Thursday, July 31, 2008

maskara ke 10...(yeker??)


p/s: poster tuk maskara esok... InsyaAllah kalau diizinkan Allah aku menjadi Suraya....

hari ni hari tak best saya,,,,

mula hari yang tak best...
dan akhirnya pun tak best..

cuma berharap esok hari yang best...

Monday, July 28, 2008

aku pun sama...


aku cari-cari apa yang mahu aku tulis..
dan terjumpa sesuatu di blog Lehe...
"dedication"...
oh tidak.. sedikit rasa terharu,,,


aku pun sama..
rindu berjamming dengan mereka..
kerana aku bukan professional..
nyanyian aku ikut suka...


menyanyi kerana mahu menyanyi..
dan lehe dan pigok sabar melayan,,
kadang2 kami yang sabar,,


bila berada dalam bilik band dengan mereka2 yang professional..
aku jadi segan,,,
aku tak boleh menyanyi..
kerana tempo aku selalu lari..
ohh.. aku rindu nak jamming dengan mereka..


mereka tak kisah tempo aku..
asalkan jadi teman mereka bermain...


p/s: mungkin dah susah lepas ni.. bilik tu selalu ade yang pro..


dia dan kekasih dia..

ada seorang lelaki ni..
agak dah patut kahwin..
selalu cari teman hidup..
dan selalu kecundang dalam pencarian..

kadang2 kami berbicara,
berkongsi rasa..dan aku selesa dengan dia...
tapi bukan untuk beberapa ketika..

tak pernah kisah tentang itu..
dah lama tak jumpa..
walaupun rumah kami berdekatan..

baru2 ni berpeluang berjumpa..
dia dan kekasih dia..

"ni miedot".. kenalkan..
senyum dan diam..
"umur braper".. mungkin kekasih dia tertanya2..
"dah tua.. "...senyum lagi aku..

ohh tidak, aku rasa tak selesa dengan mereka..
aku tinggalkan dia dan kekasih dia...

kesimpulan minggu ini..

dah lama tak menulis..
sibuk kesana kemari..
"busy nyer dia".. ahh suara2 yang menegur..
" saja nak busy kan diri" itu jawapan ringkas dari aku...



dalam kalut aku tetap jadi diri aku..
kekadang emosi terkeluar yang tidak dijangka..
ohh.. maaf...



perjumpaan singkat ngan mak aku..
wat aku lega,,
terima kasih untuk abang aku..MUJI..



usai majlis yang dirancang..
berbulan rasanya kami berpenat..
terima kasih yang menggunung pada semua..



dan ada lagi tanggungjawab yang ada...
monolog untuk event Maskara..
aku terlalu tidak menahu tentang event tu..
dan aku bukak blog2 mereka2 yang berkaitan..

yee.. aku dapat tahu serba sedikit.. event Maskara..
aku risau dan pelbagai rasa,,
mampu ke aku????

Wednesday, July 23, 2008

dia kawan baik aku..


sebenarnya aku sedih, tensen..
bukan sebab kerja2 yang menimbun..
tu dah tanggungjawab aku..

yang jadi soal sekarang..
dia.. kawan yang selalu ada dah hilang..
bukan sekali, selalu sangat..
nanti bila dia rindu dia carilaa...

"kita kawan dah lamakan.."
sebab tu aku tak pernah rasa bosan..

tak pernah bosan dengar cerita dari dia...
kereta, orang jahat, polis, bos,...
aku selalu mendengar, dan aku harap bila dah tua,
aku tak pekak, sebab aku mahu dengar cerita dia,

sedang aku tahu..dia tak pernah mendengar..
tapi tak kisah, sebab aku selalu tersenyum..
untuk dia..

aku selalu anggap dia kawan baik..
dan aku tak boleh hilang dia..

p/s : ini entri yang jujur...

telefon


"nombor yang anda dial, tidak dapat dihubungi. Sila cuba sekali lagi"

sampai bila aku nak cuba..cuba...cuba,,,
ikut rasa.. aku dah bosan.. tapi ikut sayang.. aku tak bosan...

satu hari aku akan  "delete" no phone die.. 

p/s: doakan ekk

Tuesday, July 22, 2008












p/s: pic ni aku masukkan kerana aku bosan memikirkan masalah.. jadi pic yang sebegini wat tersenyum...

to lehe: biler nak wat photoshoot lagi???

belajar...



tiap-tiap hari kita belajar,
macamana nak buat itu, buat ini,

proses pembelajaran berlaku tiap2 hari..
masa kita beli makanan, masa kita jalan kaki,
kita borak2 ngan kawan pun..
apa sahaja aktiviti, kita belajar...

kita takkan berhenti belajar..
walaupun sesiapa pun kita..
tukang masak kat gerai, pelajar IPTA,
suri rumah, peguam..SESIAPA..

cuma terpulang pada seseorang untuk
terima itu sebagai pembelajaran atau biarkan...
biarkan hari2 mendatang tanpa ada sesuatu...

aku belajar banyak perkara,,
selama aku hidup..23 kali beli kasut raya...
makin banyak yang aku tahu,, makin banyak yang aku tak tahu..

"pembelajaran adalah individu" 

p/s: 

Sunday, July 20, 2008

ketensenan tahap cipan....

mula2 ok....
pastu aku jadi tensen...

tak bagus ker aku??

Screen n talk II


aku ke SCREEN n TALK II...

setelah kecewa yang pertama aku terlepas...
aku macam biasa pergi dengan Mr. Epul...
sampai2 di rumah pena.. kak adek dah ade...


majlis start dalam pukul 9.15...
bagi aku mereka-mereka yang hadir untuk majlis seperti ini, adalah mereka2 yang mahu berkongsi rasa tentang sesuatu..,

permulaan majlis, nyanyian dari Miss Yaya..(acoustic).. credit untuk die.. cool.. terleka aku merakam nyanyian dia.. sampaikan satu keping gambar pun aku tak ambil...
epul membebel sepatah dua, sebab dia mc.. semua mata tertumpu pada screen putih...


Short Film yang ditayangkan pada malam tu...

*Bukanku Pinta-Said Saiful
*Bila Punggok Rindukan Bulan-Bennylita Nasuty Ramlee
*Anak-anak Bumi Tercinta-Amirul Ariff
*Running-Ahmad Azrai

*Kopitiam Kurang Manis- Azri(cerita ni tidak termasuk untuk diskusi, pengarah berbesar hati untuk sama2 berkongsi..)

-aku suka majlis seperti ni.. aku boleh mendengar kenapa, mengapa,apa sebabnya filem-filem pendek dihasilkan..filem pendek bagi aku adalah tempat dimana mesej tentang sesuatu disampaikan dalam cara yang begitu simbolik.. dalam masa 10-15 min, keseluruhan cerita perlu ada sesuatu.. tak boleh dibiarkan kosong..
bak kata cik Benny, ada yang Open dan Close ending.. aku lebih sukakan Open ending, kerana aku boleh berfikir kenapa kesudahannya begitu.. adakah ianya berkait rapat dengan diri kita..

-filem-filem yang ditayangkan pada malam tu ada kekuatan tersendiri, cuma aku tak sangka filem Bukanku Pinta yang ditayangkan semasa hari kemerdekaan Kolej pun turut sama.. tapi ianya bagus.. dan aku tau Epul boleh buat lagi bagus..jom buat filem yang best..

-Filem fantasi oleh Cik Benny, Bila Punggok rindukan Bulan.. perkara pertama yang aku fikirkan.. gigihnya pelakon2 berlakon memakai kustom, mekap2 yang tebal untuk shooting,..
aku rasa berbesar hati berjumpa dengan cik Benny.. dapat juga berkongsi sesuatu.. mengutip sedikit ilmu yang ada pada dia,,,thanks..

- filem Running, menarik, ianya seperti flashback.. sambil berlari.. cerita2 yang lepas muncul..
simple dan mesejnya dapat..

-filem kontroversi... Anak-anak Bumi Tercinta.. pengarah muda yang aku kira jiwa mudanya memang membara.. diskusi jadi hebat kerana adanya filem dia.. adaptasi dari cerpen yang aku kira berani.. bagi aku, aku suka filem tu.. ianya simbol kepada apa yang terjadi sekarang...
otak yang tak betul boleh memusnahkan.. punca kenapa.. dan mengapa..

-tapi setiap orang cara pemikirannya berbeza, bagi mereka yang lebih berpengalaman mereka seperti tidak suka jika sesuatu realiti divisualkan secara terang.. mereka lebih suka pada kiasan..
pemirikan tak sama kerana masing2 ada cara untuk tunjuk kan sesuatu..
sebab itulah majlis seperti ini bagus, kerana kita boleh berbincang, mendengar apa kata mereka2 yang tidak sama pemikirannya..
buat filem tak boleh untuk kita sahaja.. lebih2 lagi filem pendek...
kesimpulannya.. aku juga teringin...
dan aku perlu banyak belajar bagaimana untuk membaca filem bukan menonton sahaja...

p/s: thanks to kak adek..epul n semua :)

Friday, July 18, 2008

kekeringan idea..

2..3.. hari..
aku kekeringan idea..
ilham nak menulis tentang sesuatu pun..zero..

jadi petang yang indah..
aku menulis lagi..
........................
........................
.......................


aku perlukan sesuatu..
nak terus taip...

tapi terhenti kerana terganggu...
dengan pikiran yang kosong...

p/s: malam ni aku akan ke Screen n Talk di Rumah Pena..mungkin ada sesuatu disana...menunggu...

Thursday, July 17, 2008

gara-gara nasi lemak yang sedap...

tak bagi perhatian pada kelas...

Monday, July 14, 2008

citer kosong...

sms dari sahabat aku...

"aku rasa nak putus"...bosan...

huh.. senangnyer....

aku:" dah de yg lain ke?"
sahabat aku:"takla.. sepi lagi best"...
aku:"nanti ko sepi terus cam aku.."

tiada lagi balasan pesanan ringkas tu...

Sunday, July 13, 2008

penat dan tenang...

penat..

hari ahad hari rehat.. menolak perlawaan.. adalah jalan terbaik..
lakukan kerja dengan tenang..

hujan turun diluar..
didalam aku panas,,,
dengan seseorang,..

biarkan.. kerana hari ni aku mahu tenang...

Thursday, July 10, 2008

kelas yang kecoh...

11.am... UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA... kelas menjadi kecoh angkara jadual dan ISO yang terpaksa dipatuhi....

ISO-adalah untuk kepuasan pelanggan... tapi aku tak nampak lagi mana kepuasannya...

hingar bingar.. aku bingit...
aku terduduk dan terdiam...
aku terfikir mana kesimpulannya untuk kepuasan semua..

akhirnya keputusan.....tak menyebelahi seorang.. yang lain.. mungkin tersenyum namun tercalit ketidakpuasan...


p/s:entri ini hanya mengarut...

Tuesday, July 8, 2008

kata seorang kawan...

"tak semua yang kita nak, dapat"...

---tapi aku berhak buat pilihan kan???
---peluang kedua akan muncul.. InsyaAllah...

Monday, July 7, 2008

sepi dari aku...

dari awal lagi aku menahan hati nak ke panggung..
Sepi menunggu aku.. tertekan...


dan petang tadi, misi aku tercapai...
Sepi jadi pengisi malam aku..
sambil menunggu tayangan pukul 8... aku, mira, sab n epul...
mencari hidangan tuk perut... dan mr.tepanyaki jadi pilihan pertama..
bersebelahan dengan Secret Recipe.. dan akhirnya Secret Recipe yang menambat perut kami..


8.00 malam..
panggung itu kami punya pada mulanya...
sorang..2orang,, masuk...

cerita yang aku dan ramai lagi harapkan...bermula...
mungkin silap aku,, pada awal lagi aku memaksa emosi aku ada dalam cerita..
sepatutnya aku bermula dengan kosong...
biarkan cerita itu yang gerakkan emosi aku..

Adam.. permulaan cerita..
lelaki yang suka berjenaka..
dia sayang bunga camelia.. wanita yang menyukai camelia...
semuanya tentang perempuan tu.. Ilyana...

"kenapa mesti berjumpa, kalau untuk berpisah?"...
ya.. kenapa...????

"Dia sayang abang"...dialog yang ditujukan untuk watak lakonan nasha aziz..
wanita cantik yang obses apabila meminati seseorang..
nasha berjaya bagi aku... berbeza dari dia...

tapi bagi aku..
scene untuk Sufi.. ada yang kurang dan ada yang patut dipuji...
tapi scene ni air mata aku banyak terkorban..
aku sedih anak dia hilang tempat berlindung..
untuk menyapu jem diroti sekalipun...
dan dia tidak sepatutnya memaksa watak lakonan Eja,,
untuk meninggalkan suami..
dan disebabkan itu.. die sepi sampai akhirnya...

mungkin aku merasakan scene untuk aimaan adalah yang terbaik..
dari segi emosinya..
berperang dengan kematian dan dunia realiti..
antara cinta yang wujud dalam hati dan didepan mata..
aku mahu lihat scene ini lebih dari watak2 yang lain..
tapi mungkin Kabir Bhati lebih arif..

keseluruhannya.. Sepi membuatkan aku memberi pesanan ringkas pada dia...
"aku tengok sepi.. aku ingat ko"...
dan balasannya..hanya sepi...

cerita ni memberi kesan namun Cinta karya Kabir Bhatia yang pertama memberi kesan yang lama pada aku...
aku tak boleh membandingkan kedua-dua cerita ini..
masing2 ada rasa yang berbeza...
aku suka.. membuatkan aku terfikir...
dalam alam yang luas ni.. bukan hanya aku yang sepi..
kerana aku yang rela sepi tu hadir...

p/s:ini pendapat aku...dan aku tidak arif, tapi aku melihat dan rasa apa yang ingin disampaikan..



Saturday, July 5, 2008

aku harap hiba hilang...

sebenarnya aku masih lagi hiba...
tapi tanggungjawab menunggu depan mata..

kita yang hidup.. harus terus melangkah..
sebab yang pergi berjumpa Pencipta..
mungkin hanya melawat tanpa kita sedar..

untuk Intan,
kau kuat,, aku tahu..
dia kawan rapat ko..
dan dia sepupu aku..
jadi kita sama2 kuat ok!!!!

untuk Ilah,
macam yang Ilah selalu cakap masa kecik..
Ilah anak Tok Ayah..
jadi Ilah adik kami...
walau Ilah hilang abang..
dan tak mungkin ada adik untuk kongsi rasa...
ingat Ilah ada kami..

untuk kawan2 kampung..
kita hilang dia..
kita rindu bunyi moto dia..
kita rindu cerita2 dia..
raya tahun ni.. kita mesti ziarah dia..
sedekahkan makanan untuk kehidupan dia disana...
dan kita tetap akan ingat dia...

untuk diri aku sendiri..
kekadang dia susah nak faham..
ingat lagi masa dia sekolah..
selalu mintak duit,,
sebenarnya titis air yang keluar dari mata aku..
taknak berhenti..
jadi penyelesaiannya.. hanya mampu menulis..

Al fatihah--->Mohd Fikri Norzilan..

Thursday, July 3, 2008

takde tajuk

mereka berprinsip..
aku, kita juga..
prinsip yang berbeza...

memperjuangkan sesuatu..
dan juga berbeza....

aku tiada jawapan untuk itu...

Tuesday, July 1, 2008

aku mahu itu..

aku mahu sepi...
biar senyap..
diamkan dulu hilai tawa itu...

titik!!!!!