Sunday, December 6, 2009

entri 25 tahun.


yang berubah
1. saya sudah ada lesen memandu.
2. saya boleh bercakap depan orang ramai
3. saya ada kawan baru.
4. saya ada syarikat belum berdaftar dengan kawan.
5. saya lebih positif dalam hidup.
6. saya lebih pendiam mungkin. ;p

yang belum berubah
1. saya masih lagi seorang pelajar.
2. badan saya masih lagi kecik.
3. saya masih lagi rindu kawan lama saya.
4. saya masih lagi tiada cerita baru.
5. saya masih percaya pada takdir. dan selamanya akan percaya.
6. saya tetap NOOR HAMIDAH BT MUBIN yang baik hati,,, hahha



ini pasal hidup.
sedar tak sedar, aku dah 25 tahun. banyak lagi isi alam aku belum teroka. aku tak rasa pengalaman hidup aku dah setinggi gunung. malah makin lama aku hidup makin berkurang pengetahuan tentang isi alam.

selama 25 tahun ni, aku dah berpindah sekolah sebanyak 3 kali. duduk di hostel selama 2 tahun. duduk dengan kakak sulung aku 2 tahun lebih. belajar di IPTS, belajar di IPTA. aku sebenarnya, langsung tak pernah merancang dan tak pernah bermimpi untuk hidup macam ni. 10 tahun yang lepas, aku masih lagi gelap. kulit dah sememangnya gelap, tapi kehidupan yang lebih kearah kegelapan. tapi aku tak kata kehidupan aku sekarang dah cerah, tapi ia lebih baik dari dulu.


ini pasal cinta

ini tentu bosan untuk kamu baca. sebab ianya tiada yang menarik. sunyi saja sejak beberapa tahun yang lepas. sejak aku percaya bahawa hati aku tahu apa yang aku mahu. berjuang untuk cinta bila kamu dah tahu bila masanya... aku tidak pernah ditipu atau menipu, berharap berjumpa dengan keajaiban. erk.

ini pasal kawan

dari kecik lagi aku sayang kawan2 aku. dari hari ke hari dah makin ramai menjauh. bukan jauh tinggalkan aku. cuma mereka pergi kepada kehidupan yang sepatutnya. contohnya berkahwin.bekerja.cari sesuatu yang terbaik buat mereka. tapi semakin ramai yang datang untuk berkawan. jadi aku cantumkan kawan lama dan kawan baru dalam hati aku. untuk aku sayang setiap hari. aku amat bertuah punya kawan seperti kawan-kawan aku. :)


ini pasal keluarga

keluarga aku makin bertambah. anak-anak sedara dah boleh diajak berbual pasal cinta.fesyen.artis. rasa sekejap je. mak dan ayah dah semakin meningkat usia. 6 orang adik beradik yang lain, ayah dan mak tak perlu risau, dah ada yang jaga. 1 orang lagi mengira hari untuk menjaga anak dara orang. yang tinggal cuma aku. jangan risau..
aku sayang keluarga aku lebih dari segala-galanya.
kerana mereka aku mampu hidup selama 25 tahun dengan aman.
tanpa ada rasa sakit seperti ditikam.
masih boleh tersenyum masa minum ubat.
boleh tahu antara belas dan kasihan.
tahu bezakan matemati dan sastera.
kerana percaya aku selama 25 tahun.

p/s: terima kasih pada semua yang memberi ucapan hari ulangtahun. terima kasih pada mereka yang bagi secret recipe :)

p/s^2: nombor yang bertambah setiap tahun, tidak memberi makna jika hidup tidak dihargai.

p/s^3: saya masih berjuang!!

bukan untuk kesempurnaan, untuk hidup yang baik-baik saja.

8 comments:

balam said...

Selamat 25 tahun beb!!

She is aaN said...

haPPy 25th kak dot!

dot said...

balam n An : tqvm. :P

amin said...

Dot: 25 tahun tak bererti ko tua..cuma ia mematangkan ko..

aku suka ko!!!!BFF

dot said...

bell: ayat last ko tu aku suka,, haha aku pun suka ko.. BFF!!

eM. said...

selamat hari jadi..

tunggu aku untuk sama usia dengan kau.

kejap je. tak lama lagik..

Lovely Emy said...

hehe, kak midot ada company apa tu..

fotography ke.?

dodot said...

emma: ok emma.. aku tunggu ko.. hahaha

aimi : yup.. wat fotografi.. tp baru start je.. heheh