suka berkongsi cerita. kadang kadang beremosi dengan diri sendiri. oh bukan kadang kadang, selalunya. :)
Tuesday, November 24, 2009
kisah balik semalam...!!
p/s: sumber gambar..http://syahrilkadir.wordpress.com
sepatutnya aku balik 25 haribulan, tapi aku buat keputusan untuk return balik tiket tu dan balik 24 haribulan. semalam la kan. tiket bas pukul 5.30 petang. Dari UPM dah lewat, pukul 4 lebih. aku sampai pekeliling dalam pukul 5, beratur. beli tiket.
masa aku ke tandas,seberang jalan aku nampak seorang gadis tengah muntah. aku pandang sekali lagi. lagi dan lagi. sebelah dia ada seorang pakcik tua. tapi aku tak rasa yang mereka ada pertalian darah. sebab pakcik tua tu pandang sekali saja, kemudian pandang kedepan macam takde ape yang berlaku. haihh dunia... mungkin gadis tu sakit perut dan tak sempat ke tandas. atau takde duit ke tandas. atau dia memang suka muntah merata-rata. siapa tahu apa yang ada dalam fikiran dia kan?
masa aku balik dari tandas, gadis tu masih ada dekat situ. mulutnya aku lihat terkumat kamit. sakit perut agaknya... aku tinggalkan kisah gadis tu dengan muntah dia.
aku memang suka tunggu depan pintu bas, biar aku naik awal dan dapat duduk dekat tingkap. tapi masa aku berdiri tepi pintu bas yang belum terbukak. aku toleh belakang, aku nampak kawan lama aku. tak salah kan bertegur sapa. borak punya borak. sampai dia kata, aku naik bas pukul 5.30, sambil tunjuk jam tangan dia. 5.28 pm.. aku senyum dan kata. ok lah bye,,
heran aku bas aku belum bukak pintunya,, aku ke depan sikit dan tengok... "siot tu bas aku". orang ramai dah naik. dalam hati dah maki hamun diri sendiri. silap berdiri dekat pintu bas rupanya. nasib baik tempat dekat ngan tingkap takde orang duduk lagi.. yes!! dan aku sampai pukul 8.30 malam. ayah aku bawak pegi tapau char kueh teow.
entri ni sempena raya kurban, selamat menghargai pengorbanan kawan-kawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hohoho..selamat hari raya korban..selamat menghargai pengorbanan rakan-rakan ke??selamat menghargai pengorbanan, rakan-rakan..konfius nih nak bace nada yang mane..hohoo =)
drastik je tibe2 ubah plan nak balik..keje da siap??hahaha
hahahah mane2 jela yg sesuai.. hahha
hmm keje? jiwa nak buat kat kolej dah takde langsung... buat kat rumah apatah lagi.. hahah
Post a Comment