berlegar dalam otak aku sampaikan aku mata aku tak lelap... tambah plak aku pekena nescafe pekat... capai laptop dan meluahkan apa yang aku rasa ni kt blog.. mungkin lagi tenang,,,

Monday, April 7, 2008

teater dan aku

aku baru lepas tengok filem pendek dr kak adik.. aku x kenal rapat ngan dia.. tapi aku kenal dia..
hmm tu bukan cerita nya.. yaa,, memang betul hidup ni bukan macam yang kita rancang sebab kita bukan penentu hidup kita.. semua orang akan bagi nasihat macam tu.. kita cuma mampu tersenyum dan menangis apabila hidup kita mula terbentuk... pada mulanya aku hanya mahu menjadi manusia yang biasa.. memerhati senario kehidupan dr jauh.. namun aku berfikir.. kenapa tidak aku melakukan sesuatu yang aku mampu.. melangkah ke dunia kampus walaupun rakan seperjuangan aku dah pun habis waktu belajar mereka.. itu bagi aku bukan halangan.. selagi aku mampu selagi itu aku akan belajar.. bukan setakat menelaah buku-buku komputer tetapi perkara yang berlaku setiap hari.. aku ingat lagi aku memang minat teater dan aku masuk audition untuk MALAM TUNAS BUDAYA.. aku katakan yang teater ni boleh wat aku meng"explore" diri aku.. menjadi seseorang yang mampu menyuarakan sesuatu dengan lantang.. tanpa berselindung sedikit pun...

bak kata en mozahid "dengan teater kamu boleh luahkan apa yang kamu tak puas hati"
bagi aku maksudnya kita lakukan sesuatu untuk hilangkan rasa ketidakpuasan hati... kerana kita bukan sesiapa yang mampu mengubah arus perdana.. bukan nya cara seperti melaungkan kata-kata reformasi.. cara begitu seperti lalang.. mengikut telunjuk orang yang berkuasa akhirnya kita yang terperangkap,,,

tapi aku masih lagi bertatih.. kerana aku takut untuk merebut peluang yang dahulu.. aku masih lagi tercari-cari haluan dalam bidang ni.. kalau aku bukan dalam bidang ini sekalipun aku tetap akan berkarya dengan cara aku sendiri.. biarpun yang menghayati karya-karya aku hanyalah kawan-kawan rapat aku...

aku mangsa cinta

aku mangsa cinta..

si cupid cinta...


cik atiqah..


mangsa cinta bertemu jodoh cinta..

mangsa cinta bertemu hamba cinta
si sihir cinta..

aku bahagia..

sihir cinta..


gerald+py+me


nice pic...kasanova..



kami tetap 4 orang

proses jadi setan...good job ira

"in character" si cupid cinta


lorong 2/90



permulaan yang menggembirakan dan perakhiran yang membanggakan...
kelas teater dan drama pentas aku dah sampai ke penghujung..untuk penilaian kami semua diberi tugasan untuk tubuhkan produksi..dalam mangsa yang singkat.. kami memilih untuk bawak cerita yang pernah dipentaskan di festik.. dan pengarah yang sungguh komited. reza.
14 minggu macam kosong,, tapi akhirnya terbukti.. datang kekelas setiap minggu.. buat perkara yang tak dijangka.. main baling selipar, buat senaman "floor exercise"...
sedikit perasaan yang berbunga bila ada sesuatu yang dapat kitaorang tunjukkan..


terima kasih pada semua yang terlibat..
ada sesuatu yang kita kongsi bersama-sama..


























































































































Saturday, April 5, 2008

pari-pari


kita adalah manusia...
mana mungkin kita menjadi pari-pari..
hidup kita nyata,,,
bukannya pura-pura seperti mereka..
kita bukannya ada sayap yang akan terbangkan...
dan kita juga tak mampu ubah dunia dengan tongkat sakti..
manusia biasa itu adalah kita..
kerana kita adalah ciptaan terbaikNya

Thursday, April 3, 2008

arca???






arca satu ruang penyesalan...



mantra+bintara+jachinta...
sajer jer aku letak pic ni.. sbb cantik,.,
n thanks to kengkawan yang berada dekat belakang,depan,kiri,kanan aku...

Wednesday, April 2, 2008

kosongJiwaAkuMasa&Tika ni...


rasa cam baru semalam aku join MTB.. huhuhuhu.. hmm cam mimpi ada.. tapi sebenarnya lebih pada mencabar diri aku sendiri.... aku? tak taulaa mungkin aku kena lebih berani dan lebih positif dalam diri...
ianya lebih pada kemampuan diri dan penilaian orang lain pada diri kita...
argghh politik kolej? wujud ker? maybe.. tapi aku kan dah besar.. aku boleh menilai tapi aku takut gak terpesong.. aku kena ingat aku bekerja untuk siapa.. cabaran untuk diri sebelum alam kerja...



kawan2 aku... jgn lupa.. kita akan tetap ada sesi hati ke hati... hehehhe my BBS.. aku tak tau ni mungkin jalan aku atau jalan hidup aku.. kawan2 aku.. tolong dengar isi hati aku.. huuhuhuhu mungkin aku akan jadi sangat2 lemah.. tolong kuatkan aku..
dan mungkin aku akan terlupa apa tujuan aku dekat sini... kalau aku lupa tolong cepat2 jadi reminder aku... kalau aku tersalah haluan, tugas kawan2 untuk ingatkan haluan aku yang mana satu...





























































































































Tuesday, April 1, 2008

besday....

surprise besday tuk sue.. hehehehe..
bak kate nazi wat plan a-z.. tp akhirnya spontan jer.. cemas tak jadi..
fuhh lega jadi gak.. tapi dalam keadaan aku skit gg..


hmmm apa yang aku suka
+azue,seha,nedy pun sporting
+aku gelak gile mase rancang(dah lama x sakit perut sbb gelak) thanks nazi,,,
+bila su terharu..
+bila nazi baling air tak kena su
+bila su tercari-cari dila..


apa yang aku tak suka
+bila sue lambat turun..
+aku sakit gg


ape pun sorry pada dak2 kalui sbb ktorg bising..
sekurang2nya kita ada sesuatu untuk dikongsi...

korang memang rocks....
ajk protokol- nazi-+dila+Miedot
jemputan VIP- azue+seha+nedy
ajk tetibe terlibat- afzan+dak yg dila gune name die...

rokok+independent

rokok...

kenapa manusia berlumba-lumba nak beli mende ni..

hmmm pernah cube? yup.. tapi takde ape yang nikmat..

aku pernah warwarkan pada seorang teman lelaki..

bahawa rokok ini adalah tempat lelaki meluahkan apa yang mereka rasa...

ini cuma pendapat aku..

dan teman lelaki itu tidak menidakkan mahupun mengiyakan..

mungkin benar..

dan tadi terluah pendapat spontan dari seseorang,,

melihat seorang perempuan menghembuskan asap dari puntung rokok..

hmm katanya perempuan independent...berulang kali...

dan aku terfikir.. itu ker yang dimaksudkan independent???