Monday, November 30, 2009

lupa

aku balik kampung,dan aku lupa bawak balik charger hanpon. kalau zaman2 dulu.. aku biarkan aje,,, senang takde orang nak kontek. tapi zaman2 busy kononnye, kena usaha nak charge. dan teramatlah malang bila semua orang dalam rumah ni takde sorang pun hanset yang same jenama. hampeh.

nasib baik aku de kawan yang jenama hanset nya sama. tumpang charge dirumah beliau saja. tapi nak kerumah beliau teramatlah mencabar. perlu naik bukit. perlu lalu kawasan kubur. ok ni part yang betul mencabar.

menjadi masalahnya sekarang, bila aku kerumah beliau sebelum malam dengan tujuan nak ambil hanset, dia pulak takde. alamatnya kena amek malam la... aduhai...

Saturday, November 28, 2009

1st try always fail... omputih kate,, aku tak kate..

akak aku kata nak masak char kuey teow kn masuk api dalam kuali... ntah mana teori die blaja aku tak tau. sahih atau tak pun aku tak tau. dan kesudahannya char kuey teow aku tak berapa menjadi macam aku nak..

macam kat kedai.
macam yang dekat tepi maulana.
macam kat pasar malam.

tapi takpe.. nnti aku buat lagi dan lagi. hehhehe

forgiveness..........

seorang kawan aku pernah kata.




"setiap orang harus diberi peluang kedua"





p/s: dari dulu aku tak percaya dengan peluang kedua.

Thursday, November 26, 2009

untuk cinta sayang saya...

kamu...
tahu tak?
dalam dunia ada banyak cabaran.. lebih tepat sebagai ujian...
macamana kita berdepan dengan ujian, itu adalah masa yang paling sukar..

kita mahu diam..
kita mahu jerit...
kita mahu salahkan mereka..

paling teruk..
kita mahu terus hilang...

ini untuk kamu..
apa yang tertulis..
ada maknanya..

jangan kamu risau, sayang..
ini adalah satu kelas..
guru bagi kita latihan, yang agak sukar...
dan tiada siapa tahu jalan penyelesaiannya..
sehingga..



satu masa....


p/s: qada' dan gadar... :)

Tuesday, November 24, 2009

kisah balik semalam...!!



p/s: sumber gambar..http://syahrilkadir.wordpress.com
sepatutnya aku balik 25 haribulan, tapi aku buat keputusan untuk return balik tiket tu dan balik 24 haribulan. semalam la kan. tiket bas pukul 5.30 petang. Dari UPM dah lewat, pukul 4 lebih. aku sampai pekeliling dalam pukul 5, beratur. beli tiket.

masa aku ke tandas,seberang jalan aku nampak seorang gadis tengah muntah. aku pandang sekali lagi. lagi dan lagi. sebelah dia ada seorang pakcik tua. tapi aku tak rasa yang mereka ada pertalian darah. sebab pakcik tua tu pandang sekali saja, kemudian pandang kedepan macam takde ape yang berlaku. haihh dunia... mungkin gadis tu sakit perut dan tak sempat ke tandas. atau takde duit ke tandas. atau dia memang suka muntah merata-rata. siapa tahu apa yang ada dalam fikiran dia kan?

masa aku balik dari tandas, gadis tu masih ada dekat situ. mulutnya aku lihat terkumat kamit. sakit perut agaknya... aku tinggalkan kisah gadis tu dengan muntah dia.

aku memang suka tunggu depan pintu bas, biar aku naik awal dan dapat duduk dekat tingkap. tapi masa aku berdiri tepi pintu bas yang belum terbukak. aku toleh belakang, aku nampak kawan lama aku. tak salah kan bertegur sapa. borak punya borak. sampai dia kata, aku naik bas pukul 5.30, sambil tunjuk jam tangan dia. 5.28 pm.. aku senyum dan kata. ok lah bye,,

heran aku bas aku belum bukak pintunya,, aku ke depan sikit dan tengok... "siot tu bas aku". orang ramai dah naik. dalam hati dah maki hamun diri sendiri. silap berdiri dekat pintu bas rupanya. nasib baik tempat dekat ngan tingkap takde orang duduk lagi.. yes!! dan aku sampai pukul 8.30 malam. ayah aku bawak pegi tapau char kueh teow.

entri ni sempena raya kurban, selamat menghargai pengorbanan kawan-kawan.

Monday, November 23, 2009

update



p/s: pic ni kami ambil masa lepas show..tuan pengarah sendiri yang edit.. :)

akhirnya aku dah kemaskini blog ni.. dah tambah ape2 yang patut...

aku baru balik dari kuantan hari tu, join KIRANA sekejap..dan harap2 nya membantu..
lepas balik kuantan terus ke bangi, selesai kan tugas Kerusi Kuning. Banyak dugaan untuk job first.. tapi Alhamdulillah selesai jugak.

sekarang ni sedang bertarung dengan proposal FYP, yang ntah bila nak start...huhhh mood balik raya dah datang.. dahla aku tersalah beli tiket, lambat sangat pulak balik kampung nye..aduhai...

p/s^2: kalau kau ingat ini semua kerana nama. kau silap.

Sunday, November 15, 2009

tanggungjawab VS minat



p/s : tempat ni cukup selesa tuk saya,,saya tahu saya boleh habis kan masa 24/7 dekat tempat ni.. cool kan tempat cmni??,,, huhuhuhu

Tanggungjawab
sesuatu (spt kerja, tugas dll) yg mesti dilakukan

minat
kecenderungan atau keinginan kpd sesuatu: ~nya utk belajar sangat kuat.

*sumber- kamus dewan online*


dan saya masih keliru............. erk??

Monday, November 9, 2009

entri minta maaf..

maaf..
kalau aku kurang bercakap..
kalau aku kurang ketawa..
kalau aku tak senyum..




sesungguhnye aku SAKIT GIGI!!!!





p/s: aku dah tido dengan nyenyak.. tp terjaga pukul 4 pg sebab berdenyut.. huhuhu smp sekarang tak boleh tido dah.. arghhhhhhhhhhhhhhhh

rasa aku............

I have a problem that I can not explain
I have no reason why it should've been so plain
I have no questions but i sure have excuse
I lack the reason why I should be so confused
I know, how I feel when i'm around you
I don't know, how I feel when i'm around you
Around You...
Left a message, but it ain't a bit of use
I have some pictures but what might be the deuce
Today you saw, you saw me, you explained
playing the show when running down the plain
I know, how I feel when I'm around you
I don't know, how I feel when i'm around you
I, I know, how I feel when i'm around you
I, don't know, how i feel when i'm around you
Around you...
I, I know, how I feel when i'm around you
I, don't know, how I feel when i'm around you
I, I know, how I feel when I'm around you
I, don't know, how I feel when I'm around you...
Around you...
Around you...
Around you...
Around you...

"roulette-system of a down"

mana aku tahu??
kamu tahu??
dia tahu??
mereka tahu??

semua nya takkan tahu??
dah berapa kali cuba diberitahu??

jawapannya buntu??
diam membisu??

kenapa macam tu??

macam2 persoalan kan dalam otak sekarang ni... kenapa, mengapa, bagaimana, seolah soalan2 ni begitu rapat dengan kita... seperti peminat misteri yang asyik mengekori kita, kemana sahaja kita pergi. kalau soalan-soalan ini dilayan, saya percaya.. ramai yang jadi gila..bukan senang sebenarnya mencari satu jawapan.. berdiam diri juga bagi saya satu jawapan untuk soalan-soalan yang hanya membabi buta...

bila dikaitkan dengan jiwa, kita selalu kata. jiwa kita kosong atau bercelaru. hei,siapa yang pilih itu.. kalau bukan kita sendiri.. siapa yang mahu begitu tapi kita yang pilih jalan yang begini... kalau bukan kerana semangat, agaknya sudah lama mati terkubur. kalau bukan kerana mereka yang saya sanjung dah lama saya jadi manusia yang berkawan dengan katak dibawah tempurung...





p/s: rindu mahu bermonolog...................

Thursday, November 5, 2009

kawan yang paling manis..

aku rase kawan-kawan sekampung aku.. cukup manis bagi aku..
mereka bukan lah jenis yang buatkan surprise party dengan memanggil Noh Hujan sebagai tetamu..atau buat pyjamas party masa mak ayah outstation...

kami bukan jenis itu..
tapi kawan-kawan sekampung aku takkan pernah lupa ajar aku ketawa,,
masa aku kecewa.. mereka ajak aku ke karaoke..
lagu pertama dipilih..
"aku bukan untukmu" -rossa..
aduhai.,, aku rasa mereka ni manis sangat,, sebab buat bilik karaoke tu banjir.

masa aku dapat tawaran sambung belajar..
mereka adalah orang yang paling gembira,,
sampaikan buat makan-makan, macam laa aku nak ke luar negara..
famili aku dijemput sebagai tetamu..
sweetkan mereka?

p/s: mak dah mula buat bunga telur...
p/s^2: ayah semburkan ridsect tmpt saya online..
p/s^3: wana cuba fahamkan saya kalkulus...
p/s^4: saya mmg suka update blog bila dekat rumah,,, erk

Wednesday, November 4, 2009

JIKA AKU SEORANG ROBOT


jika ku seorang robot
nombor-nombor darahku
jasadku import export
besi logam dagingku
sinar matahari solar
nyawaku tenaga letrik
otakku macam peluru
bernafas pun tak perlu
meneliti lebuhraya
mengawal si pasaraya
mata-mata dari angkasa
jika ku seorang robot
tak perlu ada komplot
kawan-kawan semua robot
25 jam sehari
8 hari seminggu
jika ku seorang robot
nombor-nombor darahku
tak perlu ada komplot
besi logam dagingku
jasadku import export
meneliti lebuhraya
mengelilingi angkasa
jika ku seorang robot


p/s: lirik lagu jika ku seorang robot... LOQUE..

kalau aku seorang robot... mesti dah lama aku mati..
wayar2 dalam badan aku dah lama putus...
sebab banyak sangat ketawa..

darah-darah aku dah lama kena racun...
sebab aku tak suka nombor-nombor.. jadi aku racun darah sendiri..
maaflah darah.. aku memang kejam pada diri sendiri..
tapi aku bukan nya tak blh paksa diri sendiri..
dan sekarang aku sedang paksa diri...

rahsia tuhan, sungguh misteri...........

malam tadi berbual dengan seorang kawan dari planet lain.. katanya...

"rahsia tuhan tu misteri betul.."

memang misteri,
sampai kita tak tahu aturan untuk seminit kedepan hidup kita..
malah untuk sesaat sekalipun...

"kita hanya merancang, tapi rancangan tuhan adalah yang terbaik"





p/s: ayah dah semakin sibuk kata mak... maksudnye saya kn habis belajar cepat... fuhh

Monday, November 2, 2009

zon selesa.

Berada di zon selesa adalah sesuatu yang menggembirakan hati semua orang. Apa yang kita lakukan hari-hari adalah perkara yang sama. Menjalani kehidupan tanpa mengambil sebarang risiko adalah amat selesa. kita selalu mahu begitu. malas berfikir, mahu mengikut jalan yang lurus sahaja. malas mahu mencuba rasa yang berlainan, takut kalau rasa itu mengganggu kehidupan kita seharian. begitu juga dalam persahabatan, kita selesa dengan orang itu. dan hanya orang itu sahaja. Dia tempat kita bercerita, dia teman kita makan, dia kawan kita untuk segala macam. Tapi siapa tahu aturan tuhan kan? Kalau satu hari dia ambil kawan kita.. mana tempat kita mahu bercerita, siapa kawan yang mahu teman kita makan, siapa yang akan jadi kawan kita untuk semuanya. entri ini tiada jawapan malah tiada persoalan..




p/s: aku nak balik jap... jaga diri ye kawan...

Sunday, November 1, 2009

salah percaturan ker??

satu masa dulu, aku pernah nak ke sekolah pondok..
mengikut kawan aku, yang dihantar ayahnya akibat terlampau nakal disekolah...

kata aku pada ayah..." kami dah janji sama2.."

masa tu pemikiran untuk menghabiskan sisa memakai baju sekolah amatlah mempengaruhi hari-hari aku...

kata ayah pada aku... "dah sedia??"

aku diam... masa tu aku belum tahu apa maksud ayah.. bagi aku.. aku sentiasa bersedia menjadi payung pada kawan aku.. aku akan lindungi dia pada sesiapa pun.. kalau ustazah tanya kenapa dia tak hadir waktu kelas Al-Quran, aku akan kata yang dia period pain. Apa sahaja untuk dia bahagia.

kemudian ayah tak ambil pusing permintaan aku.. rajuk aku lama... begitu juga dengan kawan aku.. rajuknya lama pada aku...

mungkin waktu tu jiwa persahabatan membuak2, satu hari ayah bisik pada telinga aku...

"dia anak orang berada, dia boleh bayar sekolah swasta.. yang penting niat kita.. sekolah mana2 pun sama"

aku lari pada kawan aku.. aku peluk kuat dia.. aku kata pada dia...

"aku tak dapat jaga kau lagi.. pandai2 kau kalau kau nak ponteng kelas.. bla bla bla..." macam2 kata nasihat aku bagi.. aku takut dia akan hanyut walau dia ke sekolah pondok sekalipun...aku peluk die erat...